google analytic

Nuffnang

Monday, November 19, 2012

Gateway to Tanah Aina Farrah Soraya (Details and tips)

Event organizer 
My dear bff Liean. She definitely knows how to organize great events. Memang ada bakat! Liean siap buat surprise lagi dengan buat birthday celebration untuk kami-kami yang lahir bulan September to December. Seronot betul!

Dihadiri oleh
Liean dan husband, Jasni, Diana dan husband, Fauzi, Faiz, Oneal, Rosanti, Alen, Mita, Aku, Abang Edi, Addin dan Zara, dan si Nurul (14 pax). Kami semua tidur di khemah. Kecuali Alen and Mita sahaja yang dapat dorm.

We paid RM235 (per adult) and RM188 (per kid). (Bagi si Alen dan Mita, mereka ada kes terpencil). Walaupun agak mahal sedikit tapi aku rasa berpatutan sebab
  • Bayaran termasuk 4 kali makan – lunch, tea, dinner dan breakfast. Makan selagi boleh. Buffet style. Tidak perlu la bawa makanan sendiri. Bikin tambah sampah ja nanti.
  • Free flow of drinking water. 
  • Kalau kelaparan di antara waktu makan (tapi kami tidak sempat lapar pun, rasa macam overfed pula ada), boleh ja makan kudapan berupa maruku dan biskut yang disediakan atas meja makan.
  • Pemandangan hutan dan sungai yang indah dan tidak tercemar.
  • Facilities yang terjaga.
  • Maintenance untuk merawat air sungai yang digunakan untuk mandi dan merawat kembali air mandi dan sisa kumbahan untuk memastikan air sungai tidak tercemar.
  • Lagi satu, aku berpendapat, kalau benda mahal dan berbayar ni (hard to get), orang akan treasure, jaga dengan cermat dan hargainya. Sebaliknya, kalau benda yang boleh didapati dengan mudah dan murah, lazimnya orang ada mentality membazir, sambil lewa, take for granted dan bersikap acuh tidak acuh kepada peraturan.  
  • Jadinya, kalau orang yang suka berkira tapi dalam masa yang sama ada ciri-ciri vandalism, suka buang sampah merata-rata, tidak suka keadaan jungle yang asli, tidak payah la ke Tanah Aina.
Barang-barang yang aku pack
  • Baju, seluar dan undies secukupnya untuk
    • Jungle trekking dan Leap of Faith 
      • Tshirt dan long pants (preferably tiada warna hitam untuk mengelakkan nyamuk, nyamuk suka warna hitam)
      • Addin dan Zara – kasut sukan dan stoking
      • Aku dan Abang Edi – sport sandals (ada bawa sport shoe tapi malas pakai. Kawan-kawan aku pun bawa sport shoe masing2 tapi akhirnya beli kasut getah di Tanah Aina at RM10 ja. Sayang kasut mahal kunun.. Reliable dan cukup grip untuk tujuan jungle dan river trekking)
      • Lepas acara jungle trekking, terus pi makan petang basah-basah. Tidak perlu tukar baju.
    • Dinner dan acara malam. Boleh juga night walk untuk melihat bulan dan bintang (aku tidak join). Untuk night walk boleh pakai ja tshirt+track suit+sport shoe. Simple trail ja. Naik bukit sikit.
    • Baju tidur.
    • Breakfast dan sunrise walk. Pakai baju tidur pun boleh. Sunrise walk juga ikut simple trail macam night walk.
    • Flying fox (optional). Dinasihatkan pakai kasut yg menutup jari kaki sebab takut terlanggar platform ketika landing dan menyebabkan luka. Tapi Abang Edi selamba ja guna sport sandal dia.
    • Solat. 
    • Balik ke KL.
  • Sport shoe, sandal bertali dan selipar masuk toilet
  • Lain-lain
    • Insect repellent patch 
    • Minyak kayu putih (aku guna untuk sapu di tangan dan kaki, berkesan menghalau nyamuk dan serangga lain
    • Minyak herbanika (pengganti minyak gamat)
    • Ubat demam dan cool fever untuk Addin dan Zara
    • Tooth brush + paste 
    • Susu Zara
  • Semua sekali 1 beg simpan baju + 1 beg simpan kasut + 1 beg sandang simpan barang2 kecil. 
  • Lupa bawa plaster (tapi rasanya boleh minta pada staff Tanah Aina)
 Thumbs up points:
  • Kami memandu all the way dari rumah ke Tanah Aina berpandukan direction yang disediakan oleh Tanah Aina sahaja. Tiada GPS. Reliable road guide.
  • Top and superb guest service - Amat kagum dengan staff Tanah Aina yang amat attentive, helpful dan friendly. Tidak perlu minta tolong atau disuruh-suruh. They are totally well trained and know how to please the guests. Contohnya:
    • Kami tidak angkat beg sendiri. Dari 4 wheel drive ke khemah, semua beg pun dorang yang angkat. 
    • Jarak perjalanan jungle trekking adalah selama 15 minit dan agak mencabar kepada novice seperti kami-kami ni. Especially for kids. Tapi si Addin dan Zara tidak perlu berjalan sendiri kerana mereka didukung oleh staff Tanah Aina yang terlatih. Staff yang mendukung si Addin memang terbukti kesabarannya kerana melayan si Addin yang amatlah peramah. (Addin sembang pasal spiderman, hulk, ultraman – bukan calang-calang orang boleh layan budak umur 6 tahun macam si Addin bersembang). 
    • Sandal si Nurul terputus lepas buat Leap of Faith. Salah seorang staff yang mendukung si Zara bermurah hati meminjamkan kasutnya kepada si Nurul sementara dia sendiri berkaki ayam. Berkaki ayam dengan keadaan denai yang licin, penuh batuan yang tajam dan berlumut.. mencabar juga tu. Memang baik hati. 
    • Ketika tea time, Addin yang kepenatan lepas balik Jungle Trekking request for nasi sebab kelaparan. Sebenarnya ada mee goreng, cucur bawang dan kek. Oleh kerana si Addin ni memang amat choosy part makanan dan sedang kelaparan (sejuk berendam air sungai plus tidak makan banyak ketika lunch), balik-balik tanya mau nasi. Aku ni pun naik segan sudah sebab si Addin tidak pandai paham yang lunch sudah lama habis. Sekalinya staff Tanah Aina bagi Addin sepinggan nasi putih dengan ikan goreng (balance lunch). Their generosity and understanding overwhelmed me. I am truly touched!!
  • Di khemah kami ada
    • Kipas berdiri. Waktu siang agak panas sedikit. Masa yang sesuai untuk berendam di sungai.
    • Ada satu extra power socket. Boleh guna untuk caj henpon.
    • Setiap orang disediakan dua biji bantal yang empuk, selimut dan tuala mandi.
    • Ada rak kasut, payung, cermin muka, bottled drinking water, tissue kotak.
    • Di luar khemah disediakan tong sampah dan tali penyidai pakaian.
    • Bergelap di waktu malam. Aku pun tidak kisah. Nama pun back to nature. Nasib baik aku bawa torchlight. Besoknya ketika packing untuk check out, baru aku perasan ada lampu LED yang boleh digunakan untuk digantung dalam khemah. Tapi mengikut cerita kawanku yang lain, dalam khemah dorang tiada pula tu lampu LED. Next time, mungkin boleh bawa emergency light yg besar sikit untuk effect cahaya yang lebih luas.
    • Alhamdulillah, tiada nyamuk. Pastikan ja ‘pintu’ khemah dizip dari semasa ke semasa.  
    • Toilet cum bathroom di kawasan khemah agak limited. Jadinya, kalau ramai orang, memang terpaksa menunggu sekejap. Kalau malas tunggu, boleh ja berjalan jauh sedikit ke toilet berdekatan dengan chalet. 
  • Di dorm pula (mengikut pengalaman si Alen dan Mita)
    • Ada disediakan iron untuk seterika baju 
    • 10 katil, 2 kipas, berlampu.  
    • Di bawah dorm, ada ruang untuk crowd main ping pong, main carom, main pool, berkaraoke segala. Jadi mungkin akan bising dan meriah sikit ketika malam. Keadaan akan jadi senyap apabila semua sudah masuk tidur. 
    • Banyak toilet. Tidak berebut.
  • Makanan
    • Ok lah. Mau kata sedap sangat pun tidaklah juga. Boleh makan sebanyak yang boleh.
    • Aku paling suka sup suhun, bubur durian, cucur bawang dan sarapan ubi kayu rebus + gula Melaka + kelapa parut.
    • Pada sebelah malam, kami dihidangkan dengan hidangan bbq (lamb+ayam+ikan). Dan yang bestnya, ada durian free!!
  • Sungai
    • Jernih, bersih dan children friendly. 
    • Ada ikan kelah dengan saiz sederhana. Boleh bagi makan ikan dengan fish food yang dijual oleh Tanah Aina sahaja (RM2).
    • Aku rasa tidak puas berendam di sana. Too bad we just stayed there for 1 night only :(   
  • Facilities
    • Toilet cum bathroom
      • Cantek dan bersih.
      • Ada shower gel, shampoo dan conditioner. Tidak perlu bawa sendiri. Dan rasanya memang tidak perlu bawa sendiri sebab Tanah Aina mau menjaga keaslian air sungai supaya tidak tercemar dengan bahan kimia. 
    • Surau yang bersaiz sederhana dan cantek
      • Aku tidak bersolat pun di surau tu. Aku solat di khemah ja.
    • Gazebo
      • Ada tv dan astro. Kebetulan ada game Manchester United malam tu, maka Abang Edi pun tidaklah ketinggalan. 
      • Boleh rehat-rehat di sofa dan conteng-conteng guest book.
  • Flying fox
    • Best gila. Tinggi. Merentasi pokok durian dan sungai. RM20/pax. RM10 untuk setiap ‘terbangan’ kedua dan seterusnya.
All in all
  • Pengalaman ketika buat Leap of Faith (terjun dari platform setinggi 15 kaki ke sungai)
    • Tengok orang lain buat macam tidak mencabar ja. Bila diri sendiri berada di platform, rasa tinggi dan gayat yang amat. Kalau mau patah balik, malu la pula. Kawan-kawan aku boleh buat, kenapa aku tidak boleh buat kan? Jadinya, dengan lafaz bismillah dan selawat yang tidak putus-putus, aku lompat ja la. Rasa macam mau jatuh ja jantung. Apabila sudah mencecah air (air sungai siap termasuk dalam hidung lagi), rasa puas dan bersyukur yang amat
    • Bangga sebab si Addin berani mau try Leap of Faith. Cumanya bila dia tengok ke bawah, terus dia tidak berani. Dia mau lompat berpasangan sama Abang Edi. Tetapi tidak dibenarkan oleh staff Tanah Aina atas dasar keselamatan. 
  • Bangga dengan si Addin dan Zara kerana buat flying fox.
  • Gembira kerana dapat bercuti dengan kawan-kawan setelah 2 bulan tidak berjumpa (last sekali ketika open house raya). Rasa berterima kasih yang amat sebab kawan-kawan banyak tolong aku dalam part melayan dan menengokkan si Addin dan Zara. 
  • Definitely, totally worth a visit. Kami mesti akan datang lagi. Insyaa Allah.
Enough with words, sekarang time for pictures pula.



Tuesday, October 30, 2012

First draft done!

Syukur Alhamdulillah..

Di saat kepala pening bila la tesis aku ni mau siap, akhirnya.... terhantar juga first draft sama supervisor aku..

Setakat ni, supervisor punya feedback, good research :)
Sila serah abstrak untuk jadual viva.. Abstrak sudah ada tapi belum submit.. huhuhu.. Anggaran masa untuk viva adalah  3 bulan lepas submission of abstract. 
Dan sila buat jurnal pula untuk syarat lulus tesis.. oh ya.. saya masih belum buat conference paper or jurnal lagi.. (bila pula mau buat ni)..

Perbandingan conference paper dan jurnal (yang saya tahu):

Conference paper
Sesuai untuk work in progress. Dibentangkan untuk mendapat feedback daripada researcher yang lain.
Oleh kerana research aku sudah siap, jadi mungkin kurang sesuai.
Pro: Pendek. Ringkas. Lazimnya hanya 5 pages diperlukan.
Cons: Limited access kepada researcher yang lain. 

Journal
Sesuai untuk kerja yang sudah siap. Dissemination of finished work.
Pro: Sumbangan kepada body of knowledge sebagai seorang researcher. Access lebih luas.
Cons: Lebih banyak pages untuk dikarang. Lebih strict sedikit.

Apa-apa pun, bak kata supervisor aku, hasil kajian ni, sekiranya dibaca dan memberi manfaat kepada pembaca yang lain, maka kita akan mendapat pahala (amal jariah).

p/s:
1. Jeles tengok rakan seperjuangan lain yang sudah konvo. Kalau ambil coursework ja di samping small project, sure sudah konvo ni :p
2. Think positive. Melakukan penyelidikan sebenarnya ialah sebuah journey yang panjang. Pengalaman dan masa meningkatkan skill dan tahap kematangan dalam menjalankan research. InsyaAllah, kalau mau venture PHD pula lepas ni, mungkin halatuju tu lebih jelas dan kurang hassle.
3. Oleh kerana aku sudah ada pengalaman buat tesis, nasihat aku ialah: disiplin dan istiqamah!

Tuesday, October 23, 2012

Beef Stroganoff

Tau pasal resipi ni time tertengok rancangan masak-masak di TV3 pada pagi hujung minggu (Sabtu or Ahad?? tak sure plak).
Sempat tengok part Chef Ros buat blanched green beans, beef stroganoff dan mashed potato.

Bila nengok cara masakan beef stroganoff tu, aku rasa.. alahai senangnya..
Cumanya, kami di rumah jarang masak beef. Selalu masak protein ayam dan ikan ja.
Pastu baru2 ni borak dengan member yang selalu masak western di rumah, dia kata dorang selalu buat masakan ni. Once a week mesti ada beef. Dan dia bagi tips, beli daging batang pinang. Masak cara apa sekalipun mesti jadi dan daging akan jadi tender.

So, sambil mencari bahan-bahan jajan untuk bunjut besday si Zara semalam, aku beli daging di Jusco.

Bahan-bahan.
- Minyak zaitun (Chef Ros guna butter. Kalau guna minyak masak kelapa sawit pun tade hal)
- Daging batang pinang (tenderloin) dihiris. (Aku tidak tau aku beli daging part mana. So, untuk mengurangkan keliatan, aku tumbuk dulu daging dengan lesung batu then hiris. Hohohoho..)
- Cendawan shitake dihiris. Aku beli cendawan butang fresh. Kalau guna yang dalam tin pun bole.
- Tomato (Chef Ros tidak guna ni. Aku malas mo masak sayur cara lain, jadi masukkan sekali)
- Susu segar (Chef Ros guna krim. Kawan aku guna sour cream. Guna plain yogurt pun bole)
- Kiub daging + air (Chef Ros guna stok daging)
- Sos mustard
- Daun parsley
- Serbuk cili (Chef Ros tidak guna ni. Aku ja yang suka2 letak untuk rasa pedas)



Cara-caranya.
1. Perap daging dengan sos mustard dan sedikit garam.
2. Goreng daging tu.
3. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang besar putih yang didadu kecil. Masukkan serbuk cili.
4. Masukkan cendawan. Masak sehingga lembut.
5. Masukkan daging yang telah digoreng tadi.
6. Masukkan air kiub daging tadi dan susu. Renehkan sehingga tahap konsistensi yang diingini.
7. Masukkan daun parsley yang telah dicincang dan tomato yang dipotong.
8. Perasakan dengan garam secukup rasa.

Tips:
1. Rasa sos mustard agak tajam. Jadi, boleh kurangkan sedikit bekas minyak menggoreng daging dan tambah sedikit dengan minyak baru sebelum menumis bawang. Kalau suka rasa mustard, boleh tambah lagi ketika memasak.
2. Kalau mau lebih pedas, mungkin boleh tambah cili padi :)
3. Boleh masukkan lebih pilihan sayur seperti capsicum dan carrot.
4. Western style - letak sour cream dan cheese ketika last memasak sebelum tutup api.
5. Sesuai dimakan dengan nasi dan spageti. 

Ni la hasilnya.


Terima Kasih

Lagu kegemaran si Addin dan Zara sekarang.

Wednesday, October 17, 2012

Lee Chong Wei

Orang  Malaysia mesti kenal Dato' Lee Chong Wei.
Siapa yang tidak kenal Dato' Lee Chong Wei, besar kemungkinan dia bukan rakyat Malaysia.
Anak aku yang 6 dan 3 tahun pun boleh kenal. 
Kalau orang tu duduk di tanah Malaysia ni tapi tidak kenal DLCW, besar kemungkinan orang tu pendatang asing yang hanya sibuk mencari rezeki di rantau orang.
(Try buat survey.. pegi public area, tarik mana-mana orang secara rawak, dan tanya orang pasal DLCW. Kalau orang tu cakap tak kenal, suruh dia nyanyi lagu Negaraku.. huh)
Atau mungkin juga orang tu jenis tidak tengok berita dan baca paper arus perdana. 

Aku tengok final Badminton Men Single Olimpik London time bulan puasa hari tu - DLCW menentang Lin Dan.
Time tu baru habis sungkai bersama kawan baik time boarding school dulu.
Aku dapat tengok sekejap ja, yang last2 tu..
Ramai betul orang.

 Bayangkan aku yang buntak (pendek) ni terpaksa menjengkit kaki pasal mau tengok tv tu. Semua yang depan aku tinggi2 belaka.

Bila DLCW kalah, semua rakyat Malaysia kecewa. Sedih pun ada.
Abang Edi ada record final match tu guna Astro Beyond PVR. Sampai sekarang aku tidak sanggup mau tengok full game.

Apa2pun, DLCW tetap menjadi favorite athlete rakyat Malaysia.
Kira2 cam Malaysian's sweetheart. 
Sebab dia humble.
Walaupun dia tidak hensem, tapi aku rasa dia comel. Hohoho..
Bulan november ni, mau kawin suda dia sama si Mew Choo.
You have my blessing Dato'.. :)

Try tengok iklan ni.
Especially part yang last tu.. ramai2 buat servis mau DLCW sambut.. gilaks...
Suka aku tengok DLCW ketawa time tu..
Cumil ja..



Tuesday, October 16, 2012

Kids say the darndest things

Otak

Addin: Mummy, otak tu macamana?
Aku: Otak tu dalam kepala
Addin: Kalau tade otak, boleh ke mummy
Aku: Mana boleh.. kalau tade otak, manusia mati la..
Addin: Eh tak la.. kalau tade jantung, baru la manusia mati..
Aku: Sama ja.. kalau manusia tade otak, tade jantung, tade hati, tade perut.. manusia mati..
Addin: Tapi ada kawan Addin tu mama dia cakap kawan Addin tade otak..
Aku: Astaghfirullah... mana boleh cakap orang macam tu.. Kalau ada orang cakap macam tu kat Addin, bagitau mummy..

(cannot imagine a mother sanggup cakap macam tu kat anak dia.. huhuhuh.. but who am I to judge people?.. jangan aku buat macam tu dekat anak sendiri sudah..)


Capital city

Addin: Mummy, Japan tu country ke?
Aku: Haah.. Japan tu country la..
Addin: Country tu macamana mummy?
Aku: Country tu negara.. negara tu besar.. ada negeri.. Macam Malaysia.. Dalam Malaysia, ada Selangor, Sabah, Labuan, Perak, Terengganu, Penang (just to name a few contoh negeri yang Addin sudah pernah sampai)
Addin: Kalau Tokyo tu?
Abang Edi: Tokyo tu capital city.. macam Kuala Lumpur, capital city of Malaysia..
Addin: Capital city tu apa daddy?
Abang Edi: Capital city tu ibu negara.. Tokyo tu ibu negara Japan..
Addin: Ayah negara dia sapa daddy?
Aku: I dah agak dah dia nak tanya ni.. hahahaha..
Abang Edi: Ayah negara takde.. ibu negara je..
Zara: Kakak dengan abang dia mana mummy..
Aku: Hahahaha... ada ibu negara ja..

Thursday, October 11, 2012

Handbags

Dalam tempoh 3-4 tahun kebelakangan ni, aku sense ada gelombang 'gila handbag' yang semakin membahang di persekitaran aku.
Most of the time, news feed dari kawan-kawan FB adalah tentang handbags. Bukan sekadar handbags, tetapi designer brand handbag. Contoh yang paling ketara ialah Coach.   

Perkara ini sebenarnya sudah lama ada.
Kejadian orang memiliki designer handbags adalah perkara biasa.  
Maybe it's just me. Mungkin sebab kawan-kawan sudah semakin stabil maka tendency untuk mendapat perkhabaran tentang handbag baru dan berjenama menjadi semakin normal.

I am not a handbag person. Handbag paling stylo aku pernah ada pun adalah Roxy (like), Guess (dislike), Carlo Rino (dislike), Esprit (like).

Tidak suka bertukar-tukar handbag. Akan pakai handbag yang sama untuk segala occassion.
Selagi handbag itu belum lenjan, aku akan pakai selagi boleh. Bila sudah lusuh, baru la beli baru. 
Kadang-kadang rasa kesian dengan diri sendiri sebab rasa macam out of place kalau pegi ke jemputan makan kenduri kawin di hotel tapi aku pakai handbag buruk dengan design yang rugged ala budak remaja.

Sekarang ni aku suka pakai sling crossbody bag. Selesa dan ringkas la kisahnya. Tapi tidak cukup besar untuk simpan segala kunci kereta, G-note aku yang bagak, purse Guess hitam pemberian Abang Edi yang sudah berumur lebih kurang 7-8 tahun dan juga bagak, tisu, kad pelajar dan kadang-kadang pampers spare + botol susu Zara.

Sesekali rasa teringin (mcm lagu Shima), tapi aku mudah pengsan tengok harga handbag yang mahal. Kalau melebihi RM300, totally pengsan dan rasa tidak worth it.
So this handbag craziness... aku try mau faham tapi tidak berjaya, mungkin kerana aku terlalu sayangkan usin sendiri.. hohoho..

Imitation.. i don't like. pernah beli sekali Longchamp Le Plieage di pasar malam. Sudahnya, hanya pakai sebulan dua ke Jusco dan ke kelas.. skrg sudah jadi ntah hapa2.
Preloved. Juga dislike.
Kalau orang bagi for free? I'll take it.. hehehe..

So, baru-baru ni Abang Edi pegi Manchester untuk tengok football.
Berpergian selama 2 minggu.Mostly stay di London.
Aku ni pula punya la encouraging dan sporting. Aku yang find out cara beli tiket ManUnited vs Tottenham 29 Nov 2012 (big match jadi mau dapat tiket pun agak rumit sikit). 
Lepas tu, aku yang cadangkan Abang Edi singgah ke Amsterdam dan Paris.
Sanggup lagi jadi 'single mother', mestilah ada upah kan.

Dengar cerita designer handbag sana murah.
Aku pun request Abang Edi untuk hadiahkan aku handbag for my birthday.
Aku hanya minta 1 biji, sekadar mau merasa ada designer handbag.
Biarlah beli di factory outlet pun. Asal ada.Original. Murah dan tidak berhutang bayar 2-3 kali.
Spesifikasi adalah: tidak lebih daripada RM500 (100 pound la lebih kurang). Bukan Prada, Gucci, Salvatore Ferragamo segala. LV apatah lagi.
Itu famous di kalangan liga Datin dan anak orang kaya dan ladies yang rajin berdandan hias stylo.

Aku hanya seorang pegawai bergaji biasa yang tidak suka pakai makeup, suka jalan-jalan pakai selipar pantai Ipanema dan makan nasi goreng kerabu.
Bagi aku, apalah gunanya kalau berhandbag mahal tapi hutang kad kredit overlimit, tiada simpanan ASB dan tidak bayar PTPTN? (hahaha... apakah kaitan?)

Lepas Abang Edi membuat survey di Bicester Village, dia cakap, bolehlah, mampu juga mau beli.
Dan dia cakap dia mau treat aku double daripada yang aku mau.
I think.. wah... biar betik.
Kununnya, kawan Abang Edi yang racun supaya aku dibelikan handbag yang mahal - sekurang2nya mesti separuh dari harga return tiket penerbangan Abang Edi sebagai penghargaan dan terima kasih sebab aku sudi menjadi seorang isteri yang tabah dan sporting menyokong suaminya untuk menonton football live di Old Trafford.
Bagus betul kawan Abang Edi ni ada mindset macam tu pula.
(Niat lain - supaya hati aku lembut bagi dorang pegi jalan-jalan lagi). 

Tapi Abang Edi know me well.. Dia tidak belikan aku satu sahaja dengan harga extravaganza.
Sebab dia tau kalau aku tidak berkenan, memang aku tidak akan pakai walau mahal dan branded macamana pun.
Instead of beli 1 unit handbag yang mahal dia beli 3 biji beg sederhana.
3 biji (Furla, Radley London dan Coach) dari Bicester Village (outlet mall yang femes di London).
Kununnya, kalau ada yang aku tidak berkenan, aku jualkan saja la.
Tapi pasal aku sayang Abang Edi dan menghargai kenangan dari Eropah (walaupun bukan aku yang travel), aku simpan ja semuanya. 

Yang bestnya, sebelum Abang Edi balik, aku fikir aku hanya dapat 3 biji sahaja.
Tidak sangka pula Abang Edi bagi surprise belikan 1 lagi dari butik Longchamp di Paris.
Sebelum tu dia ada sms "I dkt mall. longchamp nye butik que panjang. ramai yg nk msuk" 
Aku pula reply "Ada sale ke apa? Seronotnya!!! Mun murah sambar la satu"
Betul2 pula dia pegi beli. Kononnya, mau masuk butik tu ja berbaris, mau pilih beg pun baris, mau bayar pun berbaris. Gilaks.. Semua butik di Paris pun macam tu keadaannya. Dan yang memeriahkan butik2 tu ialah tourist dari China, Jepun, Korea.
Aku happy dan terharu sebab Abang Edi bagi surprise. Dan lebih terharu sebab dia terpaksa 'struggle' berbaris lama2. Kawan dia pun boleh layan ja menunggu.
(tapi serius, memang murah kalau mau dibandingkan dengan harga retail butik di KL ni) 

Begitulah kisahnya seorang newbie yang baru ada designer handbag.
Aku bukan saja ada handbag baru tapi aku tau yang Abang Edi memang sayang sama aku. :)
Reason,
1. Dia recognise yang kaum hawa memang suka handbag.
2. Dia sanggup berbelanja belikan aku handbag (selama ni semua handbag aku beli sendiri ja).
3 Ingatan, usaha dan unsur kejutan - tu yang penting.

Abang Edi tidaklah beli handbag aku ja..
Ada la juga dia beli baju Ralph Lauren untuk si Addin dan Zara, souvenir untuk ahli keluarga, rakan-rakan dan clients.
(Jangan meletak harapan yang tinggi kalau mengirim barang melalui suami. Taste perempuan dan taste lelaki memang tidak akan sama. Kalau boleh, kena detailkan brand, kalau ada gambar berkaitan, bagi ja. Aku kirim tshirt Lacoste kaler turqoise (siap bagi gambar lagi), tapi kena beli kaler biru kekelabuan pula. Hohoho.. terima ja la...)

Monolog - bila sudah ada handbag ni, aku rasa macam membazir ja.. bagus lagi belikan aku rantai emas..
Ungrateful punya wifey.. hehehe..

Kesimpulannya, I love you Abang Edi!

p/s:
  1. Entry kali ini memang terasa palui dan poyo. Maka tiada gambar dilampirkan. Hohoho..
  2. Kawan Abang Edi yang sweet itu ialah seorang duda. But I think he is taken already. Aku regard dia sebagai seorang kawan yang baik.  
  3. Abang Edi hint aku mau pegi US pula. Sebab kawan-kawan dia racun market di sana adalah lebih murah (bagi jenama dari US). Aku respon, cukup la dulu tu. Bagus kita fikir untuk family travel bawa anak-anak. Lepas tu fikir aku pula yang travel dengan kawan-kawan atau family member. Baru la turn dia semula.
  4. Mesti lebih best kalau dapat shopping sendiri. Tapi macam tiada member ja untuk jalan-jalan. Hoho.. mungkin kena tunggu mama aku pencen dulu. Baru ada geng.
  5. Kalau pakai smartphone dan ingin bertravel, aku cadangkan invest ja la usin tu beli powerbank. Sebab musabab, akan menjadi tensyen yang teramat, kalau time sdg rancak  berwhatsapp gambar handbags untuk dijadikan pilihan, tiba-tiba bateri henpon tinggal less than 10%. 

Thursday, October 4, 2012

Sedekah

Siapa tengok Majalah 3 pada 22 September 2012?

Aku ada tengok. Dan aku tergezut.

Rupanya

1. Kebanyakan pengemis perempuan bertudung yang siap bawa anak kecil tu bukannya beragama Islam pun. Pakai tudung untuk mengabui mata dan meminta belas ihsan daripada orang Malaysia yang pemurah.

2. Pengemis lelaki yang kudung kakinya tu pun sebenarnya ada ja kaki palsu dorang. Apabila disoal siasat oleh Mazidul, boleh ja dorang blah dan berjalan macam tiada masalah.

3. Pendapatan pengemis boleh mencecah paling kurang pun RM300 sehari. Kalau sebulan? RM9000??? Banyak tu!!!!

4. Apa yang paling aku kesian ialah part remaja yang buat direct selling jual ubat kunun sebab ustaz di sekolah dorang suruh. What?? Budak-budak tu dihantar ke sekolah untuk belajar dan bukannya jadi salesman/salesgirl dari pagi sampai ke malam. Kesian betul dorang.

Sebenarnya, aku selalu berat hati mau bagi sedekah or derma kepada orang-orang yang macam ni.
Ada orang tu cakap, sedekah saja la, yang penting niat. Tak kisah la duit tu pegi mana.
Tapinya, aku selalu rasa macam tidak betul ja kalau aku bagi duit kepada orang sebarangan yang lepas tu akan salah guna duit yang diberikan.
Bukankah lebih elok kalau sedekah dan derma tu disalurkan kepada orang yang lebih berhak - contohnya ahli keluarga dekat dan jauh, anak yatim, fakir miskin, ibubapa yang memerlukan pertolongan wang ringgit untuk kos perubatan anaknya etc.
Bukan kepada tangan-tangan penipu yang berpura-pura pakai tudung konon tapi sebenarnya bukan beragama Islam kunun. I doubt dorang pakai tudung tu mau cover kepala supaya tidak panas. Bukannya tidak boleh pakai payung.

Kalau mau derma kepada bukan Islam pun boleh selagi penerima itu tidak memusuhi Islam. Sesama manusia kenalah kita bantu. Kerana sesungguhnya menjadi pemurah ni boleh membersihkan hati.

Simple say, jadi pemurah pun biarlah bertempat. 

Tapi kalau derma sama penipu, especially pendatang asing yang menyamar sebagai muslim, itu hanya akan lebih menggalakkan aktiviti tidak sihat dorang. Rakyat negara sendiri susah-susah cari makan, orang asing pula boleh duduk tadah tangan dapat duit. Tidak perlu bayar tax pula tu.

p/s: Kalau sedekah ke masjid/surau, tapi duit tu disimpan saja dan tidak digunakan untuk kemudahan, pun tidak betul rasanya. Pasal duit tu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Siapa yang tidak menonton episod Majalah 3 tu, boleh tengok sini.

Friday, September 28, 2012

Halal western cuisine @ Madalind's Bite

Aku sudah pernah dinner 4 kali di sini.
Adik aku si Nurul, lebih daripada 4 kali. Dia cakap dia kadang-kadang pi makan di restoran ni sorang-sorang.
Aku pun mula-mula, bila dengar dia pi sana makan sorang-sorang tu macam "What?? Makan di restoran sorang-sorang... macam kesian"
Tapi lepas difikir semula, serasa tidak heran (sama ja kes macam aku selalu makan sorang-sorang di Sushi King)

Reason kami selalu makan di sana
1 - Dekat dengan rumah. Tidak sampai 5 minit sudah boleh sampai. Parking kereta pun senang. 
2 - Memang sedap. Amat suka!!!! Rasanya standard. Tidak berubah.
3 - Affordable. Good portion size.
4 - Tidak ramai orang. Jadi tiada masalah mau control ayu. Mungkin kerana restoran ni masih baru jadi belum ramai yang tahu. Somemore, kedudukan agak tersorok dari jalan besar. Tapi senang cari (agak dekat  dengan Giant Seri Kembangan dan Klinik Qistina).
5 - Free wifi. Addin memang suka sangat.
6 - Halal. Makan tanpa was-was. 

Menu yang kami sudah cuba
1 - Barbecue chicken. Setiap kali si nurul datang sini, ini ja la menu yang dia selalu order. Love the sauce and the whipped potato. The whipped potato is soooooo fine and smooth.

 Nurul and Addin and the delicious BBQ chicken

2 - Lamb cutlet. Amat sedap. Abang Edi's favorite.
3 - Fish goujon and chips - Kid's menu.

Fish Goujon and chips for my kids

4 - Spagetti Carbonara
5 - Chicken chop
6 - Rosemary chicken
7 - Caliph chicken (ada butter rice)
8 - Caesar salad - Salad with caesar dressing and beef bacon + crouton + cheese sprinkle)

 Aku order caesar salad ja. Bajet mau diet :)

(mungkin lepas ni boleh jadi lebih adventurous dengan order menu lain pulak).

Tapi yang paling kami suka ialah the focacia bread and anchovies butter (roti akan diberi mengikut bilangan pax di meja). Hidangan complimentary yang dihidangkan sebagai appetizer. Selalunya, kami mesti akan order second round sebab first round saja memang tidak cukup. Addin, choosy eater, akan makan roti ja. Kalau si Zara, memang tidak akan cukup sekeping roti ja. Paling kurang pun dia akan makan 2 keping roti dan anchovies butter tu akan disapu dengan genorously atas roti. Kalau roti sudah habis, dengan selambanya dia akan makan ja butter tu sampai licin bekas butter.

Sampai begitu sekali.

Ni la anchovies butter kegemaran sefamily. Roti sudah habis dibaham.

Dan selalunya, lepas habis makan, mesti akan rasa kenyang yang ngam-ngam. Tidak rasa kosong dan tidak rasa full sangat. Alhamdulillah.

Wish them all the best!

p/s: To know more about them, sila singgah ke https://www.facebook.com/madalindsbite 

Wednesday, September 26, 2012

80's blues

Tiba-tiba, terasa macam mau jadi kanak-kanak balik.
Mungkin pasal kepala aku pening sekarang ni, memikirkan writing aku yang macam tiada kesudahan.
Terasa kebengapan yang hebat.
So, sedikit pelencongan di sini untuk mengurangkan tahap stress.

Semalam cerita pasal Moero Attack.
Hari ni aku mau recall cerita lain.

Dulu, time aku kecil, tv memang akan banyak dikontrol oleh mama aku.
Every weekdays, jam 6 petang (ka 7 petang tu?) kami mesti tengok cerita kantonis di TV2.

Sebelah malam pula, aku memang ingat sangat yang mama akan tengok US gameshow, contoh:
Wheel of Fortune (macam Roda Impian)
Supermarket Sweep  (cari barang yang betul ikut clue, siapa yang terer berbelanja paling banyak)
Sampai sekarang, kalau aku mau speed shopping di supermarket, aku mesti menjerit dalam hati "Supermarket Sweep!"
Lose or Draw (lukis dan teka)


Dan kami adik beradik amatlah suka tengok cerita hitam putih especially cerita si P. Ramlee.
Bapa akan rekod cerita dalam tape guna PVR, dan kami akan selalu replay cerita tu sampai kami hafal dan ada cerita baru yang lain atau bosan.

Selain daripada tu, cerita kartun Disney pun jadi kegemaran. Kami paling ingat lagu dan dialog dari cerita Cinderella (contoh: Sing Sweet Nightangle) dan The Little Mermaid (contoh: Under the Sea). Lagu Someday Out There pun aku ingat (dari cerita American Tail).
Aku masih ingat cerita Fantasia (by disney). Lagu Zip-A-Dee-Doo-Dah.. Klasik betul.
Mama pun rajin kasi tape kami cerita kartun Disney classic yang ada di tv.

Hari tu aku beli dvd cerita Cinderella dan The Little Mermaid mau bagi si Addin dan Zara tengok.
Dorang tengok sekali ja..
Huuu.. sekarang kan zaman Disney Junior.. banyak kartun dari korea masuk..

Tuesday, September 25, 2012

Somersault berpusing


Mari karaoke sama2

Ini la drama bersiri jepun yang selalu 'menghasut' aku supaya tuang sekolah sesi petang (samada SK atau sekolah agama). Nasib la arwah bapa aku jenis strict yang amat, maka jangan mimpi la kalau kami dapat ponteng sekolah tanpa alasan yang munasabah. Tahap strict bapa aku tu sampai kalau aku demam pun aku boleh tidak sedar. Jangankan sakit perut, pening kepala pun aku tidak sure apa rasanya sampailah aku masuk asrama time Form 1 (pasal sudah kena jaga diri sendiri). Kalau aku sakit, bapa dan mama yang suruh aku berehat di rumah, aku mengikut arahan ja :)

Cumanya, jeles la sama jiran-jiran yang sebaya dengan aku bila dorang dibenarkan untuk ponteng sesi petang especially kalau sesi petang tu adalah sekolah agama. Maybe kalau sekolah kebangsaan susah sikit mau ponteng pasal dorang anak cikgu. (Waktu aku kecil kami tinggal di kuarters guru). Malu la kalau kedapatan ponteng kan.. huhuhu..  

Apa ja yang tidak famous pasal si Moero Attack time aku kecil tu? Nama watak utama si Chun. Terkenal dengan skill summersault berpusing, pakai reben rambut yang ada logo arnab, dan selalu mimpi pasal mama dia yang sudah meninggal. Soundtrack pun semua orang hafal. Siap ada transalation BM lagi. Mengikut perspektif aku yang baru sekolah rendah time tu, aku rasa cerita tu macam sudah jadi fenomena yang melanda kanak-kanak di Malaysia.

Semua la mau main bola tampar. Aku pula mati-mati fikir Jepun la negara yang paling terer sekali main bola tampar. Sekalinya bila tengok olimpik di tv, tiada pula orang buat summersault berpusing tu. Heran. 
 
Kenapa la dulu-dulu tiada fungsi PVR? sigh.. wahahaha.. Kalau ada, sure aku tidak banyak ketinggalan.  Tapi nasib baik juga kawan aku tu boleh ponteng, pasal dorang selalu record dalam tape. Jadi, bila balik sekolah, aku pinjam ja la tape dorang.

Ni kalau kena tayang balik di tv ni sekarang, entah aku mau tengok lagi ka tidak. Adakah si Addin dan si Zara pun akan tergila-gila cerita ni. Pasal cerita tu memang old school, semua pun mesti nampak cam klasik ja. Cerita jepun lagi tu, sekarang ni kan demam korea. Tapi dulu pun kena alih suara.

Maybe aku tengok. Sebab aku memang suka layan cerita lama :)

Kalau ada Rinhanekoma dan Oshin pun macam siok juga. 

Tuesday, September 18, 2012

Open house 2012 + House warming + Aqiqah Zara

Last weekend, 15 September 2012, kami sepakat buat open house sebab

- mama dan Tasha bersama si Hana datang KL untuk cuti-cuti Malaysia (tapi si Tasha tidak jadi datang sebab husbandnya tiba-tiba kena chicken pox a day before flight)
- sejak berpindah, belum berkesempatan lagi buat house warming
- sejak Zara lahir, belum berkesempatan buat majlis aqiqah
So, kesimpulannya, kami buat 3 majlis dalam 1.

Keputusan untuk buat open house dirancang agak lewat. Kelam kabut juga cari catering service sebab mau jemput jumlah tetamu yang agak besar dan rasanya tidak larat untuk masak sendiri, mengemas etc sambil melayan tetamu. Moral: Kalau mau buat catering, better book awal.

Nasib baik ada Al-Ameen Catering (kalau nak cari dalam Facebook dorang guna nama Kambing Panggang Malaya) yang setuju untuk buat catering walaupun sudah ada majlis pada hari yang sama (tapi masa berlainan dan lokasi pun tidak jauh sangat). Aku pilih Al-Ameen Catering sebab dorang pernah beurusan dengan abang ipar aku 2 kali sebelum ni. Makanan terbukti sedap. Facebook dorang pun agak aktif dan ada post testimonial yang positif daripada pelanggan.Ini menunjukkan yang catering dorang ni boleh dipercayai. Alhamdulillah, sepanjang berurusan dengan Pn. Syima selaku owner, servisnya memang ok sangat. Setiap call dan sms akan dilayan dengan suara yang lembut dan penerangan yang jelas. Harga pun reasonable.

Buffet spread
Ada coklat Daim dan nut candies, sate, nasi briyani, kek lapis

Hidangan di open house aku juga sedap. Ramai tetamu yang memuji masakan dorang especially kambing golek - tidak hamis, juicy, dimasak ala kebab. Anak ex-jiran aku (jiran rumah lama) yang amatlah choosy dalam bab makan ni, boleh pula tambah makan kambing golek lebih 3 round sebab kesedapan. Sedangkan, anak ex-jiran aku ni tidak pernah merasa makan lamb pun sebelum ni. Sampai begitu sekali penangan kambing golek Al-Ameen. Syukurlah.

Yang tidak best pula, banyak nasi briyani masih berbaki apabila menjelang petang. Ramai jemputan yang tidak dapat hadir - long weekend so ramai yang balik kampung, bertindan dengan jemputan open house dan kenduri kawin, musim hujan, tidak sihat etc. Tambahan pula staff Al-Ameen bagitau, kalau dah ada kambing golek dan ornaments yang lain seperti salad dan mushroom soup, memang tetamu tak pandang makanan lain dah :)

Tapi tu memang impian aku sejak dulu lagi untuk buat majlis di rumah dengan hidangan kambing golek. Aku memang penggemar tegar lamb. Dan aku suka tengok kambing tu bergolek, macam sedap ja kelihatannya :) Kalau di majlis orang, terpaksa berebut dengan orang lain. Kalau beli di bazaar ramadhan atau di restoran, mahal pula dan kering pula tu sebab dipanggang dalam masa yang lama. Kalau di majlis sendiri, boleh makan puas-puas :) 

Moral: Next time kalau buat open house, mungkin boleh skip makanan berat. Tumpukan kepada makanan ringan seperti nasi impit dan sate, lemang dan rendang, mee kari, laksa etc sebab kebanyakan tetamu akan spare perut untuk memenuhi jemputan open house yang lain.

 Ini lah kambing golek terangkat yang disebut-sebut tu

Pakej khemah dan meja pula kami ambil dengan Mr. Pativen dari Taman Universiti. Harga pakej khemah pun agak murah juga (less than RM300). Dalam pakej tu ada khemah lengkap dengan scallop, kipas, lampu, 5 meja bulat, 40 kerusi dan 2 meja buffet. Walaupun scallop yang disediakan berkedut tapi aku pun tidak kisah sangat, yang penting semua tu ada. Buat open house ja pun, bukan majlis kawin. Murah pun kan..  Mama aku cakap "Ada rupa, ada harga"..

Alhamdulillah, semua ahli keluarga dan kawan sekolah serta kawan sepejabat yang rapat dengan keluarga kami datang. Ada juga jemputan yang aku tidak sangka datang tapi datang juga. Aku amat berterima kasih sebab pada aku, kalau dorang datang tu, means dorang sudah set priority yang tinggi untuk datang open house rumah aku over jemputan open house yang lain. Maknanya, kalau ada jemputan dari mereka-mereka ni di masa hadapan, aku juga mesti set priority yang tinggi dan berusaha juga untuk datang.   
 Doa selamat

 The crowd at the first hour. Crowd lepas tu tiada gambar di atas sebab-sebab yang hanya photographer saja yang mengerti.

 Nasib baik ada kawanku share gambar di Facebook

Terima kasih daun keladi, insyaAllah kalau ada event akan datang kami jemput lagi. Tapi tiadalah pasang khemah segala. Cuma, Abang Edi ada cakap, kalau ada rezeki lebih, boleh la berkambing golek lagi. Wink wink!

Nasib baik juga bff aku si Liean ada ambil gambar kami anak-beranak (tapi si Addin pula tiada dalam gambar pasal dia sibuk tengok kartun).


Open house tips:
- Dalam aqad aqiqah, nama anak akan disebut berbintikan nama ibu. Oooo.. saya baru tahu.. 
- Seekor kambing aqiqah yang gemuk hanya bertahan lebih kurang sejam saja untuk 'dibaham' oleh penggemar kambing tegar. Hohohoho.. 
- Untuk 400 cucuk sate, cukup sekadar disediakan 12-15 ketul nasi impit saiz besar. Lebih daripada tu, memang membazirlah jawabnya.
- Untuk memudahkan masak nasi impit, guna electric rice cooker dan isi air banyak-banyak sehingga nasi impit tenggelam. Masak selama 60 hingga 90 minit. InsyaAllah, nasi impit masak cantik dan tidak hangus.
- Pasang cerita kartun di TV ketika open house. Ini memudahkan budak-budak duduk diam tengok kartun sambil ibu bapa menjamu selera :)
- Walaupun guna servis catering, pastikan tuan rumah ada backup disposable plates, cups dan utensils. 
- Sediakan juga drinking water. Tetamu anda mungkin tidak suka minum air manis.

* Thanks to Mama yang datang dari Labuan siap bawa kek lapis sarawak pelbagai rupa. Thanks Nurul dan Lina yang banyak menolong. Thanks to family member sebelah Abang Edi yang datang. Thanks to Kak Long yang sediakan rendang ayam kegemaran Addin dan puding santan. Thanks to all friends. Love you guys..

Friday, September 14, 2012

Selamat hari raya 2012!!

Hi alls!




1. Maaf zahir batin

My Addin is having a rough understanding of the zahir batin thing.
Bila dia tanya aku, apa tu zahir dan batin, aku pun tidak tau mau jawab semudah yang boleh untuk budak umur 5 tahun lebih, aku cakap, zahir tu luar, batin tu dalam.
So, isu pemahaman si Addin tu adalah mostly berpunca daripada penerangan mummynya yang tidak semengah langsung.

One day, si Addin cakap macam ni, "Kita sekarang dalam rumah, so kita cakap Selamat hari raya batin, cousin mummy yang datang tu kena cakap Selamat hari raya zahir pasal dia kat luar rumah.."
Aku terpana dengan tahap kelurusan anak aku.
Tapi lepas tu aku gelak ja.
Someday in the future, when my son is more matured, boleh bezakan dosa fizikal dan rohaniah, then I'll explain to him.


2. Where's Atuk? 

Tahun ni kami raya di Labuan.
Semua adik aku pun di Labuan except for Nurul yang balik pada raya ke-3 sebab terpaksa bertugas pada raya pertama dan kedua.
Sampai di airport Labuan, mama dan adik aku Jakir yang menjemput kami.
Sebaik saja si Zara jumpa mama, her first question is "Nenek, atuk mana?"
Hmm.. dia masih belum faham..


3. Sunat dan Khatan

Pengalaman berpuasa di Labuan menggembirakan si Addin sebab dia berpeluang berbuka awal sejam daripada time buka puasa di KL :)
Bila aku ajak Addin bersedia untuk sungkai jam 6.30, Addin sungguh excited.
Tapi dalam excited, Addin boleh mengeluarkan kerisauan;
"Mummy, bagus la kan kita buka puasa awal sebab sunat cepatkan buka puasa.. tapi Addin tanak buka puasa cepat, nanti kena sunat.. Addin tanak kena sunat sebab sunat tu tak best"....
Ohohohohoh... once again, aku ketawa lagi..
Part yang ni pun aku sukar mau explain hukum sunat tu adalah berbeza konsep sama sekali dengan berkhatan :) 


4. Family tradition dan priority setting 

Aku bersyukur sebab kami semua adik-beradik ada di Labuan menemani mama beraya. 
Honestly speaking, tahun ni memang terasa sangat tidak cukup korum :(
Selalunya, setiap kali raya sebelum ni, lepas bapa balik dari solat sunat hari raya dan menziarah kubur, kami akan start mengunjung ke rumah abang bapa yang paling tua dahulu, lepas tu baru lah ke rumah abang dan kakak bapa yang lain. (sebab nenek sudah tiada, jadi priority jatuh kepada rumah Tua (similar to Pak Long) dahulu).
Jadi tahun ni, walaupun bapa sudah tiada, kami masih meneruskan tradisi yang sama cumanya without mama pasal mama masih dalam tempoh berkabung empat bulan 10 hari.

Tua bagitau kami, kalau anak buah yang lain, selalunya akan berkunjung ke rumah bapa dan saudara yang lain dulu. Tapi kami, anak-anak bapa, wajib jadikan rumah beliau yang pertama untuk dikunjungi.

Aku tidak sure samada statement beliau tu menunjukkan beliau terharu dengan amalan kami atau kerana beliau teringat sama arwah bapa. Kami beritahu beliau, kami sudah terbiasa begini kerana teladan yang ditunjukkan oleh bapa.

Arwah bapa ialah seorang yang amat menghormati orang tua. Dia asuh kami untuk selalu menjenguk datuk dan nenek (sekarang hanya tinggal nenek di Ranau sahaja) serta ibu dan bapa saudara yang lain. Sekiranya ada perselisihan faham di antara beliau dan saudara yang lain, kami dilarang untuk masuk campur dan terikut-ikut. Buat seperti tiada masalah yang berlaku kerana itu semua tiada kaitan dengan kami.


5. Tips mengunjungi tanah perkuburan

Dalam kegembiraan beraya bersama, kami tidak lupa menziarah kubur bapa.
Aku siap found a new tip. Kalau ke kubur selalunya banyak nyamuk kan. Amatlah tidak best.
What I did is:pakai baju terang, elakkan warna gelap, dan sapu minyak kayu putih ke tangan dan kaki. Alhamdulillah, tips menjadi.  



6. Baju melayu

Addin: Addin tanak pakai baju melayu ni mummy... besar sangat..
Mummy: Mana ada besar.. ngam la tu.. tu baju raya tahun ni.. mesti pakai..
Addin: Besar la mummy.. tengok seluar dia ni panjang..
Mummy: Kalau pakai baju melayu mesti la seluar dia panjang..
Addin: Tapi selalu Addin pakai baju melayu tu seluar dia pendek je..
Mummy: (Ketawa)

Hohohohoh.. kesiannya anakku..
Biasalah budak cepat membesar.. memang cepat la sebarang baju jadi mengecut dan seluar jadi semakin senteng..
Sebab si Addin ni kurus kering, baju melayunya masih muat dipakai tapi part seluar ja jadi senteng sampai atas buku lali.. so, kadang-kadang, baju tu lah akan dipakai di nursery sebelah petang untuk aktiviti solat dan mengaji.. mesti dia ingat cara pemakaian tu yang normal.. hohohoho.. poor son..


Monday, September 10, 2012

Trip to Kidzania Part 2 (Photos)

Continue dari Part 1

Siap pakai surgical mask. Kunun-kunun bedah jantung orang. 

Siuk pula ni.

 Masuk jail konon. Pagar tu boleh lentur sesuka hati. Tiada pintu khas dan tiada siapa akan ditangkap untuk dimasukkan ke sini :)

 TNB technician. Mereka diajar tentang bagaimana tenaga elektrik terjadi. Nice. 

 Roleplay firefighter ni pun popular juga. 
Yang best main ni ble naik firefighter truck pastu sembur air ke 'hotel terbakar'. 


 Jadi CSI detective. 

 AirAsia pilot. The most popular and rewarding job in term of payment (15 kidzos) and self satisfaction. Tapi barisan menunggu punya la panjang. Dua kali pi Kidzania means dua kali juga la si Addin main flight simulator ni. 

Tips: Pegi Kidzania jam 11 pagi, terus pi beratur jadi pilot. Sure belum ramai kanak-kanak pasal newbie akan survey di lower floor dulu. Flight simulator ni di tingkat atas.


Seronok jadi mekanik.


Nippon painter. 

 Posmen yang hensem.

 Not allowed to take car license and drive pasal ketinggian tak cukup.
So, keja jadi honda designer saja la.

Kerja kilang air mineral. Botol yang buat sendiri boleh bawa balik rumah. Sampai sekarang masih simpan :)

Jadi Dell engineer. Dorang kena ajar macamana mau assemble sume parts dalam notebook.

UniFi installer. Besarnya uniform dan toolbox :)

Time ni dia ble tanya "Kalau pegang, kena karen tak?"

Polis comel.
Ni pekerjaan idaman Addin. Sanggup pass jadi surgeon dulu sebab mau jadi attendan pam minyak.


 Ni pun pekerjaan idaman juga. 
Aktiviti yang dia paling suka. Beratur simpan duit gaji (called kidzos).

Then pegi ATM cek baki. Account balance tu valid sampai bila-bila.
Boleh diguna di Kidzania Jakarta. Kalau banyak duit, boleh beli mainan di Kidzania.
Tapi mainan yang best, mahal yang amat.
Maknanya kena la pegi Kidzania ni banyak kali untuk dapat gaji dan menyimpan lebih.
Kalau anak ramai pun sesuai juga, so lebih banyak kidzos (dapat 50 kidzos setiap kali masuk Kidzania).
Tapi kena la berebut satu mainan.

Sebenarnya, Addin tidak pernah peduli pun pasal duit gaji kidzos dia ni. Asal dapat gaji ja, terus aku simpan. Dia reti mau main ja. Ni idea aku suruh dia bergambar guna 'money fan'. Kalau mau dapat gaji terus dikreditkan dalam ATM card pun bole. 












Trip to Kidzania Part 1

Went there twice!

Mula-mula dapat 2 free coupons hasil mendaftarkan nama Addin dan Zara as AirAsia Skyrider members. Pay RM25 each dan dapat tiket free ke Kidzania valued RM55.. untung ka tidak untung tu.. do your math :)

(tapi amat la geram dan tidak seronok sebab tidak lama lepas aku register, Skyrider buat better promotion, register a member can get 4 Kidzania coupons.. warrgghhh... amatlah tidak adil kepada orang yang lebih awal jadi member macam anak-anak aku ni.. nda pa la.. bukan rezeki la tu namanya)..

Personally, I love Kidzania. Kalau tanya Addin pun, dia akan cakap Kidzania adalah di antara tempat yang dia paling suka. Belum bawa Zara lagi sebab games untuk budak below 4 years old amatlah terhad. Ditambah pula keraguan aku dalam mengendalikan Addin dan Zara dalam masa yang sama. Handle si Addin sorang ja pun sudah penat. Inikan pula kalau bawa si Zara yang for sure akan meragam mau short nap dan menyusu.

Aku suka sebab Kidzania
- bagi budak-budak peluang enjoy role-playing
- bagi aku hint macamana hensemnya anak aku bila dia berpakaian seragam jadi pilot, surgeon, police - hohoho...
- mengajar budak-budak the realistic part of adult life iaitu cari duit - kena beratur, wait for their turn, kerja dan dapat gaji.

Tapi paling la aku kurang berkenan bila
- ada budak sekolah yang lebih besar berasak-asak potong que, kadang-kadang didorong oleh ibu bapa mereka sendiri - are you teaching your kids to be kiasu?? wth...
- ada ibu-bapa yang boleh tolong que bagi pihak anak dorang supaya anak dorang boleh enjoy role-playing di tempat lain dulu.. konon mau cop tempat la tu konon... Sedangkan sudah ada signage yang memaklumkan ibubapa tidak perlu terhegeh-hegeh untuk berbaris bagi pihak anak mereka. Buta agaknya. Atau tidak faham bahasa. Tolong la... kesian la sama anak orang lain yang terpaksa bersusah payah menunggu dengan boringnya. (Selamba ja aku sound parents yang macam ni. Well, aku pun kena la mempertahankan right anak aku).

Pegi Kidzania untuk satu hari saja la memang la tidak cukup. Addin sudah pegi 2 kali pun (dari jam 11 pagi hingga 4.30 petang) masih belum round habis Kidzania tu. Masa di sana banyak dihabiskan dengan menunggu dalam que, session (paling kurang pun 15 minit untuk satu session), round Kidzania.

Bersedialah untuk menjadi ibu yang setia menunggu anak-anak anda bermain di sana. Makan kat sana (banyak tempat makan), solat (surau pun ada), berehat (ada lounge khas untuk adult, budak-budak tidak dibenarkan masuk), nursery (untuk baby dan toddler).  Tiket pun mahal, mesti la digunakan seoptimum mungkin.

Walaupun sudah 2 kali ke sana, aku rasa macam masih belum cukup. Banyak juga game yang Addin belum main - masak-masak jadi chef, melukis, kerja di Media Prima, dentist. Next time, mau bawa si Zara. Mungkin Zara sesuai dengan role-play jadi kontraktor susun bata, lap tingkap, cat dinding :)

For photos, continue to Part 2 

Tuesday, August 7, 2012

Taman syurgawi kecil-kecilan

Lihat kebunku penuh dengan bunga
Ada yang putih dan ada yang merah
Setiap hari kusiram semua
Mawar melati semuanya indah

Tidak sure dari mana aku tau lagu ni. Most probably belajar time kelas muzik time sekolah rendah dulu. Aku memang selalu ada tendency untuk nyanyi lagu-lagu KBSR apabila kena dengan situation.
Contoh
kalau pegi piknik - aku akan ternyanyi "Berkelah di pantai yang indah...."
time pegi Penang hari tu - aku ternyanyi "Seberang Perai, bandar yang indah..."
etc..

Nampaknya, guru muzik aku dulu betul-betul meninggalkan kesan dalam hati aku sampai aku masih boleh lagu muzik sekolah rendah. Jasamu dikenang Cikgu Samat! 

Begitulah halnya kalau aku tengah seronok membelek bunga di taman aku yang tidak seberapa..
(motif bukan cerita pasal lagu KBSR, aku mau cerita pasal halaman tepi rumah yang hanya sekangkang kera)

Time mula-mula masuk rumah ni dulu, halaman kami kering kontang ja..



Banyak rumput liar.. batu pun banyak.. kesan simen merenovate dulu.. 
p/s:  Kalau anda sedang renovate rumah dan ada cita-cita mau merumputkan halaman, pastikan kontraktor clearkan semua simen dari halaman anda.. jangan bagi dorang main tinggal ja... senang urusan mau pasang tanah baru.. sebab kalau anda rasa mau buat sendiri buang rumpai+batu+tanah tak cantek sendiri, memang la penat yang amat.. kalau mau upah orang, mahal dan membazir.



 Bunga apa ntah.. aku yakin spora bunga ni datang dari jiran sebelah, sebab jiran aku bukan tanam bunga atas tanah.. dorang tanam atas tembok.. jadinya spora2 beterbangan ke atas tanah halaman aku.. but we don't mind... cantik bah..

Sebelum tanam rumput, kami buat pergola dulu..

 

Kena pecah dulu bumbung tepi tu 


Pasang simen untuk sebagai asas pasang decking



Bina pergola


Atap pergola guna US shingles. View dari tingkap tepi atas


 Then pasang decking. View dari belakang.


Sudah siap cat



 
Apabila cat sudah kering, maka bolehlah buat perasmian.
Addin dan Zara ambil angin di pergola kami dengan menyepahkan toys.

Pergola dan decking guna kayu cengal. Kontraktor ialah NBS Landscape.
Dorang siap masukkan projek rumah kami dalam majalah Laman lagi :)
Good service. Dan kami puashati dengan hasil kerja dorang.


Lepas sudah siap pergola, kami buat laluan pejalan kaki dengan pebble wash pula

 Sebenarnya, laluan pebble wash tu sudah siap tapi hasilnya amatlah mengecewakan. Jadinya, Abang Edi cari orang lain yang lebih terer buat. Simen, pasir dan batu pebble wash tu beli sendiri.

 Proses mengilatkan.

Siap suda. 

Selesai urusan kerja kayu dan simen, baru boleh start projek tanam rumput.
Sebelum tanam rumput, kena korek dulu tanah 6 inci macam tu, then timbus dengan pasir.

 Zara yang rajin menolong daddynya.
Punya la berkoyan tanah mau dibuang. 
Sampai kena sewa tong roro. 
Kami siap beli kereta tolak lagi.
Kalau tau kena buang tanah banyak camni, bagus upah siap2 kontraktor buat dulu, buang tanah siap2.. Huhuh..

Sudah siap timbus pasir dan pasang pebble wash.
Pasir boleh order dengan kedai hardware. 

  Lepas timbus pasir, beli rumput di nursery belakang Hospital Sungai Buloh.
Kami beli rumput filipin. RM1.30 ja sekeping sod.
Kami rasa murah la sudah tu. Kalau di Puchong, harga satu sod RM2.50.
Pengangkutan tidak disediakan.
Maka kami bawa semua-semua sod rumput tu dengan Avanza kami.

Gambar-gambar ketika proses membawa rumput dari Sungai Buloh ke Seri Kembangan dan proses menanam rumput tidak disertakan.
Tak sesuwai nya orang.

 Pergola yang siap dipasang kipas dan lampu gantung. 
Abaikan pemotong rumput yang parking di hujung tu.


 Alhamdulillah, ini la hasilnya selepas hampir 2 bulan pasang rumput.
p/s: Rumput jadi kuning lepas dipotong.

Pokok-pokok bunga tu kami beli di Sungai Buloh dan Pasar Borong Seri Kembangan.  Aku sebenarnya teringin mau ada pokok kemboja tapi tidak dipersetujui oleh Abang Edi. Sekarang ni, kami puas hati ja dengan pokok renek yang sedia ada.

Penutup longkang pun dipasang untuk mengelakkan kecederaan.


Tamatlah cerita mengenai taman rumah saya yang tidak seberapa :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...