google analytic

Nuffnang

Thursday, January 14, 2016

Layan Ronan Keating jap

Bebudak Gen X (now dah tua) saja yang masih ingat Ronan Keating ni kot.
Kot...

Ronan Keating, strong anchor of Boyzone, lepas tu jadi solo.
I love him in both version, berkumpulan dan berseorangan.

Oleh itu, mari layan lagu dulu.

Don't despair, I don't have the time and kerajinan to update my blog for my Japan trip entry.
So, buat la entry selingan ini untuk menunjukkan saya masih wujud di alam fana ini.
Smiley face.

If tomorrow never comes.

Don't take your loved ones for granted.
Always show your affection and tell them that you love them. 
Always.
Tak cakap pun tidak apa. Yang penting action.


Picture of you.

Kalau suka Boyzone dan Mr. Bean, maka ini adalah video yang tepat untuk anda.
I love this song. 
Uplifting. Jovial. 


Love me for a reason.

Lagu zaman sekolah asrama.
Time ni, lagu Always (Bon Jovi) dan Lemon Tree (Fool's Garden) pun hits. 
Mengembalikan kenangan ke zaman hingusan dan berjerawat batu di muka.
Hormon remaja mengganas. 


When you say nothing at all

Ni lagu kegemaran arwah bapa.
Kalau ada karaoke session ja, mesti bapa mau nyanyi lagu ni.
Abang Edi pun suka sebab dia suka tengok tu movie Notting Hill.
Aku biasa-biasa ja.
Pasal aku tidak rasa sangat tu chemistry between Julia Roberts dan Hugh Grant.


There goes my reminiscing about the good old days. 


Monday, January 11, 2016

Tiada rezeki RM900 (How to buy cheap airline tickets)

Oh... aku amat sedih.

Cerita minggu lepas.
Aku tahu bahawa aku tidak akan dapat beli tiket airline pada harga yang murah sebab tarikh penerbangan yang dihajati hanya tinggal 2 bulan dari tarikh sekarang.

Lepas tu, aku pun redha.
Tambah pula tarikh yang dihajati itu ialah tarikh cuti sekolah.
Semua orang nak cuti-cuti time tu kan.
So mestilah rata-rata tiket kapal terbang sudah jadi mahal.
Nak yang murah, kenalah beli setahun yang lepas.
Ye tak.

Jadi, dengan redha dan kepasrahan, aku pun beli saja la tiket pada harga mahal itu.
Sambil memujuk hati, "Kau memang deserve harga tiket mahal sebab beli last minute (2 bulan sebelum). Padan muka".

Memang kena beli tiket pun.
Selagi tiket flight itu belum ada, memang tidak bergerak la travel plan aku untuk booking hotel, bajet etc.

Tup tap, seminggu selepas beli tiket mahal dengan kepasrahan, ada syarikat penerbangan lain yang lebih hebat (ranked by world class aviation punya persatuan) pula menawarkan tiket penerbangan yang lebih murah daripada tiket yang aku sudah beli.
Perbezaan harga tiket itu?
Almost RM1500. Tapi timing kurang cantik.
Kalau ambil flight dengan timing paling cantik boleh dapat lebih murah RM900 daripada tiket sedia ada.

Mak aih!!!!
Macam-macam boleh buat dengan wang RM900.

Sedih.

Moral:
Ntah. We can never expect something like this. External factors.
Kalau kenal orang yang buat marketing dengan airlines company kan bagus.

The best way to get cheap airlines ticket is : subscribe to any updates and promotions from airlines companies.
Like and follow their Facebook pages.

Pastu solat hajat untuk dapat tiket murah dan solat istikharah untuk memohon diberikan ilham ketika membuat perbandingan dan pembelian tiket.
Semoga dengan cara itu Allah mempercepatkan atau melambatkan rezeki kamu tapi memberikan kamu yang keputusan terbaik pada masa yang sepatutnya.

Monolog hari isnin.
Redha sahajalah.
Aku tiada rezeki untuk guna RM900 tu ke arah yang lebih bermanfaat.

Semoga perjalanan aku nanti dengan tiket yang lebih mahal itu akan mendatangkan keberkatan untuk projek musafir kami.
InsyaAllah. Amin.

Friday, January 8, 2016

Musim Luruh di Jepun 2015 - Day 6 - 2 Disember 2015 - Tokyo

Hari ni hari kedua last kami di bumi Jepun.
Dalam plan aku, kunun mau bawa rombongan kami ke Muzium Fujiko F. Fujio di bandar Kawasaki.
Satu jam dari Machiya.
Semalam tidak dapat pegi sana, sebab dorang tutup every Selasa.
Hari ni hari Rabu, so sepatutnya buka la.

Sekalinya, bila buka website dorang di http://fujiko-museum.com/english/ (hari ni baru mau buka la), bila aku tengok di Museum Calendar, rupanya dorang tutup hari ni dan buka semalam.
I was like, oh no!!! Kesiannya Addin dan Zara.
Aku pun kesian juga la dengan diri sendiri sebab aku memang peminat komik dan kartun Doraemon.
Aku sudah feeling-feeling mau dubsmash lagu Doraemon lagi tu kalau sudah sampai di sana.
Oh sedih.
Next time la kalau pegi Tokyo lagi kita kasi jadi la tu rancangan pegi muzium doraemon.

Hmm... Tidak apa la.. rancangan hari ni diteruskan dengan mengunjungi Asakusa,  Harajuku (untuk mencari souvenir serta toys Addin dan Zara) dan HRC di Roppongi .

Tapi sebelum tu, aku ajak dulu Mama ke Nippori untuk mencari kain buatan Jepun.
Nippori ni dekat ja dengan Machiya.
So, kami ke sana dulu cari kain while Abang Edi, Addin dan Zara stay di rumah dulu.
Tidak perlu pergi semua sebab Abang Edi pun masih sakit lutut kesan banyak berlari di Kyoto pada hari kedua di Jepun.
Addin dan Zara pun mesti bosan tunggu kami cari kain.


 Kami borong kain di kedai kain Tomato di Nippori Textile Town.
Rambang mata dibuatnya.
Mama aku beli 3 pasang kain lycra untuk buat blaus.
Aku hanya jadi tukang pilih kain untuk Tasha dan mama mentua aku.
Untuk aku sendiri, yillek. I just don't fancy cotton. 
Oh and here.. kalau belanja more than 10,000 Yen pun, no free tax.

 Nurul yang melayan kebosanan.

Selesai sesi di Nippori, aku dan Jakir kembali ke Machiya membawa kain borongan kami.
Kami keluar rumah sekali dengan Abang Edi, Addin dan Zara yang sudah sedia untuk keluar.
Then kami kembali ke Nippori Station untuk fetch Mama, Nurul dan Lina.


 Dari Nippori, kami ke Ueno untuk tukar line dari JR masuk ke Tokyo Metro.

 Hari ni, kami beli Tokyo Metro 1-Day Open Ticket berharga 600 Yen untuk dewasa dan 300 Yen untuk kanak-kanak.
Boleh guna pass ni seberapa banyak yang boleh untuk naik train metro dalam masa satu hari sehingga 12 tengah malam. 

 Mood ada baik.
Dari Ueno, kita ke Asakusa. 

 Di stesyen bawah tanah Asakusa yang cantik.
Berdindingkan lukisan yang menggambarkan kemeriahan Asakusa.

 Terjumpa pembawa beca yang pandai berbahasa Malaysia.
Mamat ni cerita dia pernah belajar kursus ATMA di UKM selama setahun.

Tapi kami tidak naik beca pasal mahal sangat.
Jadi kami ambil gambar free saja la.

Head to Nakamise Street.
Wajib la bergambar di Kaminarimon Gate ni kan.

The downside of traveling in winter is, masa berlalu terlalu cepat.
Baru pukul 2 petang ja pun time ni. 

Berlatarbelakang Tokyo Skytree.
Macam tiada harapan ja aku bawa dorang menyinggah ke sana.
Ambil gambar dari jauh pun jadi la.

Autumn in Asakusa. 

Addin ambil gambar ni. 
Pandai pula dia ambil gambar candid.

Zara sibuk bagi merpati makan kuih bahulu jepun berinti kacang merah.

Lama juga la kami di Asakusa tu. 
Sampai senja kami di sana. 
Masa untuk mencari makan malam. 

Mula-mula aku cari restoran halal Naritaya Asakusa.
Di google maps bagitau aku sudah sampai.
Tapi macam tiada ja bayang restoran di tempat yang google maps tunjuk tu.

So, kami pun pegi la restoran halal terdekat yang seterusnya di Asakusa.

Ippin Asakusa.
Addin dan Zara suka la pasal dorang fikir ada Upin Ipin di sini.

Dari lokasi Naritaya Asakusa ke Ippin restoran ni tidaklah jauh sangat.
Tapi aku ada sedikit bengap dalam hal membaca google maps kalau hanya berjalan kaki.
Sebab kalau kita jalan jauh sikit baru lah tau bahawa jalan yang kita ambil tu mengikut direction atau tidak.
Namun begitu, pengalaman mengajar traveler agar lebih matang. 
Ikuti panduan cara menggunakan google maps untuk pejalan kaki dalam post akan datang.  
Aiseh. (Aku banyak hutang post. Tambah satu hutang lagi).

Inilah menu yang disediakan di restoran Ippin.
Dorang punya speciality ialah Ramen. 

Abang Edi order Ippin special curry. Dia share dengan Zara. 
Sedap juga cuma makan tidak puas. 

Aku order Ramen with milky white soup.
Rasanya lebih kurang macam maggi ayam dengan sup yang dipecahkan telur.

Review Restoran Ippin Asakusa:
1. Makanan boleh tahan.
2. Boleh tumpang sembahyang.
3. Servis lambat sebab time kami datang tu ada seorang ja pekerja. Dia la cashier, dia juga la tukang masak, tukang cuci pinggan, semua dialah. 

Selesai dinner di Asakusa, aku bawa family aku ke Harajuku.
Tujuannya adalah untuk beli souvenir di Oriental Bazzar dan beli toys untuk Addin dan Zara di Kiddyland.  

Time ni sedang hujan tapi Mama pun selamba ja redah hujan. 
She really loves to bejalan-jalan.
Bawa jalan kaki berkilometer, masuk train sesak pun dia selamba ja tiada hal.
But she just doesn't know how to pack light.
Definitely not my Mama. Hehe. 

Bila singgah Oriental Bazaar, rupanya kami lambat sampai, dorang sudah tutup jam 7 malam la.
Alamak ai.
Besok Khamis dorang tutup kedai satu hari pula. 
Rugi la. Sudah la aku cakap dengan family aku tidak perlu beli souvenir di Asakusa tadi.
Sebab di Oriental Bazaar lebih tersusun souvenirnya. 
Takde rezeki le. Huhu.

Maka kami teruskan ke Kiddyland untuk tunaikan hasrat beli toys Addin dan Zara.
Dorang sempat jumpa Darth Vader tipu-tipu.

Aku beli Kracie Poppin dan Bunchems untuk Zara.
Untuk Addin pula tiada sebab dia ni susah sangat buat keputusan.
Semua toys pun dia mau.
Susah-susah sangat aku cakap tunggu la beli toys di Toys R Us Alamanda. Haha.
Lego kotak kuning tu aku beli di Gotemba semalam. 

Ni hasil belian Nurul dan Lina.
Pose Skeleton. 
Koleksi skeleton tengkorak kecil dengan aksesori tengkorak tu.
Rupanya benda ni memang original datang dari Jepun. 
Oh dan pedang samurai tu si Nurul beli Asakusa sebagai hiasan.  

Dari Harajuku, kami balik ke rumah dengan naik metro train terus ke Machiya.
Berbaloi la tiket Tokyo Metro 1-Day kami tu.










Thursday, December 31, 2015

Musim Luruh di Jepun 2015 - Day 5 - 1 Disember 2015 - Gotemba Factory Outlet dan Gyumon Shibuya

Hari kedua di Tokyo!
Hari ni aku plan untuk bawa rombongan kami ke Gotemba Premium Outlet.

Permintaan asal, Abang Edi mau pegi spot yang dekat dengan Mount Fuji.
Aku fikir, oo ok la, boleh pegi ke Hakone.
Tapi lepas baca blog orang dan buat survey, rasa macam "mak aih.. mahalnya".
Aku punya konsep percutian kali ni ialah, penjimatan dengan menggunakan JR selagi boleh.
Tapi kalau pegi Hakone tu, macam tidak mau berapa jimat sangat.
Darab dengan 4, pengsan la kami membayar.

Jadi, untuk menunaikan hasrat Abang Edi tu, aku pun cadangkan ke Gotemba Premium Outlet saja.
Selain dapat tengok Mount Fuji dalam jarak yang dekat, kami juga boleh bershopping kunun.


 
Kena keluar awal pagi ni.
Sempat berselisih dengan lori sampah yang comel dan tiada bau sampah langsung. 

Machiya Station - Nippori Station - Tokyo Station (Ini saja sudah 20 minit).
Sampai di Tokyo Station - Aku macam hesitate ja mau meneruskan perjalanan ke Gotemba.
Sebab jauhnya yang amat. Banyak buang masa dalam train sahaja. 
Dari Tokyo Station ke Gotemba Station (station train terdekat ke Gotemba Outlet) ni kena menempuhi perjalanan menaiki train selama 2 jam lebih. Lama tu...

Abang Edi pun cakap dia ok ja sebab semalam naik Shinkansen dari Osaka ke Tokyo pun sudah puas tengok tu Mount Fuji.
Addin bising mau pegi muzium.
Aku pula fikir kalau tidak pegi Gotemba kami boleh pegi Odaiba. 
Tapi Mama mau pegi tu Gotemba, sebab mau tengok Mount Fuji dari dekat.

So, kami teruskan ja la. 
Untuk ke Gotemba, haruslah guna JR semaksima mungkin.
Tokyo - JR Shinkansen - Mashima (1st transit) - JR Tokaido Line - Numazu (2nd transit) - JR Gotemba Line - Gotemba (last station).
3 kali tukar station untuk 2 jam.
Dari Gotemba Station ke GPO boleh naik free shuttle bus selama 15 minit.   

 
 
Aku ingat semalam tu last la kami naik shinkansen. 
Rupanya hari ni ada lagi.

Masa kami tukar train di Mashima menghala ke Numazu aku disapa oleh seorang macik Jepun yang bertanya adakah kami dari Malaysia.
Dia cerita dia sudah banyak kali bercuti ke Malaysia.
Lepas tu dia macam kagum sebab kami boleh jalan rombongan ramai-ramai naik train ke Gotemba. 

 
Suasana di Gotemba Premium Outlet yang biasa-biasa saja.
Luasnya lebih kurang dengan di Bicester Village. 
Pengunjung teramai dan terkecoh ialah dari China.  

Kebetulan time kami sampai tu sudah pun masuk waktu Zuhur.
So, cari bilik solat dulu.

Bilik solat di lot 2460 di Gotemba Premium Outlet.
Kena tekan butang di sebelah kiri tu untuk panggil staf yang akan tolong buka pintu. 

 Tempat wuduk, telekung bersih dan sejadah (dalam kotak hitam sebelah tempat wuduk tu) disediakan.
Ruang jemaah lelaki dan wanita dipisahkan dengan dinding (tiada dalam gambar).
 Arah kiblat di siling.

Sebaik kami masuk ruang solat ni, terasa bersyukurnya dan kagumnya lah apabila tengok ruang solat tu amatlah luas dan bersih dan kesuciannya terjaga.
Tambah-tambah pula di kawasan bershopping di negara yang bukan majoriti Islam ni.
Rasa syukur sangat-sangat.

 Lepas solat, kami pegi foodcourt untuk cari makanan pula.

Selfie beramai-ramai ye. 


 Aku order takoyaki tanpa sos ja.
Mama aku order tempura seafood.
Sori.. tiada gambar kami pula sini.

 Addin dan Zara berjaya pau aku beli lego di sini.
Aku rasa macam tiada beza ja harga dengan di Malaysia.
Tax free pun tidak dapat kalau beli lebih 10,000 Yen.
Tapi tidak apa la.
Ada juga kenangan lego block dari Jepun kunun.

 Alamak.. tebalik pula.
Aku sempat beli chubby stick Clinique dan refill bedak muka MAC dari The Cosmetic Shop.
Ha yang ni dapat tax fee plus 15% diskaun.
Memang berbaloi-baloi.
Chubby stick tu dalam satu kotak dapat 3 batang lipstik.
Harga lebih kurang RM70 gitu.
Kalau harga normal biasanya pun sebatang sudah RM66 di Malaysia.
Promoter tu pula bagitau, chubbystick tu ialah christmas edition yang hanya ada di Jepun.
Aku pun tidak tau la dia temberang atau cakap betul.
Yang penting, di Malaysia tiada ni yang edition. 

 Bukti sudah sampai Gotemba Premium Outlet.

 Hasrat mau tengok Mount Fuji dari GPO tidak tercapai sebab si Mount Fuji malu-malu berselindung di sebalik awan.
Sudahnya, kita balik ja la. 

Tidak dapat berlama-lama di GPO. 
Kami kena kembali semula ke Tokyo atau lebih tepatnya ke Shibuya sebelum jam 7 malam sebab sudah buat reservation di Gyumon Shibuya Halal. 
Tapi untuk perjalanan balik, kami tidak ambil route ke Tokyo.
Instead, berhenti di Shinagawa sahaja then naik JR ke Shibuya. 

 Walaupun aku rasa aku macam sudah terer naik train di Tokyo ni, tapi bila sampai Shibuya ja mesti aku macam konpius dengan sistem exit di JR station ni.
Kalau exit Tokyo Metro lebih mudah rasanya. 
Nasib la ada good samaritan yang tolong kami carikan exit yang kami mahu supaya lebih dekat untuk berjalan kaki ke Gyumon. 
Wanita di atas (sebelah Lina tu) nampak kami macam blur.
Lepas tu dia tanya kami dari Malaysia ka? Rupanya dia pun baru ja balik bercuti tengok kawan dia kawin di Malaysia.
Then dia tolong kami pergi ke the famous Shibuya Crossing.

 Perjalanan kami ke Gyumon pada malam ini tidak bermasalah seperti semalam.
Dan terasa lebih dekat.
Dan meriah sebab ada konvoi kereta bercahaya. 

 At last, merasa juga kami sampai di Gyumon ni.
Ramai customer lain dari Singapore waktu kami sampai ni.
Zara gembira minum jus mangga.

 Selonotnya.
Tapi mahal!! 
Bajet satu meal package lebih kurang dalam RM100++ gitu.
Boleh la.. Sekali sekala.

 Hirisan daging nipis untuk dibakar bbq sendiri.
Mama dan Jakir ambil pakej berasingan setiap seorang.
Nurul dan Lina sharing.
Aku, Abang Edi, Addin dan Zara sharing.

 Bakar guna arang.

 
 Bakar sendiri ikut citarasa masing-masing.
Memang sedap.
Daging-daging tu terasa mencair dalam mulut.
Kesedapannya masih terasa hingga sekarang.

 Perut sudah kenyang, hati sudah senang.
Hari ni barulah rombongan kami dapat merasa kemeriahan Shibuya dengan girangnya.
Nurul took this picture from the Starbuck yang sering menjadi port orang melepak ambil gambar tengok Shibuya Crossing. 

 Abang Edi pun kan merasa juga cross sambil bergambar.
Tapi orang sudah tidak berapa ramai sebab sudah lebih kurang jam 10 malam.
(Sebelum ke Shibuya Crossing ni, kami sempat singgah ke Apple Store Shibuya sebab aku mau bagi Addin try jejak kaki ke sana. Di KL kan tiada Apple Store, gitu. Apple reseller ja yang belambak).

 Hachiko Wall di Shibuya Station.

 Dalam perjalanan pulang ke Machiya. 
Orang pun sudah tidak ramai.
Jam 11 malam sudah ni.
Pintu Keisei Line di Nippori sudah tutup. 
Sebagai alternatif, kami ambil Chiyoda Line dari Nishi-Nippori ke Machiya.
Seb baik. 










Musim Luruh di Jepun 2015 - Day 4 - 30 November 2015 - Tokyo

Ampunkan kami penunggu gua!
Punya la pemalas aku ni mau update blog.
Kalau time tengah bersemangat tu, tiada masa pula.
Ok, kita teruskan dengan pengembaraan musim luruh kami di Jepun.

Hari ke-4, kami berpindah dari Osaka ke Tokyo.

Abang Edi mencadangkan kami untuk naik teksi samada dari rumah airbnb kami di Osaka ke Station Shin-Osaka atau dari Tokyo Station ke rumah airbnb kami di kawasan Machiya, Tokyo.
Masalahnya, lepas aku survey dalam internet, perjalanan yang hanya mengambil masa 5-10 minit saja pun, akan menyebabkan damage sebanyak lebih RM200++ untuk satu teksi sahaja.
Bayangkan untuk 2 teksi - sebab kami semua 8 orang.
Gilak!
Aku pujuk la Abang Edi... sabarlah...
Memang ni la pengorbanan yang terpaksa dibuat kalau mau bajet dalam percutian.

Daripada habis RM200 untuk tambang teksi, baik habis untuk benda lain. 

 Abang Edi sudah warning dia tidak mau terburu-buru berlarian-larian mengejar train.
So, kami keluar awal, jalan slow-slow, dan sempat berpeleseran di Shin-Osaka dalam 40 minit begitu.
 
 Menunggu Shinkansen kami dari Shin-Osaka ke Tokyo di Platform 27.

 Sempat beli onigiri udang atau dalam bahasa jepunnya 'Ebi' di kedai runcit dekat platform 27 tu.

 Perjalanan menggunakan shinkansen dari Osaka ke Tokyo mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.
Boleh nampak pemandangan Mount Fuji dengan jelas.
Dalam shinkansen ni, Abang Edi duduk bersebelahan dengan nenek tua berkimono yang ramah berbual.
Tapi dia malu untuk dibawa bergambar bersama :)
Nenek tua tu cerita dia ke Osaka untuk melawat anaknya.
Kami rasa amazed juga.
Nenek tu memang sudah tua betul sebab fizikalnya yang bongkok tiga.
Tapi boleh naik shinkansen travel sorang-sorang tanpa teman.

Berdasarkan pemerhatian kami, di Jepun ni, orang tua mereka amat independent dan tidak bergantung pada orang lain.
Jangankan bongkok tiga, yang bermasalah untuk berjalan pun, walaupun menggunakan walker kaki empat dan jalan setapak-tapak pun, selalunya dapat dilihat berjalan sorang-sorang tanpa pembantu. 
Salute!

 Rumah airbnb kami di Tokyo dekat dengan Machiya Station.
Untuk ke Machiya Station dari Tokyo Station, kena tukar train di Nippori dulu.
Dari Nippori ke Machiya, boleh guna Keisei Line atau Chiyoda Line.
Yang penting, kena beli tiket extra sebab bukan adik beradik JR.  

Our trip from Osaka to Tokyo was a breeze one.
Sebab tiada apa yang perlu dikejar.
Syukur, sebab dari Tokyo Station ke Nippori Station tu kebetulan kami ternaik train yang ekspres.
Tidak banyak berhenti.
Maka kami tidak terasa penat pun. 
Keputusan untuk tidak mengambil teksi adalah tepat. 

 Machiya Station yang kurang orang.

Pengalaman kami check-in dan stay di airbnb kami di Tokyo akan aku post kemudian.

Lepas check-in,  solat dan buat apa yang patut, jom kita ke Shibuya!

 Perjalanan dari Shibuya Station ke restoran Gyumon halal tu akan kena naik jejantas yang ini.

 Pada sebelah malamnya, aku bawa keluarga aku ke Shibuya.
Sebab mau makan Gyumon halal kunun.
Punya la jauh berjalan kaki. 
Sekalinya, full house.
Kena tunggu lagi 2 jam atau boleh datang besok.
So, kami buat tempahan untuk datang semula besok jam 7.30 malam. 

 Dalam perjalanan kaki dari Shibuya Station ke Restoran Gyumon halal tu, kami terjumpa stall kebab kepunyaan orang Turki.
Semua menunya - kebab pita, shawarma kebab dan kebab with rice berharga 500 Yen.  

 
 Stall kebab ni popular di kalangan budak sekolah menengah Jepun.
 
 Makan kebab panas-panas di dalam kedinginan malam di Shibuya ni memang asyik.
Tidak cukup dengan makan di siring jalan ni, kami siap bungkus lagi untuk sarapan bagi besok di rumah. 

 Kalau sudah sampai di area Station Shibuya ni, tidak lengkaplah kalau tidak bergambar berlatarbelakangkan suasana yang serba meriah dengan umat manusia dan lampu lip lap berwarna warni. 

 Dan tidak dilupa, tugu anjing Hachiko yang kisahnya amatlah meruntun perasaan.
Teringat movie si Richard Gere dan anjingnya yang sedih itu (Hachi: A Dog's Tale).

Dari Shibuya Station ni, kami bergegas pula ke Tokyo Station.
Tujuan ialah untuk berkunjung ke Tokyo Okashi Land di First Avenue, betul-betul di bawah tanah Tokyo Station. 
Aku mau belanja Addin dan Zara makan aiskrim hokaido lembut bercoklat Royce yang dihidangkan  dengan potato chip di kedai Calbee Plus.
Tapi hampa. 
Kami sampai dalam jam 9.30 malam, dorang pun sudah tutup kedai.

Untuk mengubat kekecewaan, sempat la singgah jap di kedai berdekatan makan aiskrim dengan pancake ala crepe kunun.

Then, kami balik ke rumah airbnb kami di Machiya. 
Aku balik dengan kekecewaan.
Satu pasal tidak dapat makan Gyumon.
Dua pasal tidak dapat makan aiskrim di Calbee Plus. 










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...