google analytic

Nuffnang

Thursday, December 31, 2015

Musim Luruh di Jepun 2015 - Day 5 - 1 Disember 2015 - Gotemba Factory Outlet dan Gyumon Shibuya

Hari kedua di Tokyo!
Hari ni aku plan untuk bawa rombongan kami ke Gotemba Premium Outlet.

Permintaan asal, Abang Edi mau pegi spot yang dekat dengan Mount Fuji.
Aku fikir, oo ok la, boleh pegi ke Hakone.
Tapi lepas baca blog orang dan buat survey, rasa macam "mak aih.. mahalnya".
Aku punya konsep percutian kali ni ialah, penjimatan dengan menggunakan JR selagi boleh.
Tapi kalau pegi Hakone tu, macam tidak mau berapa jimat sangat.
Darab dengan 4, pengsan la kami membayar.

Jadi, untuk menunaikan hasrat Abang Edi tu, aku pun cadangkan ke Gotemba Premium Outlet saja.
Selain dapat tengok Mount Fuji dalam jarak yang dekat, kami juga boleh bershopping kunun.


 
Kena keluar awal pagi ni.
Sempat berselisih dengan lori sampah yang comel dan tiada bau sampah langsung. 

Machiya Station - Nippori Station - Tokyo Station (Ini saja sudah 20 minit).
Sampai di Tokyo Station - Aku macam hesitate ja mau meneruskan perjalanan ke Gotemba.
Sebab jauhnya yang amat. Banyak buang masa dalam train sahaja. 
Dari Tokyo Station ke Gotemba Station (station train terdekat ke Gotemba Outlet) ni kena menempuhi perjalanan menaiki train selama 2 jam lebih. Lama tu...

Abang Edi pun cakap dia ok ja sebab semalam naik Shinkansen dari Osaka ke Tokyo pun sudah puas tengok tu Mount Fuji.
Addin bising mau pegi muzium.
Aku pula fikir kalau tidak pegi Gotemba kami boleh pegi Odaiba. 
Tapi Mama mau pegi tu Gotemba, sebab mau tengok Mount Fuji dari dekat.

So, kami teruskan ja la. 
Untuk ke Gotemba, haruslah guna JR semaksima mungkin.
Tokyo - JR Shinkansen - Mashima (1st transit) - JR Tokaido Line - Numazu (2nd transit) - JR Gotemba Line - Gotemba (last station).
3 kali tukar station untuk 2 jam.
Dari Gotemba Station ke GPO boleh naik free shuttle bus selama 15 minit.   

 
 
Aku ingat semalam tu last la kami naik shinkansen. 
Rupanya hari ni ada lagi.

Masa kami tukar train di Mashima menghala ke Numazu aku disapa oleh seorang macik Jepun yang bertanya adakah kami dari Malaysia.
Dia cerita dia sudah banyak kali bercuti ke Malaysia.
Lepas tu dia macam kagum sebab kami boleh jalan rombongan ramai-ramai naik train ke Gotemba. 

 
Suasana di Gotemba Premium Outlet yang biasa-biasa saja.
Luasnya lebih kurang dengan di Bicester Village. 
Pengunjung teramai dan terkecoh ialah dari China.  

Kebetulan time kami sampai tu sudah pun masuk waktu Zuhur.
So, cari bilik solat dulu.

Bilik solat di lot 2460 di Gotemba Premium Outlet.
Kena tekan butang di sebelah kiri tu untuk panggil staf yang akan tolong buka pintu. 

 Tempat wuduk, telekung bersih dan sejadah (dalam kotak hitam sebelah tempat wuduk tu) disediakan.
Ruang jemaah lelaki dan wanita dipisahkan dengan dinding (tiada dalam gambar).
 Arah kiblat di siling.

Sebaik kami masuk ruang solat ni, terasa bersyukurnya dan kagumnya lah apabila tengok ruang solat tu amatlah luas dan bersih dan kesuciannya terjaga.
Tambah-tambah pula di kawasan bershopping di negara yang bukan majoriti Islam ni.
Rasa syukur sangat-sangat.

 Lepas solat, kami pegi foodcourt untuk cari makanan pula.

Selfie beramai-ramai ye. 


 Aku order takoyaki tanpa sos ja.
Mama aku order tempura seafood.
Sori.. tiada gambar kami pula sini.

 Addin dan Zara berjaya pau aku beli lego di sini.
Aku rasa macam tiada beza ja harga dengan di Malaysia.
Tax free pun tidak dapat kalau beli lebih 10,000 Yen.
Tapi tidak apa la.
Ada juga kenangan lego block dari Jepun kunun.

 Alamak.. tebalik pula.
Aku sempat beli chubby stick Clinique dan refill bedak muka MAC dari The Cosmetic Shop.
Ha yang ni dapat tax fee plus 15% diskaun.
Memang berbaloi-baloi.
Chubby stick tu dalam satu kotak dapat 3 batang lipstik.
Harga lebih kurang RM70 gitu.
Kalau harga normal biasanya pun sebatang sudah RM66 di Malaysia.
Promoter tu pula bagitau, chubbystick tu ialah christmas edition yang hanya ada di Jepun.
Aku pun tidak tau la dia temberang atau cakap betul.
Yang penting, di Malaysia tiada ni yang edition. 

 Bukti sudah sampai Gotemba Premium Outlet.

 Hasrat mau tengok Mount Fuji dari GPO tidak tercapai sebab si Mount Fuji malu-malu berselindung di sebalik awan.
Sudahnya, kita balik ja la. 

Tidak dapat berlama-lama di GPO. 
Kami kena kembali semula ke Tokyo atau lebih tepatnya ke Shibuya sebelum jam 7 malam sebab sudah buat reservation di Gyumon Shibuya Halal. 
Tapi untuk perjalanan balik, kami tidak ambil route ke Tokyo.
Instead, berhenti di Shinagawa sahaja then naik JR ke Shibuya. 

 Walaupun aku rasa aku macam sudah terer naik train di Tokyo ni, tapi bila sampai Shibuya ja mesti aku macam konpius dengan sistem exit di JR station ni.
Kalau exit Tokyo Metro lebih mudah rasanya. 
Nasib la ada good samaritan yang tolong kami carikan exit yang kami mahu supaya lebih dekat untuk berjalan kaki ke Gyumon. 
Wanita di atas (sebelah Lina tu) nampak kami macam blur.
Lepas tu dia tanya kami dari Malaysia ka? Rupanya dia pun baru ja balik bercuti tengok kawan dia kawin di Malaysia.
Then dia tolong kami pergi ke the famous Shibuya Crossing.

 Perjalanan kami ke Gyumon pada malam ini tidak bermasalah seperti semalam.
Dan terasa lebih dekat.
Dan meriah sebab ada konvoi kereta bercahaya. 

 At last, merasa juga kami sampai di Gyumon ni.
Ramai customer lain dari Singapore waktu kami sampai ni.
Zara gembira minum jus mangga.

 Selonotnya.
Tapi mahal!! 
Bajet satu meal package lebih kurang dalam RM100++ gitu.
Boleh la.. Sekali sekala.

 Hirisan daging nipis untuk dibakar bbq sendiri.
Mama dan Jakir ambil pakej berasingan setiap seorang.
Nurul dan Lina sharing.
Aku, Abang Edi, Addin dan Zara sharing.

 Bakar guna arang.

 
 Bakar sendiri ikut citarasa masing-masing.
Memang sedap.
Daging-daging tu terasa mencair dalam mulut.
Kesedapannya masih terasa hingga sekarang.

 Perut sudah kenyang, hati sudah senang.
Hari ni barulah rombongan kami dapat merasa kemeriahan Shibuya dengan girangnya.
Nurul took this picture from the Starbuck yang sering menjadi port orang melepak ambil gambar tengok Shibuya Crossing. 

 Abang Edi pun kan merasa juga cross sambil bergambar.
Tapi orang sudah tidak berapa ramai sebab sudah lebih kurang jam 10 malam.
(Sebelum ke Shibuya Crossing ni, kami sempat singgah ke Apple Store Shibuya sebab aku mau bagi Addin try jejak kaki ke sana. Di KL kan tiada Apple Store, gitu. Apple reseller ja yang belambak).

 Hachiko Wall di Shibuya Station.

 Dalam perjalanan pulang ke Machiya. 
Orang pun sudah tidak ramai.
Jam 11 malam sudah ni.
Pintu Keisei Line di Nippori sudah tutup. 
Sebagai alternatif, kami ambil Chiyoda Line dari Nishi-Nippori ke Machiya.
Seb baik. 










1 comment:

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...