Tujuan ke Hiroshima adalah untuk menggunakan kelebihan JR Pass sehabis mungkin.
Kos naik shinkansen sehala dari Shin-Osaka ke Hiroshima ialah 10,240 Yen.
Kalau return trip sudah 10,240 Yen x 2 = 20,480 Yen.
Harga satu JR Pass ialah 29,110.
Return trip ke Hiroshima saja sudah menggunakan 70% daripada keseluruhan nilai JR Pass.
Memang berbaloi-baloi.
Pagi ni aku bangun awal. Lepas solat subuh, aku pun sediakan sarapan dan bekal untuk dimakan dalam shinkansen dari Osaka ke Hiroshima (konon).
Aku masak nasi goreng guna beras jasmin Bird of Paradise dan perencah nasi goreng Seri Aji yang dibawa siap-siap dari Malaysia.
Nasi aku sudah masak lebih awal sebelum tidur semalam.
Goreng telur dadar guna telur yang mama beli dari supermarket Lawson dekat Chibune station.
Serunding Agromas sebagai lauk tambahan.
Tipuware dan sudu plastik pun dibawa dari Malaysia.
*Addin cakap telur dadar di jepun ni lebih sedap dan lebih cantik sebab warna kuningnya terang. What is it with telur ayam di Jepun buat warnanya lebih terang? Adakah kerana telurnya lebih berkualiti daripada telur ayam di Malaysia?
*Nasi goreng tu lembik. Addin ingat nasi tu ialah nasi biasa tapi ada perisa. Maka dia buat kesimpulan nasi dan telur di Jepun memang sedap. Haha.
Nasi goreng tu cukup untuk 6 orang ja.
Maka aku pek dua bekas berisi milo crunch dan susu segar untuk breakfast Addin dan Zara dalam shinkansen.
Nama pun breakfast kan. Jadi tidaklah perlu berat sangat.
2. Oleh kerana kami masih dalam mode kepenatan, maka persiapan pagi ini pun ada sedikit lembab di situ. Kami keluar rumah pada jam lebih kurang 9.00 pagi.
4. Nan Hado. Semua reserve seat sudah sold out. Train yang ada available reserve seat hanyalah untuk yang jam 2 petang dan selepasnya. Staff di kaunter tiket tu cadangkan kami untuk guna unreserved seat saja ke Hiroshima.
5. Dan train yang seterusnya adalah dalam tempoh lebih kurang 10 minit dari masa aku tanya di kaunter tiket Shinkansen tu. Masa ni aku ajak semua jemaah musafir berlari ke platform train ke Hiroshima. Kami sempat masuk salah satu daripada unreserved seat car tapi sudah tiada seat dengan susunan yang cantik untuk kami berlapan dapat duduk bersama-sama.
6. Sudah masuk train aku ajak keluar semula. Hah!!! Berlari pantas, naik tangga, masuk train, keluar train. Gilos! Tiada seat yang dapat mengumpulkan kami berlapan duduk dekat-dekat untuk tempoh 2 jam adalah tidak sesuai. Berdiri? Lagi la haru. Masa sudah suntuk untuk ke Hiroshima. Aku tukar plan - Kyoto!!
7. Ambil nafas. Aku pegi semula ke tiket kaunter Shinkansen. Aku reserve seat untuk train ke Kyoto yang seterusnya. Terus reserve seat untuk Shin-Osaka ke Hiroshima pada besoknya (hari ketiga) dan Shin-Osaka ke Hiroshima pada lusanya (hari keempat).
Tips: Kalau group musafir anda besar dan semuanya ada JR pass, jangan lupa untuk reserve seat seawal yang mungkin supaya dapat duduk dekat-dekat. Especially untuk perjalanan shinkansen pada waktu petang di hari minggu.
Baik punya posing sambil tunggu aku buat urusan tiket.
Aku dan Lina.
Sambil menunggu shinkansen ke Kyoto.
Abang Edi posing dengan pilot Shinkansen.
8. Train dari Shin-Osaka ke Kyoto hanya mengambil masa 15 minit sahaja. Tidak sempat pun mau makan bekal nasi goreng.
Panduan Shinkansen yang terdapat di belakang meja yang melekat di belakang seat penumpang.
Diberitahu lokasi tandas dan kawasan yang dibenarkan merokok.
Abang Edi suka lagi ni.
9. Walaupun kami sudah bertukar plan, tapi aku memang sudah ada wishlist untuk Kyoto.
Plan sehari di Kyoto ialah:
- Pegi Bamboo Groves dan naik Sagano Romantic Train di Arashiyama
- Then pegi Fushimi Inari temple
- Seterusnya ke kawasan Gion untuk makan ramen halal di Gion Naritaya dan cari kelibat geisha di jalan Hanamikoji.
In that order.
10. Sesampai di Kyoto kami terus ke Arashiyama sebab itulah lokasi yang paling jauh. Setengah jam naik train JR ke Saga-Arashiyama.
Ramai betul orang di kawasan train station Arashiyama ni.
Aku pegi beli tiket Sagano Romantic Train.
Dorang sedap piknik makan bekal yang aku sediakan.
Aku hanya berjaya beli slot train jam 4.30 petang dari Torokko Kameoka Station ke Arashiyama.
Kami piknik di sini ni jam 12 tengahari.
Maknanya ada gap masa 4 jam 30 minit untuk naik Sagano Romantic Train tu.
Tip: Tiket Sagano Romantic train boleh ditempah lebih awal di stesyen JR yang lain. Aku sengaja tidak booking awal sebab aku tidak yakin dengan tahap disiplin rombongan aku ni.
Auntie Nurul, Addin dan Zara.
Terserlah keperangan rambut Zara.
Perkhidmatan beca di Arashiyama.
Mahal gilos.
11. Alamak. Plan sudah lari la. Konon mau habiskan masa tengahari ni di Arashiyama. Mama aku dan ahli rombongan lain masih lapar lagi katanya. Aku cadangkan pegi Gion konon untuk makan ramen halal di Gion Naritaya. Naik train lagi ke Kyoto. Another 30 minit terbuang sia-sia. Selama 30 minit dalam train tu, aku buat calculation. Kalau mau pegi Gion dari Kyoto station, kena naik bas dan jalan kaki. Macam buang masa ja. So, aku cadangkan kami makan tengahari di kawasan Kyoto Station saja.
12. Macamana ntah, kami boleh termelilau ke tingkat 11 yang menempatkan restoran dan cafe Isetan. Lepas tu, kami makan tempura dan tendon di restoran yang bertajuk Tenichi. Tujuan aku pilih restoran ni sebab itu sajalah restoran yang serve seafood sepenuhnya dan tiada orang yang duduk di barisan luar restoran. Kalau ada orang duduk di kerusi luar tu maknanya dorang sedang tunggu giliran untuk masuk restoran.
13. First time makan tempura berkonsepkan goreng depan mata macam ni.
Set pinggan untuk makan tempura.
Hot towel disediakan.
Menunya sikit ja. Tapi semua pun mahal.
Aku order tendon set untuk aku dan tempura set untuk Abang Edi.
Budak dua orang tu makan apa yang kami order saja la.
Chef in action.
Tempura chef yang mengajar kami cara makan tempura.
Jakir dan Nurul yang tidak dapat makan sekali di bar sebab tidak cukup seat.
Hidangan tendon.
Hidangan tempura pula tiada dalam camera roll.
Terlalu excited sampai lupa ambil gambar agaknya.
Addin dan Zara pun dapat set pinggan sendiri.
Dorang makan nasi free.
Review: Mahal! Tendon set aku saja pun almost 2000 Yen.
Tempura set Abang Edi pula lebih 2000 Yen. Belum termasuk tax.
Nasib baik nasi si Zara dan Addin free. Dan nasib juga air masak pun free.
Maka boleh kata kos makan tengahari kami hari ni ialah lebih kurang 5000 Yen begitu.
Tapi pengalaman diajar makan tempura dengan step dan cara yang betul tu adalah priceless.
Kami dilayan dengan baik walaupun kebolehan berbahasa inggeris staff di restoran ini agak terbatas.
Pemandangan dari tingkat 11 JR Kyoto Station.
Punya la ramai umat manusia.
Budak-budak ni pun ikut menyibuk guna gayung style jepun di kolah tu.
Inilah tori gate yang aku teringin sangat mau tengok secara dekat tu.
Kami hanya di bawah-bawah ja.
Tiada masa untuk naik ke atas lagi.
Sambil kalut-kalut tu sempat juga ambil gambar family di sini.
Aku pun tidak tau apa makna sign pada headband si Jakir tu.
15. Kami hanya 30 minit di sini. Dan perlu ke Arashiyama semula sebab mau kejar train Sagano Romantic Train jam 4.30 petang.
16. Gerak dari Fushimi Inari jam 3.40 petang. Sampai di JR Kameoka station jam 4.20 petang. Teruskan berlari sejauh 500 meter ke stesyen romantic train.
Lina, Jakir dan Zara mendahului di depan.
Senja semakin hampir.
What a beautiful view.
Tapi sayang aku tidak dapat berjalan dengan tenang dan menikmati pemandangan di sini.
By the time kami sampai di stesyen romantic train Kameoka, orang sudah ramai berbaris.
Kami sepatutnya tidak dapat seat kan, tapi 'hantu raya' yang bertopeng dalam gambar ni suruh kami duduk sebab ada Addin dan Zara.
Mungkin dia nampak kami sorang-sorang muka pucat pasal baru lepas berlari pecut.
Perjalanan dengan train ni ambil masa selama 20 minit ke Arashiyama stop.
Kebetulan kami dapat gerabak yang open air.
Bila sudah maghrib ni bukan nampak apa sangat pun kalau tiada lampu.
Boring juga la kalau part masuk terowong.
Pemandangan di atas aku ambil bila train berhenti sekejap untuk tunjuk kawasan di Arashiyama.
Tip: Seboleh mungkin, beli tiket romantic train untuk slot siang supaya nampak pemandangan secerah-cerahnya.
At last sampai di Arashiyama. Boleh la bergambar dengan tenang bersama pilot keretapi.
Di pekan Arashiyama, kami teruskan perjalanan ke Bamboo Grove.
Tidak nampak pokok buluh pun.
Nangis. Huhuhu.
Objektif tidak tercapai.
Budak 2 orang ni mengomel sebab penat dan lapar dan sejuk.
17. Lepas tu kami terus balik ke Shin-Osaka. Di Shin-Osaka, aku reserve seat pula untuk train dari Hiroshima ke Shin-Osaka untuk perjalanan besok. Pagi tadi lupa mau buat. Dapat tu memang dapat, tapi semua kelapan-lapan kami duduk terpisah. Hah.
Kesimpulan hari kedua di Jepun:
1. Banyak berlari dan mengejar masa. Penat. Abang Edi sampai sakit lutut. Aku juga la yang cergas. Mungkin sebab yang lain tidak expect langsung that Japan can beat them like this.
2. Aku ada sedikit kecewa. Apalah nasib hari ni. Boleh kata plan Kyoto tidak menjadi. Tidak dapat pegi Gion. Fushimi Inari dapat pegi kejap ja. Bamboo Grove pun gelap dimakan malam.
Moral:
Risiko travel beramai-ramai ni:
Agak susah untuk manage masa sebab setiap orang ada keperluan dan songeh masing-masing - ada yang cepat lapar, suka kencing, suka bergambar.
Sekiranya tiada pengurusan pelan perjalanan yang teliti, especially ketika musim-musim yang waktu maghribnya awal seperti musim luruh, musim sejuk dan awal musim bunga, besar kemungkinan rancangan perjalanan hanya tinggal impian.
Oleh itu:
Pastikan pengurusan masa dibuat secara teliti pada
Tekankan kepentingan pengurusan masa kepada ahli rombongan. Kena bangun lebih awal, gerak awal, plan masa untuk makan, masa untuk solat, pegi toilet - masa itu emas!
Jangan meletakkan high expectation untuk melengkapkan rancangan perjalanan. Nanti kecewa.
Dan banyakkan berdoa kepada Allah semoga perjalanan dipermudahkan.
Sekiranya dapat diputar masa semula dan boleh buat perubahan
1. Aku akan ke Fushimi Inari dan menikmati pemandangan tori gate warna oren di sana.
2. Lepas tu kembali ke Arashiyama dan menapak perlahan-lahan sambil menikmati pemandangan ke Bamboo Groves.
3. Pegi station Kameoka guna line JR dan naik romantic train dari sana untuk kembali ke Arashiyama.
4. Pergi ke Kyoto dan kalau larat, boleh meninjau apa yang ada di Gion.
Seraya aku teringat pengalaman aku di Tokyo pada awal tahun ini.
Jalan sorang-sorang mengikut kata hati dan langkah kaki sendiri. Aiseh.
Pesan Anthony Bourdain.
Chef yang sentiasa on the go.
Nice entry! Thanks for share :)
ReplyDeleteWatch movie HD