google analytic

Nuffnang

Friday, December 11, 2015

Musim Luruh di Jepun 2015 - Day 1 - 27 November 2015 - Osaka

Sebelum bertolak ke Kansai:

1. Aku ambil cuti half day sebelah petang pada Khamis 26 November 2015. Flight tengah malam. Tapi aku belum selesai packing lagi. Aku memang tidak suka packing dan unpacking. Boring yang amat. Sudahlah kerja packing mempacking ni memang selalu jatuh di atas bahu jemala patik. Huh.

2. Kami bawa 3 beg saja. 1 beg saiz sederhana, 1 beg saiz kecil yang boleh masuk cabin dan 1 beg kanvas yang boleh dilipat. Kami hanya bawa persalinan pakaian untuk 3 hari. Beg kanvas tu aku gunakan untuk simpan keperluan yang digunakan dalam flight: jaket sejuk, kain batik sebagai selimut dalam flight dan seluar track aku. Bosan pakai jeans. Pakai seluar track la selesa.

Hiburan percuma dengan ipad sendiri. 
Selimut percuma dengan kain batik sendiri.

3. Bekalan makanan: Kami bawa 3 kilo beras, 6 pek lauk segera Brahim (Ayam masak merah dan kari ayam), serunding ayam Agromas, serunding daging yang aku order khas dari kawan sepejabat, nutella pek kecil, biskut Jacob Weetameal, dan bun gardenia.

4. Aku juga pack nasi impit yang sudah direbus, balance dendeng daging yang tidak laku dan balance sambal bilis yang tinggal sikit dalam peti ais.

5. Kami bertolak ke klia2 dengan family van Airport Limo. Harga: RM127++.

6. Sepatutnya flight terbang jam 1 pagi. Tapi delay satu jam sebab kena tunggu passenger yang ambil connecting flight dari Bangkok yang tiba lewat.

Terima kasih AirAsia.
Now my family can fly to Japan :)


Setelah tiba di Kansai International Airport:


Kena naik train dari terminal kapal landing ke terminal untuk arrival.
Aku dengan seluar track seakan bersedia untuk acara maraton seterusnya.
Yang penting selesa. 

7. Urusan pemeriksaan imigresen di Kansai International Airport amat efisyen dan mesra pelancong.

8. Aku risau kalau-kalau dendeng daging dan serunding daging kami tidak lepas. Sebab kastam Jepun melarang daging dibawa masuk dari negara luar. Syukur Alhamdulillah, semua bekalan makanan kami termasuk yang berunsur daging lepas tanpa masalah.

9. Masa kami banyak terbuang di Kansai Airport sebab adik-adik aku sibuk mau minta setting free wifi di booth Travel Japan.

Moral: Tidak perlu buang masa cari free wifi di Jepun. Sebab free wifi tu bukannya ok pun. Bikin panas ja. 

10. Aku beli prepaid data simcard di Kansai International Airport di internet and telephone area (dekat dengan arrival gate).

Ada dua vending maching yang jual simcard. 
Satu jual simcard So-net simcard.
Satu lagi jual iijmio.

Simcard iijmio dijual pada harga 3726 Yen termasuk tax dengan kuota data 100Mb untuk setiap hari.
At first, aku mau beli simcard iijmio ni sebab tidak perlu activation.
Hanya masukkan dalam smartphone dan guna. Senang.
Tapi, mesin ni hanya terima kad kredit saja. 
Dan kad kredit aku macam tidak boleh digunakan. Duh. 

So, beralih kepada option seterusnya iaitu simcard So-Net.
Vending machine ni jual simcard So-Net pada harga 3000 Yen (termasuk tax) dengan kuota 1Gb untuk 7 hari. Better value than iijmio. 
Vending machine ni terima cash.
Cumanya, cash yang boleh masuk hanya yang bernilai 1000 Yen saja.
Aku pula ada duit besar 10,000 Yen.

Untuk dapatkan cash 1000 yen, kita boleh tukar duit di bank.
Aku ada try untuk tukar duit di kedai runcit dalam airport tu, tapi tokey kedai tu cakap tidak boleh.
Bank of Tokyo- Mitsubishi UFJ ni adalah satu-satunya bank yang ada di Kansai International Airport. 
Jauh juga la aku kena menapak dari internet area ke bank ni. 
Tapi masih dalam satu terminal.

Borang ni dalam tulisan jepun.
Ada staff bank yang akan guide cara-cara untuk isi borang.
Aku tukar 3 keping 10 ribu yen aku kepada 4 keping 5 ribu yen dan 10 keping 1000 yen.
Tiada caj tambahan dikenakan.

Tips:
- Simcard iijmio juga boleh didapati di kaunter JTB, Isetan, KLCC.
- Simcard iijmio tidak perlu buat manual activation. Boleh terus guna sebaik masukkan kad sim dalam telefon.
- Simcard So-Net perlu buat activation dahulu. Kena ada internet connection yang memuaskan sebaik memasukkan simcard dalam telefon. Free internet wifi di Kansai Airport agak mengecewakan. Nasib baik Abang Edi hidupkan data roaming so aku boleh guna hotspot Abang Edi untuk activatekan sim card aku.
- Harga simcard So-Net lebih murah daripada iijmio. Dan kuota data So-Net lebih banyak daripada iijmio. So-Net. Tapi kalau mau guna So-Net, kena pandai merancang penggunaan data. Kalau anda jenis tengok youtube sepanjang masa, maka jangka hayat kuota data di sim-card So-Net akan cepat drain macam air longkang ketika hujan.

11. Langkah seterusnya, tukarkan voucher JR Pass kepada tiket JR Pass di kaunter JR.


JR Pass ni aku beli daripada H.I.S. Malaysia. 
Masa aku beli dalam awal bulan November tu, HIS Malaysia bagi harga paling kompetetif (RM1033 untuk satu JR Pass dewasa) berbanding agen lain seperti JTB yang bagi harga RM1048. 
Aku just call dorang, lepas tu bagi nama penuh semua ahli rombongan (nama mesti exactly seperti dalam passport) melalui emel. 
Then HIS Malaysia poslaju lapan JR Pass ni tanpa ada caj penghantaran. 
Sebab aku beli banyak katanya.
Siap pos sekali semua pamplet pelancongan berkaitan Jepun.
Great service!

Tips: Boleh follow H.I.S. Malaysia melalui laman webFacebook dan Instagram @hiskul. 

Selfie di kaunter JR di Kansai International Airport untuk tukar voucher kepada JR Pass. 
Terlanjur tukar JR Pass tu, boleh terus reserve seat untuk naik Shinkansen dari KIX ke Tennoji station. 

Tips: Budak-budak umur 6 tahun dan ke bawah naik train secara percuma di Jepun.
Rupanya, Zara tidak perlu ada JR Pass pun. 
Oooo.. aku ingat yang percuma tu 6 tahun ke bawah (maknanya dari baru lahir ke 5 tahun), so 6 tahun dan ke atas tu dikenakan bayaran tambang.
Tapi aku silap daa.. Ini sudah bagus. Sudah jimat duit beta.
Dan JR Pass Zara yang harga RM517 boleh minta refund semula.

Tapi, kalau Zara tiada JR Pass, dia tidak boleh duduk di gerabak yang dikhaskan untuk reserved seat.
I was like - No... I don't want to mencari-cari seat kosong dalam unreserved car, aku mau menggunakan kelebihan aku yang ada JR pass ni untuk duduk di gerabak reserved seat.
So, takpe la.. aku tukar juga JR pass si Zara tu supaya dia pun eligible untuk dapat reserved seat. Gitu. 

Kalau sudah ada JR Pass, boleh guna kemudahan JR secara percuma.
Reserved seat ni pun percuma juga. 
It's just kalau ada reserve seat ni senang, tidak perlu mencari-cari seat kosong di gerabak unreserved seat.
Hanya duduk di seat yang telah ditentukan.
Untuk perjalanan kami dari KIX ke Tennoji ni, kami dapat seat sederet row 4 dan row 5 di gerabak no. 2. 

Our first experience naik Shinkansen.
Semua jadi macam jakun. 
Tengok cleaner bersihkan gerabak dan seat berpusing dari belakang ke depan pun kami ber 'ooohhh waaaahh''.. 

Kampung orang jepun.. rumah dorang kecik-kecik ja. 

Sampai di Tennoji kena lanjutkan perjalanan ke Fukushima station pula.
Now baru ahli rombongan percaya cakap aku yang kami kena banyak tukar train.
Aku sudah pesan jangan bawa beg besar-besar.

Tips: Kalau dalam plan anda kena banyak naik turun tukar train, jangan bawa beg besar-besar. 
Satu, sebab nak menyenangkan diri sendiri untuk menghurung beg tu ke hulu-hilir naik turun eskalator dan lif serta keluar masuk train. 
Dua, untuk menghormati personal space orang di sekeliling anda di Jepun. 

Jangan jadi selfish. Tiada maknanya bawa beg besar-besar sebab mau berglemer-glemer dan tidak mau pakai jaket dan kasut yang serupa selama bercuti di Jepun ni. 
Lain la kalau dari airport datang berjemput dan stay di hotel terkemuka dekat train station, tidak banyak berjalan menghurung beg.  
Atau pergi dengan travel agent, ke mana-mana pun naik bas. Tidak mengganggu orang awam. 
Kalau mau travel cara bajet, act like bajet one. 

 
Dari Tennoji ke Fukushima.
Semua seat sudah occupied, maka pandai-pandai la himpit beg tu ke dinding supaya tidak menghalang lalu lintas pengguna train yang lain.

Dari Fukushima, kita berpindah masuk Hanshin Line pula untuk ke Chibune.
Di sini, JR pass tidak laku sebab Hanshin Line bukan dalam ahli keluarga JR.
Maka kena beli tiket ye. 

 
At last, sampai juga kami di rumah Airbnb kami ni di Chibune pada jam 2 petang.
Hoh gilos. Touchdown di KIX jam 8.30 pagi. 
5 jam masa terbuang untuk set free wifi, beli simcard, tukar JR pass dan perjalanan naik train.
Punya la banyak masa terbuang.


Dari jam 2 petang tu sampai maghrib jam 4.30 petang kami berehat dan urus diri di rumah sahaja.
Nasi impit yang aku sudah siap rebus di Malaysia, dendeng daging (yang sebelum ni dipandang sepi oleh anak-anak aku di Malaysia) dan sambal bilis habis lesap begitu saja. 
Ngam la strategi aku bawa makanan yang sudah siap boleh dimakan dari Malaysia.
Jadi tidak perlu tunggu nasi masak. Hanya masukkan dalam microwave dan panaskan, voila!

Penatnya la yang amat.
Semua pengsan kecuali aku, Addin dan Zara. 
Plan untuk ke Osaka Castle hancur berkecai.

Lepas maghrib tu kami sambung jalan-jalan Jepun kami.
Suara ramai mau pegi ke Hard Rock Osaka.
Ok, let's gone! 

Malam pertama di Osaka.

Eceh.. Abang Edi belakon beli tiket subway kunun.
I have to give credit to Addin dan Zara.
Selalu mau menyibuk beli tiket juga kunun. 
Addin lagi best, dia tanya mau ke stesyen mana, lepas tu dia siap tolong tekan which butang yang patut untuk beli tiket.
Fast learner one. Good job Addin!

Zara is still in the early phase of adjusting to a new train experience. 

Abang Edi was very excited with this sigup vending machine one.
Tapi aku cakap lupakan la hasrat beli sigup guna vending machine ni.
The main reason is pasal this sigup vending machine needs a card khas yang bagitau bahawa pembeli itu adalah adult.
Which we don't have it.
So, beli di kedai saja la ye.

Our first destination, pegi Hard Rock Cafe Osaka dulu.
Husband dan adik-adik aku mau beli t-shirt dulu kunun.
Pembelian terkumpul kami di sini almost 28,000 ++ Yen.
So, aku masukkan semua dalam satu bil, swipe using my credit card, dan boleh dapat free tax.
Maka bil kami keseluruhannya adalah sekitar 26,000 ++ Yen.  

Masa kami datang tu, live band dorang sudah start.
Very the entertaining one.
The showmanship was superb. 
Walaupun kami tidak faham lagu tu pasal apa, tapi amatlah menghiburkan sebab lagunya catchy.

Dari HRC Osaka, kami bergerak ke Dotonbori Street di Namba.


Aku purposely mau ke Dotonbori ni sebab mau jumpa Glico Running Man.

Lepas tu jumpa ketam gergasi.
Tapi dalam gambar ni, ketam tu macam tak nampak la pula.

Haa.. sini ketam ni clear.

Jalan lagi, nampak barisan panjang orang sedang beli takoyaki.
Kalau barisan panjang, mesti la sedap kan.

Dalam gambar macam tak cantik kan.

Tapi bila makan ramai-ramai, takoyaki masih panas, dalam keadaan udara dingin pula tu, memang heaven.

Tidak jauh dari kedai takoyaki tu, ada kedai jual egg tart pula.
Yang ni serius sedap.
Mama beli 3 kotak egg tart ni.
Kalau aku ke Osaka lagi, aku cari ni egg tart ni.

Lepas habis jalan-jalan di Dotonbori setakat sejam tu, kami pun balik rumah.
Penat siot.
Ready for tomoro.
Mau pegi Hiroshima kunun. 










9 comments:

  1. As salam, hi
    Saya dan kawan-kawan planning untuk pergi ke Osaka pada bulan januari tahun hadapan, setibanya di Kansai Airport saya perlu membeli Japan Rail tu untuk satu orang brp caj? Saya kurang faham. Harap dapat membantu
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ayunasha

      JR Pass tu kena siap2 beli kuponnya di Malaysia. Macam saya, saya beli daripada HIS iaitu salah satu agen JR di Malaysia. Bila dah sampai Jepun, baru tukarkan kupon tu kepada JR Pass di kaunter JR.

      Delete
  2. Assalam..

    Nak tanya, bawa beras, serunding dan dendeng daging tu nak kena declare ke sebelum sampai ke airport di Jepun?
    Ingat nak bawa beras dan sambal frozen ke sana nanti..

    T. kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mr HHarun
      Saya pun tak sure sebenarnya nak kena declare ke tak. tapi last time saya bawa beras, lauk brahim etc tak declare pun dan tak kena check pun. dorang tak strict mcm australia dan new zealand rasanya.

      Delete
  3. Salam Naddea,

    Boleh i tau, masa ke jepun end of nov tu, kasut n coat apa yg sesuai dipakai?
    Suhu siang n mlm pada masa ni brp ye jika u still ingat lagi

    Saya plan nak turun di Osaka dan balik melalui Tokyo. Jika flight dari Tokyo, (Haneda or Narita airport) yg mana lebih advisable?

    Thanks in advance Naddea��
    p/s: byk jugak ni nak tanya dgn u..tapi malu ��


    Miezajerreyza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mieza

      Berdasarkan pengalaman kami yang tidak seberapa time tu (huhu), hujung November di Osaka dan Tokyo tidaklah sejuk sangat sebab ketika tu, seingat saya, saya tak pakai thermal innerwear (longjohn), tidak bersarung tangan dan selalunya saya tidak zip pun jaket saya kalau berjalan outdoor.

      Outer coat tu rasanya mieza boleh pakai ikut citarasa yang digemari cth seperti trench coat or light coat. Yang penting kena layering. T-shirt, jumper/sweater/cardigan dan coat. Saya suka down jacket yang ada hud sebab sesuai kalau2 cuaca hujan. Kasut pun most of us guna sneakers je. Yang penting kena bawa beberapa pasang stokin so boleh tukar setiap hari sebab lepas seharian berjalan, stokin akan jadi lembab.

      Suhu siang pula macam belas2 je kot. Higher than 15 celcius rasanya. Malam boleh expect akan jadi lower than 10. Tapi yang bestnya kat osaka dan tokyo ni, sebab building dan train byk sgt, so kalau sejuk pun, kita boleh masuk indoor untuk tumpang haba.

      Saya prefer untuk turun Kansai dan balik ikut Haneda dan naik Airasia. Sebab 1) Airasia Tokyo depart dan landing Haneda 2) Haneda lebih senang akses, murah dan dekat daripada Narita 3) Flight schedule dulu - sekarang tak sure - ada flight malam dari KUL dan sampai KIX pagi, ada flight malam dari Haneda dan sampai KUL pagi - just nice.

      Boleh je nak tanya, toksah segan2..
      Saya akan share apa yang saya mampu :)

      Delete
    2. orait naddea, thanks a lot...now i dah dpt idea baju yg sesuai nak bwk & type of kasut
      tu la takut nak bwk tebal2 satgi mcm over pulak hehehe...

      i tgh nak contact shino (owner homestay) yg u recommend tu... berbaloi sgt price tu
      utk kami 2 family ni (10 org)...mudah nak memasak & lain2

      so nanti kalau ada apa2 yg i tak sure i email u lagi ye nad...

      thanks :)
      Mieza

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...