Jam 2.15 petang, aku sudah kembali ke pejabat semula sebab hari ni ambil half day leave sahaja.
(My new majikan recognizes half day leave - bagus kan?)
Masa untuk tambah post baru dalam blog aku.
Details ekspedisi Jepun pada kali ini:
Peserta : 8 orang
Aku sebagai travel guide yang tidak bertauliah, Abang Edi, Addin, Zara, Mama, Jakir, Nurul dan Lina. Tasha dan keluarga tidak dapat turut serta sebab Tasha sedang expecting anak ketiga.
Penerbangan: AirasiaX
Dari Kuala Lumpur ke Kansai (27 November 2015) dan Haneda ke Kuala Lumpur (3 Disember 2015). Aku saja susun masuk ikut Osaka balik ikut Tokyo.
Harga tiket tidak termasuk luggage dan makanan: RM817.08/orang.
Aku beli tiket pada 14 Oktober 2015 dan terbang pada 27 November 2015.
Kebetulan Airasia ada buat promotion.
Aku hanya ada 44 hari saja untuk merancang itinerari kami di Japan ni.
Untuk kami anak beranak 4 orang saja, aku tambah luggage 25 kg (penerbangan pergi dan balik) dan 2 nasi lemak (untuk penerbangan balik ke KL sahaja sebab mungkin anak aku akan rindu nasi lemak).
So, ada pertambahan RM200++ di situ untuk kami 4 orang.
Kalau naik Vietnam Airlines boleh dapat RM900++ untuk seorang lengkap dengan inflight meal dan luggage. Tapi aku malas mau transit bawa orang ramai-ramai ni.
Nurul dan Mama pula rate lain. Dorang punya return ticket tidak sampai RM400 pun untuk sorang. Memang hantu.
Tapi itulah kelebihan si Nurul kerja AirAsiaX. Dan Mama pun bertuah tumpang sekaki dapat kelebihan sebagai immediate family member si Nurul.
Tempoh perjalanan: 7 hari 7 malam.
Cukup la 7 hari ni. Duduk lama-lama di sana pun boleh muak rasanya.
Mahal, sejuk, penat jalan kaki naik turun train.
It's about time to return to my home sweet home and mediocre working mother life. Aiseh.
Accomodation - Airbnb.
3 malam di Osaka, 3 malam di Tokyo.
Kos Airbnb untuk 6 malam tersebut: RM4310.
Aku rasa murah dan berbaloi sebab aku dapat buat arrangement untuk kami duduk di Airbnb yang memenuhi citarasa 8 personaliti yang berbeza.
Kriteria pemilihan airbnb:
- Mesti ada at least 2 bilik atau sebaik-baiknya 3. So, kami satu family 4 orang boleh masuk 1 bilik, Mama dan Nurul and Lina boleh masuk 1 bilik, dan Jakir dapat 1 bilik. Privacy terjaga.
- Mesti ada dapur yang lengkap. So boleh masak-masak, jimat belanja makan.
- Mesti ada TV. Turn out, bukan tengok sangat tv tu pun.
- Mesti ada washing machine. Jadi tidak perlu bawa baju banyak-banyak.
- Mesti ada potable wifi - percuma. Apparently, kebanyakan airbnb di jepun akan bagi guna portable wifi secara percuma.
- Merokok dibenarkan. Bukan dalam rumah, tapi boleh merokok di balkoni ke, di atas atap ka, depan rumah ka.
Mau cari rumah yang ada dapur dan washing machine dan portable wifi percuma di Jepun memang senang.
Tapi mau cari rumah yang besar dan murah untuk muat 8 orang, siap ada TV dan boleh smoking ni memang satu cabaran.
Nasib baik kami dapat juga booking airbnb yang diidamkan.
Kalau mau dibandingkan dengan harga hotel:
Harga hotel yang paling murah pun mungkin RM500 satu malam.
Itu untuk bilik 2 orang.
Kalau untuk bilik yang muat 4 orang, paling murah pun mungkin RM1000 satu malam.
So, kos hotel untuk satu malam saja sudah jadi:
(2 x RM500) + RM1000 = RM2000.
Kalau 6 malam, RM2000 x 6 = RM12000.
Bandingkanlah dengan kos Airbnb kami yang setakat RM4300 tu sahaja.
Memang berbaloi-baloi.
Tapi kalau bulan November, memang susah dapat harga sebilik RM500 seperti anggaran di atas.
Misi mustahil.
Sebabnya, November popular di kalangan domestic tourist yang suka berjalan menikmati musim luruh.
Kalau booking dari awal tahun insyaAllah boleh dapat hotel.
Oleh kerana kami ni buat penempahan hanya dalam tempoh satu bulan sebelum tarikh perjalanan, maka boleh say hi hi bye bye saja dengan kos penginapan hotel yang murah.
Review pasal Airbnb kami di Jepun akan distory lebih lanjut dalam post akan datang.
Malam ke-7 kami habiskan di airport Haneda dan dalam flight menuju ke Malaysia.
Pengangkutan: JR Pass dan train dari company lain.
Naik train sampai muntah. Harga JR Pass ialah 29,110 Yen.
Kami beli dengan tukaran mata wang pada awal November 2015 dengan kos - RM1033.
Aku plan guna JR Pass ni sehabis berbaloi mungkin dengan perjalanan ke Kyoto, Hiroshima dan Tokyo.
Cerita pasal JR Pass akan distory lebih lanjut dalam post akan datang.
Overall, pengalaman ke Jepun bersama keluarga pada kali ini ialah:
Mula-mula sebelum pegi tu:
Rasa excited sangat sebab dapat bawa Abang Edi, Addin dan Zara, mama dan adik-adik aku, Jakir, Nurul dan Lina ke Jepun.
Mau bagi tengok dorang macamana cara hidup dan budaya negara maju ni.
Dorang selalu dengar aku memuji cara hidup orang Jepun.
So, kali ni, bagi dorang sendiri rasa.
Aku dan adik-adik aku punya tahap excited sampai kami siap plan untuk buat dubsmash dengan lagu jepun untuk setiap hari kami di sana. Aisehmen.
Bila sudah sampai tu:
(The first 3 days kami stay di Osaka), aku gembira sebab rasa macam balik kampung.
Mengimbau kembali kenangan di JICA dahulu (walaupun dulu aku di Tokyo, tidak pernah sampai Osaka pun sebelum ni).
After few days, rasa macam penatnya lah alahai.
Mau handle 8 personaliti dan kehendak yang berbeza (termasuk diri sendiri) is like - penat!
Nasib baik keluarga sendiri, so I can show my everything - gembira, teruja, kecewa, marah, tension - di situ-situ juga.
Kalau jalan dengan orang lain yang bukan satu kepala, mau pecah dada aku menahan perasaan.
Mama aku cakap aku boleh jadi tour guide untuk pacik aku pasal dia pun suka travel.
Aku cakap tidak boleh, susah mau marah sedara sendiri, nanti aku kena cop anak derhaka. Haha.
Dan bila sudah penat sangat tu, dubsmash pun ntah ke mana. Haha.
Bila sudah mau balik:
Dan semalam di airport, rasa seperti satu accomplishment.
Selesai juga ekspedisi Jepun kami.
Walaupun ada beberapa plan dalam itinerary yang tidak tercapai, tapi rasa macam puas hati juga la. Yang bestnya juga, aku buat kira2, anggaran perbelanjaan untuk satu orang hanya dalam lingkungan RM3000++ (less than RM4000) untuk perjalanan 7 hari 7 malam.
Rasa macam berjaya sangat sebab aku dapat menjimatkan perbelanjaan ahli keluarga aku di negara yang mahal macam Jepun di ketika currency Ringgit Malaysia kurang membanggakan.
Wow!
Thank you Allah. Segala puji hanya padamu.
Syukurlah kami dapat kembali ke Malaysia in one piece. (Aku pula lupa beli insuran perjalanan).
Tapi semua orang sengal-sengal dan sakit kaki sebab banyak mengukur jalan.
Till next post. Daaa..
Bagi gambar teaser dulu.
Pemandangan senja di Arashiyama.
Update selengkapnya kak sebab boleh nurul buat rujukan untuk ke Jepun lepas ni hahaha.
ReplyDeleteOkeh Cik Nurul Pinky.. semoga saya rajin menulis :)
DeleteThanks, very helpful :)
ReplyDeleteDownload film box office