google analytic

Nuffnang

Friday, October 2, 2015

Musim Bunga di Perth 2015 - Percutian Adik Beradik (Tips, lain-lain dan kesimpulan)

Simcard untuk call dan data di Australia

Aku beli simcard Optus di area arrival di airport Perth. 
Nurul la yang mengajar aku ni.

Si Nurul sudah sedia bawa simcardnya yang dia beli di Melbourne Jun lalu.
Mula-mula dia tidak mau bawa kunun kot-kot simcard tu sudah tidak laku.
Rupanya masih boleh guna. 
So, dia reload AUD10 saja untuk extra credit dan 4 hari penggunaan data. 

Aku pun join juga la.
Beli simcard pada harga AUD2. 

Muka depan pek simcard.


Staff Optus tu tulis nombor telefon aku di tepi kiri pek tu. 

Mau check balance pun senang ja. Just text BAL dan hantar kepada 9999.
My credit expired on 23 Mac 2016.
So maknanya aku kena pegi Australia lagi sebelum tarikh tu.
ETA pun masih lepas lagi. Hehe. 

Kalau mau guna data, reload AUD2 untuk sehari dan boleh dapat 500mb.
So sebab aku ada di sana 4 hari, jadinya aku reload la AUD8.
Bukan aku yang reload pun.
Aku bagi duit ja.
Kerja reload dan tukar simcard tu, semua staff di kedai Optus tu yang buat.

500mb tu banyak tu untuk guna satu hari.
Aku yang pakai Digi Ambassador plan ni pun ada limit 3Gb data ja untuk satu bulan.
Nasib baik di opis dan rumah ada wifi internet kan. 

Ini 500mb satu hari ni babe.
Setakat mau google info, access Facebook, Whatsapp, Instagram, tengok youtube dan guna smartphone untuk guna google maps dan waze tu, memang lepas la.  



Mod komunikasi kami - Facetime.
Budak-budak ni guna ipad call aku. 
Hari-hari tanya mana toys, mana toys.
Aku call Abang Edi pegi Iphonenya.
Pastu kami ada juga Facetime Mama, si Lina dan si Tasha.
Semua pakai Apple products. Senang.
Tidak perlu install 3rd party apps untuk buat video or voice call over data. 

Guna Optus ni lagi lah senang. 
Data coverage memang kuat. 
Takat mau facetime tu memang tiada masalah. 

Aku tidak berapa paham sangat dengan konsep credit untuk buat call kalau guna simcard ni.
Bila masa aku recharge untuk ada credit tu pun aku tidak tau. 
Tapi apa yang aku tau, aku bayar AUD10 tu kan, selain guna data untuk 4 hari, call Malaysia pun bole. 
Selamba ja aku call Abang Edi guna kredit simcard tu.

Jalan-jalan naik bas dan shopping kecil-kecilan di Perth City

Kami naik bas ke Perth City dari apartment kami pada hari kedua terakhir kami di Perth.
Sengaja tidak bawa kereta sebab aku tidak mau bayar parking mahal.
Lagipun kami berdua ja. Sihat walafiat.
Boleh jalan kaki. Senang urus. 
Satu hari kereta sewa kami tidak berjalan. Rugi AUD44 di situ.


Dalam bas free. 
Semua panduan naik bas ni aku dapat dari Google Maps saja. 
Boleh naik bas no. 15 ye. Stop di Roe Street Bus Station.

Banyak gambar si Nurul candid time aku sedang tengok henpon.
Aku bukan bersosial media saja-saja tu.
Aku ni tour guide tidak bertauliah. 
So, kena banyak tengok google maps, waze dan survey info from internet. 

Di Perth Station menghadap  bangunan Forrest Chase.

Tidak banyak gambar kami di bandar Perth ni. 
Time ni aku baru lepas shopping di Perth.
Beli baju gaun Zara AUD12. 
Seluar Addin AUD5.



Botol air Addin dan Zara BPA free AUD1.
Mana mau dapat botol air yang BPA free di Malaysia dengan harga RM1 or RM3 ja?
Tiada.

Bekas makanan Systema.
Harga hanya AUD6 saja.
Susah mau cari ni di KL pun. 
Aku beli ni sebab aku rajin bawa bekal ke opis.

Si Nurul beli ni glass screen protector.
Dia kata kalau di KL easily dapat pada RM50. 

Pastu kami ada pegi Watertown juga.
Mau juga tengok apa yang hype sangat menjadi kegilaan rakyat Malaysia kalau ke sana ye tak.
Dan memang ramai sangat orang Malaysia di sana.
Ada yang friendly tu kami saling tegur menegur bertukar senyuman.

Ada sekumpulan Malaysian ni, semua bersuit.
Aku suspek dorang ni mesti ada meeting la. Mungkin government servant kot.
Nampak gaya macam tu.
So, one of the rombongan ni tanya kami: belajar di sini ka? Dari mana?
Kami pun cakap la.. Datang makan angin. Dari Sabah.

Encik tu pun excited dan bagitau bos dia "Datok, ni ada orang dari Sabah.."
Aku pikir encik tu cakap macam tu pasal bos dia orang Sabah ke.
Rupanya tidak. 
Orang tua tu tidak langsung menoleh pun ke arah kami, siap buat muka ek pula.
Wah.. walaupun aku masih teringat pasal hal tu tapi time tu aku dan si Nurul apa ada hal. 
Lagi nyampah ada la. 
Kalau rasa hebat sangat, apa kelas pegi outlet mall ja kan. Huhu. 

**Wah.. sebenarnya, ada 3 orang Malaysia juga la tanya aku ni student sana ka. 
Aku rasa macam kembang lubang hidung pun ada sebab kalau orang tanya macam tu, adakah kerana aku kelihatan seperti orang muda? Woohoo..
Nampak macam bujang dan budak-budak la kan pasal aku pegi sana bedua dengan Nurul yang memang sempoi sepanjang masa tu.
Cuba kalau aku pegi sama Abang Edi dan Addin dan Zara.
Terus nampak macam macik-macik. Haha. 

Mau kata best sangat Watertown tu tidak la.
Macam besepah ja.
Murah sangat pun tidak.

Tapi di kedai Quiksilver ni memang best. 
Ada 60% discount.
Aku beli renang top macam ni pada harga AUD20 saja lepas diskaun.
Ngam-ngam Abang Edi pun sedang mencari baru macam ni.


Ni si Nurul punya hasrat pula mau mencari pennyboard.
Yang simple macam ni AUD9.90 ja.

Yang kilat-kilat ni harga AUD20.
Si Nurul beli warna biru tu. 

 Masa untuk pulang ke tanahair

Flight kami jam 4.45 petang.
Lepas kami piknik di Kings Park, beli pie di Danish Patisserie, isi minyak dan parking kereta sewa, terus rilek jap di area arrival di airport.

Aku sempat la solat di bilik untuk beribadat yang disediakan di Perth International Airport tu.
This is what I found.
Dekat tempat ambil air sembahyang tu, ada tisu kering yang disusun rapi.
Tup tap ada tisu kotor diletakkan di tepi macam tu saja.
What the...

Dan ada tisu basah di paip air juga.
Di lantai ada air berkecah-kecah.

What the... Malu la dengan orang Australia yang jadi cleaner bilik meditasi ni.
Tambah malu kalau cleaner tu bukan beragama Islam.
Pasal orang Islam ja yang kalau beribadat mau berwuduk dulu kan.
Pastu biar tidak kemas macam tu ja.
Nasib baik sejadah dan telekung tidak disediakan.
Kalau disediakan pun tidak tau la macamana rupanya. 

Kami hanya check-in beg aku yang kecil tidak sampai 10kg ni dengan pennyboard si Nurul. 

Tidak sabar untuk balik Malaysia. 

Nurul ambil gambar aku ni sebaik kami duduk dalam flight.
Aku rasa mesti aku baru terbaca something funny ni. 
Masuk ja kapal, aku tukar dari shawl ke tudung sarung ni.
Pastu seluar jeans tukar jadi seluar track.

Full flight. 
Lusanya akan raya haji di Malaysia.

Layan perasaan

Setakat ni, aku pernah pegi Gold Coast, Sydney dan sekarang Perth. 

Di Gold Coast, orang localnya baik-baik dan peramah. 
Tapi yang migrant pula belagak. Macam bagus. 
Sedangkan kerja bawa bas ja, tukang masak ja.

Di Sydney, orang localnya pun baik-baik tapi tidaklah peramah. 
Masing-masing busy. 
Migrant yang mata sepet pula belagak. 
Macam haram. 
Yang dari middle east ni pula baik-baik. 
Terasa brotherhood dan sisterhood di situ.

Di Perth ni pula, semua orangnya baik-baik dan peramah. 
Tidak kisah la yang local mat salleh ka, yang migrant ka, PR ka.. Mata sepet ka, muka arab ka. Semua baik. Even orang Malaysia yang melancong ke Perth pun kebanyakannya lebih friendly daripada orang Malaysia yang aku jumpa di tempat lain samada di Australia dan di Europe.
Mungkin di Perth ni ada aura sopan santun agaknya.
Terasa keharmonian di situ.

Sumber rujukan sebelum ke Perth

Aku banyak refer info daripada group Tips Cuti-Cuti Perth di Facebook.
The admins and members are helpful.

Pastu aku suka follow ig @salamduabenua.
Apa yang dia beli dan makan di Perth tu, semua pun aku rasa macam mau beli dan makan juga.
Cheese la, instant pudding la.
Jadi aku rajin la masuk Coles, Woolworth, Supa Iga semua.
Sampai si Nurul boleh cakap "Apa lagi yang salamduabenua tu suruh kau beli?"
Hoho..

Ok la..
Sudah banyak mengarut aku ni.

Till we meet again, mate!
I hope I can go there again. Next time I will bring my troops down there. :)

Araluen Botanic Park
Fremantle
Crawley Edge or Blue Boat Shed & King's Park and Botanic Garden
Malibu Apartment - Hotel Review 
Kereta sewa dan pengalaman memandu di Perth
Cerita pasal makan di Perth

12 comments:

  1. Salam..nice info..juz bk tny..klu kt airport mlbourne ada x jual simkad cam awk beli 2?sy plan nk drve g gor n phillips island..klu guna simkad 2 n juz guna waze @ google map jer blh x instead of guna gps?

    ReplyDelete
  2. Salam Misz B
    Adik saya bgtau dia beli simcard Optus dia kat arrival Melbourne airport. So confirm ada. Dan kalau guna gps apps cth cam waze or google maps mmg dah cukup dah. Tak perlu sewa dan guna gps device. Have fun in Melbourne!

    ReplyDelete
  3. Bagus la ko punya cerita dan tips. Aku suka. Aku bukan org Sabah tp aku suka kalau org Sabah bercerita. Very entertaining. Boleh aku tya, kenapa kau x pergi ke Rotto? Rottnest Island? Mahal sgt kah tiket feri nya? Saja mau tau. Aku mau ke Rotto kalau ke Perth. InsyaAllah. Terima kasih. Love your writings.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi zaheera :)
      Thanks pal suka dengan my blogging style.. begitu la juga cara aku becakap.. hoho.. aku tidak pigi tu rotto sebab aku rasa mcm tidak cukup time mau pigi sana given kami punya masa pun ada 4 hari 3 malam ja.. so mmg mau rileks2 ja tidak terkejar-kejar.. lg satu, cuti kami ke perth tu adalah cuti bajet selagi boleh tp selesa utk accomodate adik aku yg sedang pregnant tp sekalinya tidak jadi pula pigi.. tidak la mahal sgt tp out of budget suda.. begitu la kisahnya :) thx for reading my blog

      Delete
  4. Hai minta maaf kacau. Sy nk pergi end of this month so igt nk beli la optus tu cuma confuse sikit. Maksudnya reload AUD8 dpt 2GB data ke mcm mna ye? Sbb sekali reload dpt 500mb kan. Maaf tanya hrp boleh reply thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Raja Nur Izzati
      Sim card tu boleh dibeli dengan harga AUD2. Untuk guna data, kena reload AUD2 untuk sehari. Sehari boleh dapat kuota 500mb.
      Kalau reload AUD8, boleh dapat data 4 hari x 500mb. Dorang tak kira as 2GB lumpsum valid in 4 days tapi dikira setiap hari dpt 500mb. Menjelang tengah malam je, kuota 500mb tu akan direnew semula.

      Hope this explanation helps :)

      Delete
  5. Oh mcm tuu okay thank you so much ya :)

    ReplyDelete
  6. Oh mcm tuu okay thank you so much ya :)

    ReplyDelete
  7. Tq Naddea... byk info sy dpt. X sabar sdh ni mo kembara Perth. Sy akan pg 6 hari... mau round2... sampai pingsan... hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur.. Harap2 info saya semua beguna.. Siok tu jalan2 sana 😀

      Delete
  8. Assalam....nak tnya..akak planning pegi satu family ke perth after raya InshaaAllah...sis tau x mana2 tour guide yg bole bawa kami jln2 sepanjang kt sana nnt. Hope boleh membantu. Tkasih..0192100211. rosmrainbow@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ina cheras

      Saya minta maaf sis sebab saya tak pernah buat survey tentang tour guide di Perth.
      Saya cadangkan akak cari mengenai good and reputable local ground tour yang ada di Perth melalui tripadvisor sebab reviews adalah sahih drpd customer yang pernah guna perkhidmatan tour guide yang berkenaan.
      Or sis boleh juga try recce di Facebook page Tips Cuti-Cuti Perth. Mungkin boleh dapat info anak malaysia yang buat local ground tour kat sana.:)

      Good luck and have fun nanti di Perth sis!!

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...