google analytic

Nuffnang

Friday, October 2, 2015

Musim Bunga di Perth 2015 - Percutian Adik Beradik (Tempat menarik untuk dilawati - Araluen Botanic Park)

Oh yeah.. sungguh skema tajuk itu.

Memang banyak tempat menarik untuk dilawati di Perth.
Cumanya untuk trip adik beradik macam kami ni, tidak la semua tempat kami pegi.

Contohnya, sepatutnya kami ke Caversham Wildlife Park.
So si Tasha dapat la merasa jumpa binatang yang wajib dilawati kalau ke Australia, iaitu kanggaru dan kawan-kawannya seperti koala, wombat, kambing biri-biri dan apa-apa la yang ada di park tu.

Tapi pasal Tasha takdak, aku dengan si Nurul pun sudah pernah tengok tu binatang sebelum ni, dan demi menjimatkan AUD20++ untuk bayaran tiket, jadi kami skip saja la.

Instead of tengok fauna (binatang), kita tengok flora (tumbuhan).

Sesuai dengan musim bunga ni, apa kata kita tengok tulip.
Oleh kerana aku belum pernah ke Keukenhof di Amsterdam, jadinya, aku rasa aku mau berjinak-jinak tengok tulips di Araluen dulu.

Kami sampai Araluen park ni jam 8.30 pagi.
Tapi pintu masuk belum buka jam 9.00 pagi. 
So, kami lepak dekat Araluen Golf Club dulu sambil berehat dalam kereta.
Dan pegi Araluen semula jam 9.15 pagi.

Tiket masuk Araluen.
Parking free.

Pandai pula aku posing sini.
Macam perempuan melayu terakhir terkandas di Perth.

Jangan main bola kat sini ye.

Tengok tulip tu. Sikit ja.
Tidaklah seluas saujana mata memandang.
Tapi boleh la :)

Abang Edi cakap aku macam mau berak ja sini.
Tapi aku suka tu background.
Greens berjuntai-juntai dari pokok menambah drama dalam gambar.

Nampak macam fernleaf yang tidak berbahaya tetapi sebenarnya daun ni tajam.

Aku suka shot ranting macam ni.
Contrast dengan biru langit.

Besar park ni. Boleh menapak naik ke atas.

Pemandangan dari atas.

Cafe dalam Araluen Park.


 
By the time kami keluar jam 11.15 pagi macam tu, kereta berbaris panjang mau masuk Araluen.
Homaigad.. panjang betul.
Sudah la jalan 2 lane ja.
Memang pengsan la que menunggu ni.
Jadinya, kalau mau pegi Araluen Park ni, patut datang awal pagi kot. 


Fremantle
Crawley Edge or Blue Boat Shed & King's Park and Botanic Garden
Malibu Apartment - Hotel Review 
Kereta sewa dan pengalaman memandu di Perth
Cerita pasal makan di Perth
Tips, lain-lain dan kesimpulan 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...