Eiseh.. hazy KL kunun kan.. Mementang baru balik dari cuti-cuti sekolah.
Cuti sekolah yang lepas baru ni, Alhamdulillah, aku dapat bercuti ke Perth dan Langkawi.
Thanks to Airasia. Kalau naik airlines lain, mungkin aku belum mampu lagi untuk pegi dua destinasi yang berlainan dalam masa satu minggu.
Langkawi punya cerita kita letak dalam next post ye.
Untuk post cuti-cuti Perth ni, aku rasa aku mau buat simple ja.
Tiada cerita meleret-leret tentang aktiviti yang aku buat setiap hari di sana.
Aku hanya akan tulis anything yang aku rasa menarik untuk dikongsi saja.
(akhirnya.. at the end of this cuti at Perth entry.. aku tetap cerita panjang berjela juga.. maafkan saya).
Teaser.
Aneka payung di King's Park Perth.
Ringkasan percutian ke Perth:
Ahli rombongan: Aku dan adik aku, Nurul (2 orang sahaja)
Tempoh percutian: 4 hari 3 malam (sekitar Perth sahaja)
Perbelanjaan:
Flight AirasiaX - Aku RM980, Nurul RM590
Sewa kereta Thrifty: AUD178
Malibu Apartment: AUD360
Nurul bawa duit belanja: AUD 600 (lebih kurang RM2000) - tidak habis - bawa baki lebih kurang AUD 300
Aku bawa duit belanja: AUD 480 (lebih kurang 1500) - tidak habis - bawa baki lebih kurang AUD 270
Objektif percutian:
Mama aku suruh aku bawa si Tasha berjalan ke luar negara sebab si Tasha ni tidak pernah pegi ke mana-mana tempat di luar Malaysia hatta Brunei Darussalam yang paling dekat dengan Labuan tu pun.
The timing for her was just not right.
Di saat ahli keluarga aku yang lain sudah start gila untuk traveling around the world (since the Gold Coast and Sydney trip in 2013), Tasha pula baru mau start her family.
Mula-mula dia ada baby kecil, lepas tu mengandung lagi, lepas tu ada baby lagi.
Tambah pula suaminya tidak suka pegi bejalan jauh.
It's a perfect combination.
Mula-mula dia macam jeles kalau kami bejalan tapi dia tinggal, lama-lama dia tiada sudah perasaan tu.
Macam imun sudah.
Last time kami pegi Hong Kong patutnya si Tasha sekeluarga pun join.
Tapi tidak jadi sebab tarikh kami kan ke Hong Kong tu, ada event besar berlaku dalam family mentuanya.
Memang tiada rezeki si Tasha.
So, lepas Mama aku selamat balik dari Melbourne dalam bulan Jun, Mama pun mengeluarkan amanat untuk aku sebagai anaknya yang paling boleh diharap dalam urusan travel, eisehmen, bagi membawa anaknya yang kedua itu untuk keluar negara buat pertama kali.
Kasi pecah telur Mama aku bilang. Ini kalilah mesti kasi jadi.
Jadi, lepas aku mendapat keizinan daripada Abang Edi yang tercinta, aku pun menjalankan aktiviti yang aku paling suka, paling berbakat, paling ada passion to do which is - travel planning.
Tarikh yang sesuai - sepatutnya as soon as possible.
Sebab si Tasha sedang expecting anak ketiga.
Kalau tunggu lama-lama, kandungan semakin membesar, nanti sudah tidak dibenarkan untuk fly.
Or else boleh fly, tapi kena bawa surat doktor la, sign borang la, leceh.
Cumanya, sebab si Tasha ni cikgu sekolah, so tidak boleh suka hati cuti.
Cuti rehat cikgu hanya ada 7 hari setahun.
Jadi kena tunggu cuti sekolah - iaitu dalam bulan September.
Mau cuti pun tidak boleh lama-lama sebab dalam cuti sekolah bulan September tu, ada hari raya Aidiladha pula.
Ok la. Kita buat short trip. 4 days 3 nights.
Ngam. Tasha pun tidak perlu tinggalkan anak-anaknya dalam masa yang lama.
Untuk destinasi, aku pilih Perth, Australia sebab destinasi itu sesuai dengan Tasha yang first time keluar negara dalam keadaan mengandung
- lokasi luar negara bukan Asia yang paling dekat dengan Malaysia (jarak penerbangan 5 jam 30 minit sahaja)
- bahasa perantaraan ialah English maka urusan komunikasi ialah mudah
- Perth ialah sebuah bandar yang rileks dan kita boleh drive kereta sendiri dengan senangnya. Tasha tidak perlu berjalan kaki dengan jarak jauh dan penat naik public transport segala.
- Tasha mau pigi Korea Selatan (dia memang kaki drama Korea gila-gila) tapi ditolak sebab time kami booking tiket tu di Korea sedang panas pasal virus Mers outbreak. Lepas tu pula aku fikir kalau kami ke sana, nanti si Tasha kena banyak berjalan kaki which is tiring
- Lepas tu Tasha mau pegi Tokyo pula sebab dia mau memborong cotton jepun kunun. Itupun aku tidak advice juga sebab nanti dia kena banyak berjalan kaki.
- Jakarta, Bandung, Bangkok - bincang punya bincang - tolak juga sebab sana traffic jam memang hangin satu badan. Tidak sesuai untuk ibu mengandung yang kerap buang air kecil. Kalau mau jem bagus stay di KL ja.
- Bali - jadi pilihan kedua selepas Perth sebab sana rileks, boleh charter kereta.
So, Perth it is.
Ketika awal perancangan, sepatutnya kami pergi bertiga dengan si Jakir.
Si Jakir tidak pernah sampai Australia.
Tapinya, lepas si Jakir sudah beli tiket flight dari Labuan ke KL, tiba-tiba datang surat yang menyatakan si Jakir ada mesyuarat untuk marking kertas periksa UPSR yang akan diadakan dalam tempoh cuti sekolah tu.
Tiada rezeki si Jakir la.
Jadinya, si Nurul comes into play.
Aku pun rasa ok juga la kalau trip ni jadi all girls trip.
Si Lina tidak boleh join sebab dia kena tolong Mama aku jaga anak-anak si Tasha yang tidak join ke Perth.
** Aku sudah plan mau buat dubsmash nyanyi lagu A Puro Dolor, theme song bagi Mis Tres Hermanas ketika kami di Perth kunun. Cerita adik beradik perempuan kunun kan.
Pada hari kejadian:
Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.
Tasha patutnya naik flight MAS dari Labuan ke KL pada jam 12.15 tengahari ngam-ngam lepas habis sesi persekolahan.
Malangnya pada jam 2-3 pagi macam tu, si Tasha mengalami sakit perut yang teramat sangat dan terpaksa dihantar ke unit kecemasan.
Jam 8 pagi dia boleh keluar dan siap dapat surat pengesahan daripada doktor bahawa si Tasha is fit to fly.
Aku dan si Nurul pun suka yieha hep hep horey lepas tau dia boleh fly.
Dia sambung berehat di rumah tapi dia cakap sakit perutnya masih belum berkurangan.
Sudahnya, dia kena admit ke hospital. Suspect ada batu dalam buah pinggang.
Aku dan si Nurul keep contemplating.
Mau pegi ke tidak.
Kalau pegi, tidak syok la kalau tiada si Tasha.
Pegi Perth ni pasal mau bawa dia.
Kalau tidak pegi, rugi la pula segala kos yang sudah dibayar - tiket flight, sewa apartment (Mama sponsor), duit AUD yang aku tukar ketika rate sedang tinggi.
Fikir punya fikir, minta pandangan Abang Edi, Mama dan Tasha, akhirnya aku dan Nurul on kan ja la plan kami.
By far, inilah percutian yang aku paling sedih, tidak excited dan berat hati untuk teruskan.
Tapi teruskan juga sebab tidak mau membazir.
At last, pegi juga la.
Just the two of us.
Sepatutnya full flight ni.
Tapi ramai yang no show.
Including si Tasha yang supposed duduk di seat tengah antara aku dan si Nurul.
Nota kaki:
- Punah impian mau dubsmash Mis Tres Hermanas berlatarbelakangkan tulip di Araluen dan seagull di Fremantle
- Nasib baik si Nurul pun join trip ni. Kalau dibuatnya plan asal ada aku dan si Tasha saja, tidak ka sangap jadinya kalau aku pegi sorang-sorang ke Perth. Confirm aku kasi cancel.
- Mungkin besar hikmahnya si Tasha tiba-tiba sakit beberapa jam sebelum dia naik flight ke KL. Dibuatnya kalau dia sakit di Perth, bukankah lagi haru kalau masuk hospital di sana. Travel entah ke mana, kos rawatan pula mungkin melambung tinggi. Aku rasa insurans tidak akan cover rawatan si Tasha tu sebab penyakitnya datang atas pre-existing condition.
- Tasha cakap, lepas dia bersalin nanti, dia tetap mau merasa juga menjejak kaki di negara orang. Semoga urusannya nanti dipermudahkan. Amin.
*** baru first post. tadi awal cakap tidak mau meleret. ni macam terlebih melorot pula. huhu.
Araluen Botanic Park
Fremantle
Crawley Edge or Blue Boat Shed & King's Park and Botanic Garden
Malibu Apartment - Hotel Review
Kereta sewa dan pengalaman memandu di Perth
Cerita pasal makan di Perth
Tips, lain-lain dan kesimpulan
Araluen Botanic Park
Fremantle
Crawley Edge or Blue Boat Shed & King's Park and Botanic Garden
Malibu Apartment - Hotel Review
Kereta sewa dan pengalaman memandu di Perth
Cerita pasal makan di Perth
Tips, lain-lain dan kesimpulan
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment