google analytic

Nuffnang

Friday, October 2, 2015

Musim Bunga di Perth 2015 - Percutian Adik Beradik (Malibu Apartment - Hotel review)

Suka buat hotel review kan.
Suka la :)

By the way, tempat yang kami duduk di Perth tu bukannya taraf hotel pun.
Apartment biasa-biasa ja. Yang penting murah, bersih dan selamat.

Murah memang murah.
Kami booking satu unit one bedroom apartment, satu bilik air, ada ruang tamu dan dapur tu, kami dapat pada kadar AUD120 untuk satu malam.
Kalau duduk bertiga (maksimum memang kena tiga ja pun katanya), purata AUD40 seorang.
Ok juga la.

Tapi kan (ada tapi ni)...
Apartment ni tiada lobi dan receptionist semua tu.
Keputusan kami samada mau sewa kereta atau naik public transport saja pada hari pertama kami sampai di Perth tu adalah disebabkan faktor yang ni la.
Tiada orang yang boleh tengok-tengokkan beg kami.

Untuk dapatkan kunci bilik, sehari sebelum check-in, manager apartment akan email untuk beritahu no kod lock yang simpan kunci apartment kita.
Dan pada hari terakhir untuk check-out, hanya masukkan kunci apartment dalam dropbox yang disediakan.
That easy.

One good thing.
Waktu aku booking guna Booking.com tu aku suda letak request supaya dorang bagi aku bilik di aras bawah ja.
Tidak mau panjat tangga pegi tingkat atas sebab aku bagitau kami travel with a pregnant lady.
Dan memang kami dapat bilik bawah No. 1.
Tapi si Tasha pula tiada.

Dalam lock ni ada kunci apartment. 
Lepas ambil kunci, tinggal ja lock ni di jaring grill pintu depan tu.
Code untuk buka lock ni diberi dalam email sehari sebelum kami fly ke Perth.

Teleng kepala aku tengok gambar ni.
Di nota ni, tuan rumah ada bagitau peraturan apartment.
Pastikan apartment ditinggalkan dalam keadaan kemas dan bersih sebelum check-out.
Atau awak kena denda sebanyak AUD150 untuk kos pembersihan. 

Mari buat tour rumah ni.

Meja makan dengan 4 kerusi di kawasan ruang tamu.

Ruang tamu with sofa bed.

Rak tv, tv besar dan ada dvd player.
Channel tv yang ada memang meriah.
Yang penting, tidak boring la duduk di rumah.

Air conditioner disediakan.
Sepanjang masa di rumah ni, kami buka heater ja la.
Sejuk kan. 
Pintu putih sebelah kanan tu menuju ke balkoni. 

Ni ha balkoninya. Siap ada tempat sidai baju lagi.
Di sini ada kerusi dan meja santai kot2 ada smoker mau ambil oksigen. 

Boleh keluar ikut gate biru tu kalau mau berjalan kaki or naik public transport ja. 

Bilik tidur. 
Dorang bagi towel.
Kabinet baju lengkap ada hanger banyak lagi tu. 
Tapi tidak ambil pula tu gambar kabinet.

Ni tandas. Depan tandas tu ada washing machine.
Siap kena bagi powder detergent lagi. 
Tapi dryer tiada.
Hari-hari kami basuh baju.
Untuk dry, kami sidai baju di kerusi makan bawah heater.
Senang.

Shower berdiri.
Air panas dia ni tricky sikit.
Kena pandai adjust tombol shower tu.
Kalau terkena air sejuk, menggigil la dalam shower.

Ni kawasan dapur.

Lengkap ada peti ais dan microwave yang setia berkhidmat untuk kami.

Almari putih sebelah microwave tu ada segala benda ni la.
Pinggan mangkuk cawan gelas, garam pun ada.
Iron dan ironing board pun lengkap.
Tidak perlu risau sekiranya tudung dan baju anda komot.

Bawah sinki tu ada disediakan kain lap, span, sabuh basuh pinggan, toaster, kettle dan periuk kuali masak.

Colander and peralatan masak yang lain.
Kalau rajin le.

Cutlery and kitchen utensils. 

Dapur masak dan oven.


Ada la kena bagi free gula, krimer, susu, jem, teh, kopi dan vegemite.
Aussie dan vegemite tidak dapat dipisahkan.

Ni pula almari utilities.
Tengok tuan apartment ni.
Dia tidak kedekut pun mau bagi extra bantal, extra selimut, cadar, towel semua.
Ni macam kalu, kalau masuk 6 orang pun ngam. 

Pandangan hallway dalam rumah dari bilik tidur mengadap pintu depan. 
Kanan ialah dapur dan ruang tamu.
Kiri ialah bilik air.

Aku dan si nurul fikir dalam bilik tidur tu tiada air conditioner.
Jadi kami tidur di luar ja la pasang sofa bed.
Selesa juga la.
Bila hari last mau check-out tu, baru tau rupanya air conditioner di bilik tu tersorok di sebalik langsir.
Hoho.

 
Malam-malam kami senang tengok tv sebab tidur di sofa bed ja.
Aku suka tengok channel 7.
Petang-petang ada kena tunjuk X-Factor Australia.
By the time balik Malaysia, dorang sudah sampai episod mencari top five contestant untuk si Guy Sebastian.   
Rasa ralat pula tidak dapat sambung tengok setelah meninggalkan Perth. 
Huhu.
Lepas X-Factor tu selalunya ada movie macam cerita Bruce Almighty ni. 

Ni adalah pemandangan apartment dari kawasan parking.
Parking free je ye kawan-kawan.
That's why I chose Malibu Apartment.
City Stay Apartment dekat Watertown tu pun nampak cam bagus reviewnya.
Tapi dorang bagitau dalam website, start 1st September 2015, sudah tiada free parking yang disediakan.
Rugi la. 

Ni adalah bus stop terdekat dari Malibu Perth tu.
Jalan dalam 5 minit macam tu ja.

Bus stop ni termasuk dalam area Free Transit Zone untuk naik bas free ke bandar Perth.
Dari sini ke Roe Street Bus Station adalah dalam 10 minit saja macam tu.
Very the easy one and obviously, percuma!!

Tips tambahan:
1. Pekan terdekat ialah Leederville. Dalam 1km macam tu. 15 minit jalan kaki. Kalau malam minggu di pekan tu, memang meriah. Di Leederville ada 3 kedai kebab, 1 supermarket Iga, beberapa kedai runcit kecil, restaurant india pun ada. Senang cerita, meriah juga la.
2. Kalau tidak sewa kereta, better stay di area bandar ja la. Banyak juga hotel or backpacker hostel yang murah di bandar tu.


Araluen Botanic Park
Fremantle
Crawley Edge or Blue Boat Shed & King's Park and Botanic Garden
Kereta sewa dan pengalaman memandu di Perth
Cerita pasal makan di Perth
Tips, lain-lain dan kesimpulan 

2 comments:

  1. HAI SORY.. NK TANYA. ADE NO FON UNTUK CONTACT MALIBU APRTMENT X

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...