2 minggu sebelum ke Perth, aku book kereta dengan Thrifty melalui laman web dorang.
Ketika ni, Thrifty punya rate la yang paling murah untuk kategori small car dengan kendalian automatik di antara car rental yang lain contoh seperti Avis dan Budget.
*Kalau booking dengan Avis, bole dapat MAS Enrich point. Kalau booking dengan Budget, bole dapat Airasia BIG point. Booking dengan Thrifty, tiada point.
Kereta cumil Mitsubishi Mirage.
Kami sewa pada rate AUD178.02 dengan standard damage cover untuk 4 hari.
Standard damage cover comes free with the rental rate.
Tapi kalau ada apa-apa jadi pada kereta tu, tak kisah la aku yang salah ka, orang lain yang salah ka, aku kena bayar gantirugi sehingga kadar maksimum AUD4000.
Kalau mau kasi up lagi tu damage cover, boleh tambah pakej Premium Protection pada kadar AUD27 sehari. Maknanya AUD108 atau lebih kurang RM350 untuk 4 hari.
Kadar gantirugi akan diturunkan daripada AUD4000 hingga ke AUD500.
Dan kadar tersebut tidak cover kerosakan pada tingkap dan tayar kereta.
Kalau mau up lagi, boleh la ambil pakej Ultimate Protection pada kadar AUD33 sehari. Maknanya AUD132 atau lebih kurang RM400 untuk 4 hari.
Pilih pakej perlindungan yang ultimate ni untuk total peace of mind.
Aku boleh kata agak menyesal juga sewa kereta tu, sebab, mahal.
Kami dua orang sihat gagah perkasa patutnya boleh ja ke mana-mana naik public transport jalan kaki kan.
Isunya di hari pertama tu ialah luggage.
Flight kami landed di Perth jam 5.30 pagi.
Check in apartment jam 2.00 petang.
Tapi apartment kami jenis tiada receptionist dan tiada kemudahan simpan luggage.
Takkan la mau mengusung luggage naik bas jalan kaki ke hulu hilir , ye dak.
Aku pula bawa beg yang kena tarik bagai. Silap di situ.
Akhirnya, sewa saja la kereta tu walau mahal pun.
**Kalau mau travel di Perth naik public transport dan jalan kaki saja, sila cari accomodation yang ada kemudahan simpan beg di sekitar Perth city. Senang urusan.
Dan oleh kerana aku tidak ambil damage cover yang lebih mahal (if not kami akan belanja almost RM1000 only for kereta sewa yang digunakan oleh 2 orang passenger saja), boleh dikatakan, aku memang tidak tenang bawa kereta di sana.
Sudah la ada orang post di Facebook ada kejadian pecah kereta di King's Park, lagilah bikin aku cuak.
Nasib la tiada kejadian yang buruk berlaku ke atas kami.
Kalau tidak, bayar ja la tu gantirugi. *Nangis.
Oh.. tidak perlu sewa GPS dari car rental.
Guna ja google maps atau waze sedia ada.
Google maps tu, guna untuk naik public transport pun ngam.
Bagitau ja kita dari mana nak ke mana, google maps akan bagi option perjalanan yang sesuai.
Siap bagi lokasi bus stop terdekat dan nombor bas yang perlu kita naiki untuk sampai ke destinasi.
Just use your existing GPS apps.
Pengalaman memandu di Perth
Sepanjang setakat 4 hari 3 malam aku berada di sana, aku perhatikan signage tunjuk arah jalan di Perth ni memang cukup jelas.
Lepas tu, dorang implement had kelajuan yang tidak laju untuk orang Malaysia contoh macam aku ni.
Jalan dalam kawasan perumahan, 40 km/j.
Jalan besar sikit dalam kawasan kampung, 60 km/j.
Jalan besar lagi yang ada lebih daripada satu lane, 80 km/j.
Di highway, 100 km/j sahaja.
Ada logik sebenarnya hadlaju di Perth di dilimitkan kepada angka-angka seperti di atas.
Ya la.. dibuatnya ada kangaroo melompat melintas di tengah jalan, kuranglah damage nya kan..
Kangaroo, kereta dan driver semua selamat. InsyaAllah.
Halaju yang sebegitu membuatkan aku sedikit tenang.
Kalau aku terhegeh-hegeh memandu ikut halaju yang ditetapkan, contoh pada 60 km/j, tiada siapa yang akan hon dan menjeling aku.
That's the rule, so just follow the rule.
Kan elok bawa pelan-pelan, maka kereta sewa aku yang ada standard protection tu hanya terdedah kepada risiko kemalangan yang sedikit.
Syukur.
So, senang cerita, siapa yang ada masalah keyakinan diri mau memandu tu, memang ngam la memandu di Perth ni.
Amat membantu meningkatkan jatidiri sebagai pemandu.
Bila aku balik Malaysia pun, sekarang ni, aku try to keep to the speed limit.
Harap-harap tabiat baik ni diteruskan.
(Baru satu minggu kan. Hehe.. Bad habit die hard).
But, I was a bit puzzled, di saat aku mengikut peraturan, kenapa kereta di kiri dan kanan aku macam lebih laju daripada halaju yang ditetapkan ja?
Heran.
Was I the only driver yang skema ketika itu? Haha.
Tidak kisah la skema, yang penting aku tidak kena saman dan usin ku tidak melayang.
Dan bila pelan ja driving tu kan, more than often, mesti aku dan Nurul akan mengantuk.
Driver atau yang jadi co-driver pegang smartphone tengok google map, dua-dua pun mengantuk.
Pasal driving slow sangat.
Jarak 7 km pun boleh sampai dalam tempoh 15 minit.
Kalau di Malaysia, jarak 7 km boleh sampai dalam 10 minit.
Itupun sudah termasuk tempoh cari parking.
Lagu di radio pun boring. Kebanyakan song dari Australia.
Tidak banyak lagu mainstream dari US or UK yang macam kita selalu dengar.
Patutnya bawa cd or usb yang ada favorite songlist dari Malaysia siap-siap.
Meriah la sikit suasana pemanduan.
Parking di Perth
As for the parking, yeah.. parking adalah satu kekangan utama untuk traveler budget macam kami ni.
Kalau pegi kawasan perumahan dan lokasi menarik macam King's Park, Araluen dan Margaret Chocolate Park tu ok, parking percuma.
Kalau pegi kawasan pekan (Fremantle) dan bandar (Perth City), kadar parkingnya memang akan buat kita menangis.
Rate parking di tepi jalan yang femes di Perth City adalah dalam AUD2.20 untuk setengah jam. Itu untuk setengah jam hokey! (Nyesal tidak ambil gambar).
Parking di parking area yang disediakan oleh CPP (boleh download apps untuk smartphone), pun boleh tahan mahal juga kalau di tengah bandar.
Contoh macam di His Majesty, Murray Street - rate adalah AUD3.90 untuk setiap jam.
Ada certain CPP, boleh parking pada harga yang lebih murah untuk kadar malam dan hari minggu.
Kalau parking di area yang disediakan oleh Wilson pula lebih mahal kononnya (ini aku baca dari internet).
Parking di Fremantle pula ada murah sikit daripada di Perth city.
Ni aku parking di area Fishing Boat Harbour Car Park, dekat Mews Road dan Esplanade, Fremantle.
Hajat di hati mau makan tengahari di Cicerello's.
Kadar bayaran ialah AUD5 untuk 3 jam 20 minit.
Purata dalam AUD1.50 untuk 1 jam.
Kalau parking tepi jalan lebih mahal. Ada yang by 1/2 hour, 1 hour dan 2 hours.
Ni aku parking di E-Shed Market, Fremantle.
Kadar bayaran ialah AUD2 untuk 1 jam.
Mahal sket daripada yang tadi.
Jangan tidak bayar parking. Mesti bayar.
Kalau tidak bayar, kena penalti.
Tatau penalti berapa, pasal saya budak baik.
So, jadilah budak baik macam saya.
Penggunaan petrol
Selama 4 hari 3 malam kami memandu di sana (minus 1 hari 1 malam tidak memandu sebab kami naik bas ja ke bandar Perth dari apartment - mau jimat belanja parking kunun), kami hanya guna half tank petrol.
AUD16.80. Wah.. Ini sudah murah kalau mau dibandingkan dengan pendapatan orang local di Aussie sendiri la kan.
Jangan la diconvert pigi duit kita pula.
Kalau aku di Malaysia, gaji nda la seberapa sangat.
Half tank suda RM30. Huhu.
Sabar saja la.
Inilah pengalaman travel yang mengajar manusia.
Fremantle
Crawley Edge or Blue Boat Shed & King's Park and Botanic Garden
Malibu Apartment - Hotel Review
Cerita pasal makan di Perth
Tips, lain-lain dan kesimpulan
Hai,klo u pegi perth lagi..u akan pkai public transport ke?
ReplyDeleteHieya amieranadya..
DeleteBergantung kepada ahli rombongan.. kalau semua sihat, muda dan gagah, saya akan guna public transport. Kalau ada kekangan lain, saya prefer guna kereta sewa :)
Hai..nak tanya sewa kereta kat sana ada deposit tak? brapa RM deposit? boleh bayar deposit guna Debit Card?
ReplyDelete