google analytic

Nuffnang

Friday, October 2, 2015

Musim Bunga di Perth 2015 - Percutian Adik Beradik (Tempat menarik untuk dilawati - Crawley Edge or Blue Boat Shed & King's Park and Botanic Garden)

Crawley Edge Boat Shed or Blue Boat Shed

Blue boat shed ni adalah salah satu lokasi ambil gambar yang paling hot di Perth.
Be it among tourists and newly wed couples.

Sebelum sampai Perth ni, aku sibuklah buat survey mana parking yang sesuai untuk aku access ke Blue Boat Shed ni.
Tengok melalui Google Maps,  lokasinya di tepi highway.
Memang mustahil la kalau mau parking di tepi-tepi jalan tu kan.
Kalau mau parking di area Park's Avenue yang bertentangan dengan Blue Boat Shed tu aku risau mengganggu ketenteraman kejiranan di sana pula.
Mana mau cross road lagi.

Hah..
Sekalinya, pada hari kejadian, iaitu merangkap hari last kami di Perth, sebaik check out dari apartment kami, aku cakap sama si Nurul, aku mau bergambar di Blue Boat Shed tu dulu.

Masalah parking?
Tiada masalah sebab si Nurul tidak heran pun mau bergambar di lokasi panas ni.
Jadinya, dia tunggu ja dalam kereta, parking kejap di bus stop dekat highway tu, while aku buat a fast selfie sekejap, not even more than 5 minutes.
Punya cepat.

Nasib baik gambar selfie ni jadi juga sebab time terik yang amat.
Aku pun tidak tenampak suda apa yang ada dalam skrin ketika berselfie tu.

Nasib aku kurang baik sebab ketika rezeki aku sampai ke Perth tu, Blue Boat Shed tu sudah dipalang.
Maka tidaklah boleh buat pose gaya berbaring atas titi la, mau menyandar di pintu rumah biru tu ka.
Dari jauh pun boleh la. Asal ada.

This location is very near to Kings Park.

Kings Park and Botanic Garden 

Taman Kings Park yang besar ni pun adalah salah satu lokasi yang mesti dilawati oleh pengunjung ke Perth.
Ala-ala Hyde Park kalau ke London, dan Central Park kalau ke New York.
Macam tu la tahap kemestiannya.

Berhenpon ja kan. Rugi betul traveler yang manjang tengok henpon ni.
Huhu.

Pintu depan.

Lama sudah ni park wujud. 

Wild flowers.

Berlatarbelakangkan War Memorial. 

Ada Malaya dan Borneo di sana. 

Time bercinta dulu, Abang Edi selalu panggil aku Baby Borneo.

Tanah Melayu dan Borneo. Dulunya adalah dua territori yang berlainan. 

Ini namanya Pokok Ratu atau Queen's Tree.
Nampak tak pokok tu pakai gaun putih dan crown?

Payung di siling bumbung kedai souvenir di depan Kings Park.
Ada feeling festival sikit.

Kita teruskan dengan acara piknik. 

Cari tempat redup ye.

Ni semua makanan kami yang belum habis dan perlu dihabiskan sebelum balik Malaysia. 

Aku singgah sini sebab mau tengok festival musim bunga kunun.
Tapi bila sampai sana, aku tercari-cari dimanakah festival itu?
Tiada pun yang happening. Macam biasa-biasa ja.
Ka aku yang salah faham.
Atau aku yang tidak terjumpa tu semua orang pakai pakaian beragam macam bunga-bunga tu?
Entah la.
Hoho.

Araluen Botanic Park
Fremantle
Malibu Apartment - Hotel Review 
Kereta sewa dan pengalaman memandu di Perth
Cerita pasal makan di Perth
Tips, lain-lain dan kesimpulan 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...