Aku dapat undangan tu sebab aku ada isi borang untuk menyertai majlis minum petang dalam blog www.1Malaysia.com.my . Aku tau pasal majlis minum petang sebab aku ada follow Facebook Najib. Tidak sangka la pula boleh dapat. Untuk makluman, majlis minum petang yang aku pegi tu adalah majlis kedua yang PM anjurkan untuk mendekatkan beliau dengan rakan-rakan online (termasuklah aku).
Tidak pula sangka boleh dapat. Seingat aku, macam lama suda isi borang tu. Majlis tu sepatutnya diadakan pada last November, tapi terpaksa ditangguhkan sebab PM kena chicken pox (kesian huh.. sudah tua baru kena.. mesti lagi sakit tu.. nasib baik la tidak meninggalkan parut yang tidak hensem..huhuhuh).
Waktu mula-mula dapat email pemberitahuan yang kunun aku terpilih untuk menghadiri majlis tu, macam excited la kunun.. tapi aku tidak hebohkan kepada kawan-kawan aku (adalah juga seorang dua) sebab aku tau ada di kalangan kawan-kawan aku yang bukan pro-kerajaan. Apa-apa pun, aku rasa itu hak masing-masing, mau sokong Kerajaan, teruskan.. tidak mau pun, suka hati la.. gunakanlah hak yang ada dengan mengundi masa pilihanraya nanti.
So, hari Ahad yang ditunggu bersamaan 20 Februari 2011 itu pun tiba. Sebelum tu, aku import si Lina dari UiTM untuk tolong jaga si Addin dan Zara di rumah while we were away. Bukannya lama pun, dari jam 3.15 petang hingga 6.30 petang ja. Majlis tu dari jam 4 hingga 6 petang.
Hasil dapatan aku
- Aku tidak pernah pergi ke Kompleks Seri Perdana. Dan selama aku kerja di Putrajaya pun, aku tidak pernah tau pun di mana kediaman PM ni pun. Itu kali pertama aku sampai ke sana (dengan bantuan GPS). Kompleks Seri Perdana amat besar. Dari kediaman PM, boleh nampak pejabat beliau di JPM.
- Jemputan adalah seramai 600 orang. Maknanya, ada lebih kurang 300 orang rakan online yang dijemput. Setiap tetamu boleh membawa seorang tetamu. Aku bawa Abang Edi. Tapi ada juga yang datang sorang-sorang.
- Mengikut kata PM melalui ucapannya, pemilihan jemputan adalah secara random. Pemilihan juga dipilih secara cross-sectional. Maknanya, semua yang datang adalah dari pelbagai bangsa di Malaysia – Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah dan Sarawak. Jumlah permohonan yang diterima tidak diberitahu. Tapi aku rasa mesti ramai yang minta. Dan personally, aku rasa aku ni terpilih sebab aku dari golongan bumiputera Sabah.
- Ada yang sanggup datang dari jauh – tidak semata-mata dari kawasan Lembah Klang sahaja. Yang fly dari Sabah dan Sarawak pun ada (guna perbelanjaan sendiri). Sanggup betul dorang ni. Kagum aku.
- Majlis diadakan di tepi tasik. PM bagitau banquet hall di rumah beliau hanya mampu memuatkan 300 orang dalam satu masa. (Last time, majlis minum petang yang pertama diadakan di dewan tersebut). Nasib baik tidak hujan lebat.
- Setiap jemputan diberikan doorgift yang berupa mug 1Malaysia, fridge magnet JPM, mousepad JPM, buku komik yang menceritakan pasal perjalanan politik Najib dan buku kecil tentang 1Malaysia (semua diletakkan dalam paperbag JPM).
- Aku ditempatkan di meja bernombor 20. Setiap meja ada 10 orang tetamu. Tetamu dari setiap meja telah ditetapkan – mesti ada Melayu, Cina dan India. Tujuan disusun begitu untuk menggalakkan perpaduan di antara jemputan. Semua tetamu di meja aku boleh berkomunikasi dengan gembira. Good job table 20! Ada 8 orang jemputan yang terpilih untuk duduk semeja dengan PM juga.
Meja 20
- Sebelum majlis makan, ada sesi bersoal jawab di antara jemputan dan PM. Ada satu soalan yang paling menarik ialah berkenaan taste PM dalam music. PM cakap dia suka muzik era 70s dan 80s. (Hehe.. old school man…). Dan aku baru tau, PM bagitau semua twitter adalah dijawab secara personally oleh beliau. And I made a conclusion, that maybe, he prefers to twitting than facebooking.
- Makanan yang dihidangkan ada – rojak, mee rebus, putu piring dan putu bambu, buah-buahan tempatan, nasi ayam, kambing golek, kuey tiaw dan mee goreng, apam balik, kuih-muih, cendol, sate ayam, tauhu bakar dan sotong bakar. Macam acara buka puasa pun ada aku rasa. Budak-budak banquet adalah budak-budak UiTM yang buat part-time. Rajin betul dorang. Katering disediakan oleh Kuzie Katering.
- Ketika sedang makan, ada beberapa orang media berlegaran untuk temuramah jemputan. Aku sempat diinterview oleh RTM dan Bernama. Tapi dua-dua stesyen tv pun tidak kasi keluar muka aku dalam berita dorang.. cheh… abang edi pun “bagus” sebab tidak ambil gambar aku ketika diinterview… huhuhuh..
- Ada tetamu berbangsa cina di meja aku, sempat bergambar berdua, berbual-bual dan meminta autograph PM. Memang dia sungguh bersemangat. Dia bagitau, ini adalah jemputan yang kedua dia dapat. Last time punya majlis, dia terpaksa turn down pasal time tu adalah musim raya cina. Memang sporting. Bukan sahaja yang muda, yang agak veteran pun sporting juga. (Ramai jemputan yang muda-muda, mungkin sebab dorang lebih banyak akses dengan internet).
Bergambar sekali dengan salah seorang tetamu dari meja 20.
- Sebenarnya, semua jemputan pun sporting. Kebanyakkan tetamu jemputan mengambil kesempatan bergambar dan meminta autograph PM (pada buku komik yang diberikan). Aku tidak terkecuali. Aku berpeluang bercakap sepatah dua kata dengan PM.(Kira macam komunikasi dua hala la tu kan… hehehehe.. Datin Seri Rosmah time tu ada interview recording dirumahnya, kalau sempat habis kunun dia datang.. tapi nampaknya, tidak sempat la tu)..
Aku : Terima kasih Dato’ Seri. Sampaikan salam kepada Datin Seri ye…
PM: Sama-sama.. Datin Seri ada recording sekarang, dia tak dapat datang..
- Aku dan Abang Edi tidak dapat bergambar berdua dengan PM. Tapi kami ada bergambar dengan orang famous yang lain.. hehehe.. tapi aku ada dapat autograph PM.
Dengan Datuk Seri Farid, CEO Media Prima
Dengan Datuk Seri Shahidan Kassim
After the tea party:
- Perasaan selepas majlis: Agak puas hati tetapi menyampah dengan bodyguard PM yang macam ntah hapa-hapa.
- Perasaan sebelum tengok berita jam 8: Agak excited sebab mau tengok muka aku keluar tv.
- Perasaan lepas berita jam 8: Hampa kecewa. Kenapakah? Adakah kerana jawapan aku tidak cukup bernas? Huhuhuh… tapi ada gembira sikit-sikit sebab nampak aku dan abang edi ketika sesi bergambar beramai-ramai. Thanks to my strategy – terpaksa berdiri jauh sedikit dari orang ramai supaya kami boleh stand out (ini adalah kerana aku dan abang edi adalah dari golongan yang comel).
- Dan keesokkan harinya: Muka Abang Edi keluar di Berita Harian. Dan muka aku terlindung… Apakah??? sumber berita
Abang Edi dalam bulatan merah. Aku dalam bulatan kuning.
- Abang Edi buat lawak yang hampes. Dan kedua-dua lawak beliau yang langsung tidak kelakar itu disambut dengan cubitan “mesra” di paha. Take your medicine.
Ada ke cara, mungkin guna photoshop ke, untuk hilangkan tangan mamat yang kat depan you ni supaya ble nampak muka you?
Tak sia-sia you cuci dan blow rambut kat saloon. Nampak gak rambut you ni..
- Aku saja mau test betul ka PM ni balas twitter orang. So aku pun try twitt dia. Then, he really is.. bagus la..
Overall
It was quite an experience. I feel more patriotic. Dan terasa untuk berkunjung ke rumah mantan PM, Tun Dr. Mahathir pula pada hari raya yang akan datang nanti. :) Peace!
best la nad...hihihi
ReplyDeletebest gak le.. pasal rasa cam special je kan.. hehehehe..
ReplyDelete