google analytic

Nuffnang

Monday, June 10, 2013

Percutian ke Gold Coast, Australia (Hari Terakhir - Whales in Paradise)

Hari ni sedikit sedey sebab Lina terpaksa balik ke Malaysia sorang-sorang.
Cuti dia satu minggu saja (mid semester break). Nasib baik flight dia awal pagi, so boleh sampai Malaysia pada tengahari/petang dan straight ambil teksi ke Puncak Alam.

Sebaik si Lina lepas ja departure gate, kami terus patah balik ke hotel sebab aku suda beli tiket tengok whale dengan Whales in Paradise.

2 faktor pemilihan:
- Lokasi perlepasan bot yang dekat gila dengan hotel kami. Hanya 5 minit berjalan kaki.
- Harga tiket yang murah berbanding competitor yang lain. Kebetulan aku dapat tiket promosi sempena sambutan Hari Ibu iaitu diskaun AUD25 daripada harga tiket asal iaitu AUD90 (adult) jadi AUD65 sahaja.

Tapi terasa sedikit kecewa lepas nampak ada booth di sekitar Cavill Avenue yang jual tiket Whales in Paradise pada harga AUD60 saja.. Shilakak.. Ada yang buat promosi 2 for AUD20 lagi.. Aku pun tidak sure bagaimana term and condition dorang tapi aku yakin tiket untuk June 1st mesti sudah habis sebab hari tu adalah hari pertama untuk musim tengok whale. Lantak la..

Kami sedikit terlewat.. Nasib baik kami sempat sampai lebih kurang 5 minit sebelum masa perlepasan iaitu jam 9.00 pagi.
Perjalanan dari Gold Coast airport ditambah dengan sedikit kesesakan di waktu pagi menyebabkan kami hampir tidak sempat untuk naik trip tu.

Orang yang kerja di bot tu tarik muka lega bila nampak kami berlari-lari anak.
Kalau lambat, sure kami kena tinggalkan.

Tidak silap ada 65 orang on board.
Oleh kerana kami lambat sampai, maka kami tidak dapat tempat duduk yang best.
Selepas 10 minit start, dorang ada jual pil mabuk. AUD2 untuk 2 tablet.

 Rasa macam kapur berperisa stroberi

Cuaca agak cerah pagi ini. Harap-harap laut tidak bergelora.


Addin dan Zara dalam pakaian tidur semalam. Tidak sempat mandi. Straight dari airport :)

The verdict:
Gilaks... ramai juga yang seasick tahap gaban..
Punya la besar ombak..
Mula-mula tu, ramai juga la yang bersorak sebab bot tu beralun-alun meredah ombak..
Tapi lama-kelamaan.. sorakan semakin layu..
Orang bot mula sediakan bag muntah untuk langkah berjaga-jaga.. 
Ramai yang mula pening termasuk aku..
Budak-budak lain ada yang start muntah.. menangis-nangis minta bot dihentikan..
Yang dewasa muntah dalam bag dan ada yang masuk toilet wek wek tahap dewa..

Aku layan pening dengan tidur-tidur ayam..
Si Zara dan Addin pun aku suruh tidur berbaring di atas seat lebar..
Bagus lagi tidur daripada nangis-nangis dan muntah-muntah.. 
Si Nurul melayan keindahan laut dengan hanya berdiri di muncung depan bot..
Abang Edi pula mengambil strategi berdiri saja di sepanjang perjalanan sebab tidak mau melayan pening..
Mama pula senyap ja..

Selepas 2 jam lebih perjalanan, bot berhenti sekejap untuk cari whales..

Tuah kami agak kurang baik.. Hanya nampak 3 kali kelibat whales..  Sayur-sayup pula tu..
Cheh..Tidak sempat pun ambil gambar..

Aku cakap dengan Abang Edi - kalau kena bagi AUD1000 sekalipun untuk pergi tengok whale di Gold Coast ni sekali lagi, jangan harap.. I won't do it..
Gila.. mati sakit kepala aku naik bot dengan keadaan laut bergelora ni..
tapi mungkin kerana ada darah anak nelayan di badan aku, Addin dan Zara maka itu yang bikin kami tidak muntah..
Thank you Allah.. aku rasa aku la orang paling gembira bila bot tu sampai jeti.

Balik bilik, kami ikut jalan Appel Park.. lunch sardin dan ayam goreng..
Basuh pakaian yang sedikit lembab terkena air laut yang memercik..
Terus tidur..

Sebelah petang pula, kami hanya pegi Pacific Fair.. sempat la beli baju Zara di Pumpkin Patch sepasang..
Lepas tu pusing-pusing Broadbeach dan Surfers Paradise dengan naik kereta.. no more jalan kaki..

Balik hotel, kemaskan bilik dan dapur mana yang patut dan packing..
Sebab besok sudah mau checkout untuk ke Sydney awal pagi..
Dapur mesti clear dan semua sampah mesti dibuang untuk pastikan kami tidak dicaj lebih untuk kos pembersihan..

Tidur awal..

Percutian ke Australia (Penerbangan OOL - SYD)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...