Malam semalam (Ahad, 25 Januari 2015) aku masuk tidur agak lewat sebab buat presentation slides untuk inception report.
Sebenarnya, aku sudah buat di KL lagi dan sudah siap.
Tapi lepas menghadiri lecture pada hari Jumaat lepas (23 Januari 2015) di Kementerian Dalam Negeri dan Telekomunikasi Jepun (MIC), aku sedar yang ada beberapa info yang aku bubuh dalam inception report aku tu terkeluar dari landasan.
Dan juga, presentation slides aku terlalu panjangnya la ya ampun dan slide aku yang berpuluh tu sure la tidak sempat dibentangkan dalam masa 20 minit yang diperuntukkan.
Makanya, kena buat adjustment, bentangkan apa yang perlu sahaja.
Bangun pagi agak lewat. Tepat 7.20 pagi.
Subuh pun terlepas. (Oh my..)
Kepala otak masih pening. Dan masih bermalas-malasan.
Tiba-tiba, aku terdengar pintu almari seperti berkeriok.
Dan aku rasa katil aku bergegar. Dalam seminit macam tu.
Pelik pun ada.
Siapa la yang berjalan di koridor besar macam giant sampai bangunan ni boleh bergegar.
Bangunan batu ni.
Then, kepala ada sedikit pening.
Tiba-tiba aku teringat pengalaman aku ketika kecil - peristiwa gegaran di Sabah akibat letusan gunung berapi Pinatubo pada tahun 1991 (or 1992, aku pun tidak ingat).
Time tu bercuti sekolah di rumah nenek di Ranau. Bergegar rumah nenek aku time aku sedang menghadap cermin.
Aku ingat kazen aku sedang main kejar-kejar.
Rumah nenek aku belah atas daripada kayu.
Logik la begagar kalau ada segerombolan budak berlari.
Rupanya, ada gegaran.
Time berlaku peristiwa Gunung Pinatubo tu, area Sabah dan Labuan diliputi dengan abu putih.
Totally worse daripada jerebu yang selalu melanda Malaysia saban tahun.
Dan teringat juga cerita Abang Edi yang pernah rasa gegaran dan lepas tu pening (kejadian gempa bumi dan tsunami pada tahun 2004).
Boleh kata, pengalaman aku time kecil dulu dan pengalaman Abang Edi tu sama macam pengalaman aku ni sekarang.
So, aku pun cepat-cepat surf cari maklumat di website Agensi Meterologi Jepun.
Sah!!
Nah kan betul.
Dekat ja dengan area Tokyo.
Tapi aku tidak risau.
Kalau jadi apa-apa emergency, kebakaran atau gempa bumi, guna ja ni emergency ladder yang ada di balkoni setiap bilik untuk evacuate ke tempat selamat.
Mula-mula macam blur dan tidak sangka.
Lepas tu aku rasa cam bertuah sebab diberikan rezeki untuk merasai gegaran di Jepun.
Kejadian tremor (gegaran) di Jepun ni adalah perkara biasa.
Nasib baik aku terbangun just minutes before the tremor happened dan sedang berbaring bermalas-malasan di atas katil.
Ada la pengalaman rasa earthquake.
Kalau aku masih lagi membuta, atau sedang berjalan, in motion, atau sibuk breakfast, mungkin tidak akan perasan.
Dan bila tanya kawan-kawan, dorang pun perasan.
Kecuali few yang sedang tidur mati time tu dan sedang bergerak menjalankan aktiviti masing-masing.
As long as it's not a big one :)
p/s: Sebelum aku terbang ke Tokyo, Addin bagitau yang dia ada berdoa supaya tiada earthquake or any bencana alam jadi supaya aku sentiasa selamat. Sweet Addin :)
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment