Almost every day, aku akan meneroka bumi Tokyo dengan naik train.
Kalau pada hari weekdays, lepas habis waktu kelas.
Kelas selalunya habis jam 4.30 petang. Kadang-kadang, habis lebih awal.
JICA TIC Tokyo boleh diakses dengan train melalui 2 stesyen, Hatagaya dan Yoyogi-Uehara.
Cerita lanjut tentang kemudahan dalam dan sekitar JICA TIC Tokyo aku akan cover dalam post yang lain.
Di hari minggu pula, memang la aku wajib keluar sebab digalakkan oleh pihak JICA dan ITU-AJ.
Destinasi paling jauh yang aku pegi ialah Odaiba, 500 yen naik tren dari Shinjuku ke Tokyo Teleport Station (Odaiba) guna JR Saikyo Line.
Aku terasa agak campin ('champion' atau hebat bak kata orang brunei) dengan pengalaman 2 minggu itu.
Tapi belum lagi sampai tahap campin melampau sebab aku belum berpeluang naik shinkansen (bullet train).
Trip naik shinkansen aku save for the best.
Next time mau pegi Jepun lagi sama Abang Edi, Addin dan Zara dan mungkin family Labuan.
Barulah lebih bermakna trip shinkansen tu sebab bersama keluarga :)
First time aku guna train di Tokyo adalah pada tengahari hari pertama aku sampai di Tokyo.
Dari Hatagaya ke Iwamotocho (Akihabara) - aku totally drained out.
Kunun konpiden sebab kawan aku di opis si Muneer sudah ajar aku macaman mau faham peta train Tokyo.
Sudahnya, aku keluar masuk stesen sebab takut kalau-kalau aku terlajak stesyen dan salah ikut line.
Patut boleh sampai dalam tempoh 30-40 minit, boleh jadi satu jam.
Amatlah tidak secure perasaan aku time tu.
Second time aku guna train - aku jadi konpiden terlebih.
Sebab aku sudah belajar dari kesilapan semalam.
Ditambah dengan formal briefing daripada wakil JICA ketika sesi orientasi program.
Tapi konpiden aku tu makan diri.
Kad Pasmo yang aku beli dengan harga 5000 yen hilang entah di mana.
Aku menangis di dalam hati sambil menyalahkan diri kerana selit kad di poket seluar jeans sahaja.
Lepas tu pujuk hati dan beli kad Pasmo dengan harga 2000 yen.
At least, kalau hilang pun aku tidak rasa ralat.
(How to survive tokyo train/subway)
Resipi kejayaan naik train di Tokyo untuk newbie ialah
Pastikan peta train ada di tangan - at least yang basic - iaitu JR dan Tokyo Metro.
At first, aku dapat train map versi 2012 daripada opismet aku Muneer.
Pastu aku dapat latest train map version ehsan front desk JICA TIC Tokyo.
At first, aku dapat train map versi 2012 daripada opismet aku Muneer.
Pastu aku dapat latest train map version ehsan front desk JICA TIC Tokyo.
Ni train map untuk JR line.
Ni train map untuk Tokyo Subway.
Stesyen Yoyogi-Uehara adalah stesyen pertama bernombor C01 atas Chiyoda Line.
Kalau guna Tokyo Subway, setiap stesyen ada nama dan nombor. Senang.
Dua lingkaran train di atas cover most of places dalam kawasan bandar Tokyo.
Ni pula train map untuk Keio Line.
Hatagaya berada di Keio New Line.
Ada lagi train map yang lain yang aku tidak cover sebab tidak terlibat dalam perjalanan seharian.
Definitely, ada lebih daripada 3 train company yang beroperasi di Tokyo.
Kalau campur semua line daripada kesemua company ni, ada lebih 100 lines di Tokyo sahaja.
Lagi besar sesuatu stesyen tu (lebih daripada 2 persilangan lines), lebih banyak tangga dan eskalator yang kita perlu hadapi. Macam sandwich berlapis.
p/s: Untuk orang yang ada kekangan fizikal dan membawa stroller, jangan risau. Lif disediakan. Dan Tokyoite tidak akan membiarkan orang-orang ini menunggu lama untuk naik lif. Mereka yang istimewa ini akan sentiasa didahulukan.
Pastikan sentiasa alert dengan segalanya - nama line yang digunakan dan nama stesyen.
Maklumat nama stesyen, nama line dan arahan untuk bertukar line pada stesyen sekian sekian akan sentiasa diumumkan dalam perjalanan oleh atendan keretapi dalam bahasa Jepun dan English (ni announcement yang sudah berprogram).
Dan maklumat ini juga ada ada terpapar secara digital dalam train.
Sesetengah train juga akan bagitau tempoh masa ke destinasi by stesyen.
Dan juga mesti alert dengan nombor atau nama exit.
Kalau salah exit, memang mencari nahas la jawabnya.
Maklumat exit pun merata disediakan di stesyen.
Kalau tidak sure, boleh google dulu destinasi yang kita mau tuju tu.
Selalunya, setiap bangunan/lokasi di Jepun akan bagitau cara akses dengan train, which line dan which exit to use.
Kalau tiada map, boleh guna internet.
Boleh guna website Jorudan atau Hyperdia untuk dapatkan masa train berlepas, tempoh perjalanan dengan menggunakan train dan laluan mana yang paling murah dan tidak perlu banyak tukar station ke sesuatu destinasi.
Tapi kalau mau bergerak dengan train dengan lebih mudah, pastikan ada internet dan cari cara bergerak ke destinasi seterusnya dengan guna Google Map. Senang hidup.
Oleh kerana aku tidak beli sim card untuk data plan di Jepun dan tidak kerap guna data roaming, maka tiada internet.
Tapi perjalanan aku dimudahkan dengan pamplet panduan train ke tempat-tempat menarik sekitar Tokyo yang disediakan oleh JICA TIC Tokyo.
Setiap pamplet panduan dilengkapi dengan train line yang boleh digunakan untuk ke destinasi daripada Hatagaya dan Yoyogi-Uehara berserta kos tiket.
Dan juga tidak dilupakan, exit yang sesuai mengikut lokasi yang hendak dituju.
Melalui pengamatan aku, kos naik Tokyo Subway adalah lebih murah daripada JR.
Urusan keluar masuk stesyen adalah lebih mudah dengan Kad Suica atau Pasmo
Beli ja di mesin di stesyen keretapi.
Boleh guna di line mana pun.
Tapi jangan harap dapat diskaun kalau refill banyak kali.
Motif guna Kad Pasmo/Suica :
1) tidak perlu buang masa beli tiket setiap kali mau naik train, hanya touch n go saja,
2) Penggunaan kad Pasmo/Suica merentasi line JR, Tokyo Subway dan company lain. So tidak perlu beli tiket berbeza sekiranya menggunakan beberapa train dari company berlainan dalam satu perjalanan.
Kad Suica dan Pasmo ini juga boleh digunakan untuk bayar tambang bas dan beli air di vending machine.
Tapi kalau mau pakai tiket biasa saja pun ok juga.
Beli ja di mesin. Ada option bahasa inggeris.
Cuma leceh la sebab terpaksa mencari coin setiap kali mau naik train.
Kalau tidak tau berapa harga tiket untuk ke stesyen destinasi, beli ja yang paling murah dan top up di Fare Adjusting Machines sebelum check out di stesyen terakhir.
Kalau dibuatnya tersalah beli tiket, contoh beli tiket Tokyo Subway tapi mau naik JR, boleh ja minta refund di kaunter staff stesyen.
Pulangkan kad Pasmo di stesyen Tokyo Metro (stesyen Keio Line pun boleh juga).
Dan kad Suica di stesyen JR.
p/s: Aku beli kad Pasmo sebab itu saja yang aku boleh dapat di Hatagaya station. Dan itu la stesyen yang paling dekat untuk aku pulangkan semula kad Pasmo aku.
Urusan refund kad Pasmo yang sangatlah mudah dan cepat.
Dapatlah 1000 Yen lebih lepas return kad Pasmo aku tu.
Pacik stesyen Hatagaya yang hensem dan sangatlah membantu.
Nota tambahan:
Kebanyakan staff di stesyen train di Tokyo mungkin tidak fasih berbahasa Inggeris. Tapi mereka akan sedaya upaya membantu kita sekiranya kita dalam kekeliruan.
Aku pernah nampak pertukaran shift atendan train. Mereka bangga menyarung uniform biru gelap dan membawa beg pejabat hitam. Macam pilot.
Pilot keretapi ni suruh aku cepat masuk train.
Berdasarkan pengalaman aku naik train/subway/metro/LRT/MTR (atau apa juga panggilannya) di KL, Singapore, London, Paris, Milan - I second that statement.
Jalan kaki cara Tokyoite
Sesungguhnya, bila di Tokyo ni, baru la aku tau aku mampu jalan kaki jauh gila.
Sebab selalu travel sama anak-anak kan. Bila dorang penat, aku lagi la rasa penat kaki dan kepala otak.
Di Tokyo, aku suka hati la ikut mana aku mau pegi as long as kaki aku larat.
Bukan jalan kaki lenggang kangkung, tapi jalan cepat-cepat.
Satu sebab aku sorang-sorang, tiada member untuk ditunggu.
Dua sebab sejuk. Jalan kena cepat untuk memanaskan badan.
Selalunya tidak stop di mana-mana restoran untuk makan.
Beli onigiri di convenience store, dan makan sambil tunggu train.
Tapi, bila sudah sampai bilik, berabis la aku berendam dalam tub at least 15 minit untuk melegakan urat betis.
Aku pernah jalan kaki dari kawasan Harajuku ke Shibuya sebab aku terlupa lokasi stesyen.
Sedangkan di area Harajuku ada 2 stesyen yang berdekatan yang boleh sampai ke stesyen Shibuya - Harajuku (JR) + Meiji Jingumae (Tokyo Subway) dan Omote Sando (Tokyo Metro).
Jimat 130 Yen aku.
Cuaca pun sejuk kan. Ketiak pun tidak berpeluh.
Kenapa orang banyak jalan kaki dan naik train ja di Tokyo ni?
Sedangkan negara Jepun adalah salah satu negara yang paling banyak produce kereta.
Sebab di tengah Tokyo, parking adalah mahal gilak.
Kunun sewa parking sebulan adalah dalam kadar dari 50,000 yen hingga 80,000 yen sebulan.
Gilaks! Lebih kurang RM1500 hingga RM2400 sebulan.
Memang terberak mau membayar parking ja.
Jadi oleh itu, bagus naik train ja.
Kebanyakan stesyen train dorang ni pun, dibina di kawasan strategik.
Dan terlalu banyaknya stesyen keretapi di Tokyo, sebenarnya jarak dari satu stesyen ke stesyen yang lain tu tidak jauh pun.
Lebih kurang jalan 15 minit ja macam tu.
Kalau rajin jalan kaki pun bagus juga. At least jimat 130 atau 170 yen :)
Dan oleh kerana ramai gila yang guna train, maka stesyen train pun teramatlah sibuk.
Terutamanya di stesyen yang besar seperti Shinjuku, Shibuya dan Tokyo Station.
Aku paling mengelak la kalau tukar stesyen di Shinjuku. Menyampah.
Suda la besar, sibuk, gila penat bejalan, banyak exit, sandwich - macam-macam alasan aku kalau mau mengelak ke Shinjuku ni.
Walau bagaimanapun sibuk dan padat Tokyo ini dengan manusia, terutamanya di stesyen keretapi, satu yang aku respect dengan orang dorang ni, tiada pula berlanggar-langgar bahu, tangan hatta badan sekalipun sesama manusia.
Teda langsung.
No contact what so ever.
Dan kadang-kadang, aku caught in peak hours.
Bersesak dalam train tapi tidak pernah ada kejadian badan aku disentuh oleh tangan jahat.
Mungkin nasib aku juga baik sebab tidak terjumpa orang pervert.
Mereke, Tokyoite ini, amat menjaga ruang mereka sendiri dan seboleh mungkin tidak akan invade dalam ruang peribadi orang lain.
Mereka pakai topeng penutup mulut sebab dorang tidak mau terkena penyakit bawaan udara dan tidak mau menyebarkan penyakit mereka kepada orang lain.
Atau juga sebab dorang mau menjaga ruang peribadi mereka.
Kalau dorang tutup mulut, tiada siapa yang akan menyapa.
Mereka juga tidak berborak dengan suara yang kuat, tidak buat bising dan tidak bersembang di phone ketika dalam train.
Dan aku tidak pernah nampak orang tua, orang mengandung dan orang yang bawa budak dibiarkan berdiri dalam train.
Kecuali kalau orang tu sendiri tidak mau duduk walaupun telah ditawarkan.
Sesungguhnya, bagi aku, Tokyo adalah penanda aras untuk ukuran penilaian dunia maju berminda kelas pertama.
Setakat ini.
Next bench mark evaluation, New York :)
haha... nice ...
ReplyDeleteokinawa ada monorail jer... 13km...
haha...
bila lh nk merasa sampai tokyo ni...
hihihi...
sis... enjoy baca ur jica trip ti TIC...
Thx nhhas :)
ReplyDeleteTokyo tu rasanya memang tempat wajib sampai kalau ke Jepun. Definitely will learn a lot there.
Try la apply JICA lagi. Kot2 dapat ke TIC :)
Hihi... jgn harap katanya...dgr kata jica offer sekali je dlm servis
ReplyDeletepegawai gomen Malaysia ni ramai sangat kot. member saya yang dari negara lain cth Timor Leste dan Zimbabwe dah 2 kali datang kursus JICA. Huhu.
ReplyDelete