google analytic

Nuffnang

Thursday, October 5, 2017

Birthday Trip to Tanjong Jara Resort - Part 1

Assalamualaikum. Heiya!!

Mau cerita last trip kami ke Tanjong Jara Resort, Dungun, Terengganu.
Aku booking penginapan 2 malam di Tanjong Jara Resort sebab
1) sebagai hadiah untuk suami tersayang for his 41st birthday
2) bawa anak-anak cuti sekolah.

Hadiah kunun, more like reward to myself juga. Hehe.
Sebab aku suka roadtrip dalam Malaysia.
Abang Edi tidak berapa suka drive jauh-jauh ni.
Tapi sebab ini dia punya besday, mesti la dia excited juga kan.

Addin dan Zara pun suka check in hotel.
Especially kalau ada pool.
Budak-budak mana yang tidak suka bermain air di kolam mandi?

Berdasarkan maklumat dalam website Tanjong Jara Resort, resort ni adalah satu daripada 3 resort mewah di bawah YTL selain Pangkor Laut Resort dan Gaya Island Resort.
Harganya memang ada kemahalan di situ.

Untuk memurahkan sedikit bayaran tempahan, aku berabis berjimat dengan menggunakan rate Early Bird Package.
Mesti stay sekurang-kurangnya 2 malam untuk dapat rate yang ni.
Mesti reserve dan bayar sepenuhnya sekurang-kurang 21 hari sebelum tarikh check-in.
Dapat 30% diskaun tapi kalau tiba-tiba ada aral melintang tidak dapat datang, bayaran tempahan tadi kira burn.
Selain ada diskaun 30%, kalau book direct melalui website TJR, bukan melalui portal lain seperti booking.com, agoda atau yang sewaktu dengannya, kita boleh dapat sesi urutan 50 minute couple massage percuma (50 minit bagi seorang dewasa, maksimum 2 orang dewasa).

Tapi tu lah.. walaupun aku booking awal 6 minggu daripada tarikh check-in, tapi tetap mahal sebab tarikh tu kebetulan time cuti sekolah.
Terer betul besday Abang Edi ni, ngam-ngam cuti sekolah pula.
Bagus la. Tidak la aku rasa bersalah terpaksa pontengkan sekolah anak-anak.
At least, ada juga la aktiviti dorang time cuti-cuti kan.

Walaupun agak mahal, tapi aku sebenarnya memang mau splurge sedikit.
Sebab kan, kalau travel ke oversea, kita bayar harga bilik mahal.
Mahal dorang punya bilik di oversea tu, dengan kelengkapan dan layanan yang tidak seberapa yang mungkin sekadar 2 atau 3 star, kalau di negara sendiri, sudah boleh dapat hotel 5 star.
Jadi, aku rasa, apa salahnya memanjakan diri sendiri dan ahli keluarga sekali sekala sambil memajukan industri pelancongan negara.
Aisehmen.

Notis:
Dalam post yang ini, aku cerita pasal pengalaman kami di Tanjong Jara Resort ja.
Kami tidak singgah ke tempat lain contoh macam Kuala Terengganu, Kemaman, Kuantan, etc.
Just straight drive thru highway dari KL - Dungun. Tu ja.

Dari KL ke Dungun ambil masa dalam 4 ke 5 jam begitu.
Syukur ada LPT. Jalan pun cantik ja.
Kalau zaman aku belajar di Kuantan dulu, belum ada LPT, dari KL ke Kuantan 5 jam.
Hazab naik bas.

Before sampai ke Tanjong Jara Resort ni, aku ingatkan dorang akan ada pintu gerbang yang besar mengalu-alukan kedatangan tetamu mereka. 
Rupanya sangkaan ku meleset. 
You can easily terlepas pintu masuk dorang ni sebab landmark yang menunjukkan kita sudah sampai ke Tanjong Jara Resort is not so besar. 
Untuk masuk TJR, ada security guard yang akan tanya nama guests yang akan check-in. 
Means mungkin kalau orang yang datang tu bukan guests, dorang tidak akan dibenarkan masuk ke kawasan Tanjong Jara Resort sesuka hati. 
Ekslusif di situ. Begitu. 


Urusan check-in. Sori gelap sikit sebab ambil gambar melawan cahaya.
Kami diberi hot towel (eh ke cold towel ah.. lupa plak), air sirap roselle dan kuih cara manis.
Semua urusan check-in dibuat di meja ni sambil rilek2. 

Selonotnye dah sampai..

Ketika check-in tu, guest akan ditanya mau guna wifi dongle atau tidak. 
Sebab di TJR ni, tiada free hotspot. 
Kalau mau guna ni Yes 4G dongle, kena lock deposit RM400 guna kad kredit or cash. 
Kalau hilang, maka deposit tu kira burn.
Tapi sebenarnya kalau tidak guna dongle 4G ni pun ok.
We were good with our current telco internet coverage pun - Maxis dan Digi. 
It was just aku malas berebut internet dengan Addin dan Zara.
Sometime dorang mau dorang punya entertainment doze tengok Youtube etc.
Bukan selalu kan. Time cuti ja kami bagi dorang guna gadget. 

Lepas check-in, kami diiringi ke bilik oleh guest assistant dorang ni.
Ni ikut jalan jauh sebab dia mau tunjuk facilities yang ada di Tanjong Jara Resort ni. 

Sekarang ni kami sedang lalu ikut kawasan kolam orang dewasa.
Budak-budak tidak dibenarkan guna kolam ni sebab kolam ni dalam sangat. 
Pada sebelah malam, ada ditayangkan wayang pacak di sini. 

Wayang pacak or Cinema Under Stars ni ada pada setiap malam jam 9. 

Kitaorang kena brief kat mana pantai, mana mau lepak-lepak ambil angin..

Aku booking bilik Serambi Seaview King Bed room. 
Dapat bilik tingkat atas. 

Kami dapat bilik no 711. 
Dapat satu unit kunci ni ja. 
Pintu bilik dorang ni bukan autolock.
Kunci tidak diperlukan untuk menghidupkan karen dalam bilik. 

Pertama kali kami buka pintu bilik ni, udara sejuk dari aircond dan muzik klasik dari saluran radio Opus menyambut kedatangan kami. 

Besarnya bilik. 
Di sebalik wall berTV tu ada day bed yang muat seorang dewasa. 

Day bed tu tiada selimut. Nama pun day bed. 
Kalau mau pasang selimut, kena call housekeeping nanti dorang tolong pasangkan.
Bantal extra pun dorang boleh tolong bagi.  
Addin dan Zara share bed sini. 

Labu sayong. 
Selamat sebab sudah melekat di tapaknya.
Jangan risau kalau anda ada anak yang buas dan punya curiosity yang tinggi semua pun mau dipegang.

Our king bed. Ada roses dan towel kena lipat jadi gajah.



Di bantal peluk kecik tu tersulam ayat Happy Birthday.

Bagaimana dorang tau kami mau celebrate besday Abang Edi sini?
Sebab aku ada bagi remark time buat reservation tu. 
Remark aku berbunyi "Husband saya besday hari kami check in tu. 
Kalau tak caya, cuba minta ic dia nak verify".
Cumanya aku tulis guna ayat english yang sounds not that casual la. 
Tapi dorang tidak minta dan check ic Abang Edi pun. Hah. 

Gambar kami sekeluarga yang diambil oleh guest assistant yang mengiringi kami tadi tu.
Dia yang offer mau ambil gambar. Bagus kan. 
Lepas tu dia cakap tunggu ja nanti ada birthday surprise. 
Wah.. 

Besarnya bilik air. 
Towel ada 4 set - bath towel, hair towel, face towel. 
Sinki ada 2. Tapi fancy sangat so tidak boleh mandikan Emir dalam sinki tu. 
Ada separate shower and bath. 
Toilet pun asing. 
Selesa. 

Boleh mandi sambil dilimpahi cahaya matahari. 

Toilet ada paip. 
Senang untuk bersuci.


Selipar dalam bilik.
Boleh kebas bawa balik rumah.
Ada 2 pasang.
Sepasang besar, sepasang kecik sikit.
Abang Edi bawa balik sepasang as souvenir for his abah. 

Bath amenities yang meriah. 
Botol pun besar.
Syampu, conditioner, shower gel dan lotion tu masing-masing ada perasa buah masing-masing. 
Tapi tiada sikat. 

Gila banyak channel astro. InsyaAllah tak bosan kalau duduk dalam bilik. 

Kalau tidak mau pasang aircond, boleh pasang kipas ja. 

Ini la beranda yang menjadi idaman. 
Beranda ni besar. 
Siap ada meja bulat dan kerusi.
Kalau mau camping di beranda ni pun muat 4 dewasa. 


Ok. Selesai cerita check in.
Kita sambung cerita pasal pegi selimpul (swimming pool) pula. 
Daa.. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...