google analytic

Nuffnang

Thursday, October 5, 2017

Birthday Trip to Tanjong Jara Resort - Part 3

Kalau ke lokasi percutian yang ada pantai, aku suka jalan-jalan round kawasan lepas subuh.
Saja mau tengok pemandangan matahari terbit.
Tapi dulu-dulu boleh la jalan sorang-sorang.
Sekarang kena bawa henbeg.

Selamat pagi dari Tanjong Jara Resort.

Di TJR ni mewah dengan hammock dan pangkin lengkap berlangsir, bertilam dan berbantal. 

Bawa Emir jalan-jalan di pantai.

Saujana mata memandang. 

Pantai TJR yang bersih. 

Lepas penat bawa Emir berjalan, aku sambung ambil pemandangan dari beranda pula. 

Okeh. Time for breakfast.
Oleh kerana booking kami hanya cover breakfast untuk 2 dewasa, so aku kena tambah breakfast for Addin dan Zara. 
Tidak silap harga breakfast untuk seorang budak macam RM25 ka RM35 ka begitu. 
Lupa pula. 

Breakfast spread dorang banyak - ada nasi lemak, roti canai, nasi kerabu and nasi dagang, freshly squeezed juices, noodles etc.
Tapi kami paling suka croissant yang dibakar fresh depan mata guest sebab ada oven sebelah meja pastries. 
Dan aku suka sebab sambil breakfast, guest akan dihiburkan dengan alunan lagu evergreen Melayu dan English.
Aku paling suka kalau kena pasang lagu P. Ramlee. 
Memang menggamit rasa.

Lepas breakfast, jalan-jalan sikit round kawasan TJR. 

Restroom dekat restoran ni besar. 

Kolam with kura-kura yang sedang menunggu makanan. 

Boleh minta makanan ikan dan kura-kura di receptionist dan bagi makanan sambil menyanyi lagu Ikan Kaloi. 

Favorite veranda. 

Ready untuk masuk selimpul sesi tengahari. 

Hitam la dorang ni nanti.

Sunglass, air sejuk berlemon hiris dan susu Emir. 

Panas-panas terik ni bagus la kita berteduh.

Kitaorang booking 2 day bed single dan 1 daybed saiz twin.
Kelihatan Emir sedang tidur nyenyak di situ.

Close-up sikit.
Penat juga walau berendam sekejap saja. 

Addin dan Zara sambung sesi menghitamkan diri.

Tengahari ni kami lunch di Teluk Lipat. 
Tiada gambar makan. Hanya 10 minit dari TJR. 
Jalan pegi parking kereta ada gambar. 

On the way mau ke resort lobby tu terjumpa biawak.

Kalau anda bertuah, boleh tengok dorang lepaskan anak turtle pada sebelah malam.
Tapi event ni bukan selalu ada la. 

Lepas lunch, kami decide mau round lagi TJR ni.
TJR ni besar. Banyak part kita boleh cuci mata. 
Tempat ni adalah selimpul yang budak-budak tidak boleh masuk tu. 

Lepas tu, kami jalan jauh sikit ke kawasan berbatu di pantai TJR. 

Ada sungai kecil.

Meja tu sebenarnya disediakan untuk orang yang mau have romantic dinner there.

Kami hijack kejap untuk ambil gambar romantic satu family.

Suka kontras antara batu dan langit. 

Tambah lagi satu elemen untuk dikontraskan, elemen laut.

Mommy time. 

Kuatnya angin. 

Di TJR ni ada bela merak. Merak ni ada sepasang.
Tidak la boring kalau sekor-sekor kan. 

Ambil angin di pangkin.
Pangkin ni muat untuk kami family of 5. 

Hammock time. 

Ready untuk ke swimming pool lagi. 

Aku pula ada appointment berurut.
Ni sebab kami dapat 50 minutes massage session per adult.
Tapi pasal Abang Edi kurang berminat, so aku bolot la sesi berurut tu sorang-sorang.
Cumanya aku minta kurangkan masa ke 80 minit sahaja, patutnya boleh dapat 100 minit.

Sebelum berurut, kena isi questionnaire dulu.
Ada 3 jenis urutan - soft, medium and hard.
Aku pilih medium ja sebab aku mau rileks.
Sambil tu minum teh herba dulu.

Bilik persalinan sebelum berurut. 

Lorong ke bilik berurut. 

Aku berurut ni di Spa Village. 
Sebelah ja dengan swimming pool yang kami selalu lepak tu.
So, lepas aku berurut, aku pegi join Abang Edi and the kids yang sedang beriadah di kolam renang. 

Di TJR ni memang meriah dengan pangkin.
Di selimpul ni pun ada satu. 
Kalau tidak mau berehat di pool bed biasa, boleh la bejemur di pangkin ni. 

Malam tu kami dinner di Medan Ikan Bakar Tanjung di Kuala Dungun.
Tiada gambar. 
Pengsan la kalau mau dinner di Restoran Di Atas Sungai lagi.
Koyak poket.

Balik bilik tengok upacara penutup Sukan Sea dan sambutan ambang merdeka.
PM bagi cuti free. Yieha!!
Sunrise on our last day.

Malasnya la mau balik KL.
Tapi kena balik juga sebab besok raya haji. 

Bahagia tengok muka mereka gembira.


Anak cina pasang pelita, 
Pelita dipasang di Tanjung Jati,
Dalam hati tidak kulupa,
Bagaikan rambut disimpul mati. 

Jalan kaki dari bilik ke lobi.
Nak check-out dah.

Ok balik dulu. Bye Tanjong Jara Resort!!
(Guest yang check-out akan diiringi dengan paluan gong 3 kali).

Extra review:
Bilik besar, bilik air besar, suasana damai, servis yang mesra.
Kalau datang Sabtu lagi best sebab ada sesi permainan rakyat dengan orang kampung. 
Setiap pagi jam 9 akan ada kumpulan kompang yang round kawasan resort untuk bagi wakeup call.  

Aku memang suka resort yang mengekalkan kehijauan dan nature sekeliling.
Rasa damai ja dan boleh kasi kurang stress.
Tapi dalam suka-suka tu, sebenarnya aku takut juga kalau check in ke tempat macam ni.
Aku takut jumpa entiti yang menyorok atau bertenggek di atas pokok.
Bukan pokok - tapi makhluk-makhluk yang seharusnya kita sebagai manusia biasa dihijab untuk tengok.
Tidak mau tinggal dalam bilik sorang-sorang sebab takut ada peneman lain.

Not that I saw them masa kami di Tanjong Jara.
I am glad because I didn't see one. Syukur Alhamdulillah.
So, it's like macam love and hate feeling - suka resort yang cantik with all the natures environment and calm ambience tapi tidak suka sebab takut.
Buduh. I admit that.

So, sebab takut punya pasal, aku rela dukung Emir kalau kami berjalan merentasi alam semulajadi di waktu malam.
Prefer untuk penat dan lenguh tangan daripada tolak Emir dalam stroller sebab aku tidak mau dia tengok benda-benda yang sepatutnya terhijab itu.
Bukan la hutan sangat pun, tapi jarak bilik aku dengan lobi ada kena bejalan sikit 5 minit begitu.
Gelap, banyak pokok, kadang2 ada binatang melintas, biawak la, tupai la.
Walaupun begitu, sebab mau dinner punya pasal, kena la jalan juga kan.


Tips:
Makan di Tanjong Jara Resort is quite expensive. Standard hotel bah kan.
Kalau drive sendiri, boleh cari lunch sambil melihat pemandangan pantai di Telok Lipat.
Untuk dinner pula, boleh makan di Medan Ikan Bakar Tanjung, Kuala Dungun.


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...