google analytic

Nuffnang

Tuesday, December 12, 2017

England and Amsterdam trip 2017 - Mukadimah punca terjebak

Salam uols..

Pada 23 November 2017 hingga 8 Disember 2017 yang lepas (14 hari tambah 2 hari travelling days), kami sekeluarga selamat bercuti ke bumi England (London, Brighton, Bath, Oxford) dan Amsterdam.

Tujuan bercuti:
Sudah lama menyimpan niat untuk pergi menjejakkan kami semula ke London.
Hujung tahun last year, aku duduk rumah lama sebab sedang berpantang lepas melahirkan Emir.
Masa banyak digunakan untuk scroll latest feed di Facebook dan Instagram.
Tengok orang bercuti ke Europe sejuk-sejuk macam best ja.     

Cerita sedih:
Sepatutnya hujung tahun ni kami sekeluarga bersekali dengan mama dan adik-adik aku buat umrah.
Aku sudah booking pakej umrah untuk kami semua 9 orang sejak bulan Ramadhan.
Booking dengan Rayhar Travel Bangi.

Harga pakej yang ditawarkan oleh Rayhar Travel Bangi mungkin bukan yang termurah di pasaran.
Tapi lokasi, itinerari perjalanan dan details yang termasuk dalam pakej umrah mereka - kalau aku buat perbandingan apple to apple dengan travel agent yang lain - aku rasa pakej dorang adalah yang paling berbaloi.
Servis mereka setakat yang kami belum pergi umrah tu memang terbaik.
Kami sentiasa diberi up-to-date status melalui whatsapp dan email.

Malangnya, kami tiada rezeki untuk meneruskan ibadah umrah sebab adik lelaki aku tidak fit untuk travel jauh dan buat umrah.
Menyebabkan dua adik perempuan aku yang belum kawin tidak dapat turut serta sebab tiada mahram.
Menyebabkan Mama aku pun tidak dapat ikut sebab dia kena jaga adik lelaki aku.
Menyebabkan Abang Edi pun berat hati untuk pergi sebab tiada Mama dan adik-adik aku.
Menyebabkan aku pun tidak dapat pergi sebab aku tidak mau kena laknat walaupun Abang Edi cakap "Ye la.. jom la pegi la.." sebab aku sudah meninggi suara sebab tidak faham kenapa dia tidak mau pegi juga.
Aku takut kalau kami pegi juga maka aku dibayar cash di Mekah sebab derhaka pada suami.

Dominos effect.
Dengan berat hatinya, kami terpaksa cancel pada bulan September 2017.
Few days lepas aku patah hati sebab tidak dapat pegi umrah tu, aku terus secure tiket Qatar Airways ke London.

Begitulah panjang lebar macamana kami boleh terjebak bercuti ke England dan Amsterdam ni.

Sambung later.

Family picture: background Royal Pavilion, Brighton, England


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...