google analytic

Nuffnang

Monday, January 15, 2018

England and Amsterdam trip 2017 - Qatar Airways dan Doha Hamad International Airport

1. First choice untuk fly bagi travel kali ini ialah Qatar Airways. Sebab aku belum pernah try Qatar. Dan aku teringin mau singgah di Hamad International Airport, Doha. At least, been there la konon.

2. Harga flight ticket Qatar untuk kami lima beranak adalah lebih murah daripada yang ditawarkan oleh Emirates dan Malaysia Airlines. Harga tiket kami ialah RM8,868.52 untuk multi-city flight iaitu KUL - LHR dan AMS - KUL. Kalau aku pilih return Kuala Lumpur - London Heathrow, tiket flight akan jadi lebih mahal lebih kurang RM1000 begitu.

3. Dengan Qatar Airways, kita boleh pilih seat suka hati tanpa perlu check in dulu. Means, sebaik beli tiket ja, sudah boleh pilih seat.

4. Aku pun lupa aku boleh pilih seat ni sebab ada bawa infant ka atau sebab itu memang servis yang diberikan percuma oleh Qatar Airways. Yang penting, aku memang telah dengan suka hati tukar seat 2-3 kali sebelum kami check-in tu dan semuanya adalah percuma.

5. Aku confirm kalau naik Emirates dan Malaysia Airlines, ketika check-in baru boleh pilih seat, walaupun bawa infant. Kalau mau pilih seat sebelum check-in, kena extra fee berdasarkan jenis seat.

6. Qatar Airways juga amat children friendly kerana:

  • Kids boleh minta child meal in a lunch box dan dapat activity packs.
  • Infant boleh dapat soft toy, baby food dan special pack yang ada diapers, bedak dan losyen baby.
7. Kalau pergi dengan MAS dan duduk seat economy saja, rasanya macam jarang sudah budak-budak dapat toys. Untuk infant apatah lagi.

8. Emirates pula, dorang memang ada bagi souvenirs untuk kanak-kanak. Tapi kalau untuk baby tu, tidak sure la pula if Emirates ada ka bagi ka tidak diaper, bedak dan losyen tu. Ada kot. Entah la.


9. Kami check-in 3 medium size luggages. Beg coklat 2 di depan tu simpan baju. Beg maroon untuk simpan rice cooker, makanan dan pampers Emir.  


10. Ground staff Qatar Airways di KLIA memberikan servis yang baik dan attentive. Siap offer aku bassinet seat. Dorang bagitau kebetulan masih ada bassinet seat yang available dan kami sekeluarga boleh seat sekali satu row. Aku berterima kasih tapi aku sengaja tidak pilih seat yang boleh pasang bassinet tu.

#FlyingWithInfantTips: Why not choose bassinet seat?

11. Aku rasa macam boleh agak Emir nanti bukan mau tidur dalam bassinet tu pun. He prefers to berkepit with me. Senang menyusu. Lagipun aku ok ja pegang Emir for a 7 hours flight. Seat Qatar pun ok. The size is just right. Not to wide, not to narrow. More reasons why not to pick bassinet seat below at point no 16.

Saat bahagia masuk flight meninggalkan KLIA. Syukur ada anak yang sudah besar ni. Boleh tolong mummy dan daddy.
Addin bawa beg biru. Zara bawa beg tarik warna kelabu. 

#PackingTips: Pack your bulky clothes in ziplocks

12. Dalam beg biru berbunga (foldable weekender bag) yang Addin angkat tu (gambar di atas) mostly adalah barang-barang Emir dan jaket sejuk kami untuk kami pakai once sudah sampai London nanti. Jaket-jaket sejuk kami muat masuk dalam beg biru tu sebab aku pack dalam ziplock bag. Lipat jaket mengikut saiz ziplock dan penyet-penyetkan ziplock untuk keluarkan angin sebelum ziplock dizipkan. So the bag will not appear so bulky.  

#FlyingTips : What to pack in your cabin luggage?

13. Dalam beg kelabu (cabin luggage) aku simpan sepersalinan pakaian termasuk pakaian dalam untuk kesemua kami 5 orang. Tujuan aku bawa sepersalinan pakaian untuk kami setiap seorang adalah supaya kami ada baju spare. Kot-kot la check-in luggage bermasalah tidak sampai di destinasi nanti kan. So at least, adalah juga kami ni masing-masing sepasang pakaian lengkap untuk sekali pakai.  

14. Amalan packing di atas memang aku amalkan kalau kami fly ke destinasi selain daripada balik rumah sendiri. Kalau sudah mau balik rumah tu, maka tidak la aku pack sepersalinan pakaian dalam cabin luggage. Kalau dibuatnya ada hal dengan check-in luggage pun, tiada masalah untuk bertukar baju sebab baju belambak di rumah. 


15. Seat untuk flight KUL-DOH dan DOH-KUL punya configuration setting ialah 2-4-2. Aku pilih seat untuk Abang Edi dan Addin duduk 2 seat di depan, dan aku, Zara dan Emir di 2 seat belakang. 
Sengaja pilih seat yang begini instead of bassinet seat sebab dekat dengan window. 

#FlyingWithInfantTips: More about bassinet bulkhead seat

16. Selain daripada aku tau si Emir tidak akan suka duduk dalam bassinet, aku juga tidak gemar duduk di bulkhead seat. Bassinet seat selalunya di bulkhead seat.

17. Kalau aku ni single, mungkin aku suka la duduk bulkhead seat tu. Sebab ruang kakinya lebih luas dan tiada orang di depan yang suka-suka hati kasi recline seat.

18. Tapi sebab aku bukan single malah ibu kepada 3 orang anak pula, jadi aku memerlukan banyak barang within reach. Di bulkhead seat, kita tidak boleh letak barang di depan kaki dan di bawah seat ketika kapal mau take off dan landing. 

19.  Oleh kerana aku ni pendek, tidak boleh mencapai overhead bin tanpa meminta pertolongan daripada orang lain dan aku memang tidak suka minta tolong orang kalau ada alternatif lain, maka aku memang suka simpan barang di bawah seat saja. Di atas sebab kekangan itu, I think it's better if kami duduk seat yang biasa-biasa ja la. 

20. Untuk flight DOH-LHR dan AMS-DOH pula, seat configuration ialah 3-4-3. Bagi DOH-LHR punya flight, aku pilih kami berempat untuk duduk di seat middle row. Flight ke LHR selalunya full, maka aku prefer kami duduk bersekali dan tidak duduk dengan passenger lain.

21. Bagi flight AMS-DOH pula, seminggu sebelum flight, aku semak occupied seat untuk flight AMS-DOH masih terlalu banyak yang kosong. Aku buat kesimpulan mungkin flight ni tidak full. Jadi aku pilih seat 3 sederet di tepi. Untuk row pertama, aku arrange for Abang Edi - kosong - Addin. Untuk row kedua pula, aku arrange for myself- kosong - Zara.

22. Nasib baik dan syukur, tiada passenger yang pilih seat kosong tersepit tu. Alhamdulillah, percaturan aku menjadi dan kami ada dua extra seat untuk bersenang lenang. 

23. Untuk cerita pasal makan, kita teruskan dengan penerangan bergambar :)

Zara yang sedang sibuk mencari entertainment kegemaran. 
Kelihatan di meja ialah meal box untuk budak-budak. 
Meal box tu boleh bawa balik. 

Beginilah contoh rupa children meal box yang disediakan oleh pihak Qatar Airways.
Si Addin memang kurang gemar sebab 4 kali dapat meal box, tiada yang kena bagi nasi. 
Sudahnya, dia makan nasi aku, aku makan meal si Addin. 
Sedangkan, dia yang beria minta child meal ni.

Untuk passenger yang tidak buat pilihan meal, stewardess Qatar akan edarkan menu meal di awal flight.

Contoh meal. Kalau meal dorang yang ada nasi ni, semua sedap.
Kalau tiada nasi, semua rasa ke laut.
Aku pun pelik. 

Free meal untuk Emir. 
Vegetable mix with rice tu Emir tidak suka.
Dia suka yang apple sauce tu saja. 

24. Seperti syarikat penerbangan terkemuka yang lain, Qatar Airways juga memberikan overnight/long haul pack kepada penumpang mereka. 

Pack ini yang mengandungi eye mask, ear buds dan stokin panjang untuk menjamin tidur yang selesa ketika dalam cabin. 
Oleh kerana kami naik 4 kali penerbangan Qatar, maka kami ada 16 paket begini. 
Banyak betul sampai aku jadikan sebagai souvenir kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang bertuah :) 

25. Selain daripada tu, Qatar Airways cukup generous kepada passenger cilik mereka. Addin dan Zara pun dapat banyak juga kids kit. Activity pack dorang yang berlebih tu kami ada berikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang bertuah juga. Emir pun ada juga dapat softtoy berupa buku lembut dan patung gajah. 

Ni adalah salah satu contoh activity pack yang dorang Addin dan Zara terima daripada Qatar.
Ada lagi activity pack lain tapi tiada dalam album untuk dikongsikan. 

26. Qatar Airways guna Oryx sebagai entertainment platform dorang. Kalau naik fleet A380, semua serba canggih dan lebih hebat daripada fleet A330 dan Boeing 777 sebab Oryx nya guna remote seperti smartphone. So senang buat pilihan dan tidak lagging.  

Kami memang peminat Bing Bang Theory. 
Kalau sudah boring tengok movie sedia ada, rotate series BBT ni ja la melayan ketuyuan si Sheldon.

Kalau tiada cerita suda, tengok ja la status flight. 

27. Sebab sudah naik Qatar ni, so merasa la juga menjejakkan kaki di bumi Doha kan. Walaupun setakat di airport saja. Boleh tahan juga la airport Hamad International ni. Best la juga lebih kurang macam Dubai airport. But I prefer Doha over Dubai :)

Mascot wajib digambar di Hamad International Airport

Ruang kegemaran Addin. 

iMac bersepah untuk digunakan untuk penumpang yang transit. 

Ruang kegemaran Abang Edi. Bekalan oksigen kunun.

Ruang kegemaran Addin, Zara dan Emir. 
Ada beberapa kawasan playground dalam Hamad Airport ni. 
Ini yang paling besar dan central rasanya. 

Smaller play area yang lebih dekat dengan gate kami ketika pulang dari Doha ke KUL. 

Seat yang banyak. Ada family area. Ada quiet area. 

Smaller play area kelihatan di situ.

Kakak Zara yang rajin layan Emir. 

Zara try bagi Emir makan nasi bubur yang Qatar Airways bagi.

Ketika di gate untuk departure balik ke KL.
Kelihatan MAS join flight dengan Qatar. 

28. Di airport Doha ada disediakan stroller untuk digunakan oleh ibubapa yang ada anak kecil. Tapi untuk pinjam saja la. Free of charge. Kami tidak guna stroller pinjam tu sebab kami guna stroller Emir sedia ada ja. Stroller si Emir memang boleh bawa masuk cabin so tiada masalah untuk terpaksa masukkan stroller ke ruang cargo.  

29. Lain-lain hal: Tiada masalah. Semua ok. All in all, rasa puas hati dengan Qatar Airways. Lepas sudah merasa naik Qatar Airways ni, Addin dan Zara request mau try naik Emirates pula. :)


Lupa sudah di mana ni. Di Heathrow mungkin.

Last view di Lapangan terbang Schipol.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...