google analytic

Nuffnang

Thursday, June 14, 2018

Penginapan kami semasa roadtrip di England Winter 2017 - Premier Inn Brighton City Centre Review

Premier Inn Brighton City Centre

Selepas 3 malam kami di London dan menginap di rumah Ipah dan Shah, kami memulakan roadtrip England kami dengan start ke Brighton dulu.
Di Brighton, aku pilih untuk menginap di Premier Inn Brighton City Centre.

Okeh, kenapa aku pilih hotel ni?

i) Sebab Premier Inn memang relatif murah berbanding hotel chain di UK. Hotelnya simple, tidak terlalu fancy, sesuai untuk penginapan 1 malam. Kami stay di sini dengan harga GBP81.50 untuk satu malam. (Ni pun sudah kira ada mahal sikit ni sebab aku cancel early booking dan buat booking last minute. Panjang ceritanya.) 

ii) Hotel ni tengah bandar. Tengok nama hotel pun ada sebut Brighton City Centre kan. Lokasinya amat strategik. Boleh jalan kaki ke Brighton Pier dan Royal Pavilion.

iii) Faktor penting - Parking murah!! Untuk hotel guest, Premier Inn bagi discounted rate pada pada kadar GBP12 sahaja untuk tempoh 24 jam. Tapi kena parking di RCP Car Park yang terletak lebih kurang 5 minit berjalan kaki saja daripada hotel. Please bear in mind, parking di area Brighton City ni mahal-mahal dan limited. Contoh macam di RCP Car Park tu, rate sebenar untuk 24 jam ialah GBP28. Tidak semua hotel akan bagi parking rate yang murah macam ni, left alone bagi free parking. So, untuk penjimatan yang optimum, kami check in hotel, parking kereta, lepas tu jalan kaki ja pusing kota.

The verdict?

i) Biliknya luas dan selesa. Mau solat pun banyak ruang. Ada 1 queen bed dan 2 single bed. Premier Inn memang sesuai untuk family.

ii) Tv pun ada. Tidak sure la cable tv ka, channel tv free ka. Yang penting, selama kami berroad trip ni, Addin dan Zara selalu tengok cerita Power Rangers.

iii) Check-in guna kiosk ja. So cepat dan mudah.

vi) Ada juga cafe sana share ruang dengan lobi tapi kami tidak pegi tengok-tengok apa yang ada.

v) Security terjamin. Kena naik tingkat 1 dulu untuk check-in dan guest room berada di tingkat lebih tinggi. Orang tidak boleh naik tingkat yang ada guest room tanpa room key card.

vi) Bilik air besar dan ada bath tub.

vii) Wifi pun ada.

viii) Hotel ni memang di tengah kawasan bandar. Sebelah hotel ada Dekathlon, Pound shop, kedai runcit pun senang cari. 


Senang cerita, berbaloi stay di sini.

Suasana busy di street depan hotel Premier Inn Brighton City Centre. 

Kedai-kedai yang berdekatan dengan hotel. 

Nampak tak tu logo Premier Inn yang warna purple ada bulan sabit kuning tidur tu? 

Sebaik sampai hotel, kami pasang dulu rain cover pada stroller Emir. 
Sebab kami mau pusing Brighton city ni dengan jalan kaki ja. 
Brighton ni berangin. So sejuk.
So, kalau ada rain cover ni, dapat la Emir buat cocoon dalam stroller dia.  

Bilik luas. 

Ada 2 single beds, 1 queen bed, meja study dan tv. 

Meja study merangkap meja tempat aku main masak-masak. 

Ni gambar masa kami mau check-out sudah. 

Take last pictures of our room. Luas kan?

Bilik air yang luas juga.

Ada bath tub yang menjadi idaman anak-anak.
 
Kiosk untuk check-in. Dalam tu ada cafe. 
Kalau mau breakfast sana, kena bayar lebih sikit. 
Children free rasanya with paying adult. 

Tempat parking murah dekat dengan hotel. 

Tengok la kadar sebenar GBP 28 berbanding GBP 12 untuk 24 jam.
Menangis bayar parking ja. 


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...