google analytic

Nuffnang

Thursday, June 14, 2018

Tips travel bersama baby - Baby kecik senang dibawa travel

#travelwithinfant #travelwithbaby #liburbersamabalita

Lagi kecik baby tu, lagi la senang bawa travel

Lagi muda baby itu, lagi senang untuk diurus sebenarnya.
Kenapa? Sebab baby yang berumur kurang dari 6 bulan ni, dia tiada makanan lain selalu susu.
So, kalau breastfeed lebih senang sebab tidak perlu bawa susu tepung formula, air panas dan air bersih untuk bancuh susu baby.
Ibu hanya perlu ada baju nursing yang sesuai dan lebih baik sekiranya ada sling atau nursing cover.
(Saya tiada nursing cover. Sling saya cukup panjang untuk dijadikan sebagai nursing cover).

Ketika Emir baru berumur 2 bulan begitu, kami bercuti ke Cameron Highlands untuk 2 malam.
Siap beli baby carseat baru lagi. Sebab baby carseat lama sudah aku derma bagi Tasha.

Elok ja Emir duduk dalam carseat. 
The earlier you introduce carseat to your baby, the better. 
Alhamdulillah, senang latih baby duduk dalam carseat ketika umur macam ni, tidak meragam pun.
Kami beli carseat Halford. Boleh guna carseat ni dari baby sampai umur 4 tahun. 


Muka aku baru lepas pantang terus mau cuti-cuti Malaysia di Cameron Highlands. 

Tidak lama lepas tu, kami balik Labuan pula. Naik flight 2 jam.
Aku balik berempat ja dengan Addin dan Zara dan Emir. Tiada Abang Edi.

Emir is covered with his sling.
Sling tu aku beli since Addin baby dan masih berguna hingga sekarang. 

Gambar di atas ni ialah ketika kami di departure gate mau balik Labuan. 
Nasib baik Addin dan Zara sudah besar. 
Aku tinggalkan kejap Emir bersama abang dan kakaknya ketika pegi toilet. 

Emir 3 bulan. Tidak lama pun dia tidur dalam bassinet tu.
Aku letak dia dalam bassinet kalau mau makan ja. 


Ibu yang berdikari dengan 3 anak naik flight 4 orang. 
This is not my first time fly with my children ja without Abang Edi.
Aku biasa buat begini sejak Addin baby (balik berdua ja), ke Zara hinggalah ada Emir. 

Alhamdulillah, mengikut pengalaman aku yang sudah ada 3 anak dan biasa fly dengan anak sahaja tanpa suami, uruskan baby yang berumur kurang daripada 6 bulan la yang paling senang rasanya.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...