google analytic

Nuffnang

Thursday, February 26, 2009

Melayu Boleh

Aku mengakui diri aku sebagai melayu kerana dalam surat beranak aku tertulis MELAYU BRUNEI. Jika ada yang menyanggah pendapat ini, aku lebih daripada rela untuk mempertimbangkan diri aku sebagai Bumiputera Sabah.

Ada juga orang melayu tipikal yang malu untuk mengaku sebagai melayu. Tetapi memberi taraf sebagai suku kaum nusantara yang sebenarnya juga menjurus ke arah definisi melayu itu sendiri.

Ada juga orang melayu tipikal yang takut kehilangan jati diri hanya kerana belajar bahasa lain. Hmm... tetapi ramai juga melayu lupa, dalam pada mereka takut hilang jati diri sebagai melayu – mereka lupa yang mereka telah menjadi melayu celup bangsa arab atas nama Islam.


 

Dipetik dari Utusan Online pada 26 Februari 2009.

Orang Melayu mahu belajar yang senang-senang sahaja...

ENAM puluh tahun lalu, keluarga saya tidak membenarkan saya belajar di sekolah Inggeris melalui Special Malay Class kerana takut saya tidak boleh mengucap Dua Kalimah Syahadah bila mati nanti. Cita-cita saya untuk menjadi diplomat tidak kesampaian. Dengan kelulusan yang ada, maka jadilah saya seorang guru sekolah Melayu di pendalaman.

Selepas lima puluh tahun merdeka, fahaman yang sama disebar oleh kumpulan elit Melayu. Mereka menghalang anak-anak Melayu terus belajar bahasa Inggeris melalui Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dengan alasan budak-budak ini nanti tidak boleh bercakap bahasa Melayu dengan baik serta hilang jati diri.

Anehnya, orang Melayu sentiasa merasa takut. Orang Melayu takut untuk bersaing. Orang Melayu takut untuk belajar lebih sikit. Orang Melayu mahu belajar yang senang-senang. Cabaran dan saingan adalah sesuatu yang menakutkan. Jika orang Melayu tidak sanggup mendaki Gunung Kinabalu, maka didesak pemerintah buat suatu peraturan supaya menghalang semua orang mendaki gunung tersebut. Jika orang Melayu merasa susah untuk belajar dan mengguna bahasa Inggeris, maka didesak kerajaan supaya haramkan PPSMI. Pendapat mereka yang disokong oleh kepetahan berbicara serta berlatar belakang status sosio, mereka mendapat perhatian.

Siapa yang lebih mengetahui potensi sebenar anak-anak desa semasa belajar Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Guru-guru yang setiap masa bersama-sama mereka lebih mengerti keupayaan anak-anak ini. Rujuk dan tanyalah guru-guru ini. Mereka yang berada di menara tinggi yang sekali sekala menoleh ke panorama desa, barang kali silap mata memandang. Kadang-kala kita ditipu oleh mata sendiri. Kerap kali kita juga ditipu oleh emosi sendiri.

Pekedai-pekedai Cina di tempat saya boleh bertutur bahasa Melayu, Mandarin, Hokkien, sedikit-sedikit bahasa Inggeris. Bila ke estet, orang-orang India boleh bertutur bahasa Melayu, Tamil dan fasih berbahasa Inggeris. Orang Melayu hanya tahu satu bahasa. Banyak orang Melayu yang tidak mengerti bahasa al-Quran. Malah banyak juga yang tidak faham apa yang dibaca semasa solat. Keadaan ini berlaku kerana orang Melayu tidak mahu bersusah payah untuk belajar.

Dalam diri orang-orang Melayu ada elemen reject. Elemen ini menjadikan orang Melayu sangat lemah dan sangat manja. Orang Melayu akan menolak apa saja yang ada unsur cabaran atau payah. Dalam usaha mencapai kecemerlangan pelajaran, orang Melayu lebih gemar kepada soalan bocor dan soalan ramalan. Dalam bidang ekonomi, orang Melayu lebih suka pada skim cepat kaya atau dana berangkai.

Budaya 'menolak' ini menyerang semua lapisan masyarakat Melayu. Bila ada pihak menaja penentangan terhadap PPSMI maka ramailah yang akan terpengaruh. Orang-orang Melayu dicadang supaya belajar yang mudah-mudah sahaja. Subjek yang berat serta susah janganlah dicuba. maka bertambah-tambahlah lagi ketakutan mereka untuk berusaha belajar.

Semangat 'Malaysia Boleh' perlulah diterjemah kepada 'Melayu Boleh'. Dalam lain perkataan, orang-orang Melayu tidak akan mengalah dalam apa juga gelombang. Orang Melayu harus tegak berdiri bersama kaum-kaum lain di Malaysia. Jika mereka boleh menguasai pelbagai bahasa, mengapa perlu orang Melayu berundur setapak ke belakang?

Tidak perlu kita bandingkan dengan orang Jepun yang kuat berpegang kepada bahasa mereka sebabnya di negara mereka cuma ada satu bangsa sahaja.

Pakar-pakar motivasi selalu menyarankan supaya kita berfikir di luar kotak. Di pusat pengajian tinggi diajar teori serta konsep 'kecerdasan pelbagai' dan 'inovasi' adalah suatu konsep yang amat disanjung tinggi.

Tidakkah PPSMI ini suatu hasilan pemikiran di luar kotak atau suatu inovasi yang menjadi teras amalan pengurusan masa kini?

GURU MELAYU LAMA

Kulim, Kedah.

Sunday, February 22, 2009

PGLtM III part 2

Pada 20 Feb yang lalu, aku dengan sukacitanya pegi ke Istana Budaya untuk menonton teater PGL buat kali kedua sama si Nurul menggunakan tiket free hasil kemenangan aku menyertai peraduan dalam Facebook.. ehehehe.. seronotnya, rezeki....

Sesampai di sana, agak lewat, kerana b4 that aku terpaksa menjadi runner ke KLIA untuk hantar burung puyuh beku mama aku then aku silap jalan hingga menyebabkan aku pening kepala pusing2 highway dan jam lagi sesampai di KL... bak kata si Nurul, hari bongok sedunia...

Then, aku terus pegi collect tiket – dapat seat yang paling depan... makan malam.. then aku sempat beli buku PGL tu, ambil gambar sama Maya Karin yang cantik amat, beli baju PGL untuk si Nurul dan beli CD lagu live teater PGL..

Walaupun ini second time aku tingu ni PGL, aku rasa experience aku yang kali kedua ni lebih syiok.. if b4 this aku suka melihat lakonan si Sultan Mahmud dan Gusti AC Mizal... tapi kali ni aku lebih menghayati lakonan Gusti Putri dan Hang Tuah.. aku rasa, aku la antara orang paling kuat tepuk tangan dan tidak malu2 memberi standing ovation dari awal sampai habis dorang bersesi berbaris ramai-ramai bow kepada audience...

Ada byk sebab la kali ni lagi syiok
  • Pasal aku berpartner sama si Nurul.. ia lebih open minded.. nda mcm abang edi yang tidak habis memuji... teater muzikal P. Ramlee lagi syiok..
  • Pasal tiket free dan duduk di depan sekali... so aku tidak nampak kepala orang.. hehehe.. then kumpulan muzik di bawah pimpinan Roslan Aziz lebih dekat dengan aku.. so bunyi kemerincing yang halus pun aku ble peka... siap ble nampak Roslan Aziz beraksi lagi tu..
  • Aku rasa time yg aku tingu ni si Datin Tiara dan Hang Tuah lebih ada feel... i think so... aku ble nampak si Stephen tu macam mau keluar air mata ja time menyanyi... (dekat kan... tu la ble nampak).. aku pun ada mengeluarkan air mata juga ni... huhuhuh..

Tapi ada juga yg spoil
  • Makcik sebelah kami (2 orang), aku rasa dorang ni kena paksa tengok.. pasal macam nda ikhlas ja kan meliat PGL ni.. lepas tu nda habis2 bergossip (satu opis kali dorang ni bergossip pasal laki masing2)... lepas tu komen2 “Tiara tu tak sejuk ke berkemban je kat atas tu”, “Ha ada spy” – time part Mbok Bayan mendengar curi perbualan Gusti and Paman... masuk teater pun lambat...
  • I just cannot enjoy AC Mizal punya performance... gara2 kecewa dengan cerita pemberian nafkah RM300 untuk 2 orang anak beliau yang kini dalam jagaan bekas isteri.. hmmm... no comment...

All and all.. aku rasa puas... dan gembira kerana dapat bawa adik aku ke show ni..

Saturday, February 21, 2009

Keranamu Kekasih.....

Semalam tengok lagi PGLMIII untuk yang kedua kali.
Love it.. love it.. love it....
Sampai sekarang, lagu Keranamu Kekasih masih terngiang2 di kepala hotakku... hasil info dari Nurul, baru aku tau lagi ni si Vince yang nyanyi mula2... bila dinyanyikan oleh Datin Tiara dan Stephen dalam PGLM, amatlah menusuk kalbu...
Boleh download lagu ni dari this website http://mp3crypt.blogspot.com/2009/02/vince-janji-2005-full-album.html






Enjoy!!!!


 

Keranamu Kekasih - Vince
Kekasih jangan berduka
Yakin kita kan bersama
Hati ini satu walau jauh di mata
Ikatan cinta Luhurnya dijiwa

Hati pujuklah perasaan
Jauhi segala keraguan
Sayang untukmu kukorbankan
Demi satu harapan
kepangkuan mu kekasih
Keranamu kekasih

Hadirmu bagai cahaya
Damai resah dan gelora
Hati kita walau lara
melanda Asmara cinta
Tiada hujungnya

Hati pujuklah perasaan
Jauhi segala kesangsian
Cinta walau pun berjauhan
Kan ku kenang senyuman
Kerinduan ku masih
Kepada mu kekasih
Dan keyakinan ku masih
Kepadamu kekasih

Friday, February 20, 2009

ANAK SULUNGKU

Aku dapat tag ni dari Mama Ain. Suka2 tag diri sendiri.

Skrg ni aku tgh pening pasal benda ofis. Pagi2 sudah bikin panas. Untuk menenangkan diri sendiri, tiada cara lebih seronot than– blogging.

Here you go moms - a different kind of survey for a change - it's all about your first born! Just copy & paste it in a new note for yourself!

Let's see how much you remember!

1. Was your first pregnancy planned?
Yup.. Sebelum kawin pun aku dah siap warning dekat bakal husband (hehe.. Warning lagi tu).. Aku nak pregnant secepat yang mungkin...


2. Were you married at the time?
Haah le..

3. What were your reactions?
Gembira mau mampus..

4. How old were you?
26 tahun

5. How did you find out that you were pregnant?

Period aku sudah lewat 1 week.. Oleh kerana aku terlampau excited, bangun tidur pagi2 terus check... Positif! Yieha... (before that, aku ada terjaga satu malam tu, cramp perut satu macam...pi klinik, dr tu cakap mebi silap makan bukan pasal terlekat...tapi kenapa husband aku tak sakit perut.. Degil punya pasal, aku check la sendiri...seb baik tidak membazir tu pregnancy test.. hehehe...–pakai yang paling murah pun-)

6. Who did you tell first?
Abang edi.

7. Did you want to find out the sex?
Hmm.. Mula2 macam tak kisah, tapi doctor tu sendiri excited nak tau.. Hehe..

8. Due date?
17 disember 2006

9. When was your child actually born?
3 disember 2006

10. How much did your child weigh?
2.85 kilo

11. Did you have morning sickness?
Petang sickness

12. What did you crave?
Banyak jugak la.. Antaranya assam laksa, avocado...

13. Who/what irritated you the most?
Bau minyak masak.

14. What was you first child's sex?
Boy.

15. Did you wish you had the opposite sex of what you were getting?
Tiada preference pun. Dapat girl ok, dpt boy pun ok. Bila tau dpt boy pun seronot sgt.. Pasal adik aku ramai pompuan.

16. How many pounds did you gain throughout the pregnancy?
11 kilo.

17. Did you have a baby shower?
Tade pekdah.

18. Was it a surprise or did you know?
-

19. Did you have any complications during your pregnancy?
Nop what-so-ever. Kencing kotor pun tade. Tapi selalu jugak la kena kaki cramp time tido. Lepas tu merasa la jugak minum air gula 2 kali. Yuks... Overall, my pregnancy was a breeze.

20. Where did you give birth?
Hospital Putrajaya.

21. How many hours were you in labour?
5 jam je...(jer? gila siksa.. lama2 tunggu, kena bedah juga akhirnya)

22. Who drove you to the hospital?
Abang edi.

23. Who watched you give birth?
Ada doctor, tukang bius. Sapa2 ntah... Aku pun tak perasan..

24. Was it natural or c-section?
Emergency caesarean.

25. Did you take medicine to ease the pain?
Amik gas yang bikin stone.. Huhuhuhu...

26. What did you name after him/her?
Addin Zidane bin Ruzaidy. Nama yang paling macho aku dan abang edi bagi.


27. How old is your first born today?
Hmmm...2 tahun, 2 bulan, 2 minggu, 3 hari (aiseh.. Kalau buat semalam kan dah ble dapat nombor 2,2,2,2... Hehehe)

Thursday, February 12, 2009

PGL The Musical III

Aku suka. Takjub. Kagum. Great effort. Two thumbs up. Magical. Breathtaking.

AC Mizal best!
Adlin lagi best!
Tiara ok.
Stephen agak kayu tapi suaranya.. Ya Ampun.... best gila... superb!!!!
Mbok Bayan pun best. (suka part yang dia menurun time nak buat magik hilangkan si PGL)

Selain tu, aku juga suka part
  • PGL menari depan Sultan Mahmud tapi kuis bunga kat Hang Tuah... (aku plak sengih kambing tengok part ni..)
  • Adlin menari ala-ala Chow Sin Chi... (tapi patut ka ada part ni? macam mendownkan Sultan Melaka ja?)
  • AC Mizal menari sambil marah pasal Demak nak jajah Majapahit.. I feel you AC.. hehehe..
  • Anak sultan ajak Hang Tuah bersilat.. comel!!!
  • PGL bagi 7 syarat peminangan.. gerun sey...
  • Sultan nak bunuh anak dia.... bergenang air mata aku... huhuhuhu...
  • Sultan Mahmud sumpah si PGL

All and all, memang aku rasa air mata aku bergenang ja sepanjang-panjang tengok cerita ni. Mungkin kerana muzik yang dimainkan - brilliant, menusuk kalbu. Kareografi pun memang superb. Lighting pun best. Dan set yang cantik..

Pastu kan, aku rasa la, kalau abang M. Nasir jadi Hang Tuah, maybe aku akan lebih jatuh cinta kot...

Abang Edi plak komen
  • Part yang ada nenek kebayan kembar beramai-ramai menari-nari tu cam Thriller versi hantu melayu.. hehehe..
  • Set yg time Majapahit tu.. abang edi cakap macam kat padang pasir... hape2 la abang edi ni... tu kan kunun cam temple kat Indon tu.. huhuhuh - I thought so la..
  • dorang kemban2.. daring..
  • part Hang Tuah letak kepala kat dada and perut PGL sambil sedey2, more daring...
  • abang edi lagi suka P. Ramlee the Musical..

Apa-apa pun, aku still suka gak PGL ni. Made in Malaysia. Aku bangga. And worth every ringgit I spent!!!

Highly recommended. Tapi tiket dah habis.. hahahaha (riaknya aku..mentang-mentang sudah dapat tengok)... semalam dapat email, PGL akan extend sehari lagi, tiket start jual ari ni.. sapa cepat dia dapat!!!!

p/s: Dapat 2 tiket free. hehehe.. jangan jeles. lepas ni aku mau ajak Nurul tengok sama-sama aku. Abang edi boleh tolong jaga Zizou di rumah. hehehe...

Aku yang tengah menunggu Hang Tuah

amik gambar ngan Hang Tuah aku dalam teater hall

aku yang bagi standing ovation


Tuesday, February 10, 2009

Je’ taime

Tidak lama lagi usia perkahwinan aku bersama abang edi akan bertambah setahun lagi. Alhamdulillah... syukur kepada Tuhan kerana memberikan kami kekuatan untuk sama-sama menjaga keharmonian rumahtangga ini.

Mood aku ada pelbagai. Kadang-kadang aku rasa, macam baru semalam kami diijabkabulkan. But sometimes I feel, macam sudah lama kami bersama, tambah-tambah pula Zizou semakin besar dan semakin nakal. Mulutnya makin rajin pot pet pot pet tak habis-habis. Almost every word yang dia dengar, mesti akan diulangnya semula. So, me and abang edi, memang kami dalam usaha yang amat keras untuk tidak menyebut perkataan dan ayat-ayat taboo yang dilarang. Bila difikir2 kembali... banyak rupanya hikmah mempunyai anak ni. Salah satunya, menjadi manusia yang lebih baik supaya dapat menjadi contoh kepada Zizou. Puji kepada Allah sekali lagi.

Jadi, untuk membalas dendam kerana tahun lepas both of us tidak ingat anniversary (tarikh itu dibiarkan berlalu begitu saja... hehehehe...) tahun ni aku sudah berencana untuk buat satu projek besar-besaran.. ye la tu.. (kalau untuk orang lain, koman ja).

Jeng jeng jeng. Rujuk post aku yang ini. Oleh itu, aku buat satu story album contoh macam Photobook. Tapi untuk buat satu photobook yang berkualiti, harus ada gambar yang berkualiti. Bila check balik simpanan gambar yang ada, boleh dikatakan semuanya pun, asal ada. Tidak banyak sentuhan kreativiti.

Jadi aku mencari photographer yang mempunyai mata yang tajam dan sentuhan yang romantic (aiseh) supaya story album aku tu mencairkan jiwa yang memandang. Mula-mula, terfikir untuk bergambar outdoor di Taman Botani dengan memakai busana pengantin, tetapi bukankah weird sekiranya tiba-tiba Zizou masuk dalam ini gambar? (Ye la... sepasang pengantin tiba-tiba ada anak? Hehehe) Tinggalkan Zizou? Well, I don't think it's an option. Apa-apa pun, buat masa sekarang, biar kami bertiga ke mana-mana pun.

Sudahnya, aku akan pastikan aku bergambar outdoor dengan pakaian aku sendiri, mekap sendiri, Zizou dan abang edi dengan pakaian mereka yang paling handsome. Apa-apa pun bak kata abang edi, cut any cost di mana yang boleh.. ye la tuanku...

Plan abang edi untuk anniversary? Kami berdua check-in hotel. hehehe.. Zizou tinggal rumah dengan Auntie Nurul untuk satu malam saja.. *wink wink*..



Friday, February 6, 2009

Night with the Kambing

Malam tadi, vitamin R aku sudah datang... jom memasak!

Kambing Goreng

  • Marinate kambing dengan bahan-bahan yang berikut (kuantiti – pandai2 la agak)
    • Jus lemon
    • Garlic and ginger
    • Honey
    • Oyster sauce
    • Sweet soy sauce
    • Cumin, fennel and coriander
    • Semua bahan-bahan di atas ditumbuk dan digaul bersama
  • Lepas marinate, goreng di atas non stick frying pan with a little olive oil (well, any cooking oil will do actually)


Broccoli and carrot salad

  • Celur brokoli dan lobak merah sekejap dalam boiling water
  • Tumbukkan kacang almond yang telah dimicrowavekan for 2 minutes
  • In a bowl, gaul brokoli dan lobak dengan dressing sauce yang dibeli di kedai
  • Masukkan almond yang telah ditumbuk
  • Letak dalam peti ais sehingga time makan untuk mengekalkan kesegaran


Mashed potato

  • Wash the potato till clean
  • Rebus potato dalam air panas untuk mencelur salad tadi
  • Kalau malas mau tunggu, boleh rebus sekejap then empukkan dalam microwave
  • Sesudah empuk, kupas kulit kentang
  • Lenyekkan kentang tu
  • Masukkan susu segar dan sedikit butter, gaul
  • Masukkan sedikit lada sulah ikut suka


Baked bean

  • Panaskan baked bean yang dibeli dari kedai guna microwave ;p


Garlic bread

  • Sapu roti dengan garlic butter yang dibeli di kedai.. hehehe
  • Bakar je la...
  • Buat last sekali pasal kalau dah sejuk nanti liat


Siap untuk dihidang.. nyum2


ini la hidangan "night with the kambing" (guna pinggan murah ja) tapi nyaman eh..


Wednesday, February 4, 2009

Lift story

Yesterday, ada assembly di ofis aku. Kena buat di tingkat 8. Memang ramai la yang akan hadir assembly tu. Oleh kerana ramai, so masalah selalunya akan berlaku bila sudah habis acara iaitu – kesesakan lift.

Ramai la yg menunggu turn untuk masuk lift ni. Termasuklah aku. Pasal aku mau turun pigi tingkat 5. (Too lazy to take the stair as it was the first time i wear my new shoe... gigit kaki bah). Setiap kali aku mau masuk ja, mesti full. Hampa ja.

Lepas tu, ada satu lift ni, ramai la yang berasak2 masuk. Sekalinya, lift ni nda mau tutup. Rupanya overload suda. Keluar la 4 orang perempuan, baru la pintu lift tu mau bertutup.

Sekalinya, one of them mau masuk balik. Terus jadi overload balik. Keluar la kakak ni.

Aku yang sudah lama menunggu pun, apa lagi... aku cepat2 la masuk lift ni sebelum ia tutup kan berjalan.

No problem at all.. terus pintu lift ni tutup dengan perlahan. Dan, ada la orang2 yang ketawa pasal aku boleh fit in tanpa mengoverloadkan lift tu.

Well, i feel blessed. Banyak kebaikan jadi cumil ni. Hehehehe..

Monday, February 2, 2009

25 random things..

1. My genetic says i can only be keding or tembam.. nothing in between.. susah ooo..

2. I love trying out new food. Dan aku boring dengan orang yang tidak pandai mau try something new.

3. I am a morning person. Petang2 memang aku kepenatan sudah.

4. I laugh out loud... not the ayu2 one...

5. I smile secretly when I see someone smaller than me. ;P

6. I love reading. But I don't have the time to read thick novel. So, aku baca magazine dan newspaper ja.

7. I love reading recipes. Tapi tidak semestinya aku masak.

8. I think I have a nice voice. Therefore, I like to flaunt it. heh.

9. Aku rasa disgusted bila ada orang cakap macam ni "Eh.. si nadia tu obssesed sama anaknya.."... wth, bukan semua ibu yang normal supposed to be like that ka?

10. Aku ada kebolehan berleter tanpa henti. Mangsanya, adik-adik aku. (nda aku enjoy berleter ni aa..ngalih..siapa suruh nda pandai kan mendangar)

11. I hate dangdut yg getek. Aku rasa itu adalah salah satu daripada sexual harassment.

12. Aku selalu terfikir mau tukar kereta, tapi tidak mau mencipta hutang baru.

13. I hate it when my husband puji2 orang lain masak lagi nyaman dari aku.

14. Aku hanya pilih emas kuning dan mutiara as jewelleries.

15. I don't like to eat jajan.

16. Aku suka muzik yg mendayu2 tapi bukan yang meleleh2.. hmm.. buli difahami ka tu aa?

17. Aku selalu terfikir mau tukar keluar ke jabatan lain. Well, aku kan pegawai gunasama.

18. Seumur hidup aku, aku hanya pernah 2 kali ja rasanya beli original album. Lain2 tu, aku pinjam dari urang, beli yg ciplak, atau download ja dari internet.

19. Aku tidak kasi hias kereta aku. Pasal aku paranoid takut driver lain fikir aku ni adalah seorang career mom who is driving second car only to go and fro from office = good target untuk dibuli!

20. Aku suka cerita biografi macam cerita Forrest Gump dan Erin Brockovich. Looking forward to watch Benjamin Button. (Walaupun aku tau cerita tu tipu).

21. Aku sedang menyingkirkan perangai buruk aku pasal aku takut anak aku tiru. huhuhuuh..

22. Aku mau belajar menjahit baju kurung dan menyulam beads/sequins. But, where got time?

23. Aku percaya kalau aku tidak byk songeh, maka semuanya akan jadi lancar.

24. Aku suka beli baju warna pink dan merah. Sampai adik aku kata "Ko teda baju warna lain ka?"

25. Aku suka makan - otak2, belut, salmon, kambing, ikan belais (di labuan ja ada ikan belais ni..huhuh). Nyum nyum...

Monday, January 26, 2009

I like...

malam ni malam chinese new year.. kununnya, tahun ni tahun lembu.. (bukan kunun lagi, ini betul kejadian).. mengikut orang cina, lembu ni binatang yang rajin dan tabah... so, kita pun mesti ikut cam sikap baik lembu ni kalau nak dapat byk ong... mana2 lah... asal baik, aku ikut ja...

me and si daddy tingu ni cerita Ah Long Pte. Ltd... syiok juga ni cerita... kelakar... terasa macam mau beli pula dvdnya...

petang tadi ada ulangan AJL23... aku pun menunggu2 la show si Stacy... sebenarnya, time AJL tu... besar harapan aku kalau si Stacy dapat menang Persembahan Terbaik... ya la... showmanshipnya bertenaga... ingat senang ka mo menyanyi lagu fast lepas tu menari lagi? kak britney spears pun selalu miming ja walaupun dia banyak show dan jauh lagi masyuk dari si stacy ni...

tapi, nda apa la, ramai orang bangga sama kau stacy..you have prove to people yg kau best.. walaupun tidak sebest band berjumpa pakcik husin for this time.... tiada rezeki kau kali ni stacy, next2 time mesti ada... biar la bg abang p**o tu menang kali ni... pasal orang p**o tidak akan ke ke mana2 pun..macam anjing dengan bayang2.... ;p

nanti kalau aku terer, aku upload video si statcy di AJL23..

Sunday, January 25, 2009

Bila nak simpan duit laa?

Hilu.... selamat tahun baru cina!!!

Semalam, aku ajak si nurul pigi Jalan TAR mau cari kain untuk buat baju kurung/kebaya pegi ofis. Kalau ada rezeki, mungkin boleh dapat kain untuk raya tahun ni. Warna tema pun sudah ada. Tahun ni raya insyallah aku, si daddy dan si Zizou pakai baju sedondon warna gold. Sebab musababnya – si daddy dan si Zizou sudah ada baju melayu warna gold ni untuk kawin si Tasha last December. Daddy si Zizou malas mau buat baju melayu lagi.. so, aku ikut je la....

Sesampai di Semua House (selalu parking kereta di sini.. insyallah selamat.. lepas tu berbumbung kan..senang cari parking).. aku mencari arahku ke Jakel.. ini adalah angkara Jakel ni selalu buat promosi lately ni.. promote kawin si Mawi dan Ekin la.. tambah pula owner kedai ni melayu+islam... jadi, tujuan aku selain beli kain murah2, aku juga ingin membantu business bumiputera..

Sesampai di Jakel, aku jadi kelabu mata.. (first time menjejakkan kaki ke Jakel).. banyak kain murah2 di ground floor... lepas tu pigi 1st floor pun, pilihan boleh kata membanggakan juga.

Sebenarnya, aku ni tidak banyak pengalaman shopping kain ela. Sebelum2 ni, aku hanya pandai beli kain di Labuan ja. Kalau orang sebut Gulati's ka, EuroModa ka, apa2 la... aku memang tidak pernah ambil pusing.. kalau di kl ni, aku hanya pernah beli kain di arked kecil2 di Jalan TAR, beli kain dari orang berniaga di opis, beli kain di stall kecil2 di Giant...

Di jakel, ada juga kain yang mahal2 kunun macam RM100 over per meter (bagi aku, kalau sudah over RM100 tu memang mahal la pasal aku bukan golongan orang kaya atau datin)... tapi aku langsung tidak pandang.. pasal tujuan aku mmg mau cari kain murah.. kalau kain mahal, aku boleh beli di Labuan dengan harga separuh daripada yang ditawarkan di KL tapi dengan kualiti yang lebih baik..

Akhirnya, aku beli sepasang kain viscose – cantik, sesuai dibuat baju kurung, 2 pasang kain plain, sepasang kain angkasawan ape ntah, kain silk apa la... puas hati la... hehehe...

Lepas membeli-belah di Jakel, kami round2 area Pasar Malam Sabtu Jalan TAR... pekena laksa... nyaman eh... lama sudah aku tidak round2 sini..

Sekarang ni, aku hanya ada dilemma sama siapa aku mau hantar kain2 bertuah ni untuk dijahit? Kalau untuk baju raya, aku akan tunggu bulan Mei ni hantar sama cousin aku.. dia charge murah, hasil pun puas hati... di KL ni siapa yang aku boleh harap dan boleh siap cepat dengan charge yang murah?

Sudahnya, budget untuk simpanan bulan ni adalah kurang berbanding bulan lepas.. huhuhuhuh...

Wednesday, January 21, 2009

Dua petang di Putrajaya

Lately ni, weekend petang, kami rajin ke Putrajaya. Di sana kan banyak taman. Satu hari tiada aktiviti, daripada pergi meramaikan crowd di shopping complex – susah cari parking, keluar duit untuk makan lagi – bagus berjimat sambil buang peluh dan menyukakan hati si Zizou.


Petang 11 Jan 2009 (Taman Wetland)

semangatnya aku ni kunun mau buat burger malaysia (donut yg kerat tengah bubuh sambal bilis tu). sekalinya, goreng tidak jadi akibat menggunakan used oil. baru tau.. tp, bawa saja la.. dalam termos tu, air teh kosong.

aksi zizou minum teh

cubaan si daddy untuk merampas kereta flintstone zizou

zizou berjaya merampas kembali

pose istimewa di siring avanza daddy


Petang 17 Jan 2009 (Tasik dekat Masjid Putrajaya - Souk)


Kegembiraan sudah mula terpancar (kebetulan sama pula baju zizou dengan weekend sebelumnya)

pose manja kunun..

daddy beli roti untuk beramal jariah kepada ikan-ikan gemuk di tasik putrajaya

zizou panggil 'mamam' - sebab selalu nampak fish di atas dining table (kategori mamam or makanan)

besar sudah anak mummy ni

susah2 mau balik ni...

sad ending... pasal tidak mau balik..


Tuesday, January 20, 2009

Statement bernilai RM1 JUTA JUTA JUTA TRILION ZIMBABWE

Hari ni aku dengar statement yang menggembirakan – "I don't have any intention to retain all of you for long" – yezza! Ada harapan!

As opposed to yesterday, aku dengar statement yang paling menyedihkan, demotivating, buat aku menyampah – "Takat buat ****** ni, clerk pun boleh" – oo ok mister... to come out with the design and the template was nothing le yer? Hmm... ok...

Jadi, what should i feel? Aku ada ke tade ke...sama je... setakat memenuhkan post... ada pun takpe, kalau tade pun takpe... bukan ada value-add pun... tapi, kenapa post clerk tu tak ramai yer? Dan kenapa di sini, aku kena mengadap clerk pulak yer? Macam dorang la pula berkuasa... hmm...

It's time for the ultimate action!!! Yieha... (sebut Yieha tu macam koboi baru dapat kuda curi, excitednya aku)... 2004 to 2009... kalau ada anak, suda bole hantar tadika dah tu.. hehehe...

Berita gembira di pagi hari

Lamanya suda aku tidak menjenguk blog aku yang serba sederhana ni... selalunya tiada masa.. pagi ni ada masa sikit, sambil2 menunggu mau meeting ni...

Pagi ni aku ada penemuan baru.. aku bercerita sama daddy si zizou.. aku bgtau pasal semalam..

"Di suatu ketika, di petang isnin, sambil aku busy menyediakan juadah makan malam – masak nasi guna rice cooker, bakar ikan keli untuk dimasak lemak cili api, sayur kacang buncis masak kicap berencahkan ayam (favourite zizou)...

Aku dengar si zizou ni menyanyi-nyanyi lagu yang aku tidak fahami.. (memang selalu macam tu)... sekali sekala tu, ada la juga aku menjenguk2 si zizou di ruang tamu.. atau si zizou yang mengacau mummynya ni di dapur...habis rumah disepahkannnya..

Makin lama, lagunya makin rancak... rupa-rupanya, si zizou sedang bermain dengan purse aku... habis duit syiling bertaburan di atas lantai...itu la cerita saya pada pagi ini"

Ulasan si daddy – "mungkin si zizou ni terkenangkan kereta berlagu di Jusco tu..(ala... yang masuk coin 50 sen lepas tu bergoyang-goyang sambil ada nursery rhyme tu)..."

Reaction aku – "oooo... ye la.... wa.. pandainya anak mummy... dia dah tau what the coins worth"

Kesimpulannya – mummy and daddy are proud of zizou.. walaupun ini hanya sekadar milestone yg ciput... but still.... (orang yang ada anak ja yg paham perasaan aku ni.. especially young or new parents..)

p/s: zizou sudah berumur 2 tahun 1 bulan 2 minggu... but still, mahu menyusu badan.. dan aku, tidak sampai hati untuk menceraikan susu...


(ni bukan kereta yg cucuk coin tu..)

(ni 'kereta' cucuk coin 50 sen di Jusco)

(ni 'kuda' cucuk coin RM2 tak silap di alamanda)

(acara membedakkan coffee table)





Tuesday, January 13, 2009

Jam strawberry di Putrajaya..

Semalam, traffic awal pagi di Putrajaya memberikan headache yang amat kepada orang2 yang bekerja di Putrajaya ni. Traffic jam yang amat!!!!! Kononnya, kesesakan tu sampai lebih 3km jauhnya... (ya ka tu? I'm not very good in measuring distance..heheh)

Aku selalu keluar rumah jam 7.30 am. Kalau sebelum2 ni, insyallah boleh sampai opis 7.50++ sikit lagi mau jam 8 am. Tapi sekarang ni, jam di exit Seri Kembangan pun makin menjadi2.. dan akibatnya, aku selalu tidak sempat punch before 8.. hehehe...

Tapi semalam, aku sudah pasang azam, aku mau keluar 15 minit lebih awal. Mula2, hantar zizou ke nursery dulu. Then, head to Putrajaya.. traffic di seri kembangan ok sikit berbanding hari biasa pasal aku agak awal... sesampai di Putrajaya, aku menjadi heran.. kenapa slow moving ni?

Berbekalkan semangat dan skill mencilok aku dengan keretaku yg comel lote, aku sempat sampai di Parcel E pada jam 7.45 am.. ramai la pula abang polis ni.. rupanya, ada aktiviti korek lubang di jalan masuk Putrajaya ni... hmm.. maybe ada kaitan dengan aktiviti TNB maintenance hujung minggu lalu...

Traffic jam yang mengakibatkan kelewatan sedikit untuk aku tu rupanya memberikan kesan dominos yang amat kepada orang lain yang mungkin gerak lambat 5 minit dari aku. Ramai colleagues aku yang sampai opis jam 9 pagi dan lebih.. walaupun dorang keluar rumah 7.30.. kalau lambat lagi, bayangkan la... dah la jalan masuk ke putrajaya ni – sekali masuk, no turning back... mau patah balik pun kena masuk dulu pusing2 then baru ada exit keluar....

Hari ni, aku keluar jam 7 pagi... si Zizou aku minta daddynya yang hantar ke sekolah.. (tidak sampai hati hantar zizou awal sgt, pasal cikgu dia kasi mandi budak awal pagi...sejuk bah tu..).. niatku, kalau aku keluar awal, sekurang2nya aku tidak perlu berada on the road lebih sejam untuk sampai opis macam semalam... (eh, mana ada aku sampai sejam on the road semalam tapi macam orang lain yg lewat lebih sejam.. aku bernasib baik ja semalam tu)...

Rupanya, hari ni tidak jam pun (untuk orang2 yg macam aku keluar awal).. lubang tu sudah bertimbus... dan rupanya aku tidak keseorangan.. ada lagi di kalangan colleague aku yang datang awal kerana berfikiran sama macam aku...hehehe.. tanak lambat dan bertapa dalam jam punya pasal..

Takpe la... niat baik, hasilnya pun insyallah baik..


 

Friday, January 9, 2009

Perihal lelaki yang bersenang lenang..

Lately ni, aku selalu juga dengar Sinar FM time driving pagi2 on the way ke opis.. kelakar la juga aku rasa gandingan si Krill dan Salleh Yaakob tu..

Ada sekali tu, Sinar FM ni pun mengulang dengar (pasal radio kan.. kalau tv, mengulang tayang) a part of dalam segmen pagi tu.. ada pendengar hantar SMS.. tajuk pagi tu “Saya geram pasal...”

SMS berbunyi – “Saya baru kawin.. saya nak ada anak. Saya geram dengan isteri saya yang tak nak ada anak sebab dia takut nak beranak.. apa nak takut? Bukan beranak ni takat baring atas katil, pastu push push tu je..” – (sms ni datang dari seorang lelaki yang bongok.. bukan Krill dan SY tu cakap.. ni aku yg cakap)

Respon Krill dan SY – “Amboi.. ko ingat beranak tu takat push push je ye.. ingat macam buang angin je ke”..

Nak tergelak aku mendengar respon dua orang ni...hehehe..

Ni la lelaki.. dorang bukan tau pengorbanan isteri mengandung, melahirkan dan berpantang semua tu... walaupun ada yang diberi rezeki oleh Tuhan proses mengandung dan melahirkan tu mudah.. tapi tipu la kalau orang tu cakap dia tak sakit langsung.. kalau la beranak tu rasa macam kentut ja kan ke bagus..

Dan aku? Aku excited mau try for the second one ni... tapi bila agak2 time sedang ovulation tu.. macam takut le plak.. hehehehe..

Monday, January 5, 2009

Sesucinya Cintamu


Dapatku membayangkan
Dari senyum bibirmu itu
Terlindung dari nyata
Aku tahu semua

Terucap kata-kata
Bisikan seluhur hatimu
Ku percaya jua
Sesucinya cintamu

Ku kagumi sinar
Matamu yang ayu
Bundarnya….cantiknya

Wajahmu sayang penyejuk rasa
Selembut hatimu menjadi ku bertambah sayang

Senangnya hati ni
Sejak bersamamu
Bertemu dan bermesra

Sering menghibur duka
Biar masa berlalu
Kasih sayang dipahatkan
Ku percaya suci cintamu

Wednesday, December 31, 2008

Babai 1429 dan 2008!

2008 – ada orang cakap, tahun 2008 ni banyak ong.. pasal nombor 8 bertuah ni la.. as for me? Hmm.. lots of thing happened.. ada yang boleh cerita, ada yang sesuai untuk disimpan untuk diri sendiri saja. Ada yang boleh dibanggakan, ada yang dikesalkan. Ada yang boleh dijadikan pengajaran, ada yang boleh dibuang jauh-jauh. But mostly happy moments.. and if i cried, semuanya bersebab pasal aku bukan jenis orang yang boleh meleleh air mata saja-saja.

Aku mo rep-up balik semua achievements dan benda-benda yang tidak layak dikira sebagai achievements tapi berbaloi untuk aku ingat sepanjang 2008 ni

  • Aku memangku jawatan senior daripada jawatan aku sekarang untuk tujuan naik pangkat
  • Aku try untuk minta scholar sambung belajar tapi dukacita tidak dapat.. huhuhuh.. padan muka aku sebab tidak bersedia. Next year, aku harap aku dapat sebab aku akan try apply lagi.. tapi kali ni dengan persediaan yang jitu
  • Aku, abang edi dan zizou bercuti ke Phuket dan Bali.. dua2 aku suka.. tahun 2009 ni abang edi declare tiada cuti oversea.. semua cuti2 Malaysia saja.. bah mana saja la..
  • For the first time dalam tahun ni, aku kesiokan membawa kereta auto gear... (kereta kelisa aku manual).. punya la siok sampai aku jadi palui2 bila bawa kereta manual... after 200 meter pun aku masih tidak tukar gear satu pigi gear dua... hehehehe..
  • Adik aku kawin.. sebagai kakak yang cantek dan bertanggungjawab, banyak juga la aku punya peranan.. sekarang aku sudah berkira2 apa yang patut dan tidak patut untuk diamalkan untuk kawin adik-adik aku yang next.. hehehe... post mortem nya orang..
  • Aku dapat kumpul cuti 8 hari untuk di bring forward ke next year.. bukanlah jumlah cuti yang banyak untuk dibandingkan dengan orang lain.. tapi sepanjang aku punya servis ni, inilah cuti yang paling banyak aku kumpul..
  • Aku suda gained sedikit berat badan jika mo dibandingkan dengan tahun 2007. Oklah tu.. nda la nampak macam lidi nya orang...
  • Berani bake cookies, cakes dan casserole dishes... first time dalam hidup aku pakai oven.
  • Dapat keep in touch balik dengan kawan-kawan sekolah SMAKK dulu...
  • Dari rumah apartment, kami berpindah ke rumah teres 2 tingkat (masih menyewa sementara menunggu rumah sendiri siap).. salah satu factor buat aku tambah tembam..
  • Apa lagi aaa...

Zizou pula suda berumur 2 tahun. Dengan tiba-tiba ja aku rasa, pertumbuhan minda si Zizou ni jadi bertambah-tambah.

  • Masih belum pandai bercakap dengan betul tapi semakin boleh difahami
  • Vocab semakin bertambah tapi disebut dengan pelat contoh
    • Bal = ball or bola
    • Dodo = duduk, kerusi
    • Oto = motor, basikal, dan yang sewaktu dengannya
    • Num = minum, botol air, iklan coke, aiskrim, calciyum, yakult dan yang sewaktu dengannya
    • Mam = makan, makanan
    • Nanak = tak nak
    • Ba bi or bebe = sebenarnya baby.. tapi tak dapat sebut sebutan be' dengan betul jika diikuti dengan sebutan bi.. pasal sakit telinga mendengar walaupun kami tau si Zizou innocent, perkataan baby ditukar dengan perkataan bebe
    • Mio = kucing dan anjing
    • Dido = tidur, tilam, buaian
    • Dan etc....
  • Pandai menyanyi la kunun.. ikut orang menyanyi.. tapi kalau mummynya menyanyi, zizou marah.. cheh..
  • Suka menari ala-ala shuffle
  • Suka tendang bola
  • Suka model aircraft.. kenal logo MAS dan AirAsia dan akan sebut – ae-asye (kunun airasia)
  • Suka iklan uMobile, dan akan sebut U berulang-ulang selepas iklan uMobile
  • Suka Tom Tom Bak, dan sebut – Pu Pu Bak.. jika terlihat Aznil Nawawi juga Pu Pu Bak
  • Boleh kata semua rancangan dalam Astro Ceria Zizou suka
  • Suka iklan Jom Heboh, dan akan nyanyi – Jo Pe Po Pe Po (kunun Jom Heboh Heboh)
  • Suka main air yang amat...
  • Kesimpulannya, banyak... penat juga aku mo list satu-satu ni.. apa2pun, me and abang edi are proud of him


 

Semoga tahun baru 1430H dan 2009M ni akan membawa banyak rahmat kepada aku dan keluarga aku.. walaupun ekonomi diramalkan jatuh, harap2 kewangan kami tetap stabil. Semoga peluang aku untuk jadi isteri yang baik, ibu yang penyayang dan career woman yang berjaya bertambah-tambah dan dipergunakan dengan sebaiknya. Aku juga berazam untuk jadi manusia as a whole dan muslim yang lebih baik. Dan semoga 2009 ni, Zizou akan dapat seorang adik perempuan yang comel.. hehehe.. InsyaAllah..

Wednesday, December 24, 2008

Dear God

Dear God,

Please grant me the serenity to accept the things I cannot change;

The courage to change the things I can;

And the wisdom to know the difference

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...