google analytic

Nuffnang

Tuesday, August 7, 2012

Taman syurgawi kecil-kecilan

Lihat kebunku penuh dengan bunga
Ada yang putih dan ada yang merah
Setiap hari kusiram semua
Mawar melati semuanya indah

Tidak sure dari mana aku tau lagu ni. Most probably belajar time kelas muzik time sekolah rendah dulu. Aku memang selalu ada tendency untuk nyanyi lagu-lagu KBSR apabila kena dengan situation.
Contoh
kalau pegi piknik - aku akan ternyanyi "Berkelah di pantai yang indah...."
time pegi Penang hari tu - aku ternyanyi "Seberang Perai, bandar yang indah..."
etc..

Nampaknya, guru muzik aku dulu betul-betul meninggalkan kesan dalam hati aku sampai aku masih boleh lagu muzik sekolah rendah. Jasamu dikenang Cikgu Samat! 

Begitulah halnya kalau aku tengah seronok membelek bunga di taman aku yang tidak seberapa..
(motif bukan cerita pasal lagu KBSR, aku mau cerita pasal halaman tepi rumah yang hanya sekangkang kera)

Time mula-mula masuk rumah ni dulu, halaman kami kering kontang ja..



Banyak rumput liar.. batu pun banyak.. kesan simen merenovate dulu.. 
p/s:  Kalau anda sedang renovate rumah dan ada cita-cita mau merumputkan halaman, pastikan kontraktor clearkan semua simen dari halaman anda.. jangan bagi dorang main tinggal ja... senang urusan mau pasang tanah baru.. sebab kalau anda rasa mau buat sendiri buang rumpai+batu+tanah tak cantek sendiri, memang la penat yang amat.. kalau mau upah orang, mahal dan membazir.



 Bunga apa ntah.. aku yakin spora bunga ni datang dari jiran sebelah, sebab jiran aku bukan tanam bunga atas tanah.. dorang tanam atas tembok.. jadinya spora2 beterbangan ke atas tanah halaman aku.. but we don't mind... cantik bah..

Sebelum tanam rumput, kami buat pergola dulu..

 

Kena pecah dulu bumbung tepi tu 


Pasang simen untuk sebagai asas pasang decking



Bina pergola


Atap pergola guna US shingles. View dari tingkap tepi atas


 Then pasang decking. View dari belakang.


Sudah siap cat



 
Apabila cat sudah kering, maka bolehlah buat perasmian.
Addin dan Zara ambil angin di pergola kami dengan menyepahkan toys.

Pergola dan decking guna kayu cengal. Kontraktor ialah NBS Landscape.
Dorang siap masukkan projek rumah kami dalam majalah Laman lagi :)
Good service. Dan kami puashati dengan hasil kerja dorang.


Lepas sudah siap pergola, kami buat laluan pejalan kaki dengan pebble wash pula

 Sebenarnya, laluan pebble wash tu sudah siap tapi hasilnya amatlah mengecewakan. Jadinya, Abang Edi cari orang lain yang lebih terer buat. Simen, pasir dan batu pebble wash tu beli sendiri.

 Proses mengilatkan.

Siap suda. 

Selesai urusan kerja kayu dan simen, baru boleh start projek tanam rumput.
Sebelum tanam rumput, kena korek dulu tanah 6 inci macam tu, then timbus dengan pasir.

 Zara yang rajin menolong daddynya.
Punya la berkoyan tanah mau dibuang. 
Sampai kena sewa tong roro. 
Kami siap beli kereta tolak lagi.
Kalau tau kena buang tanah banyak camni, bagus upah siap2 kontraktor buat dulu, buang tanah siap2.. Huhuh..

Sudah siap timbus pasir dan pasang pebble wash.
Pasir boleh order dengan kedai hardware. 

  Lepas timbus pasir, beli rumput di nursery belakang Hospital Sungai Buloh.
Kami beli rumput filipin. RM1.30 ja sekeping sod.
Kami rasa murah la sudah tu. Kalau di Puchong, harga satu sod RM2.50.
Pengangkutan tidak disediakan.
Maka kami bawa semua-semua sod rumput tu dengan Avanza kami.

Gambar-gambar ketika proses membawa rumput dari Sungai Buloh ke Seri Kembangan dan proses menanam rumput tidak disertakan.
Tak sesuwai nya orang.

 Pergola yang siap dipasang kipas dan lampu gantung. 
Abaikan pemotong rumput yang parking di hujung tu.


 Alhamdulillah, ini la hasilnya selepas hampir 2 bulan pasang rumput.
p/s: Rumput jadi kuning lepas dipotong.

Pokok-pokok bunga tu kami beli di Sungai Buloh dan Pasar Borong Seri Kembangan.  Aku sebenarnya teringin mau ada pokok kemboja tapi tidak dipersetujui oleh Abang Edi. Sekarang ni, kami puas hati ja dengan pokok renek yang sedia ada.

Penutup longkang pun dipasang untuk mengelakkan kecederaan.


Tamatlah cerita mengenai taman rumah saya yang tidak seberapa :)

Monday, July 23, 2012

Ramadan Mubarak

Selamat berpuasa kawan-kawan
Maaf Zahir Batin... tidak perlu tunggu raya menjelang :)

Alhamdulillah, sudah lengkap 2 hari muslim di Malaysia berpuasa ramadan.. hari ni masuk hari ketiga since Sabtu 21 Julai 2012
Negara lain ada yang sudah lengkap 3 hari.. contoh di UK,  Arab Saudi..

Dan Alhamdulillah juga, anak bujang kesayangan, Addin, berjaya puasa pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas..
Ibu mana yang tidak bangga bila anaknya berjaya puasa - percubaan pertama pula tu :)
Cumanya, on first ramadan tu, si Addin banyak whining - lapar, mau makan cornflakes, mau minum milo ais.. berulang kali la kami motivate dia supaya dapat teruskan puasa..
Siap janjikan dia rewards - any toys priced below RM100 yang dia berkenan di ToysRUs.. tapi belum lagi kami beli.. huhuhuh.. 
Dan kami suruh Addin tidur lama-lama supaya lupa yang dia sedang lapar.

Mula-mula tu kami risau juga kalau dia kena gastrik.. Alhamdulillah, cergas ja sampai ke maghrib..
Abang Edi punya teori, Addin dapat puasa sebab dia bukannya jenis makan banyak sangat.. makan pun memilih :) 

Masuk hari ke-2, Addin semakin ok..
Makan sahur pun siap bertambah tapi mesti bukak Disney Junior channel dulu, baru matanya terbuka luas..
Tidak banyak meragam dan mengeluh.. short nap pun 10 minit ja dalam perjalanan ke rumah neneknya di PJ.
Tidak dilupakan, supaya determination Addin lebih kuat, kami bercerita sebab-sebab umat Islam disuruh berpuasa..

Yang paling kelakar, bila dia berazan di siang hari sebab kununnya mau sungkai (buka puasa in brunei slang)..
Lepas tu dia beria-ia makan donut lepas dengar azan maghrib.. habis ja azan maghrib tu, dia boleh cakap "Ala, dah habis azan la mummy, tak boleh makan dah"..
Poor Addin.. hehehe..

Addin masuk 6 tahun bulan Disember akan datang..
Time aku 6 tahun dulu pun aku tidak ingat aku sudah start belajar puasa atau tidak..
Kalau ada pun, aku sure yang aku tidak sebaik apa yang Addin lakukan sekarang..
May Allah have mercy on us..

Hari ni, aku maklumkan kepada cikgu Addin yang Addin puasa..
Aku minta jasa baik cikgunya untuk motivate Addin supaya puasa hingga ke petang..
Kalau Addin tidak larat, kami bagi green light supaya dia buka puasa di sekolah lepas tengahari..
Banyak dugaan kan.. tapi mengikut cikgunya, ramai classmate Addin yang puasa...
Semoga dengan dorongan cikgu dan rakan sebaya, Addin berjaya lagi hari ni.. Amin. 

Monday, July 16, 2012

Perhentian Besar (pictures)

Sambungan dari entry sebelum ni.
Entry ni tunjuk gambar ja.

Semua gambar diambil dengan Samsung Galaxy Note aku.
Gambar-gambar underwater yang diambil guna kamera RM30 semua tidak clear. Buat koleksi tatapan sendiri bole la :)


 On the way to Perhentian from Jeti Kuala Besut
Tidak pakai life jacket.. Gembira sambil risau.. Hohohoh


  1 queen + 1 single bed. Cukup untuk kami anak beranak


 Posing depan chalet. 
Ada kerusi, side table, tali ampaian, penyapu, paip air dan tong sampah disediakan.


 Aku dan Zara berposing di pantai waktu pagi. 
Time ni Abang Edi dan Addin masih tidur.


 Zara enjoy main pasir


 
Pemandangan pantai di Abdul's Chalet di tengahari



 Utlraman di jeti Perhentian


 Pemandangan pantai Tuna Bay resort


 Aktiviti wajib waktu petang
  
 
 Bersukaan dengan float panjang yang didermakan oleh seorang minah salleh yang baik hati.. Dia bagi free ja pasal kununnya besok dia mau check-out suda.. Aku terima dengan hati yang terbuka.. Sedangkan baru terfikir mau beli sendiri :)


 
 Peace no war

 Ikan-ikan yang berebut makan roti tu

 Di Coral Garden


 Ramainya umat.. Semua mau mengejar turtle di Turtle Point

 

 Lama menunggu kami bersnorkel, Zara sempat menyusu atas bot..


 Men on the boat

Back to chalet. Addin dan Zara sempat main air lepas sesi snorkeling.



 First night dinner - Lobster sambal, kailan ikan masin dan telur dadar


 2nd night dinner.. Sebelah kiri ada sotong masak sambal. 
Abang Edi sedang mencedok sup nelayan. Sedap.


 Mau dinner pun sibuk tengok youtube lagi.. Free wireless connection lah katakan..

 Zara ni banyak makan dan main.. habis bersepah lantai dengan nasi dibuatnya.. Nasib baik staff chalet ni baik-baik..



Keropok Lekor Bukit Tok Beng.
Ni la pandangan dari tempat mengorder keropok... punya la ramai orang.. ada yang siap datang berombongan naik bas lagi..

Punya la lama mau kena tunggu nombor kena panggil.. sedap punya pasal, bole ja..


Perhentian Besar (trip details)

Pegi Perhentian Island!!

Details:
  • Travel to East Coast
    • Bertolak dari KL ke Jeti Kuala Besut pada 5.30 pagi 12/07/2012
    • Dengan bantuan maps yang diberikan oleh kawan Abang Edi, kami selamat sampai lebih kurang jam 1.30 tengahari. 
    • Perjalanan tidaklah boring sangat. Addin layan iPad, Zara layan iPhone, aku tukang tengok map
  • Bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian
    • Beli tiket feri di Jeti Kuala Besut - RM70 return fare for adult, RM40 untuk si Addin, dan FOC untuk Zara.
    • Beli dengan MD Travel - kami tidak kena suruh pakai life jacket. Aku tengok bot orang lain semua pakai life jacket. Risau juga kalau jadi apa-apa, sudah la tidak pandai berenang. Nasib baik cuaca ok.
    • Kereta parking di rumah orang - RM30 untuk 3 hari.
    • Kami satu bot dengan 4 orang remaja lelaki, a young lady yang nampak grunge tapi sebenarnya peramah dan sepasang couple dari Jepun.
    • Addin dan Zara seronok naik bot - cicit nelayan la katakan.
  • Menginap di Abdul's Chalet.
    • Pro - dekat dengan jeti, pantai putih dan bersih, well maintained, ada wireless di cafe, good digi and maxis coverage
    • Cons - Banyak semut. Tapi aku rasa ni adalah masalah sejagat di Perhentian. Nama pun pulau. Tidak boleh salahkan pihak hotel. Semut-semut tu datang sebab si Zara makan roti coklat sambil bersiar-siar dan melompat-lompat dalam bilik.
    • Kami booking bilik family room, garden view (sea view sudah penuh bah... huhuh)
      • Bilik no 15 - masih boleh nampak pantai dari bilik 
      • 1 queen bed + 1 single bed = kami satukan jadi satu king bed yang besar supaya muat 4 orang
      • ada aircond dan kipas
      • bilik air yang besar - ada water heater
      • tiada tv
      • ada penyapu disediakan - untuk sapu pasir
      • ada paip air di tangga - boleh basuh kaki sebelum naik bilik
      • 3 clean towels provided - tapi tiada sabun dan syampu
      • tiada tanda kiblat - tapi boleh tanya pihak chalet. Kiblat menghadap pantai pukul 1. sejadah pun tiada. tapi mungkin boleh pinjam dari pihak chalet. aku guna kain bersih ja untuk alas sembahyang. 
    • Ramai western yang menginap di Abdul's Chalet.
      • dorang suka berjemur dan mandi laut especially at noon. kami pula masuk laut di awal pagi dan lewat petang ja pasal takut sunburnt (tapi kena juga sunburnt.. hehe) 
      • Ada juga seorang dua Malaysian chinese
      • Sepanjang 2 malam kami duduk sana, ada satu family melayu (malam pertama) yang check out pada keesokkan harinya.
      • Jiran kami
        • Malam pertama - a couple entah dari mana - kami balas senyum ja
        • Malam kedua - a family with 2 young boys from Sweden. Amat peramah.
        • Jiran selang dua pintu - a family with 2 young boys from Norway. Juga amat peramah.  
    • Snorkelling
      • kami book dengan Abdul's Chalet RM35 per adult untuk 3 point - Turtle point, Shark point dan Coral Garden
      • life jacket RM8 per day, snorkeling gear RM8 per day 
      • aku dan abang Edi tidak pandai swimming. tapi lepas pakai snorkeling gear tu boleh punya swim. maybe pasal kami dapat control pernafasan. 
      • Managed to see 1 turtle, banyak ikan cantik-cantik, tapi tiada shark pasal kami tidak pegi pun, ada ombak besar
      • jellyfish pun banyak.. hohoho..
      • aku tengok bot orang lain ada roti. driver bot kami tidak bagi. nasib baik aku bawa roti aku sendiri untuk bagi ikan makan. 
      • ambil gambar pakai kamera boleh masuk dalam air yang beli di S&J Sunway Pyramid for RM29.90. (di Abdul's Chalet pun ada kamera underwater yang disposable dijual pada RM55)
    Lepas 2 malam di Perhentian, kami turun ke Kuala Terengganu.
    • Stay di Grand Continental
      • Ada wireless internet
      • newspaper kena request baru dapat
    •  Beli kain batik di Pasar Payang dan butik Hungga depan hotel
    •  Beli keropok lekor di Kg Bukit Tok Beng. Satu jam baris. Siap ada nombor. Nasib baik sedap. 

    Pictures in next entry.

    Friday, June 29, 2012

    More tips on HLP

    Salam kejayaan!

    Dulu aku ada cakap mo bagi more tips kan.
    Sekarang ni pun musim penjawat awam memohon HLP.
    Jadi ngam la kali kalau aku kasi post ni.
    Mana tau nanti aku mau apply for PHD pula, bole a refer balik ni entry :)
    InsyaAllah.

    Know your main interest of study:
    Kalau masih terkial-kial mencari mau buat topik pasal apa, mungkin boleh tanya diri sendiri - saya ni terer tang mana? Skill apa yang saya ada? Kalau mau buat topik research pasal ni, data collection tu buat macamana? Study setting (mungkin di jabatan atau kementerian sendiri) dan informant tu (mungkin colleagues sendiri) saya target di mana dan siapa? Apa-apa la yang patut..

    p/s: walaupun anda berniat mau buat coursework ja nanti, tapi wajib sediakan proposal kan. So kena fikir juga semua-semua di atas tu.

    Buat research:
    Baca jurnal yang berkaitan dengan topik atau area yang anda berminat untuk buat coursework atau research tu. Pastikan artikel jurnal yang dibaca tu adalah yang latest (dalam 5 tahun ke belakang. Sekarang tahun 2012 - cari la paper aorund 2007 hingga 2012). Cari artikel di INTAN pun ok. Cara cari artikel senang ja. Guna Google Scholar. Baca dan download la artikel yang free. Kalau mau download artikel tapi artikel tu berbayar, mungkin anda boleh dapat free dengan minta tolong dengan member anda yang sedang belajar, kot2 universiti dorang ada subscribe jurnal tu.


    http://scholar.google.com.my

    p/s: Boleh juga try cari bahan rujukan di academic search engine yang dilanggan oleh jabatan/kementerian masing-masing. Aku yakin - JPA, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia - mesti ada!

    Tujuan buat preliminary research ni
    - Supaya anda boleh jadi 'pakar' ketika sesi interview nanti. Hasil pembacaan, anda boleh tau metod dan teknik terkini yang digunakan, masalah apa yang belum solve lagi, nama-nama yang paling pakar dalam topik yang anda ingin buat research tu (contoh dalam Knowledge Management, orang selalu refer to Nonaka, dalam Information System, antara pakar yang selalu disebut-sebut ialah Delone dan McLean etc)

    - Knowledge yang dapat ketika buat research tu, boleh dijadikan rujukan untuk proposal anda sendiri.  - Boleh dapat clear picture tentang idea proposal yang kunun mau diselesaikan. Mana la tau rupanya suda ada research yang sudah solve problem yang kununnya anda mau buat tu..  (kebetulan interviewer pun sudah tau pasal tu. Lepas tu dia tanya, "Kenapa nak buat pasal ni sedangkan benda ni dah lama solve?" Kan ke haru dan malu diri sendiri. Huhu..)

    So nanti tiada la jawapan menyerah tengkuk - "Saya tak tahu. Tu pasal la saya nak buat master ni" (omong sama cermin). Huhu..

    Kenali universiti dan bakal supervisor anda
    Antara soalan wajib ialah - kenapa mau buat master kat Universiti tu? Selain daripada memberi jawapan kemanusiaan seperti - rumah saya dekat (kalau dalam negara), saya nak mencabar diri saya dengan stay di negara orang (kalau oversea).. anda harus bagi reason yang lebih kencang seperti

    - course tu memang sesuai dengan proposal saya


    - universiti tu banyak buat research berkaitan main interest saya

    - fakulti tu ada research group yang sesuai dengan interest saya

    - "Saya sudah hubungi lecturer yang sama main interest dengan saya. Dan lecturer tu dah menyatakan persetujuan untuk menjadi penyelia sekiranya saya dapat HLP ni. Lecturer itu which is a Profesor juga ada menyatakan bahawa masalah yang dicadangkan dalam proposal saya ni adalah menarik, tengah in (relevant) dan mustahak (signifikan)" - aiseh..

    How to know the right universiti - bleh check website mengenai U dan fakulti tu. Lepas tu cek juga senarai pengajar. Baca portfolio dorang. Lebih bagus sekiranya berhubung dengan dorang (be it by emails or telephone or even better, meet them face to face at the Uni or conference).

    Make a killer proposal 

    Hohoho... Seems heavy.
    Saya juga dulu macam blur-blur tang buat proposal ni.
    Saya nak cadangkan blog Dr. Othman Talib ni drotspss.blogspot.com
    He is so nice - tidak lokek berkongsi ilmu tentang cara menulis tesis dengan mudah, cepat dan berkualiti.
    Kalau anda juga tidak lokek masa dan wang, boleh sertai bengkel yang dianjurkan oleh Dr OT. Or you can just email him. Mengikut pengalaman saya, dia akan reply. InsyaAllah. 



      http://drotspss.blogspot.com

    Lepas tu, gunalah Research Framework yang disediakan oleh Dr OT (RFOT).
    RFOT tu macam blueprint yang describe everything tentang isi penting yang anda tulis dalam proposal.
    Jadi anda boleh lampirkan sekali RFOT anda dalam proposal yang sudah dibinding. Make it as first page. Ala-ala abstrak tapi dalam bentuk diagram. That would be nice.
    Dengan sekali imbas, anda dan interviewer anda boleh tahu apa yang proposal anda ingin ceritakan.

    Tidak dilupakan, ambil tahu mengenai persekitaran anda.
    Banyakkan membaca dan analyze apa yang berlaku sekarang. Tanya What, Why, When, Who dan How.
    Isu ekonomi, sosial, etc

    Last but not least, niat kena betul.
    Niat untuk memajukan diri sendiri dan memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan menyumbang kembali kepada rakyat.
    Sebab kalau niat tu tak betul, mungkin boleh dihidu oleh interviewer.
    Dan mungkin akan senang di'provoke' ketika sesi temuduga.
    Lepas tu, berdoa banyak-banyak dan tawakkal :)

    Wallahualam.

    Ini saja tips yang teringat setakat ini. Semua tips di atas tidak pernah saya buat kerana saya tidak tahu mengenainya sebelum saya masuk interview. Tapi saya rasa tips di atas ada advantage kerana ada pegawai lain buat dan dapat HLP. Selain tu, saya rasa tips di atas dapat membantu anda dalam menyiapkan diri anda sebelum pergi interview.

    p/s: Jangan marah saya pula kalau tak dapat HLP. Saya minta maaf siap-siap. Sesungguhnya yang khilaf itu adalah daripada saya. Kejayaan anda, rezeki dan ilmu adalah daripada Allah juga.

    Cheers. And good luck!

    Wednesday, June 27, 2012

    Tade tajuk

    Salam

    Wow.. it's been ages (kunun, sedangkan baru sebulan lebih tidak update)..

    Too many reasons.
    • Tiada mood - mungkin sebab di atas pemergian arwah bapa. Just not comfortable to blurt out my sad emotion to the world.
    • Saya ada banyak cara untuk menggunakan masa - tesis (warrrrrggghhhh...), online shopping, hal rumah
    • Soul searching - reading others' experiences, ilmiah thingy. 

    InsyaAllah.
    Akan update hal rumah - niat kerana sharing is caring. 

    Thursday, May 3, 2012

    Bapa

    Hari ni genap 11 hari pemergian bapa.

    Bapa sudah lama sakit.
    Seingat aku, sejak aku sekolah rendah lagi, bapa ada kencing manis.
    Aku ingat ni sebab dari kecil lagi kami adik beradik dilatih makan sayur pahit.
    Dan untuk protein pula, selalunya mama masak rebus, stim dan salai. 
    Kuantiti gula yang dibenarkan ialah satu sudu makan untuk seteko teh.
    Di rumah juga tiada milo. Tiada sirap ros atau oren. Kalau mau minum segala benda manis ni, aku hanya dapat rasa kalau disajikan di rumah orang.
    Semua minuman mesti tawar.

    Selain itu juga, bapa ada gout.
    Kalau bapa datang ke KL, dan kami naik LRT, aku akan berusaha mencari seat supaya bapa boleh duduk. 

    Sejak 3-4 tahun lepas, bapa disahkan ada penyakit jantung pula.
    Suatu perkara yang sebenarnya boleh dijangka sebab orang cakap penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung adalah adik beradik.
    They come in package.
    Tambahan pula bapa kepada bapa (atau nini laki - datuk in brunei slang) juga berpenyakit.
    Penyakit keturunan. 2 orang bapa saudara sudah meninggal dunia kerana penyakit. Dua orang abang bapa yang lain masih ada, Alhamdulillah. Seorang daripada mereka pernah melalui pembedahan pintasan jantung.

    Seingat aku, sejak 5-6 tahun lepas bapa sudah kelihatan semakin kurus.
    Aku pernah bergurau, aku cakap bapa diet. Tapi bapa cakap dia kurus sebab dia sakit. 
    Sejak 2010, bapa selalu penat. Lebih banyak berehat, tidak larat jalan jauh.

    Hujung tahun lepas, bapa dimasukkan ke hospital sebab bapa tiba-tiba pitam.
    Jantung bapa lemah.
    Keadaan diburukkan apabila doktor cakap kaki bapa perlu dipotong kerana salur darah di kaki bapa tersumbat. Menyebabkan kedua-dua kaki bapa kehitam-hitaman.
    Terdapat sedikit luka dan ada jangkitan.

    Kaki bapa dipotong. Tapi doktor selalu mengingatkan mama supaya bersedia kerana risiko pembedahan bapa yang agak tinggi. Sebab bapa ada lemah jantung.
    Aku tidak balik ke Labuan sebab rumah masih dalam renovation.
    Kadang-kadang, kami akan buat video call dan video chat.

    Aku sempat melawat bapa pada bulan Mac. Masa tu bapa sudah dibenarkan pulang ke rumah.
    Sebelum kami balik, bapa beli water heater untuk dipasang di bilik air.
    Kononnya, supaya anak-anak aku tidak kesejukan kalau mandi. 
    Walaupun kaki bapa masih dibalut, tapi bapa masih boleh memandu.
    Pernah satu kali bapa keluar ketika aku tidur petang kerana Addin dan Zara berebut bangku kecil.
    Bapa keluar semata-mata untuk membelikan cucu-cucunya 2 buah kerusi kecil supaya mereka tidak berebut.
    Sebelum kami masuk boarding di airport untuk pulang kembali ke KL, bapa menangis.

    Hujung bulan Mac, bapa dan mama ada datang ke KL sebab mau tengok rumah aku.
    Tapi bapa dan mama terpaksa pulang ke Labuan lebih awal daripada yang dirancang sebab luka kaki bapa ada jangkitan.

    Balik ke Labuan, bapa dimasukkan ke wad lagi. Kali ni doktor cakap kaki bapa terpaksa dipotong hingga bawah lutut.
    Lepas pembedahan, bapa semakin sihat. Muka bapa semakin cerah dan ceria.
    Bapa sudah berangan-angan untuk bersiar-siar dengan mama walau berkaki palsu.
    Bapa selalu sms aku tanya pasal Addin dan Zara. 
    Tapi mama cakap bapa selalu penat.

    And then, pada jam 2.30 pagi, 23 April 2012, mama call untuk beritahu yang doktor dan nurses sedang berusaha untuk bagi bapa CPR.  Tidak lama kemudian, sejam lepas tu, mama bagitau yang bapa sudah meninggal dunia.

    Hasrat untuk ambil flight pagi dari LCCT ke Labuan tidak berjaya sebab flight full.
    Terpaksa ambil first flight ke Kota Kinabalu, lepas tu ambil teksi ke Menumbok. Dari Menumbok, naik bot laju ke Labuan.

    Manusia merancang, tapi Allah yang menentukan.
    Kami tidak sempat memeluk bapa buat kali terakhir sebab mama mau mempercepatkan urusan pengebumian bapa.
    Dengan bantuan teknologi, kami sempat buat video call untuk menatap wajah bapa sebelum bapa disembahyangkan. Alhamdulillah, walaupun time tu kami dalam perjalanan, di tengah kampung, nasib baik ada 3G.

    Aku stay di Labuan 8 hari untuk bantu mama uruskan tahlil bapa.
    Selain tu, aku mau pastikan mama tidak sunyi. Walaupun sebenarnya ramai sedara-mara di sekeliling mama, tapi aku rasa kehadiran mereka tidak sama dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucunya.

    Aku sedih sebab tidak dapat memeluk bapa untuk kali terakhir.
    Tapi aku kena redha.
    Aku harap bapa redha dengan aku sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
    He was a good father.
    Banyak kenangan manis aku sama bapa. 
    Aku kena doakan bapa banyak-banyak. Semoga roh bapa sentiasa dicucuri rahmat dan tenang di sampingNya.

    Sekarang aku kena pastikan yang aku kena sentiasa peluk mama selagi berpeluang.
    Sentiasa melayan abang Edi, Addin dan Zara sebaik-baiknya.
    Sentiasa menyokong adik-adik aku - Tasha, Jakir, Nurul dan Lina.
    Aku belajar yang aku tidak boleh menahan diri aku (hold back myself), ego, bersikap acuh tak acuh (take for granted) kepada orang yang aku sayang.
    Tidak mau menyesal lagi.

    p/s: Semua SMS bapa aku simpan. Feel seolah-olah bapa sedang berbual sama aku.

    Wednesday, April 18, 2012

    Kebegukan

    Kesiannya la anak bujang aku sorang ni..
    Kami perasan hari ahad baru-baru ni, leher si Addin sebelah kanan bengkak..
    Patut la, time dinner malam rabu yang lepas si Addin tiba-tiba ja cakap dia tidak sihat..
    Panas badan.. Coolfever pula tiada stok di rumah.. Bagi ubat demam ja la..
    Jadinya, aku dan abang Edi bawa Addin dan Zara pegi beli aiskrim..

    Rupanya dia demam tu sebab mau kena beguk..
    So, mengikut petua orang lama, aku sapukan nila campur cuka ke leher Addin yang bengkak.
    Si Addin ni punya la main 'starring', dia cakap dia sihat ja..
    Aku pun nampak dia macam sihat sebab aktif semacam ja..

     Leher warna biru

    Cumanya, Addin tidak dapat pergi sekolah sebab beguk ni penyakit viral, boleh berjangkit..
    Suka la budak sorang ni sebab dia boleh rehat-rehat di rumah, tengok katun di channel 613.

    Walaupun dia cuti (cikgu dia advise supaya kasi cuti si Addin satu minggu), but still aku dan abang Edi kasi make sure dia tidak lupa pelajaran..
    Tiap-tiap petang sebelum ambil Zara di nursery, aku singgah sekolah Addin dulu untuk ambil homework.
    Besok paginya, kami return homework tu, dan ambil homework baru..
    Kalau tidak buat semua homework tu, nanti si Addin ketinggalan pula..
    Selain tu, aku dan Abang Edi bagi Addin latih tubi - simple algebra for kindergarten..
    Suruh dia baca English books..

    Aku la yang boring :(
    Tidak dapat pegi UKM.. Kena jadi penunggu di rumah...
    Nasib la aku tidak payah masuk opis sekarang..
    Syukur.. tidak la pening-pening mana aku mau port anak aku ni..

    Biasa la, bila duduk rumah ni, motivasi mau buat research tu macam ada kacau sikit..
    Contohnya, berblogging :p
    Nasib juga aku ada jumpa supervisor last week..
    Ada la motivasi tambahan untuk 2 minggu sebelum next appointment :)

    Monday, April 9, 2012

    Setelah sebulan

    Sebulan lebih tidak update blog.
    Banyak cerita, tapi males. Huhuh..

    Lepas masuk rumah baru, macam-macam lagi yang dibuat.

    Pasang autogate - Abang Edi amatlah typical guy. Malas mau mensurvey. Aku bagi 3-4 contact autogate supplier. Dia call 3 orang saja. Lepas tu dia terus panggil supplier yang dia berkenan without consulting me. But the autogate turned out fine. Ada sekali tu tiang gate kami pecah di bahagian bawah sebab wrought iron gate kami berat dan bracket yang orang autogate tu pasang kecil ja. Abang Edi komplen belah pagi. Sebelum maghrib orang autogate tu datang buat kerja sampai 8 malam. Dorang tampal balik bahagian yang pecah tu dan tukar kepada bracket yang lebih besar. Good after sales service.   

    Fencing, pintu lubang sampah dan polycarbonate awning - Lepas 3 minggu masuk rumah baru la kerja-kerja grill semua ni siap. Akhirnya aku boleh buang sampah dengan aman tanpa perlu menunggu lori sampah datang. Sebab kalau main letak ja di luar rumah nanti kucing datang cakar-cakar plastik sampah. Bila sudah ada pintu lubang sampah ni baru la aku rasa macam lengkap. Time orang grill tu pasang semua ni aku dan Zara ja yang ada di rumah sebab Zara tidak sihat. Pagi besoknya Abang Edi sendiri call orang grill tu untuk serah cek. Sesungguhnya Abang Edi tidak termakan dengan 'hasutan' aku untuk membiarkan orang grill tu terhegeh-hegeh tuntut payment dari kami sebagaimana dia buat kami buat macam orang bodo sebab menunggu dia siapkan kerja even after 75% deposit was paid.

    Rasa tidak puas hati ni aku ada luahkan kepada bapa aku melalui telefon.
    Aku tidak puas hati sebab Abang Edi boleh bersikap lenient dengan kontraktor wrought iron yang buat taik sama kami tu. Pada pendapat aku, taik mesti dibalas taik.

    Bapa aku cakap, Abang Edi tidak buat sebagaimana hasutan aku sebab dia tidak mau meletakkan diri dia satu league dengan peniaga Melayu yang tidak pandai jaga customer dan tidak serius in doing business.
    Dan bapa juga cakap, walaupun Abang Edi tidak mention statement ni, tapi bapa rasa Abang Edi ini mengamalkan sikap "Biar la orang buat taik sama kita, jangan kita buat taik sama orang".

    Bila bapa cakap macam tu, baru la aku tersedar sendiri. Jangan biarkan busuk perangai orang menghitamkan hati kita.

    Wireless transmitter for Astro decoder - Mana la mau dapat benda ni? Kan bagus kalau ada. TV lama kami yang di 1st floor tu macam hidup segan mati tak mau ja sebab aerial tv analog kami tu tidak cukup terer untuk dapatkan coverage yang bagus. Kalau di rumah lama dulu quite ok sebab ada color. Sekarang ni kalau ada clear audio with gambar hitam putih berbintik bintik with slight noise pun sudah cukup baik.

    Timber decking, pergola dan rumput cantek - Abang Edi sedang survey untuk buat decking dan pergola di halaman tepi rumah kami. Aku tidak melibatkan diri sangat sebab aku sekarang busy dengan tesis aku.. (Woooohoooooooo).. Tapi aku sudah buat spec - rumput yang tidak perlu maintenance, no water feature dan mesti guna timber.

     Halaman tepi sebelum ada pintu lubang sampah. Ingat mau tanam rumput sini. With some herbs - pandan, serai, cili padi, kunyit, limau kasturi dan apa-apa yang patut.

    Belakang tu mau buat pergola dan decking untuk lepak-lepak. 





    Bunga apa la ni... tapi aku suka :)

    Tesis aku - Sebelum ni aku opt for using case study as my research method. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, supervisor aku advise untuk guna systematic review. Have to somehow rombak serba sedikit research question dan literature review aku. I am running out of time.. huhuhuhu....

    Balik kampung - Last 3 weeks ada balik kampung time cuti sekolah. Saja bawa Addin dan Zara yang sudah lama bising mau naik flight (macam naik bas saja) ke Labuan plus mau lawat bapa aku yang kurang sihat lately. Balik naik MAS sebab aku rasa macam tidak terdaya ja mau handle budak 2 orang tu naik AirAsia sorang-sorang. Dengan berjalan jauh di LCCT dan naik tangga untuk masuk kapal terbang lagi. Kalau di KLIA, kami boleh selamba berjalan ke gate lepas tu guna aerobridge ja. Balik Labuan pun banyak stay di rumah ja sebab wabak HFMD sedang menular di Labuan. Beli kain ela untuk raya 2012 siap-siap :)

    Sekarang ni aku rasa macam mau breakaway ja. Tapi tiada masa sebab kena siapkan tesis.. Huhuhuh...
    Si Addin sudah bising mau ke Genting la, PetroSains la, Hong Kong la, New York la... (macam dekat ja...)
    InsyaAllah, will bring the kids to Upin Ipin the Musical. Dan kalau masa mengizinkan, aku mau bawa dorang ke Kidzania.

    Monday, March 5, 2012

    Finally

    Akhirnya, siap juga rumah kami selepas 4 bulan setengah berenovasi. Setelah menghadapi macam-macam jenis karenah manusia dan keralatan diri sendiri, at last!! Alhamdulillah.

    Dulu, time mula-mula start renovation, aku ada terfikir untuk blog every phase of renovation process kami. Dalam masa yang sama, aku juga mau share pengalaman aku berurusan dengan supplier dan kontraktor yang cemerlang untuk direkemen. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, ditambah pula dengan moment yang meluat untuk diingat adalah lebih banyak daripada moment yang berbaloi untuk dikenang, membuatkan aku malas mau blog pasal renovation rumah aku dengan kerap.

    Apa-apa pun, setelah baru seminggu bermalam di rumah sendiri, aku mau blog pasal yang indah-indah sahaja. Yang buruk-buruk tu later.. itupun kalau aku masih ingat dan simpan dalam hati :(


    Front view


     
    The only kitchen. Dry and wet. Rupa sebelum pasang kabinet.


     Rupa dapur lepas pasang kabinet.


     My favorite area of the house. 
    Armchair berwarna purple dengan hiasan ala-ala kristal swarovski. 
    Lampu dengan kesan LED berwarna biru - bought at Houses of Lighting, Puchong. 
    Langsir kawin purple dan grey - tempah dari Lentera Creative Home, Taman Equine

     
    Kawasan tangga (tapi tak cantek - blame the contractor)
    Love this area sebab ada Kufi Art Ayat Kursi - tempah dari Pandurama Art Gallery. 
    Lampu dinding dengan 3 mentol LED - beli di Houses of Lighting, Puchong




       

    Kawasan ruang makan.
    Meja makan 4 kerusi lama tapi diberi sentuhan baru dengan lapik meja yang dibeli di Giant.
    Kipas warna putih berlampu jenama Rubine.
    Kufi Art Asmaul Husna dari Pandurama Art Gallery.
    InsyaAllah kalau ada rezeki akan pasang wallpaper di dinding tu supaya Kufi Art itu akan lebih timbul dan menyerlah.


    All in all, thank you Allah!

    Friday, February 24, 2012

    Pesanan

    saya copy and paste

    Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...
    Mengalir air mata aku tengok gambar arwah semasa di NICU dan ketika arwah dikebumikan. Arwah berumur 6 tahun. Sebaya dengan Addin. Didiagnosis kanser darah dan meninggal dunia dalam masa yang singkat. Tidak dapat bayangkan kalau anak aku dalam keadaan begitu. Tidak tertanggung rasanya kesedihan itu kalau jadi kepada aku. Takziah kepada keluarga arwah.

    1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malam.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
    Si Addin jenis tidur mati. Si Zara suka merengek da gundah waktu malam sebab badan dia gatal-gatal. Kalau aku mood macam hampes, memang kena marah la si Zara.. berdosanya aku... Bertekad untuk sabar melayani karenahnya. 

    2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
    Tidak dapat dinafikan, Addin dan Zara suka buat permintaan kalau ke mana-mana. Sometimes, Addin asks for hadiah. Aku pun tidak mau kedekut sangat. Tapi aku buat sistem - kalau belajar pandai, tolong mummy, jadi budak baik etc, baru dapat hadiah. 

    3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
    Addin sekarang minum fresh milk Dutch Lady. Zara masih menyusu badan. Setiap pagi sebelum subuh, Zara akan request susu formula pasal susu badan tidak cukup rasanya.

    4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
    Part yang ni memang mencabar. Addin dan Zara amatlah aktif. Mama aku cakap itu normal. Kalau yang diam-diam tu yang tidak normal. Bersyukurlah dorang aktif sebab maknanya dorang sihat. Kalau jatuh sakit, kesian ja tengok dorang diam-diam. 

    5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.
    Addin suka kalau aku dan Abang Edi kasi suap. Zara suka kalau dapat suap sendiri tapi bersepahlah. 

    Bottom line is...... Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.
    True. Aku bersyukur sebab Allah masih meminjamkan Addin dan Zara kepada kami. Budak 2 orang yang amat adorable itu menjadikan perkahwinan kami lebih ceria. Semoga mereka panjang umur, sihat walafiat, jadi anak soleh dan solehah, cerdik, aktif dan membesar untuk menjadi umat Islam yang bermanfaat. Amin.

    Wednesday, February 22, 2012

    Maafkan Kamu

    Lama sudah lagu ni berkumandang di radio.
    Tapi aku baru fell in love dengan lagu ni semalam.
    Mungkin sebab lately ni aku banyak drive di awal pagi dalam tempoh yang lama (lebih satu setengah jam bagi satu perjalanan) membuatkan aku khusyuk dengar setiap lagu yang diputar oleh penyampai radio.




    Lirik lagu ni dalam maksudnya.
    Mengikut pemahaman aku yang kurang ilmu pasal kesusasteraan dan penulisan lirik ni:

    Sudah menjadi adat dan resam dunia, kebanyakan manusia sering buat silap especially ketika berusia masih hijau.

    Dan ramai juga manusia yang suka menegur kesilapan itu.
    Kadang-kadang, cara mereka agak 'mengencang' (kencang atau kasar). Selalunya disokong dengan dalil-dalil yang dorang sendiri pun tidak faham secara mendalam. Atau kalau dorang faham pun, dorang suka putar belit supaya mereka mendapat advantage.
    Orang yang hobinya suka menegur tu juga suka menghukum orang tanpa usul periksa serta mengkritik tanpa memberi cadangan penambahbaikan.

    Ini menyebabkan orang yang menjadi mangsa teguran pun jadi bingung, tidak tahu cara untuk membaiki diri sendiri.
    Bila budak tu sudah semakin matang, banyak makan garam, dia pun sedar.
    Mana satu yang patut dihindar, mana satu yang patut dijadikan teladan.
    Orang yang suka mengencang tu sebenarnya patut dikasihani. Sebab dorang ni kurang kasih sayang.
    Tu pasal la cari perhatian dengan cara macam tu supaya orang fikir dorang bagus.
    Tapi budak yang dah jadi bapak budak tu maafkan saja la.
    Tapi dia malas mau jumpa manusia-manusia yang perasan bagus tu.
    Mungkin pasal bapa budak tu meluat dan menyampah.

    Dalam masa yang sama, bapa budak tu sedar bahawa kita kena jadi manusia yang baik.
    Yang tidak jumud, yang berfikir sebelum bersuara.
    Yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi.
    Barulah hidup ente selamat.

    Wah... ntah hapa2 la review aku ni. Lirik si Malique ni pun memang puitis banget.
    Tak tercapai akalku.

    Salute to Malique - lagu ini berada di kelas yang tinggi dan tersendiri. Layak jadi masterpiece Juara Lagu :)

    Monday, February 13, 2012

    Lawak ke der?

    Abang Edi suka layan Raja Lawak. Aku pun follow ja.
    Maharaja Lawak pun kami layan. Sebab tu la Abang Edi suruh subscribe pakej Mustika sebab ada Astro Warna. Alang-alang kami subscribe Astro Beyond sebab kalau masuk pakej Mustika ada jimat sket.

    Maharaja Lawak Mega pun kami layan.
    Jadi bila ada Lawak Ke Der? di Istana Budaya baru-baru ni, aku dan Abang Edi agak excited.
    Tambah pula ada Jozan.. huu.. duet Johan dan Zizan memang menjadi, ada chemistry. Saling menyokong.

    Tapi yang tidak bestnya, show dorang ni ada sebelah malam dan weekend saja.
    Dilema betul la bila memikirkan mana mau hantar si Addin dan Zara.
    Nasib baik juga, kebetulan adik aku si Nurul bagitau yang dia dapat kerja di AirAsia. (Yeay.. kudos to her!)
    Jadi, aku import dia awal sikit supaya dia boleh look after my kids. Tiket dia datang KL aku sponsor la :P



    Tercapai la juga hasrat tengok show dorang ni. Tempat duduk pun dapat tepi pasal lambat beli tiket :( 

     Bulan 4 nanti ada Upin Ipin di Istana Budaya. Mau bawa la Addin dan Zara :)


    Hasil dapatan aku:

    1. Nabil jadi hos. Mantap. Cuma aku kurang berkenan sebab dia suka gelak dengan lawaknya sendiri. Abang Edi pula terpakai betul sama si Nabil ni.

    2. Boboi - pada aku dan Abang Edi, agak sedikit tenggelam. Punch line memang banyak tapi terasa kurang sengatnya. First babak dorang bawa watak Boboi dan Gegirl. Aku memang kurang gemar Harun Salim Bachik berlakon ala-ala Najwa Muka Buku. Aku rasa dia lebih kelakar bila dia berlakon jadi Puteri Gunung Ledang dan Orang Minyak.

    3. Jozan - terbaek dari ladang. Dorang bawa watak Ah Ceng dan Mail Lambung dari zaman sekolah dan berjanji untuk berjumpa pada 10 tahun selepasnya. Kelakar.

    4. Harith Iskander - aku agak skeptikal dengan kemampuan mamat sorang ni. Sebelum masuk panggung, aku cakap sama Abang Edi, jangan la si Harith ni tidak kelakar, rugi ja duit tiket. Sebab aku memang tidak pernah terpakai lawak dia di tv. Mau kata lawak dia urban sangat, aku rasa aku ni bukanlah kampung pun. Huhuh... Nasib baik persembahan Harith tidak menghampakan. Stand up comedy yang hebat. Persepsi aku terhadap Harith Iskander berubah ke arah lebih baik :)

    5. Lepas show, aku dan Abang Edi terus menuju ke Bangsar for supper. Lapar betul pasal tidak dinner. Habis show jam 11.45 malam. Penat gelak pun ada. Mengantuk pun ada. Tiada intermission. Show 3 jam straight.

    6. Penuh juga panggung semalam. Ada la ternampak artis. Ada Neelofa (memang cun habis), ada Sharifah Shahirah.

    7. Berdasarkan daripada skala gelak, aku rasa penonton wanita mengatasi penonton lelaki semalam. Ada minah belakang aku gelak siap hentak kaki ke lantai. Terus aku rasa bergegar kerusi.

    8. All in all, tiket yang ditaja oleh Abang Edi (sebab aku sudah sponsor tiket AirAsia Nurul) adalah berbaloi-baloi.

    Thursday, February 9, 2012

    Every cloud has a silver lining

    Atau dalam bahasa melayunya "Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya"

    Aku sebenarnya sudah sampai tahap bosan dengan karenah orang bisnes berbangsa melayu yang berurusan dengan kami berkaitan hal renovation ni.
    Paling bosan tahap mega dengan kontraktor grill.

    Sepatutnya pasang wrought iron grill dan fencing last Friday. Tapi tidak datang pun. OK.
    Pagi Sabtu kami call, kunun datang kejap lagi. Tapi tiada pun. OK.
    Waktu lunch kami call (hari yang sama), kunun lepas lunch akan datang.
    At last dorang datang juga tapi dengan corak wrought iron yang salah.

    Alamak aiiii... geramnya lah aku.. memang tahap furious sudah ni.
    Aku tidak kisah. Aku kata boleh la pasang tapi kena free la. Bukan aku order yang tu.
    Abang Edi pula kata tidak boleh sebab dia tidak berkenan dengan corak tu.
    Kami order kod 0233, dorang bagi yang kod 0223. (Nasib baik aku ambil gambar corak yang kami pilih tu).
    Maknanya, untuk buat yang baru, kami kena tunggu lagi seminggu lebih (tapi kalau ikut standard lembab mamat grill tu, aku rasa boleh jadi 3 minggu).
    Kununnya, dorang lambat sebab mesin dia rosak. Then, kenapa tiada courtesy untuk bagitau pasal benda tu lebih awal?
    Dorang ni lembab bukan alang-alang. Sudah lambat lebih dari 3 minggu.
    Yang naya kami juga sebab kena bayar double (rumah sendiri dan rumah sewa).

    Abang Edi ni pun tidak sudah-sudah mengeluarkan kenyataan "Saya ni nak tolong orang kita bang"
    Enough with that sentiment. Orang kita selalu mau tolong bisnes orang melayu, tapi melayu yang ditolong tu selalu tidak pandai jaga market dan buat pening customer ja.
    Yang paling "best", Abang Edi boleh bayar lebih daripada deposit (dia sendiri menggatal mau bayar kunun mau kasi senang urusan bisnesman melayu ni).
    Aku cakap mau kensel. Tapi Abang Edi kata mustahil sebab kalau dah bayar, susah mau dapat balik bayaran.
    Aku jadi puzzled. Sekarang ni aku kena peduli ka kesusahan orang lain bila orang lain tu tidak peduli pun pasal kebajikan aku?
    Adakah aku kena sampai ke tahap pergi ke tribunal pengguna sebab dapat servis lembab macam ni?
    Sabar saja la. Merungut di blog saja la.
    Aku masih boleh sabar sebab kedai dorang ni dekat ja. Bila-bila boleh buat spot check.
    Dan kalau kami call pun dorang pick up ja. Maknanya, tiada la mau lari kan. Masih ada sense of responsibility.   

    Semua orang di sekeliling aku yang tau cerita ni mesti akan keluar statement "Kenapa tak amik orang cina je?".
    Aku rasa statement tu boleh disamakan dengan "Kenapa tiada penyakit cari penyakit?".

    Ni semua kerana niat murni - mau tolong bangsa sendiri.
    Apa-apa pun, aku dan Abang Edi masih positif, memang ramai bisnesman melayu yang servis tiptop.
    Cuma bukan rezeki kami ja la terjumpa dorang-dorang ni. Dan yang servis tip-top ni sure la banyak job. Maka yang bisnesman melayu yang hampeh ni la yang memburukkan nama-nama rakan seperjuangan melayu dorang yang lain.
    Dan bukan semua bisnesman cina boleh percaya pun, ada juga yang hampeh.Cumanya, komplen tentang dorang ni tidak banyak sebab servis dorang kebanyakkannya bagus. Sebab dorang ni selalu pandang jauh ke depan untuk survival bisnes dorang.

    Pengajaran paling penting - jangan bayar more than half of total bill selagi belum dapat keseluruhan barang dan servis.
    Part yang ni Abang Edi lemah, dia suka bayar habis sebelum dapat barang, aku pun tidak sure pasal apa.
    Sebab dia percaya sama peniaga lain? Adakah dengan cara itu, Abang Edi berharap supaya karma would treat him nice dan pada masa akan datang, customer dia akan treat dia dengan baik?
    Most probably. What comes around goes around.
    Dan aku selalu percaya, kebaikan hati Abang Edi pun akan dapat balasan  rezeki yang baik.
    Cuma tidak sure saja dalam bentuk macamana.

    Cabaran-cabaran macam ni la yang mematangkan kami.
    Yang penting, what doesn't kill you makes you stronger.

    Aku suka dengan statement adik aku si Nurul, "Mungkin memang sudah destiny kamu masuk rumah tu lambat. Mesti ada hikmahnya, cuma kamu yang tidak tau. Kalau kamu masuk awal, mungkin ada perkara lain yang tidak best jadi".

    I second that. Tiba-tiba teringat cerita mereka yang terselamat dari nahas September 11.
    Kunun ada ja halangan yang bikin dorang lambat sampai ke WTC.
    Rupanya hurdles tu la yang memanjangkan nyawa mereka.

    SubhanAllah.
    Apa-apa pun, bersyukurlah sudah ada rumah sendiri siap renovation lagi tu.
    Peace.

    p/s: Rumah sudah siap nanti barulah aku upload gambar. Sekarang tiada mood :p

    Wednesday, February 1, 2012

    Masih di sini

    Mesti follower blog aku ni (poyonya statement) fikir aku sudah bersenang lenang di rumah baru aku kan.. huhuhuh...
    Tapi sebenarnya aku masih bersiaran dari rumah banglo nan setingkat tapi disewa ini.

    Apa-apa pun, aku bersyukur kerana owner baru rumah ni masih belum settle tukar nama.
    Oleh itu, kami masih boleh menumpang teduh di rumah ni.
    Rumah sendiri yang diharapkan siap last 2 fridays nampaknya hanya janji kosong merangkap angan tak sudah bak lagu abang JayJay.

    InsyaAllah, kalau ada rezeki, mudah-mudahan, dapat la masuk rumah kami tu hujung minggu yang panjang ni (ada cuti Thaipusam, followed by Maulidur Rasul.. mana aku mau simpan si Addin and Zara while kami cuci rumah dan pindahkan barang.. pengsan..)

    Itupun provided kalau mamat grill yang lidut (lembab) dapat pasang semua wrought iron grill di tingkat bawah rumah. Kronologi penempahan grill dan main gate
    • Grill metal biasa warna putih jalur-jalur sudah siap dipasang. Tapi kualiti pemasangan amatlah boleh diperdebatkan. 
    • Kebengangan aku dan Abang Edi menjadi amat nyata sebab start order pada 29 Januari 2012. Konon ble siap dalam masa 2 minggu, tapi harem. Setelah lebih sebulan pun baru 30% daripada keseluruhan order sudah diselesaikan. Yang menyebabkan tahap kebengangan aku menjadi-jadi ialah bila Abang Edi sudah bayar almost 85% daripada keseluruhan payment. Malas mau cakap banyak. Mamat grill tu (ya... sudah terang lagi bersuluh, mamat itu adalah melayu) cakap ble pasang main gate, fencing, sliding goor grill minggu ni. Minggu ni bila? Aku cakap Ahad pun still consider minggu ni juga. Aku suruh pasang by Friday pasal Saturday sudah mau masuk rumah.
    Pemasangan grill yang lengkap  (at least grill satu rumah dulu, main gate lambat sikit pun tidak apa) amatlah mustahak sebab
    • Kami sudah set dengan pihak astro untuk pindahkan decoder hari Sabtu tu. Pemindahan decoder adalah free sebab sudah termaktub dalam kontrak Astro kalau pasang Astro Beyond, waranti adalah untuk selama mana pemakaian Astro tersebut - maknanya, kalau grill belum pasang, kena la tunda pasal sabtu malam tu ada game penting kunun mengikut Abang Edi.. huhuh
    • Sudah set dengan orang aircond. Orang aircond tamau pasang aircond selagi tiada grill pasal takut kena pecah.
    • Kalau sudah ada grill, rasa selamat untuk pindahkan barang sedikit demi sedikit.
    Sekurang-kurangnya, masalah tiles sudah selesai. Aku hampir membuat tuduhan yang kawan abang Edi tu tipu kami. Time raya cina tu, semua panggilan kami manjang tidak dilayan. Mau kata raya pun mustahil sebab dia bukan ada darah cina walau sekelumit pun (memandangkan tuan punya genetik yang gelap dan penuh bulu-buluan). Tapi Abang Edi masih menyimpan harapan. Alhamdulillah, semalam lori ambil balik tiles datang untuk pick-up semua tiles yang disalah hantar tu (almost 50 over cartons... gilak!!!)

    Semalam, pasang toilet pun ada masalah. Bocor ja. Syukur juga sebab kawan Abang Edi selaku orang sales jual toilet (kawan jugak!!) menunjukkan rasa tanggungjawab yang tinggi. Sanggup datang untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian. Selidik punya selidik, rupanya kontraktor kami yang 'bagus' tu pegi buang hos tangki toilet tu. Ceh, kurang asam.

    Besarnya cabaran renovate rumah. Nantilah.. bila rumah tu sudah siap betul-betul, kalau aku rajin, aku buat satu entry khas pengajaran dan pengalaman yang kami dapat selama renovation tu supaya boleh dijadikan tips untuk orang yang membaca.

    Projek renovation overdue selama lebih 2 bulan. Walaupun banyak yang kurang manis berlaku, tapi aku rasa sure ada hikmah di sebalik semua ni. Sekurang-kurangnya, tempoh 4 bulan ni jadi learning curve untuk aku dan Abang Edi. Alhamdulillah.

    Projek seterusnya - kabinet dapur dan langsir :)
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...