google analytic

Nuffnang

Thursday, May 19, 2011

Belayar dengan Star Cruise Virgo - Preparation

Kisahnya......

Serasa sudah lama tidak makan angin. Kali terakhir cuti-cuti ialah 9 bulan yang lalu ke Awana Kijal.
Lepas tu, teringat la pula kepada pasport antarabangsa yang sudah lama idle tidak dicop visa.
Mula-mula agak pening untuk pilih destinasi yang sesuai. Aku sudah terbayang untuk ke Gold Coast atau ke Bandung.

Entah macamana, ada satu hari tu, Abang Edi menyuarakan "Ayang, kita naik cruise la". Ini semua gara-gara terlihat iklan kapal persiaran di tv. Si Addin pun setuju lepas aku bertanyakan pendapatnya lepas menunjukkan website Star Cruise.

Aku buat research dengan bloghopping dan membaca forum. Tapi ternyata tidak ramai Malaysian especially the Malays yang bercerita tentang percutian Star Cruise.

Aku agak ragu-ragu. Tambah pula harga yang perlu dibayar juga bukan murah-murah.
Tapi lepas buat research yang lebih mendalam dan bertukar pendapat dengan Abang Edi, jadi kami pun memutuskan untuk menempah percutian Star Cruise. Biar percutian kami kali ni lain sedikit dari yang lain.

Star Cruise ni hape?



Star Cruise ni serupa macam hotel tapinya unik sebab hotelnya bergerak atas laut. Kos pakej berdasarkan 3 kelas penumpang - inclusive of 6 kali dining (banyak tu.. beladar jua makan ganya kan) dan aktiviti-aktiviti atas kapal yang boleh dinikmati secara percuma, contoh macam tengok magic show, gimnastic show, sauna dan kolam renang.


Pilih trip

Star Cruise ni ada macam-macam jenis kapal dan ada pelbagai jenis itinerary. Kami naik Star Cruise Virgo - kapal yang paling besar antara semua kapal di Star Cruise. Trip pun kami ambil yang start dari Singapore menuju ke Pulau Redang dan balik ke Singapore.

Aku tempah percutian pun pada bulan Mei. Biar ngam-ngam lepas habis exam supaya tidak pening kepala.

Ada juga trip dari Penang-Phuket-Krabi. Tu lagi murah tapi kapalnya ada kecik sket. Mengenangkan kami sudah pernah merasa pergi ke Phuket, jadi kali ni saja la ambil trip ke Singapore dan Redang, dua-dua pulau tu pun kami tidak pernah sampai.


Mau bilik jenis apa?

Pilihan bilik ni ikut kelas. Ada 3 kelas penumpang iaitu Admiral, Balcony dan Worldcruiser. Admiral ni macam First Class la kisahnya - bilik suite. Balcony kelas agak mewah juga kerana ada setiap bilik ada balcony sendiri dan luas sikit berbanding Worldcruiser. Manakala Worldcruiser class ada 3 jenis bilik - 2 jenis bilik bertingkap (satu besar sikit dan satu kecik sikit) dan 1 jenis bilik tiada tingkap langsung (tapi ada lukisan pemandangan laut).


Ikut la kemampuan. Kalau mau ikutkan hati aku yang suka berjimat, mau ja aku ambil bilik yang paling murah sekali. Tapi rasa macam lemas la pula kalau ambil bilik yang tiada tingkap. Teringat la pula aku dengan cerita Titanic di mana penumpang dari kelas bawah tidak diberikan priority bila mau tenggelam pasal dorang langgar iceberg tu kan, risau la pula aku. Tambah pula kami anak beranak tidak pandai berenang. Huhuh... (mesti mau hantar anak-anak aku pigi kelas berenang ni.. aku pun mesti belajar juga, wajib!)

Abang Edi pun insist mau balcony sebab mau berasap katanya (dilema orang bersigup). Dan bila bercuti dengan anak-anak kecil ni pun kena la cari tempat menginap yang selesa. Jadinya, kami pun ambil bilik balcony view.

Tips -
 

1. Kalau mau tempah tiket tu, tempah la time MATTA Fair. Serius boleh dapat lebih murah daripada time promotion yang biasa-biasa. Tidak perlu mau pegi PWTC bersesak-sesak. Tempah online ja. Aku tempah hari tu bulan Feb. Aku pun gatal juga mau check price time MATTA Fair bulan Mac tu. Banyak beza harga - boleh jimat RM1000++. Serius! Pasal ada free children fee for every adult. Menyesal pun tidak guna-guna. Sabar ja la.
 

2. Kalau mau belayar dengan kanak-kanak, eloklah ambil Balcony class (kalau lebih mampu, ambil Admiral Class). Admiral dan Balcony class diberi priority ketika check-in dan boarding. Penumpang dari Worldcruiser amatlah ramai, so mesti penat kalau mau menunggu dan bersesak dengan kanak-kanak.


Kena pegi Singapore dulu

Selain dari kos cruise, kena la juga fikir macamana mau sampai ke Singapore. Mula-mula fikir mau drive ja, tapi terfikir la pula mana mau parking kereta tu lama-lama nanti. Dengar cerita, kos parking di Singapura pun mahal. Mana mau beli charge card la pula lagi, penat driving dan mencari jalan di Singapore (kereta kami tiada GPS). Senang cerita, aku pun tempah ja tiket AirAsia KUL-SIN-KUL.

Hajat di hati tu mula-mula mau try guna Jetstar sebab depart dari KLIA, tapi alamak ai... mahalnya tax kalau dibandingkan dengan AirAsia. Terus kensel.


Lain-lain? Overnite di Singapura

Abang Edi cadangkan extend lagi satu malam di Singapore untuk jalan-jalan kononnya. Aku mula-mula terfikir mau menginap di JB ja pasal lebih murah, tapi sudah alang-alang di Singapura tu, bedal je la. Jadi, kena la tempah hotel pula. Aku tempah Hotel Fragrance Bugis melalui Agoda.com.Hotel di Singapore kalau murah-murah pun mau sampai RM300++ juga duit RM (inclusive tax).

Tapi macam menyesal pun ada book thru Agoda tu sebab ada cancellation fee. Lepas tu, caj foreign exhange mahal lagi tu.. memang aku menyesal. Next time kalau mau book hotel, sumpah aku tidak mau guna Agoda lagi.


Tukar duit siap-siap

Dua hari sebelum kami berangkat ke Singapore, aku ditugaskan oleh Abang Edi untuk tukar duit RM ke SGD. Kami bawa duit pun sikit saja sebab bukannya bertujuan untuk shopping sakan di Singapore. Mula-mula aku survey di money exchange di Alamanda, selling ratenya adalah pada 3.45. Lepas tu aku check di Jusco depan rumah aku, selling rate is 3.425 ja. Beza SGD2-3 juga tu.. apa lagi, tukar ja la..

Tips: 
Orang cakap, money exchange yang competitive dan murah banyak di area Masjid India dan kedai pengurup wang Wawasan (ada di Midvalley). Tapi satu hal la pula kami mau ke sana. So, kalau malas sangat macam aku tapi still mau lebih nilai untuk ringgit anda, rajin-rajin la survey di kawasan yang terdekat. Tanya la dulu berapa boleh dapat pada nilai sekian-sekian (contoh soalan: "Berapa Singapore Dollar saya boleh dapat kalau saya tukar dengan RM1000?"). Lepas tu, jangan malu untuk minta diskaun. Contoh kalau dekat papan Exchange Rate tu kena letak Selling Rate = 3.48, dia mungkin akan turunkan kepada 3.45. Lepas dapat jawapan, try tanya pula di kedai yang lain dan buat la perbandingan sendiri. Seboleh mungkin, jangan tukar di bank sebab rate dorang yang paling tidak untung.

Panjang bercerita, jom tengok cerita bergambar la pula.

bersambung.. Day 1

Monday, May 16, 2011

Gathering dengan kawan skolah lama

Gathering kami ni kena initiated and planned by my good old friend, si Liean yang lemah lembut dan penyabar orangnya. Entah apa angin si Liean ni, tiba-tiba ja dia post event invitation di Facebook mengajak semua kawan-kawan lama kami (tapi yang girls saja) iaitu PMR batch 95 dan SPM batch 97 dari SBPL (nama lama) or SMSL (nama sekarang) untuk berjumpa di Pavilion KL. Semua-semua la tidak kira yang berada di Labuan, Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia hatta di UK sekalipun.

Akhirnya, yang confirm datang ialah 11 orang ja. Dari kesebelasan utama tu, ada 3 orang akan datang dari Kota Kinabalu iaitu si Alen, Jono dan Pirah. Tapi last minute, one of our friends dari KK terpaksa membatalkan rancangan kerana cutinya dibatalkan last minute sebab ada meeting. Tiada rezeki si Pirah la tu nampaknya. 

Yang dari area Klang Valley pula ialah si Liean sendiri as the event organizer, Faiz (sebagai tuan rumah tumpangan untuk kawan-kawan yang datang dari luar KL), Oneal, Netty, Jidah dan Fizah serta tidak ketinggalan ialah aku. Dan dari JB ialah si Siqim. 

Event invitation ni start dari bulan Mac lagi rasanya. So kawan-kawan dari KK boleh beli tiket flight awal. Si Liean juga ada menyediakan doorgift untuk kawan-kawan yang datang dan mystery gift untuk yang datang dengan pakaian dan mekap yang terlawa.

Kami semua kena menyediakan satu gift yang berharga tidak kurang dari RM50 untuk ditukar sesama sendiri ketika sesi gathering tu nanti. Niat aku ketika mau cari hadiah untuk kawan aku ialah supaya  orang yang dapat hadiah aku akan suka dan jatuh chenta dengan hadiah aku. Hadiah tu mestilah ada girly, stylo yet practical. Akhirnya, terjebaklah aku membeli sebuah beach bag dari Roxy (time tu ngam-ngam ada sales, discount baek punya). Aku suka betul dengan beg tu. Kalau bukan kerana gathering, mesti aku akan pakai sendiri. Bagus juga beli bag. Kot-kot kalau kawan aku yang dari KK dapat, ada la beg tambahan untuk sesiapa yang bertuah itu menyimpan hasil shoppingan :)

Hari yang ditunggu pun tiba..

7 Mei 2011, Saturday.
Start 12.00 noon.

First venue (Lunch) - The Lot Vietnamese Cuisine

the two early comers.. Liean dan aku :)

Aku, Faiz dan Jidah

Diana dan Oneal menelaah menu

aku dan Oneal order Wrap and Roll (buat sendiri).. memang sedap..

 Chee Cheong Fun..ni pun sedap.. sudah tinggal sebiji baru aku teringat mau ambil gambar

 teramat sedap sampai aku sayang mau menghabiskan.. hehe

doorgift by si Liean... touching.. setiap satu sudu tu ada engraved dengan ayat friendship yang jiwangz


Sebenarnya banyak lagi yang diorder. Aku jadi tukang rasa macam pengkritik dalam MasterChef. Semuanya sedap-sedap. Hasrat di hati mau ajak Abang Edi atau mama aku untuk makan di restoran vietnam ni lagi la.

Lepas kenyang makan lunch, kami pun pergi ke kedai aiskrim yang berdekatan untuk masa hidangan pembasuh mulut. 

Second venue (Dessert) - Art Cream Gallery

Diana, Faiz dan Alen
 Alen belanja semua aiskrim ni. Vanilla, Chocochips dan Blackforest. Review untuk aiskrim blackforest tu ada macam-macam. Aku rasa macam plastik, si Faiz rasa macam racun tikus, Netty rasa macam permainan belon tiup sendiri warna hijau dalam tiub kecik, si Liean ja yang rasa sedap. hehehe

bergambar beramai-ramai.. 

Lepas dessert, kami menunggu kedatangan si Siqim, Fizah dan Jono yang masih belum sampai-sampai. Lepas dorang sampai, kami pun menuju ke The Loaf untuk minum-minum tapi tidak cukup meja pula (atau ada meja sebenarnya tapi waitress di kedai tu malas mau layan kami untuk menyediakan meja sebab meja tu berat... whatever... your lost).. Jadinya, kami pun menuju ke La Bodega, nasib baik ada meja.

Third venue (Tea) - La Bodega




 tengok la hadiah yang melambak itu

 aku menyampaikan hadiah kepada si Jono.. apa yang kami ketawakan time tu pun aku tidak sure

 aku dapat hadiah dari si Fizah

 I have got this! :)

 Si Jono buka hadiahnya pula :) I'm glad you like it Jon!

 Si Oneal dapat hadiah pasal pakai bunga besar di bahu.. hehehe

End by 6.30 pm. Aku sempat singgah di The Loaf untuk tapau buns dan pastries yang sedap-sedap.

berposing depan Pavilion dulu sebelum balik

ni aku sama si Nurul yang juga ada date sama kawan-kawannya di Pavilion

 
hasil tapauan

Memang seronot gathering itu. Especially bila bercerita kembali tentang kenangan lama zaman jajal (nakal) dan gauk (nakal juga) di sekolah dulu. Berjumpa dengan rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa. Bertukar cerita mengenai perkembangan terbaru. Insyallah lepas ni, kalau ada rezeki, kononnya kami mau bergathering di KK pula. Tidak dilupakan, good job Liean!!!

p/s: Aku suka betul dengan Pavilion KL. Senang dapat parking walaupun mahal. Tandas pun ok kerana tandasnya ada pili air, kalau macam toilet di KLCC ada tisu ja. 

Sunday, May 8, 2011

Balik Kampung - Half Labuan blood at Pantai Kg. Batu Manikar

Si Addin is a half Labuanian (or is it Labuanese? Mana-mana la)... Addin skip his afternoon nap for a beach breakaway with his Atuk. Thanx bapa!



pengaruh Ultraman


ni pengaruh Armor Hero

Pantai Kg. Batu Manikar - tuhur (surut) di petang hari



make friends with orang Kedah tapi berkurapak Brunei pasal lama di Labuan :)

Friday, May 6, 2011

Balik Kampung - Duty Free Shopping

Kain mahal yang murah di Labuan

Raya tahun ni pada hujung bulan Ogos, jadi aku mesti beli kain ela sekarang juga. Aku tidak boleh jadi macam orang normal yang lain yang boleh suka-suka hati beli baju kurung yang sudah siap sebab saiz aku yang amat comel ini. Kalau aku beli baju kurung yang saiz XS sekali pun, aku mesti ada masalah tangan baju dan kain yang panjang serta pinggang yang longgar.

Demi keselesaan diri sendiri dan untuk mengelakkan orang pikir aku ni pinjam baju orang yang lebih besar dari aku, aku kena tempah sendiri baju kurung. By the way, aku tempah baju kurung aku pada cousin aku yang memang cekap menjahit. Upah jahit adalah RM20 saja untuk baju kurung dan RM40 untuk baju kurung yang ada lining. Murah kan?

Tujuan beli kain di Labuan ni pun sebab kain di Labuan adalah lebih murah dari di KL dan tailor aku yang bertauliah juga dari Labuan (senang mau menghantar). Aku selamat membeli 2 pasang kain sifon dan sepasang kain cotton untuk aku, sepasang kain cotton untuk si Zara, kain untuk Abang Edi, Addin dan Zara (satu kayu) dan samping songket dari Brunei untuk Abang Edi.

Kain baju melayu dan samping songket Brunei

Kain sifon aku dan cotton for Zara
 

Harganya? Mampu milik. Murah ka? Adik aku si Tasha cakap kain yang aku beli tu lebih murah kalau mau dibandingkan dengan harga kain di KL. Ini hasil pemerhatian si Tasha sebagai regular customer bertauliah di kedai kain The New Store Labuan.

Lepas tu, bila sekali sekala ke KL tu pandai pula dia membandingkan kualiti dan harga kain di kedai-kedai kain di Jalan TAR, contohnya Gulati's Silk Store, EuroModa, etc (aku pun bukan tau pasal kedai-kedai kain ni sangat).

Berapa murah boleh dapat? Kalau kain washable silk, aku boleh dapat lebih-lebih pun pada harga RM100 untuk 4 meter beserta kain lining diberikan percuma. Kain lining yang diberikan pun bukan kain lining yang murah-murah punya style. Kata si Tasha, kain sifon yang macam di The New Store tu pun boleh didapati di kedai-kedai kain di KL tapi bukan di tingkat 1, kena cari di tingkat ekslusif di mana kain-kain disusun dengan teratur siap disinari dengan limpahan lampu yang terang dan bergemerlapan dan harga pun kurang-kurang RM300++ sepasang. Aku tanya tuan kedai tu The New Store tu, kalau di KL kain-kain ni kena jual kurang-kurang pun RM180-RM200 lepas ditawar-tawar.

Mengikut kata si Tasha lagi, kain-kain di Labuan (khasnya di New Store) bukan saja murah tapi berkualiti - warnanya berseri, coraknya tidak kabur, sempadan di antara color pada kain tidak blur, design terbaru, kain pun bukan jenis cuci sekali dua sudah hancur dan berbulu.

p/s: Kalau ke Labuan, cari kain sutera yang mahal pada harga murah. Bukan kain yang memang murah tapi mau cari murah lagi. Kalau kain murah-murah, di arked Jalan TAR pun belambak. Dan kalau ke New Store, rajin-rajin la minta tengok kain di stor. Dalam stor tu, lagi la banyak kain untuk pilihan. Kalau terer lagi, try la jual nama si Tasha, untung-untung dapat murah.


Sigup (rokok) dan coklat duty free

Sigup dan coklat di Labuan memang murah sebab Labuan ialah duty free island. Liquor pun murah. Sometimes aku tengok satu can beer tu macam lebih murah pula daripada harga satu can Coke. Sama macam Langkawi. Ada orang kata coklat di Langkawi lagi murah. Tapi aku rasa sama ja macam harga di Labuan. Kalau pandai cari kedai, boleh ja jumpa coklat yang lebih murah dari yang dijual di kedai lain. Kalau rajin, beli sigup dan coklat di kedai-kedai yang menjual duty free items. Lepas tu minta la diskaun. Sure boleh dapat. Dengan syarat, beli la pada kuantiti yang banyak.

Dan kalau boleh lagi dan suka berjimat, tidak payah la beli coklat last minute di airport. Mahal bah. Kalau coklat Hershey yang kecik-kecik 350g tu kena jual RM15 di kedai biasa, tapi di airport boleh jadi RM18++. Rugi la. Yang penting ari tu, aku beli coklat Daim banyak-banyak untuk diberikan kepada kawan-kawan dan cikgu-cikgu sekolah si Addin dan Zara.


Panjang gila post. Lepas ni mau buat checklist dan itinerary cuti-cuti ASEAN lagi.

Balik Kampung - Passport and IC replacement

Pasport antarabangsa (warna merah)

Renew passport - oleh kerana aku sudah ada pasport, aku just kena bawa pasport lama, salinan kad pengenalan (serta kad pengenalan asal untuk pengesahan) dan 2 keping gambar pasport terkini. Aku tidak pernah berpengalaman buat pasport di Semenanjung, tapi melalui cerita kawan-kawan, kalau orang Sabah buat pasport di Semenanjung akan ambil masa 1 minggu untuk siap. Bayaran ialah RM100 untuk 2 tahun dan RM300 untuk 5 tahun. Aku buat untuk 2 tahun saja (mau budget punya pasal).

Buat pasport baru untuk si Zara - hanya perlu bawa surat beranak (beserta salinan), kad pengenalan ibu atau bapa (beserta salinan) dan 2 keping gambar pasport terkini. Bayaran ialah RM100 untuk 2 tahun dan RM150 sahaja untuk 5 tahun. Jadinya, aku buat 5 tahun untuk si Zara.

Masukkan gambar terbaru untuk pasport si Addin - Yang ni aku baru perasan ada option "memasukkan gambar terbaru untuk kanak-kanak" bila aku isi borang untuk permohonan pasport  aku dan si Zara. Pasport si Addin dulu dibuat time dia baru berumur 9 bulan. Sekarang si Addin sudah lebih 4 tahun. Mesti la ada perbezaan pada muka si Addin. Lepas tanya advise daripada Imigresen Labuan, dorang pun menyarankan supaya aku masukkan gambar terbaru untuk pasport si Addin. Nasib baik aku bawa pasport dia. Tiada bayaran dikenakan. Hanya perlu bawa surat beranak dan 2 keping gambar pasport terkini. Oleh kerana aku tidak bawa surat beranak si Addin, jadinya aku terpaksa memohon salinan pendua surat beranak di pejabat JPN Labuan.

Buat pasport di Labuan - mudah akses (sebab terletak dalam UK Labuan) dan cepat (sebab tidak ramai orang menunggu). Senang cakap memang amat mudah untuk ibu-ibu yang terpaksa menghandle dua orang anak kecil sendirian.

Ambil gambar pasport

Mula-mula aku ambil gambar pasport si Zara di kedai gambar yang terletak dalam bangunan Jusco dekat rumah. Bayaran yang dikenakan ialah RM13 untuk 4 keping gambar. Tapi hasilnya amatlah tidak memuaskan. Lighting macam harem. Lepas tu tukang yang ambil gambar pun kurang sabar, menyebabkan gambar pasport si Zara macam si babu-babu (makcik tua) yang amatlah tidak comel.

Jadinya, di pagi Rabu yang hening di bangunan Ujana Kewangan Labuan, sejurus sebelum aku dan entourage aku yang terdiri dari Addin, Zara, Nurul, Tasha dan little Hana pergi menyerbu ke pejabat Imigresen, kami pun singgah ke kedai gambar dulu. Cadangnya mau ambil gambar pasport si Zara lagi. Lepas bertanyakan bayaran - hanya RM10 sahaja untuk 4 keping gambar!!!!!!!!!! Wah... ini sudah murah. Dan yang bagusnya, tukang ambil gambar tu pun amat sabar dan amatlah tidak berkira untuk mengambil gambar si Zara sampai dapat pose yang tercomel dan terbaik untuk dijadikan gambar pasport yang amatlah sesuai. Kalau mau dibandingkan mutu gambar pasport Zara yang diambil di Jusco dan di Labuan tu amatlah jauh berbeza.

p/s: Kedai gambar tu terletak di depan KFC dalam Ujana Kewangan.


Penggantian Kad Pengenalan

Part yang ni tiada dalam objektif aku ke Labuan. Tapi pasal kad pengenalan aku sudah cacat, so Imigresen Labuan suruh aku ke Jabatan Pendaftaran Labuan untuk tukar Kad Pengenalan. Nasib la JPN Labuan pun dalam UK juga. Nda la pening kepala. Lepas dapat kad pengenalan sementara, pegawai di Imigresen Labuan tu bagitau aku pula yang di IC aku tiada huruf H yang menandakan aku ni bumiputra Sabah. Satu hal la pula. Oleh kerana permohonan kad pengenalan aku dalam proses cetakan dan tidak boleh dibatalkan, jadinya aku kena ambil dulu IC baru dan kemudian baru request untuk tambah huruf H di IC aku tu.

Aku just kena bawa surat beranak aku atau salinan IC mama dan bapa aku untuk membuktikan yang aku ni bumiputra Sabah. Nasib baik la aku cakap hari tu aku mau collect IC baru aku di JPN Putrajaya which will take about a week from application date. Kalau aku mau collect di Labuan, kena ambil masa 30 hari!

Pening. Selama aku di Labuan tu, adalah 3 kali aku turun naik opis JPN. Sekali untuk minta pendua surat beranak Addin, lepas tu untuk mohon IC baru, lepas tu untuk tanya pasal status H aku.

p/s: Semalam aku ke JPN Putrajaya untuk collect IC baru. Lepas tu aku buat IC baru lagi untuk masukkan huruf H tu. Masa berurusan - tidak sampai 30 minit! Amatlah pantasnya. Hari ni, aku boleh collect suda IC baru aku tu. Hebatnya JPN! Syabas mere bete!

bersambung... Part 3

Balik Kampung - travel with kids

Hari ni aku bercadang mau rehat di rumah saja. Plan aku - mau buat itinerary untuk cuti-cuti next week. Seronotnya...

Mudah-mudahan la percutian kami next week tu memang seronot, dipermudahkan Allah dan tiada masalah :)

Sebenarnya, hari ni baru la aku boleh mau berileks2. Last week, final paper adalah pada 25 Mei. Dengan tidak menyempatnya, pada keesokannya harinya iaitu 26 Mei 2011 tu juga aku balik ke Labuan bersama-sama dengan si Addin and si Zara. Abang Edi tidak ikut sebab hari kerja. Kalau aku balik Jumaat, boleh juga bawa Abang Edi sekali sebab dia boleh la ambil cuti sehari dua. Tapi pasal aku balik on weekdays, jadi nda sesuai la kalau Abang Edi mau cuti lama-lama. Ye la.. orang tu kan kerja sendiri, kalau cuti lama-lama, macamana usin mau masuk...

Objektif balik Labuan pada kali ini ialah

1. Mau tengok Nur Hana secara real live untuk kali pertama
2. Mau renew pasport aku dan buat pasport untuk si Zara
3. Mau beli kain ela baju kurung dan baju melayu untuk Hari Raya tahun ni
4. Mau beli sigup (ni untuk Abang Edi) dan coklat duty free

Alhamdulillah - semua objektif tercapai.

Hasil daripada cuti seminggu di Labuan, berikut ialah kesimpulan yang aku dapat sebagai tips pelbagai kepada diri sendiri dan orang yang baca blog aku ni.

Air travel with young kids

Ngam-ngam hari kami balik ke Labuan tu, si Zara start batuk-batuk. Aku risau sudah ni. Aku balik-balik berdoa supaya si Addin dan si Zara nda bertebiat dalam flight dari KUL ke LBU tu. Aku sudah pack siap-siap pakaian spare untuk dorang, air masak, air kotak Dutch Lady Kids, biskut dan kuih baulu. Sebenarnya, mana boleh bawa makanan sendiri kalau naik AirAsia. Tapi pasal aku rasa aku susah mau handle budak dua orang tu kalau mau order nasi lemak lagi, so terpaksa la bawa makanan sendiri untuk alas perut. Bila sudah sampai Labuan, barulah lunch makanan berat.

Flight ke Labuan jam 7.50 pagi. Gila awal. Memang itu ja la satu-satunya flight dari KL ke Labuan setiap hari kalau naik AirAsia. Urusan check-in dan boarding agak kelam kabut. Aku dan Abang Edi lupa yang kunci kereta ada dalam handbag aku. Time aku menapak jauh-jauh dari terminal ke kapal terbang, tiba-tiba Abang Edi call bagitau kunci kereta ada sama aku. Mau patah balik, aku sudah agak tercungap-cungap. Nda kan la aku mau menghurung anak-anak aku balik ke terminal building. Nasib baik la ada seorang ground staff ni baik hati mau tolong aku untuk passkan kunci kereta tu sama Abang Edi. Kalau bukan kerana kebaikan hati ground staff tu, terpaksa la Abang Edi menunggu di LCCT sampai jam 1 tengahari tunggu the next flight dari Labuan sampai KL.

Untung juga flight tidak full. So, tiada la stranger duduk sebelah aku. Ada la satu extra seat dan more privacy untuk aku menyusukan si Zara (si Zara selalu reject mau menyusu botol, dia prefer susu badan juga). Tapi yang kurang baiknya pula, si Zara boleh batuk-batuk sampai memuntahkan semua biskut dan susu dalam flight. Habis baju dan jeans aku kena muntah. Si Addin pula bising sebab geli dan mau muntah sekali la konon-kononnya. Tensionnya aku. Cabin crew bagi aku satu pack tissue, plastik sampah dan lemon spray untuk aku bersihkan kesan muntah tu sendiri. Nasib juga seat di AirAsia tu pakai leather, kalau fabric mesti melekat sudah tu muntah si Zara.

Terpaksa la aku jadi macam si palui-palui bersihkan kesan muntah si Zara sambil melayan si Zara yang tidak sedap tekak dan si Addin yang geli-geleman nampak muntah adiknya. Lepas bersihkan kesan muntah Zara, aku pergi ke toilet dengan membawa si Zara untuk mencuci jeans aku. Orang sebelah menyebelah ada yang tutup hidung sebab tidak tahan bau muntah (atau bau lemon spray tu?).

Nasib la. That's the worst experience ever untuk aku selama aku jadi penumpang kapal terbang sejak aku sekolah rendah sampai aku jadi mama orang ni. That's the longest 2 hours and a half flight untuk aku. Dan dari situ aku dapat pengajaran, jangan malas bawa baju spare untuk diri sendiri, bukan untuk anak ja.



bersambung... Part 2

Monday, April 25, 2011

Kesudahannya....

Pagi tadi aku sit for my last paper...

Alhamdulillah, walaupun soalannya tidak la senang sangat, tapi boleh la juga aku jawab penuh... Syukur kepada Tuhan..

Tapi boleh pula ada soalan guna kalkulator. Maka dengan tidak malunya aku pun angkat tangan pada pengawas peperiksaan sebab mau pinjam kalkulator orang. Nasib baik la juga kawan sekelas aku tu mau bagi pinjam.. Huhuhuhuh...

Harap-harap boleh dapat A.

Jadinya sekarang, boleh la nyanyi lagu "Bergembira tepuk tangan sama-sama...lalalalala"

Time to balik kampung!!! Time to cuti-cuti... semoga urusan seterusnya dipermudahkan olehNya.. Amin..

p/s: Tidak sabar sudah mau jumpa si little Hana ni.. oh.. dan jangan lupa, lepas urusan cuti-cuti aku ada perjuangan yang lebih besar..

Power Chain lagi..

Lupa pula mau update pasal last braces appointment aku pada awal bulan April (tidak ingat sudah ni bila exact date).... Rasanya appointment tu untuk bulan ketiga.

Tiada apa yang menarik. Doktor tukar power chain. Last month warna putih, yang ni warna kelabu. Tapi warna itu tidak mendatangkan makna sebab power chain tu dipasang di sebelah dalam. Aku rasa, kalau later in the future doktor mau pasang powerchain di gigi aku sebelah luar (yang boleh dilihat), aku mau request warna pink la pula.. hehehe.. boring pula pakai damon braces tiada getah ni..

Lepas tu, doktor bagitau besar kemungkinan gigi aku akan dicabut lagi dua batang di sebelah kanan, satu atas dan satu lagi bawah... Waaahahahaha... bila tu tidak tau la pula, tapi aku harap tidak payah la cabut.. huhuhuhuhuhu...



Dan biasalah.. dalam masa sehari dua lepas kena pasang power chain, gigi aku rasa ngilu sikit.. macam bergoyang.. susah mau mengunyah... but after that, kehidupan dan pemakanan kembali normal :)

Friday, April 22, 2011

I am an ESTJ

Aku pun kunun-kunun mau buat personality test, ni kes tengok post Mama Ain-Ammar ni.

Ni la hasilnya.

ESTJ - "Administrator". Much in touch with the external environment. Very responsible. Pillar of strength. 8.7% of total population.
Personality Test by SimilarMinds.com


Extroverted (E) 54.05% Introverted (I) 45.95%
Sensing (S) 59.46% Intuitive (N) 40.54%
Thinking (T) 55.56% Feeling (F) 44.44%
Perceiving (P) 50% Judging (J) 50%


ESTJ
organized, group oriented (really? aku rasa aku lebih suka buat sendiri, puas hati), focused, conventional, leader, emotionally stable, anal (what is this? buntut?), attention seeking, planner, realistic, fearless, responsible, finisher, decisive, norm following, respects authority, punctual, hard working, stiff, self confident, thinks rules and regulations are important, follows the rules (aku rasa aku memang macam ni.. jenis ikut buku.. wahahaha.. sure ramai vendor nyampah sama aku.. ), clean, outgoing, social, content, does not like being alone, normal, regular, does not like weird or strange people / things  - intolerant of differences (mungkin juga, tu pasal aku tidak minat Lady Gaga), strict, disciplined, aggressive, assertive, content, happy, proper, formal, strict with self, meticulous, strong sense of purpose

komen - 
lepas rujuk Wiki, now I know "Anal" means
Adjective - (psychology) of a person, obsessed with neatness, accuracy, compulsiveness and stubbornness, supposedly from not having progressed beyond the anal stage.
Synonyms -  fussy, pernickety, picky

OOOO... saya baru tau.. ingatkan hape..




favored careers:
executive, ceo, supervisor, business consultant, manager, strategist, financial planner, business person, office manager, public relations manager, international business specialist, business analyst, management consultant, operations manager, loan officer, lawyer, marketing, sports management, government employee, investment banker
komen - apa la banyak pasal business, bukan aku reti approach orang pun.. jauh sekali menjual barang.. tang management mungkin betul, ni aku rasa pasal aku banyak sangat buat keja pasal kontrak, pastu belajar pula banyak pasal management science. Huh...part government employee tu, bulls eye!! tapi tiada pula sebut pasal IT... wahahahaha...


disfavored careers:
poet, artist, songwriter, musician, novelist, art therapist, theatre teacher, art curator, film editor, video game designer, photo journalist, travel writer, actor, record store owner, camera operator, art historian, music teacher
komen - no komen. tapi aku sedar aku memang tiada bakat dalam memahami seni..

Thursday, April 21, 2011

Sudahnya..

Tadi sudah exam satu paper.

Semua orang senyum kambing lepas keluar bilik exam, mungkin sebab semua orang tidak sangka soalan macam tu yang keluar.

Waaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhh... sedihnya. Apa yang aku baca gila-gila tidak keluar. Yang aku baca asal ada, keluar la pula. Nasib la. Macam tiada harapan ja dapat A ni. Huhuhuuh..

Tidak apa la. Ada satu paper lagi. Kena berusaha lagi. Yang paper ni, biar dapat A. Mudah-mudahan. Amin.

Wednesday, April 20, 2011

Data Mining

Besok ada exam DSS. Sungguh gerun.

Aku dan kawan-kawan sudah spot yang soalan mengenai Data Mining akan keluar. Gerun lagi.

Semalam dan pagi ni aku concentrate pasal data mining. Hasil dapatan (secara ringkasnya) ialah:

  • Data mining adalah proses yang dilakukan untuk mendapatkan pengetahuan (knowledge) daripada sejumlah data yang besar (typically from a data warehouse). Pengetahuan ini adalah dalam bentuk "pattern" atau corak khusus untuk prediction atau forecasting. 
  • Kebanyakan organisasi guna data mining ni untuk lebih mengenali customer dorang.

  • Contoh yang paling glemer dalam data mining ialah mengenai gedung serbaguna Wal-Mart. Lepas tengok pattern yang terhasil daripada proses data mining, dorang dapat tahu bahawa produk yang paling banyak terjual pada tengah malam selalunya ialah diapers dan beers. Kemungkinan besar pembeli ialah lelaki berkeluarga (jarang la perempuan mau keluar tengah malam jadi selalunya kena la kaum bapa) beli pampers untuk anak (mungkin pembelian ad-hoc, tiba-tiba ja pampers habis tengah malam) so menyambil la beli beer sekali. Pembelian groceries pula selalu dibuat pada hari sabtu, tapi pembelian beer selalu dibuat pada hari Khamis (mungkin stok untuk hujung minggu). Jadinya, Wal-Mart mengambil langkah untuk menjual beer dan diapers dengan harga penuh pada hari Khamis.

  • Contoh lain pula ialah bank boleh buat customer segmentation dengan menumpukan pada pelanggan yang berpotensi tinggi untuk promosi produk baru berdasarkan spending behavior customer tu. Contohnya, kalau customer tu suka swipe credit card untuk pembayaran di pam minyak, so kemungkinan besar customer tu akan dioffer credit card baru yang ada kerjasama dengan syarikat minyak. Dalam masa yang sama, bank tersebut akan menjimatkan kos promosi kerana tidak perlu membuta tuli untuk menghantar surat atau buat call kepada customer yang tidak berminat untuk mendapatkan produk tersebut.
  • Data mining ni sebenarnya sudah lama ada tetapi baru juga glemer semenjak dua menjak ini (mungkin lebih-lebih adalah dalam 10 tahun gitu?). Ini adalah kerana, kos penstoran data sudah semakin murah dan kebanyakan organisasi mampu untuk mewujudkan storan data yang besar. Time aku belajar dulu (awal-awal Y2K), harga harddisk amatlah mahal untuk saiz yang kecik (mungkin dalam RM300++ for less than 1GB). Tapi sekarang ni, setakat thumbdrive 4GB, tidak sampai RM50. Bila storan data besar, so boleh la simpan data dengan banyak dari zaman dulu-dulu (historical data). Kalau ada data yang banyak, pattern yang dihasilkan akan jadi lebih jelas.
    • Metod data mining boleh dibahagikan kepada class, cluster, association dan sequential pattern. Teknik yang digunakan adalah pelbagai bergantung kepada metod data mining yang dikehendaki. Contoh yang glemer ialah seperti Artificial Neural Network, Genetik Algorithm, Decision Tree dan k-fold.

      • Ada 6 stage penting dalam proses data mining (mengikut metodology yang dibangunkan oleh CRISP-DM) iaitu
      • Business understanding - kena faham dulu data mining tu dibuat untuk siapa, apa problemnya, apa potensi yang ingin dicapai dari opportunity yang dicadangkan. Contohnya, kalau buat data mining untuk kedai serbaguna 24 jam, mungkin antara pattern yang ingin diketahui ialah tabiat pembelian pada tengah malam.
      • Data understanding - Kena tau data datang dari mana, data tu berkualiti atau tidak, data tu jenis macamana, qualitatif atau quantitatif
      • Data preparation (data preprocessing) - kena lalui beberapa proses iaitu data consolidation, data cleansing, data transformation dan data reduction untuk mendapatkan data yang lengkap untuk dianalisa. 
      • Model building - kena pilih dan guna teknik yang sesuai dengan tujuan data mining yang ingin dilakukan. Contohnya kalau mau buat classification boleh guna decision tree.
      • Testing and evaluation - dilaksanakan untuk mengetahui hasil analisa tu bagus atau tidak, adakah mencapai objektif bisnes, adakah isu yang belum dicover, bolehkah hasil analisa tu digunapakai?
      • Deployment - Kalau berpuas hati dengan hasil analisa, boleh la guna pengetahuan yang diperolehi untuk laporan organisasi, DSS atau dilombongkan semula

      Time mula-mula berkecimpung dalam dunia kerjaya IT, dengar Data Mining ja aku sudah gerun, pasal aku tiada ilmu pasal data mining. Lepas ada ilmu sikit ni, aku sudah faham bahawa faktor kritikal kejayaan data mining bukan bergantung kepada kepakaran teknikal dalam database atau analisa sahaja (walaupun itu amat membantu) sebab ada banyak perisian data mining di market yang boleh buat kerja semua tu. Apa yang penting ialah kebolehan atau "insight" dalam memahami business (first step in the process). Kalau salah faham mengenai bisnes, data mining effort tu jadi akan sia-sia.

      Tuesday, April 19, 2011

      Drawing and Terrible Two

      I am on exam mode. With some interferences. Huh.

      Berasa amat gerun. Adakah boleh dapat A? Mudah-mudahan dapat.

      (Sepatutnya, aku tidak berblogging sekarang).

      Lepas exam, akan balik kampung. Addin dan Zara akan bercuti panjang. Si Addin tidak habis-habis bertanya akan balik Labuan.

      Cikgu Addin sudah bagi green light, tapi Addin kena belajar juga ketika cuti dan akan dibekalkan dengan homework yang banyak - supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Dan cikgu Addin juga bagitau yang Addin cepat pickup. Dalam kelas, dia suka membaca dan buat matematik. Tapi amat la lemahnya kalau menulis dan mewarna. Ada saja alasan, penat la, mengantuk la. Kalau sesi drawing, dia akan mewarna sesuka hati (lebih kepada conteng sebenarnya).

      Ini tidak boleh jadi. Part yang menulis tu, Abang Edi dan aku sudah selalu tegur. Tapi part yang melukis tu belum lagi. Aku dan Abang Edi sepakat untuk menerangkan kepentingan drawing kepada Addin. Kalau mau kerja profesional yang hebat-hebat seperti arkitek (ni la cita-cita Addin sekarang), doktor, jurutera dan sebagainya, kena pandai melukis. Jadinya, mata pelajaran seni lukis ni tidak boleh dipandang remeh.

      Zara pula baru berumur 1 tahun 6 bulan. Tapi perangainya sekarang, Ya Ampun... macam budak 2 tahun. Kalau orang putih cakap budak umur 2 tahun ada peel dalam memberi tahap tension luar biasa kepada si parents. Senang cakap, budak 2 tahun adalah "terrible two".

      Kalau mood si Zara baik, dia akan menunjukkan emosi gembira yang amat sangat. Tapi kalau dia tidak dapat apa yang dia mau, dia akan menjerit sekuat hati sambil menunjukkan muka geram yang amat. Kalau dia mau sesuatu, dia mau time tu jugak. Kalau si Addin main pedang, dia pun mau main pedang jugak. Kalau mau susu, lambat sikit, maka akan menjadi chaos yang amat. Setelah baca di Internet, rupanya itu memang normal untuk budak umur macam Zara sekarang. Boleh refer sini

      Memang susah sebab dia masih belum pandai bercakap jadi aku dan Abang Edi pun kadang-kadang kurang faham apa yang Zara mahukan. Most of the time, aku pun akan jadi tension dan geram juga. Tapi kalau difikirkan semula aku kenalah jadi lebih tenang. Kalau aku pun sama menjerit, maknanya aku pun lebih kurang ja macam budak 2 tahun! Abang Edi lebih pandai dalam handle situasi ni sebab dia akan cepat-cepat cari cara untuk divert attention si Zara. Nasib baik ada Abang Edi.

      Aku mesti kena lebih muhasabah diri. Kena jadi mummy yang lebih sabar dan penyayang. Supaya Addin dan Zara jadi anak yang unggul. (Macam Imam Muda 2 "Imam Muda Unggul" la pula..). Supaya Abang Edi sentiasa sayang :)

      Thursday, April 14, 2011

      Pengalaman mohon HLP

      Sekarang ni musim orang memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Kalau berjaya dapat HLP, boleh dapat cuti belajar bergaji penuh. Yuran belajar ditanggung sepenuhnya. Elaun pun dapat.

      Ada kawan-kawan aku tanya, macamana aku boleh dapat biasiswa HLP tu? Macamana buat proposal tu? Mau buat tajuk pasal apa? Oleh kerana soalan ni agak popular, jadi aku rasa patut la aku kongsikan dalam blog aku ni. Mana tau, boleh membantu orang yang membaca.

      Tapi haruslah diambil perhatian, pengalaman aku ni berdasarkan permohonan aku untuk pursue master degree. So, untuk pemohon yang mau buat PHd, mungkin akan ada perbezaan.

      Cara-caranya ialah:

      1. Mula-mula, kena pasang niat yang betul - contohnya, saya hendak melanjutkan pelajaran dan menyumbang balik kepada Kerajaan dan rakyat. Bukan untuk dapat cuti bersuka-suka dan makan angin. (Time first time mohon, niat aku banyak menyimpang. Itu la pasal tidak dapat tu rasanya.. huhuhu)

      2. Kena selalu check portal JPA untuk iklan permohonan HLP. Nasib baik kawan aku bagi aku alert. Aku isi borang online dan minta pengesahan dari ketua jabatan dengan penuh debaran. Nasib baik dapat.

      3. Time aku dulu, kena buat proposal untuk dibawa ke interview nanti. Ni nanti aku elaborate lagi.

      4. Kalau lepas syarat-syarat mandatori, maka layak la untuk dipanggil ke sesi temuduga.

      5. Berdoa la banyak-banyak semoga dimudahkan urusan ketika urusan temuduga. Contohnya, ditemuduga oleh interviewer yang cool, kesihatan pada hari temuduga adalah pada tahap tip-top, etc. Jangan lupa bawa proposal (sekurang-kurangnya 2 salinan for interviewers) dan salinan sijil. Pakaian mestilah kemas dan jangan lupa pakai tanda nama (bukannya setakat pas pejabat). Pada hari kejadian, aku siap pakai blazer dan pakai kasut yang tutup jari kaki (boleh rujuk protokol berpakaian untuk penjawat awam). Aku rasa aku sudah cukup hensem pada hari tu. :)

      6. Soalan yang banyak ditanya adalah berkenaan proposal dan senarai tugas di ofis. Contohnya, kenapa tajuk ni, guna metod kajian macamana, skop kajian, pengumpulan data, teknik kajian, etc. Jadinya, kenalah pilih tajuk yang paling sesuai untuk dibuat kajian pada tahap master atau PHD. Senarai tugas di opis juga amatlah penting untuk dikaitkan dengan kajian atau course yang dipiih. Pastikan tugas dan pemilihan course adalah sepadan sebab kita akan lebih faham mengenai masalah atau opportunity yang dicadangkan. Contohnya, kalau kita buat pengurusan strategi atau ISP, rasanya macam agak tidak kena kalau kita mau buat kajian mengenai network security yang kita kurang mahir. Kalau mahir tu, tiada masalah rasanya.


      7. Selain tu, soalan lain juga berkaitan dengan
      • Pemilihan universiti dan sokongan keluarga. Contoh, kenapa pilih univerisiti tu, suami bagi sokongan ke tidak?
      • Isu semasa - aku ditanya mengenai ekonomi (tahun 2009 ekonomi agak down), so contoh soalan adalah berupa - bagaimana Malaysia boleh menangani masalah ekonomi. Tidak ketinggalan, aku juga ditanya apa sebenarnya lebuhraya SMART tu (terus aku jadi agak terkulat-kulat, nasib baik ada tengok rancangan pasal SMART di Discovery Channel or NatGeo, tidak sure la pulak).

      8. Berdoa banyak-banyak supaya lepas interview dengan cemerlang. Keputusan HLP boleh disemak secara online. Sesungguhnya, rezeki itu adalah ketentuanNya Yang Maha Esa.

      p/s: aku harap pengalaman aku yang tidak seberapa ni boleh dijadikan panduan. kalau tahun ni format permohonan dan temuduga HLP tu sudah berubah, aku minta maaf banyak-banyak :)
         

      Wednesday, April 13, 2011

      Pendaftaran Tahun 1

      Aku baru ja selesai menguruskan pendaftaran online bagi kemasukan murid Tahun 1 sesi 2013 untuk si Addin Zidane. Untuk urusan pendaftaran online bagi darjah 1 bagi sesi 2012 dan 2013 di negeri Selangor, tarikh tutup adalah pada 30 April 2011.

       boleh klik image ni untuk teruskan dengan online registration


       
      boleh klik image di atas untuk maklumat lanjut



      Aku terasa.............. wahh!!!! Anak pertama aku mau masuk sekolah suda. Macam terasa baru ja semalam aku mengandungkan, melahirkan, menyusukan, mengajar dia berjalan, mengajar dia bercakap - tup tap tup tap, mau masuk sekolah rendah sudah anak aku tu.

      Tahun ni baru tahun 2011, baru bulan April. Ada setahun setengah lagi tu. Kira awal juga lah kan. Tapi bagus juga la buat awal-awal dari sekarang, tidaklah jabatan pelajaran terkocoh-kocoh bila tiba masanya nanti. Kalau ikut kata mama aku (sudah lebih 5 tahun jadi guru besar), tahun 2015 nanti, budak start sekolah dari umur 5 tahun. Lagi awal....

      Bakal sekolah si Addin pun baru ja aku dan abang Edi confirmkan. Sebenarnya, ada 2 sekolah kebangsaan yang dekat dengan area rumah aku. Kedua-duanya dalam jarak less than 10 km ja.

      Sekolah A lebih dekat, dalam area 4 km, tapi sekolah tu sekolah lama, since 1994. It means, sekolah tu sudah established, walaupun style bangunan sekolah itu agak dulu-dulu. Walaupun dekat, tapi aku rasa traffic ke sekolah tu agak sibuk.

      Sekolah B pula lebih jauh sedikit, dalam area 7 km. Walaupun sekolah tu agak jauh sikit, aku rasa perjalanan ke sekolah tu less traffic. Sekolah tu baru start awal tahun ni, so biasalah, kalau sekolah baru, mestilah building macam kolej, besar dan canggih. Tapi sekolah tu asalnya adalah projek sakit (projek yang pernah terbengkalai lama). Masih ada beberapa facilities yang agak sakit, tapi mungkin akan jadi lebih baik pada tahun 2013 nanti.

      Dalam masa yang sama, Abang Edi juga ada mempertimbangkan untuk mendaftarkan Addin ke sekolah di Cyberjaya. Kononnya, sebab sekolah tu di Cyberjaya, mungkin sekolah tu lebih bagus dari sekolah dekat dengan area rumah aku. ????


      Asas pemilihan pula:

      1. Sekolah tu mesti 1 Malaysia - ada Melayu, Cina dan India. Abang Edi dan aku mau pastikan anak-anak kami berkomunikasi dengan semua kaum dalam Malaysia.

      2. Sekolah tu mesti dekat dengan rumah - aku tidak mau si Addin terpaksa keluar awal gila dari rumah sebab jarak sekolah yang jauh dan menghabiskan banyak masa dalam bas. (Berdasarkan kriteria ini, sekolah di Cyberjaya adalah dikeluarkan dari senarai sekolah pilihan).


      Jadinya, aku dan Abang Edi pun pergilah meninjau keadaan sekolah A dan B (dari luar pagar).

      Dengan sebulat hati, kami memilih sekolah A.

      Dan yang bestnya, KAFA adalah amat dekat dengan taska Addin sekarang. Mungkin akan transit di sana ja. 


      p/s:

      1.  Kalau aku ni kaya, mau ja aku kasi masuk si Addin ke sekolah swasta. Tapi sebab aku ni dari golongan marhaen, jadi aku berharap sepenuhnya kepada sistem persekolahan awam di Malaysia. KSSR tu aku tengok macam ok ja.

      2. Kata bapa aku (sudah 20 tahun lebih jadi guru besar), peranan ibu bapa adalah lebih penting daripada sekolah tu sendiri.  Kalau masukkan anak ke sekolah paling hebat pun, tapi ibubapa macam hampes, kesimpulannya akan jadi hampes juga.

      Thursday, April 7, 2011

      Final class of the semester

      Today is my final class for this semester.

      Tapi hari ni sebenarnya tiada kelas pasal semua syllabus telah dicover dan dihabiskan last week. Hari ni adalah dikhaskan untuk group project presentation.

      Group project kali ni adalah mengenai pembangunan sebuah projek DSS (Decision Support System) untuk sebuah organisasi (kami dipertanggungjawabkan untuk buat DSS bagi MIMOS). Pembangunan DSS tu mesti meliputi 4 stages
      1. Pembangunan database - untuk ni kami gunakan MySQL, dua kumpulan lain guna ProsgresSQL dan MSSQL Server. Setiap kumpulan buat satu database untuk department yang berbeza
      2. Pembangunan datawarehouse dengan menggunakan ETL tool yang menggabungkan database dari kumpulan (department) lain. Kami guna Pentaho Kettle Data Integration
      3. Visualisation berdasarkan KPI yang telah dibangunkan untuk dipersembahkan kepada top management (which is the Professor). Untuk yang ni, kami gunakan TIBCO Spotfire dan Tableau
      4. Penggunaan GSS (Group Support System) tool sebagai alat sokongan komunikasi dan kolaborasi berkumpulan. Kami guna Yugma, Dropbox dan Gmail & Gtalk

      Ahli kumpulan kami terdiri daripada 4 orang - aku, Kak Fizah, Kak Asmah dan seorang nice gentleman from Iran, Farid. Alhamdulillah, kami semua bekerjasama dengan baik. 

      Overall, presentation tadi pun berjalan dengan lancar. Sekarang ni, ahli kumpulan aku semua sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan group assignment yang mesti dihantar sebelum tengah malam ni. Aku ja yang rilek-rilek berblogging pasal kurang idea mau buat apa kerana part aku sudah siap :)

      Assignment tu terpaksa dibuat agak last minute kerana ada satu tugasan yang mengarahkan supaya kami menghadiri sekurang-kurangnya satu webinar dan kena buat report mengenai webinar tersebut. Webinar atau web seminar - seminar yang boleh disertai secara online. Webinar yang dihadiri mesti ada kena mengena dengan subjek DSS yang kami ambil. So, we decided to participate to last nite webinar which is about Agile BI using Pentaho. Webinar tu kena host di US. Oleh kerana dorang guna time US (pukul 10 pagi di sana), jadi terpaksa la kami join event tu pada pukul 1 pagi kalau ikut waktu Malaysia. Best jugak join webinar ni rupanya.

      Lepas habis presentation session tadi, kami pun throw a farewell party. Tetamu yang dimuliakan mestilah Professor yang mengajar kami. Kami pun jemput juga ada sorang Professor lagi. Tidak dilupakan, kami sempat lagi bagi token of appreciation kepada dua orang Professor tu. Bagi buku konon pasal tiada idea sudah mau bagi apa untuk male Professor. We figure that academicians love books so much - jadi bagi buku ja la. Yang penting ikhlas. Untuk jamuan pula, kami collect duit ramai-ramai dan tempah catering untuk buffet nasi mandi or mandi rice atau senang cerita, nasi arab. Memang sedap. Oleh kerana tidak habis, jadi balancenya tadi kami tapau ramai-ramai untuk dibawa ke rumah masing-masing :)

      Kesimpulannya, inilah caranya aku menhabiskan hari aku hari ni. Jadual exam pun sudah keluar - tapi apasal la last paper tu lambat sangat. Huhuhuhuhu..

      Gambar? Nanti aku minta sama Kak Fizah. Kalau aku rajin, boleh la juga aku upload.

      11 April 2011 - Updated with some pics. Credit to Kak Fizah yang upload gambar dekat Facebook.  

       Pose dulu sebelum buat presentation. rajin kan aku pakai baju batik? Ngam-ngam kena hari Khamis.. Sesemester hanya sekali.. hehe..

       Amik gambar kelas ramai-ramai

      Amik gambar bersama ahli kumpulan pula

      Ni la nasi arab bertuah yang menjadi habuan kami hari tu. Quite nice. Next time aku buat open house, aku order ja la dari caterer ni.

      Tuesday, April 5, 2011

      No comment

      Aku baru dapat wallpost dari adik aku Si Tasha. Dia bagitau yang blog aku tidak dapat dikomen.

      Aku heran. Lalu membuka blog aku sendiri menggunakan henpon android merahku untuk mengesahkan dakwaan tersebut. Ternyata betul!!!

      Tanpa berlengah lagi, aku pun terus membangunkan notebook merah kesayangan aku dari tidur (sleep) untuk menyiasat dengan lebih lanjut.

      Aku pun tidak perasan. Patut la sejak akhir-akhir ni blog aku sunyi sepi ja. Perasan la kunun blog aku ni ada pengikut lepas tu rajin mau komen-komen blog aku. Walhal aku sendiri suka jadi pembaca senyap dan jarang komen blog orang.

      Lepas tu aku baru teringat, mesti ada setting yang kacau yang menyebabkan setip entry baru yang aku buat tidak dapat dikomen.

      Sekarang suda ok. Jadinya, rajin-rajin la mengomen. Best atau tidak best komen itu adalah dialu-alukan.

      :)

      Bukan kasih sayang murahan

      Lately, aku suka baca majalah Impiana dan Anjung Seri. Aku akan beli 2 majalah ni setiap bulan without failed. Selain tu, aku dan abang Edi suka tengok rumah orang, di kawasan rumah aku sekarang atau sepanjang perjalanan dari Seri Kembangan, Puchong Kinrara dan PJ. Samada yang sudah siap, yang masih dalam pembinaan atau dalam kerja ubahsuai. Dalam masa yang sama, aku pun suka tengok rancangan tv mengenai dekorasi rumah.

      Minat kami ini memberi pengaruh sama si Addin. Kadang-kadang, si Addin boleh mengeluarkan komen "Wah.. cantik la rumah tu", "Addin nak bilik macam ni Mummy".

      Sebenarnya, aku dan Abang Edi bercita-cita untuk tinggal di rumah sendiri dan sedang menyimpan duit - dengan harapan dapat sebuah rumah yang cantik. Cita-cita besar, mau rumah yang sedarhana tapi ada taman, dalam masa yang sama mau buat bilik si Addin semenarik yang mungkin supaya dia mau untuk tidur di bilik sendiri. Sekarang ni, kami masih tidur berempat lagi!! :)

      Jadi, aku dan Abang Edi sedang berjimat cermat. Banyak permintaan si Addin terpaksa kami turn down especially kalau dia mau toys baru. Cara aku turn down permintaan si Addin "Tak boleh beli mainan tu, mainan tu mahal. Kalau nak mainan, mesti yang murah-murah saja, kita mau simpan duit buat rumah cantik ni". Sebenarnya, kami memang bukan jenis beli mainan mahal untuk anak kami pun.

      Ceritanya, satu hari ni, si Addin pun membelek-belek majalah Anjung Seri yang aku baru beli. Dan dia menunjuk satu halaman iklan dapur gas kepada aku.

      Addin = Mummy, nak tak yang masak-masak ni?
      Mummy = Nak, Addin nak beli untuk Mummy ke?
      Addin = Haah, nanti Addin belikan untuk Mummy. (Terharu aku).
      Mummy = Addin ada duit ke nak beli untuk Mummy?
      Addin = Ada.. Addin ada duit. Nanti Addin belikan Mummy yang murah-murah. Kalau mahal, nanti duit Addin habis.

      Aku jadi tersentak (dalam keharuan). Apakah yang aku sudah ajar sama anak aku ni? Aku membayangkan kalau dia besar nanti, mana la tau konon-konon dia mau belikan aku hadiah birthday or anniversary. Dan dia bagi remarks "Addin beli Mummy hadiah yang murah-murah ja". Suka ka aku? (Cheh, kalau aku, mau yang mahal ja la tu kunun..)

      It's not a matter murah atau mahal. Murah tidak semestinya buruk, mahal tidak semestinya bermutu. It's the love and thought that count.

      Aku bincang sama Abang Edi. Kami sepakat untuk tidak menggunakan perkataan murah lagi kepada anak-anak kami lepas ni. Aku mau ajar anak aku bagaimana untuk buat perbelanjaan yang bijak. Good quality at a reasonable price. That's more like it. Aku rasa, itu lah yang sebaik-baiknya.

      Friday, April 1, 2011

      Pengosongan kepala dari kepeningan

      I just can't wait

      to finish my assignment. ada 3 lagi yang tinggal. 1 peresentation, but before that have to finish the presentation slide. do an online KM assessment, and make a report of it. make a review of a proceeding paper about Business Performance Management.

      to sit for my exams. 2 papers only tapi belum tau tarikh lagi. Satu paper tu Insyallah boleh buat.. carried marks pun sudah tau. Yang satu lagi tu, belum tau lagi. Cara Prof yang sorang ni bagi markah pun masih belum dapat ditelek lagi. Lenient ka? Strict ka? Soalan dia susah ka? Apa yang aku tau semua soalan assignmentnya mencabar belaka.

      Lepas tu, aku mau balik Labuan. Tiket pun belum ada lagi ni. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki anak-anak aku supaya dapat balik Labuan, dapat jumpa grandparents, aunties and uncle, especially little Hana

      Lepas tu, aku mau breakaway.... away from KL... lama sudah nda cuti ni..

      Lepas tu, the real struggle begin. My thesis battle is on!!

      Huhuh..

      Tuesday, March 29, 2011

      Hana in the house!!!

      Who's Hana? She is my sister's first daughter, formerly known as Myra. Sekarang nama dia sudah jadi Nur Hana.

      What's the story? Ini adalah kerana si Hana kena jaundis yang agak teruk (aku pun tidak tau mau describe teruk macamana pasal aku tidak faham bacaan jaundis tu) maka si Tasha dan husbandnya telah dinasihatkan untuk menukar nama si baby tu, kononnya nama Myra tu mungkin agak berat atau tidak sesuai dengan si empunya badan.

      My sister, want all the happiness and healthy life for her first newborn pun memutuskan untuk kasi nama Hana yang bermaksud; rezeki dan kegembiraan. Untuk bagi sweet nama tu, dia kasi tambah Nur di depan (lebih kurang macam nama si Nur Zara).

      Myra or Hana - orangnya masih sama, masih comel. Kerupaan cina (chinese look) amat kuat kerana both her parents ada darah cina. Si Tasha ada 1/4 darah cina (dari nenek sebelah mama kami) dan babahnya ada 1/2 darah cina (dari ibu husband si Tasha). Jadinya, Hana atau Leng Loi amoi comel ada  3/4 darah cina. Yang penting, 1 Malaysia.. :)

      Aku doakan Nur Hana sentiasa sihat dan jadi anak solehah. Amin.

      Only babies are allowed to wear 'snow cap' at Labuan (super hot island)

      Tiket free balik kampung

      Semalam, aku call JPA untuk bertanya mengenai kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal. Kalau ada kawan-kawan yang tidak tau, kemudahan TMWA tu adalah salah satu faedah yang diberikan oleh Kerajaan kepada penjawat awam yang bertugas di luar wilayah asalnya. Kemudahan TMWA diberi dalam bentuk tiket kapal terbang kepada si penjawat awam beserta keluarganya sekali dan tiket ni diberi setiap tahun. (Mula-mula dulu 2 tahun sekali, tapi sejak announcement bajet 2009, kekerapan tiket tu diberikan adalah setahun sekali. Maknanya, tiap-tiap tahun pun bole mohon.)

      Contohnya: Orang KL yang posting di Sabah boleh minta tiket dari jabatannya untuk balik kampung, jadi dia akan dapat return ticket BKI-KUL-BKI. Contoh paling dekat, aku ni la. Orang Labuan, tapi bertugas di Putrajaya. So, every year aku memang tidak akan miss balik Labuan at least setahun sekali sebab aku ada tiket free ni. Alhamdulillah, tiket tu aku apply sekali untuk Abang Edi, Zizou dan Zara. Tiada alasan untuk tidak balik kampung.

      Balik cerita asal. Jadi, semalam aku kontek orang JPA, konon mau apply tiket balik kampung ni la untuk raya bulan 8 nanti. Lepas tu aku dukacita dimaklumkan bahawa tiket tu hanya layak untuk pegawai yang bertugas sahaja. Macam aku yang sedang cuti belajar ni tidak layak untuk apply. Kalau aku sudah kembali bertugas masuk opis, baru boleh apply serta-merta. Huhuhuhuhuhuh...

      Aku dengan selamba pun bertanya soalan bengong kepada CC (Chief Clerk) yang bertanggungjawab menerangkan hal yang sedemikian kepada aku "Jadi CC, tahun ni saya kena beli tiket sendiri le yer" (Ahhh... tiada ka soalan yang lagi bengong wahai diriku?) Dan CC itu hanya ketawa mendengarkan soalan bengong ku itu..

      Sebenarnya, aku agak kuciwa. Tapi, mau tidak mau, aku tetap harus bersyukur pasal bukan ramai orang boleh dapat peluang cuti belajar bergaji penuh macam aku. So, tidakkanlah pasal tidak layak untuk mohon tiket free balik kampung aku mau melenting pula kan.  

      Nasib baik la ada AirAsia "Everyone can fly". Mau menunggu tiket murah MAS untuk 4 sekeluarga adalah ibarat bulan jatuh ke riba. Dan serta merta aku teringat kepada husband adik aku yang bekerja di AirAsia itu. Adakah harga tiket murah untuk extended family seperti patik pacal yang hina ini? Huhuhuhuhu...

      Bak kata Mama aku "Tidak apa la itu.. beli ja tiket AirAsia. Yang penting lepas exam ni kau balik, tengok anak si Tasha".

      Yes, InsyaAllah, aku mesti balik. Bagi anak-anak aku jumpa dorang punya first cousin at their mother's side.
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...