google analytic

Nuffnang

Tuesday, July 19, 2011

Salad sayur

Aku ialah seorang mami yang malas masak.
Selalunya, paling rajin pun aku akan goreng ikan atau ayam, masak sayur tumis bodo-bodo sama bawang then campur air.
That's all. Memang ntah hapa-hapa.
Paling pemalas - tapau lauk ja dari kedai. Masak nasi di rumah.

The most ntah hapa-hapa part is - aku malas masak, tapi suka tengok rancangan memasak.
Especially bila sekarang ni suda ada channel 706 - Life Inspired HD.
Rancangan masakan kegemaran ialah Giada at Home... Masakan si Giada ni is so simple, so italian, plus she's so cute and sexy. Yang lain-lain aku tengok is Barefoot Contessa (agak mengantuk bila melihat si Ina ni bercakap) dan lain-lain...

One thing yang aku perasan dengan orang putih ni, dorang suka season their food with salt and black pepper.
Lepas tu suka mengasidkan makanan dorang dengan lemon juice atau lemon zest. Kadang-kadang guna yogurt dan sour cream.
Suka masukkan macam-macam jenis cheese.
Suka guna macam-macam daun herbs. Aku siap cakap sama Abang Edi, kalau sudah duduk rumah sendiri nanti, aku wajib ada kebun herbs kecil-kecilan. Herba orang putih termasuklah herbs orang melayu. Wajib!

Tapi paling best ialah bila Abang Edi juga pernah sindir aku "You ni suka tengok orang masak tapi you sendiri tak masak"... Wah... kepedasan sindiran itu membuatkan aku terpana sambil bermonolog sendirian.

Lately, aku suka pula memasak. To be precised, aku suka masak masakan melayu yang bersantan. Macam-macam la - masak kari, masak kurma, nasi tomato etc.

Ini adalah akibat aku terinspired dari seorang kawan yang sebilik research dengan aku.
Kami selalu bawa bekal dari rumah sebab tidak mau buang masa cari makanan di luar.
Aku macam biasa, bawa bekal bodo-bodo contoh burger daging yang diapit dengan roti gardenia, roti sandwich jem kacang, nasi lemak bungkus.
Tapi kakak ni akan bawa - nasi putih dengan ayam masak kurma la, sup daging la, ayam masak merah la.. Kakak ni memang masak pagi-pagi supaya anak dia boleh makan tengahari. Aku memang kagum.

Tambahan pula, berat badan aku semakin bertambah.
I need to be health concious. Dan dalam masa yang sama, aku kena ambil hati Abang Edi dengan mengikat perutnya dan jaga pemakanan si Addin dan si Zara.

Tapi apa kaitan masakan melayu bersantan dengan health conscious life? Memang tiada kaitan.
Kaitannya ialah - oleh kerana aku masak masakan berlemak, aku kena balance dengan masakan yang lean fat dan banyak vitamin.
What I did is - I make salad!!

The logic is simple - aku tidak perlu risau khasiat sayur akan hilang kalau dimasak.
Hasil dari pemerhatian aku tengok rancangan masakan orang putih - aku buat salad dengan amatlah senangnya.


Campuran timun jepun, tomato dan bawang merah yang dipotong dadu. Dressing menggunakan olive oil, lemon juice, salt and pepper. Rangup!


 
 Campuran daun buttnernut, tomato dan bawang merah. Dressing menggunakan olive oil, lemon juice, salt and pepper. I really love the combination. I think the salad is so much crunchy and better if I add roasted pine nuts.

Depends sama orang sebenarnya. Kalau tiada lemon juice, boleh guna limau nipis. Kalau tidak suka rasa masam, boleh ja tidak kasi masuk tu juice. Aku kasi masuk tu lemon juice supaya boleh potong rasa lemak santan dan boleh mengekalkan warna daun butternut, timun jepun dan tomato supaya malar segar. Ala-ala acar mentah la kunun...

Yang penting, senang bangat!

5 comments:

  1. terliur tengok salad nadia ni..nanti nak try buatlah..tq bg idea..:)

    ReplyDelete
  2. saya lagiiii la selalu terliur tgk masakan kak long.. hehehe.. cuma virus 'M' je yang selalu bikin saya tade idea bila nak masak cam kak long buat tu.. hehehe..
    anyway, try la kak long.. kot kalau letak cili benggala kaler kuning, hijau, merah, kobis kaler purple, kacang pis.. lagi meriah kan.

    ReplyDelete
  3. tulah nadia..bila tengok resepi salad ni..mcm2 rupanya..nanti nak try letak mcm sayur pulak..biar yg x berapa minat makan sayur tu teruja sikit..hehe

    ReplyDelete
  4. hahahaaaa..aku ingatkan aku ja yg suka tgk rancangan masak tp x suka masak.. :)

    Pastu berangan mau dapur ala2 jamie oliver atau nigella lawson kitchen plus cutlery, periuk belanga macam dorang..kalah laa periuk cap siam aku

    ReplyDelete
  5. Sher, you are not alone.. aku pun sedang angan-angan ni.. kunun mau kitchen cabinet serba putih la kunun.. oven besar tak hengat la.. skrg ni aku mencari cook knife yg ada kaler2 exactly macam budak2 pakai dlm junior masterchef australia tu.. hehe

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...