google analytic

Nuffnang

Friday, July 8, 2011

Tips mohon HLP (Jawatan F sahaja)

Baru-baru ni, terjumpa la dengan sorang mamat yang sedang buat PhD di UKM..
Dia lagi muda dari aku, tapi buat PhD sudah.. excellent banar eh..
Rezeki masing-masing..

Jadi, kami pun borak-borak la sikit..
Cerita pasal research, agensi dulu macamana...
Pengalaman time interview HLP tu macamana..

Hasil dari persembangan itu, baru la aku tau..
Kawan aku cakap - salah satu faktor yang boleh menyumbang kepada peluang cerah untuk dapat biasiswa HLP ialah: pastikan course, tajuk research dan proposal yang kita mohon time isi borang HLP tu bertepatan dengan kehendak bidang yang ditetapkan oleh Human Resource.. makanya jika merujuk kepada Jawatan F, sah-sah la HR itu ialah JPA.

Contohnya, pada tahun berkenaan, JPA berkehendak pemohon bagi bidang Database dan Security. Jadi, kalau tajuk bidang dan proposal kita adalah berkenaan salah satu dari dua bidang tu, besarlah sikit laluan untuk dapat HLP.. Provided, proposal tu kena la solid. Kalau asal ada saja, nda juga guna-guna kan. Kaitkanlah dengan sumbangan yang boleh diberikan kepada pihak Kerajaan.

Tapi, dalam masa yang sama, aku tidaklah dapat menyimpulkan sekiranya tajuk bidang yang dimohon oleh seseorang pegawai  itu menyimpang dari keperluan JPA, maka pegawai itu tidak akan dapat HLP. Contohnya, jika JPA mau pegawai F yang pakar dalam bidang Semantic Technology, tapi pegawai tu mohon untuk tajuk Cyber Security, kemungkinan besar pemohon tu kandas - itu tidak dapat dipastikan.

Kalau mau tahu tajuk apa yang JPA cenderung pada tahun berkenaan, boleh bertanya kepada pegawai JPA yang berkaitan. Kawan aku pernah buat macam ni.

Hasil dapatan ini ialah hasil perbualan di antara kerabat F marhain yang tiada kaitan dengan JPA. Tips ini mungkin benar kerana sudah ada pembuktian. Misalnya, pada tahun aku memohon tu, salah satu dari keperluan JPA ialah Pembangunan Sistem. Kebetulan, bidang yang aku mohon  dan proposal aku berkaitan Pembangunan Sistem. Aku cakap kebetulan sebab aku tidak tahu menahu pasal keperluan bidang JPA tu. Main redah ja.

Samalah halnya dengan mamat yang buat PhD tu.. proposal dia pasal Teknologi Semantik, ngam pula dengan keperluan JPA tahun dia memohon HLP tu. Dia pun Alhamdulillah dapat.  

Tips ini mungkin berguna untuk kawan-kawan seperjawatan Teknologi Maklumat yang berminat untuk lanjutkan pelajaran.
Wallahualam.

my research nest @ UKM.. (kalau di rumah, banyak dugaan)

7 comments:

  1. very gud info la nadia.. hehe..thanks

    ReplyDelete
  2. Hi Syalinda! Lama tak dengar cerita :) Thx for dropping by

    ReplyDelete
  3. Really need your help. I'm struggling to take HLP. Plizzz help me. Can contact me 0198633210. or i can call you. By the way, just make miss call

    ReplyDelete
  4. Hi for my children,

    i'm still on holiday at kampung. apa kata u just drop me your email add, nanti i'll write to you. btw, saya dah visit ur blog and find out that ur a teacher. mungkin prosedur utk dpt HLP ada beza sikit sebab HLP utk jawatan DG diuruskan oleh MOE.

    ReplyDelete
  5. Byk perkara nk tnya n klu xkeberatn bole emel ke azlina79@gmailcom

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum nadia..dah selesai HLP ke belum..boleh share tak macamana decide nk pilih U lps dpt HLP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Faridah Hanim, saya dah selesai HLP. Alhamdulillah dah grad dalam tahun 2013. Awak boleh decide mengikut preference sendiri. Cth: tengok jarak dan lokasi U, kelas buat bila, siang or malam? Universiti tu ada offer kursus yg awak nak buat tak? Nak buat apa, full course work or full research? Kalau full research, ada ke lecturer yang sesuai utk bimbing sbg supervisor di Universiti tu? Itu je yg saya teringat setakat ni :)

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...