google analytic

Nuffnang

Monday, December 22, 2014

Cuti Hujung Tahun 2014 (Indonesia - Bandung) - 30 November 2014

Hari kedua di Bandung.
Aku sudah start rasa meh dengan Bandung ni.
Boring aku. Banyak masa atas jalan ja.
Suda la aku kureng dengan acara shopping2 nih.
So not in the mood.

So, pagi ni kami akan ke Tangkuban Perahu.
Memula aku mau ke Kawah Putih ja.
Sebab tiket masuk Tangkuban Perahu untuk orang luar sekarang melambung naik.
Lepas tu, aku baca blog orang kunun ramai penjaja jadi ekor la, paksa beli la.

Cumanya, Pak Amin advise untuk ke Tangkuban Perahu ja.
Sebab jalan ke Kawah Putih ada pembinaan (or pembaikan).
Ambil masa 6 jam on the road. Kesian dengan kitaorg la kalau lama di kereta ja.
Aku pun follow ja la.
Yang penting, bak kata Abang Edi, mesti tengok kesan gunung berapi sebab di Malaysia tiada.

Syukur Alhamdulillah, Pak Amin ni amat la expert dengan jalan-jalan di Bandung ni.
Habis segala kampung kami masuk sebab dia ikut 'jalan potong' atau short cut.
Which is, we are ok with that sebab pemandangan dalam kampung ni la yang syok untuk dilihat.
Dan lagi, Pak Amin lebih senang dibawa communicate - kami faham bahasa yang dia guna, dan dia faham bahasa yang kami guna - great.
Tambahan pula, Pak Amin sudah susun itinerary hari ni sesuai dengan permintaan aku - scenery, culture, food and massage.

Jadi, itinerary hari ini ialah - Tangkuban Perahu, Kopi Luwak Cikole, Stone Cafe, Angklung dan family massage.

Kampung view.
Boleh nampak brokoli, avocado, dan macam-macam hasil bumi yang ditanam di sini.
Jalannya kecil-kecil. Dan ada tol (dikutip by orang kampung) untuk maintenance jalan.
Ikut jalan potong ni, satu jam sudah dapat sampai ke Tangkuban Perahu.

Tanda sudah sampai ke Tangkuban Perahu.
Sampai sini saja bau kentut bermaharajalela.
Tapi setelah 5 minit berasimilasi dengan bau kentut itu, serasa biasa saja.

Kawah gunung berapi yang masih aktif. 

Bagusnya Pak Amin ni, parking betul-betul dekat dengan signage Tangkuban Perahu tu so kami tidak perlu berjalan banyak mengharungi arus manusia yang padat di atas tu.
Tapi rimas betul la dengan penjaja yang jadi entourage kami ni.
Abang Edi sikit lagi terpengaruh mau beli fridge magnet buruk.
Seb baik 'ilmu' aku lagi kuat. Jadi Abang Edi terhindar dari pujukan serong penjaja yang mau jual fridge magnet pada RP100,000 satu. Gila apa.
Kami hanya beli t-shirt untuk Addin dan Zara. Lupa pula harga. Tapi murah ja la. Less than RM10 sepasang (baju dan seluar pendek).

Then Pak Amin bawa kami ke Kopi Luwak Kampung Cikole.
Mula-mula aku macam boring-boring ja mau pigi sini.
Aku bukan jenis minum kopi.
Sudah la kopi tu dari tahi musang kan.
Tapi layankan ja la.

Disahkan halal oleh Majlis Ulama Indonesia.
Minum tanpa was-was.

Musang-musang ini hanya diberi makanan buah-buahan dan telur.
Makan kopi hanya pada hari Isnin dan Khamis. Macam puasa sunat gitu.

Contoh biji kopi.

Sangkar tempat musang makan kopi.

Salah satu aktiviti dalam proses kopi luwak.

Musang yang jinak.

Si Addin dengan the only musang yang dia berani mau pegang.

Sesi minum kopi luwak dan pisang goreng cheese.
Our verdict: Biasa ja la. Haha. We're not coffee lovers. So susah mau buat penilaian.

Seterusnya, lunch.
Oleh kerana aku mau ber'massage', jadi Pak Amin kata mungkin tidak sempat untuk ke Stone Cafe pada sebelah malam. 
Jadi, kami berlunch saja la di sana.

Ice chocolate dan view di Stone Cafe memang awesome!!
Nasi goreng kambing dorang pun sedap.

Next, persembahan angklung.
Yang ni pun aku sebenarnya macam boring-boring mau pigi sini.
Tapi Pak Amin bagitau, setiap pengunjung pun bole belajar main angklung sendiri.

Setiap pengunjung akan dapat tiket berupa angklung mini kayak ini. 

Sebab kami datang agak lambat, maka seat kami pun kurang syiok.
Tapi puas hati la juga dapat tengok show dorang ni.


Budak-budak main angklung.


 
Mari belajar bermain angklung.
Setiap pengunjung dipinjamkan satu angklung yang mewakili satu tangga nada Do, Re, Mi dan seterusnya.
Jadi, bila tukang ajar tu tunjuk simbol Do atau tangga nada yang lain, pengunjung dengan angklung yang berkenaan akan membunyikan angklung mereka.
So, kami pun sempat la main 5 lagu kunun. 

Ini adalah orkestra angklung yang dipimpin oleh anak boss besar sekolah angklung Saung Angklung Udjo.
Oleh kerana dorang ni sudah dikira expert, setiap pemain akan main satu set angklung yang terdiri daripada 8 angklung yang berbeza tangga nada. 
Time ni sedang bawa lagu 'Bohemian Rhapsody'.
Best gilak!!

Acara paling last. 
Menari dengan pengunjung. Addin dan Zara with the crowd.

Lepas habis show, terus kami beli angklung satu set untuk sebagai kenang-kenangan. 
Alang-alang sudah ada ilmu sedikit kan, bole try main di rumah :)

 Lepas tu Pak Amin bawa kami ke Lemongrass Spa untuk sesi berurut.
Oleh kerana ada family spa package, jadi aku bawa sekali Addin dan Zara untuk pengalaman berurut.
Aku dan Zara satu bilik, Abang Edi dan Addin satu bilik.
Yang kelakarnya, aku suruh Zara tidur, tapi sepanjang masa kena urut tu dia macam heran ja. Haha.

Cumanya, ada sedikit kecewa.
Aku rasa macam harga pakej untuk berurut tu agak mahal.
Urutan kurang power. Mungkin sebab yang mengurut aku tu gadis muda lagi.
Dan aku heran kenapa bilik mengurut tu panas, tidak terasa aircond dan tiada lagu instrumen yang mengiringi urutan sebagai halwa telinga. Senyap ja.
Bila aku tanya kenapa tiada aircond, dorang bole tanya balik "AC nya tidak terasa nya bu?"
Bila aku tanya kenapa tiada lagu, dorang bole bagitau "Ada dipasang ibu, mungkin tidak kedengaran.."
Erk.. 
Ok la.. halal saja la.. 
Mungkin berurut di Bali ja la yang paling heaven.
Atau aku kena pegi Turki untuk try sesi hammam kena hempas kain di badan.
Haha.

Makan malam di restoran mana ye. Lupa pula.
Sedap tu sedap, tapi aku macam keboringan pula sudah asyik makan ja.

Sampai hotel ja aku terus minta room service hantar baju yang aku minta tolong laundry.
Semua baju kotor dari malam pertama aku hantar. Banyak tu.
Cajnya ialah Rp 458k++.

Yang penting, aku suka dengan itinerary kami hari ni sebab kurang masa di kereta. 

Cuti Hujung Tahun 2014 (Indonesia - Puncak, Bogor ke Bandung) - 29 November 2014

Rise and shine!
Suka bangun pagi-pagi tau bila travel.
Lagipun, memang kena bangun awal.
Walaupun timing di area Jakarta, Bogor dan Bandung ni lewat sejam dari masa Malaysia, tapi waktu solat dorang awal macam di Johor.

Pukul 6 yang macam 7 pagi di KL.
Sejuk kan. 

Budak ni pun sama bangun awal.
Mau try test swimming pool konon.
Lepas tu tengok swan.

Kalau duduk di caravan, dapat breakfast free.

Selain nasi putih, mee goreng, lauk-lauk sunda dan bubur ayam, roti bakar juga disediakan.
Tapi bakar sendiri macam goreng burger ramly di Malaysia. 
Hanya ada marjerin dan chocolate rice. 

Lepas breakfast, kita berhibur dulu dengan kunjungan spesel burung kakak tua. 

Tips:
Kalau terasa ingin bermalam di Safari Lodge, elok sebenarnya pilih di karavan.
Sebab lokasi breakfast adalah di Restaurant Caravan which is agak jauh dari bilik hotel Safari Lodge yang lain. 
Penginap yang lain kebanyakannya pakat naik kereta pegi breakfast.
Kami jalan kaki ja la sebab dekat ja kan. 
Karavan kami no. 4 tu aku memang order siap-siap dalam phone lagi sebab dekat dengan kolam angsa, kolam renang dan restoran. 

Bergambar di lobi Safari Lodge. 
Masa untuk check out.
Tiket Taman Safari yang dapat murah semalam tu hanya valid untuk sehari saja.
Sebab sudah pakai semalam, so hari ni sudah kena beli baru.
Jadi, kita teruskan liburan ke Bandung ye pak. 

Kompem la ni sudah sampai Safari Lodge.

Dari Puncak ke Bandung, perjalanan kita akan dihidangkan dengan pemandangan ladang teh.

Dan kemacetan yang panjang berkilometer. Gilaks. 
Driver kami bagitau kalau hari Sabtu dan Ahad, ada jadual untuk naik turun dari Bandung dan Jakarta ke Bogor. 
Ketika gambar ini diambil, kenderaan dari Bandung kena stop sekejap (lama sebenarnya) untuk beri laluan kenderaan dari Jakarta naik Bogor dahulu.

Penatnya ya ampun perjalanan dari Puncak ke Bandung.
Walaupun kami ni duduk dalam kereta ja. 
4 jam. Gilaks. 
Si Addin dan Zara tidak habis-habis bertanya bila kita akan sampai.
Yang kurang bestnya tu, kereta kami tu 2 kali ditahan polis sebab ada masalah road tax agaknya.
Dan tanpa segan silu, polis tu boleh ambil suapan Rp20,000 depan mata kami, wisata dari Malaysia.
OMGee.. 
Driver tu cakap, kalau tidak diberi suap, sampai ke sudah la kami stuck kena soal siasat polis tu.
Second time kena tahan, Pak Mulyadi bagi telefon pada Pak Amin.
Tiada suapan what so ever dan dilepaskan.
What the heck actually? Aku pun tidak faham. 

Masuk Bandung pun macet juga. 
Hari Sabtu kan. Ramai orang Jakarta turun Bandung untuk cuti hujung minggu. 
Pak Mulyadi bawa kami ke Restoran Sederhana untuk lunch dulu sebelum ke hotel. 

Siap dapat welcome note lagi dari hotel ni. 
Wah.. ini sudah bagus. 
Aku tidak tau apa rasa kek dan coklat tu.
Zara dan Addin ja tukang makan. 

Untuk keselesaan, aku saja pilih Hotel Grand Serela, Jalan Riau, Bandung.
Atas recommendation kawan aku si Faiz.
Hotel ni provide family room pada harga yang lebih murah daripada hotel lain.
Rp1,920,000 untuk 2 malam (Sabtu dan Ahad). 

Family room 2 tingkat. Tingkat atas pun ada tv. 
Memang sesuai untuk Addin dan Zara yang suka conquer tv sebab mau tengok kartun.


Bilik di bahagian bawah.
Sengaja pilih family room sebab mahukan keselesaan selepas lama berada di atas jalan raya. 

Bilik air yang tiada bath tub.
Tapi Addin dan Zara ok ja.

Lepas menyegarkan diri dan solat, kami teruskan perjalanan ke Rumah Mode untuk shopping sikit-sikit.
Hanya beli baju Addin dan Zara saja. Dorang sempat pau Abang Edi dan dapat toy sorang satu.
Tapi toy tu tidak murah pun. Di KL pun ada.

Abang Edi tidak puas hati.
Sebab dia belum beli pakaian untuk diri sendiri walau Rumah Mode tu besar ja untuk di explore.
Pak Mulyadi bawa kami ke Polo Ralph Lauren area mana pun aku tidak sure.
Di situ Abang Edi sakan beli shirt dan seluar. Aku juga yang tidak shopping ni.
Ok la. Ada 50% diskaun sempena sambutan Krismas yang bakal menjelang tiba.

Then, hari semakin gelap.
Pak Mulyadi bawa kami ke Kampung Daun untuk makan malam.

Makan di sini: sedap.
Tapi mahai.
Kena amik nombor sebelum dapat meja.
Dan nasib la kalau dapat meja yang jauh kena daki tangga tinggi-tinggi.
Kalau bawa orang tua or anak kecil mungkin ada kepayahan sedikit di situ.
Tapi mungkin untuk orang yang special ni ada meja khas. Well, kurang pasti di situ.
Cumanya, aku faham kenapa caj makan dorang ni mahal.
Restoran ni besar. Siap ada pertunjukan budaya. Ada air sungai dan air terjun buatan lagi.
Yang penting, sedap.

Time ni hujan dan sejuk. Jadi kena la pakai sweater.


Time kami makan tu, ada bunyi orang nyanyi-nyanyi, gelak-gelak, happening semacam.
Rupanya ada pertunjukan kuda kepang.

Orang yang 'naik' kuda kepang ni baru sahaja membuka kepala muda menggunakan gigi dan habis sebiji kelapa tu dimakannya.
Sekarang ni dia sedang naik syeh.

Belum habis pertunjukan, kami suda balik. 
Aku takut hantu kuda kepang tu ikut kami balik hotel.
Scary.

Apa la nasib pegi Bandung time weekend ni.
Dari Kampung Daun ke Grand Serela took us about 1 hour and a half. 
Sampai tertidur-tidur kami dalam kereta.
Balik hotel ja, terus mandi, solat dan tidur.

Besok, kami akan keluar jam 10 pagi ke Tangkuban Perahu tapi kali ni dengan Pak Amin pula.

Friday, December 19, 2014

Majlis hari jadi Addin (8 tahun) dan Zara (5 tahun) - backdated post

Majlis Hari Jadi Addin dan Zara ini diadakan pada 18 Disember 2015.

Seumur hidup Addin dan Zara, aku belum pernah lagi buat party dengan bajet yang terlebih suda untuk budak dua orang ni.
Until this year, Addin sudah pandai demand.
Konon tahun ni, dia request untuk buat besday party dengan beberapa kriteria - 
  • buat di rumah sebab dia mau jemput sahabat dari sekolah guna besday kad
  • mau ada bouncy castle dan, 
  • ada clown. 
Adoi la.. Nasib la si Zara ni belum bijak ke situ lagi. 

Macam kesian pun ada. 
Aku survey harga untuk bouncy castle + clown, punya main mahal.
Belum masuk kek, makanan sampingan, doorgift bagai.

Jadinya, mula-mula plan mau buat di Kidzoona di AEON dekat rumah ja.
Cumanya, kalau buat di situ, berapa kerat sangat la bilangan sahabat Addin dan Zara yang aku dapat jemput. 
Tang dorang bermain tu memang seronok, tapi tang tidak ramai kawan tu aku rasa macam tidak siok pula. 

So, the best way is - buat di transit/tadika dorang saja la. 
Yang penting - ada kawan-kawan yang boleh sama-sama memeriahkan. 
Malas buat di rumah. 
Dan permintaan untuk ada bouncy castle pun terpaksa aku tolak atas dasar bajet dan keselamatan.

Untuk badut pula, aku pilih Awang si Badut Nakal sebab dia tinggal dekat dengan area rumah kami. 
So aku rasa, apa salahnya bagi bisnes dengan orang satu area. Badut tu pun senang travel.  
Dan, time aku call tu, En. Awang ni bagitau yang dia akan bagi small token sebagai hadiah untuk games yang dia buat which badut yang lain tiada mention pun dorang akan bagi macam ni. So, plus point di situ.

p/s: Boleh try contact En. Awang di FB: Badut Nakal dan Instagram: @awangtheclown

Harga pula ialah RM400 bagi pakej badut tadika : termasuklah unlimited balloon, fun games, magic show dan mc for cake cutting ceremony.
Which is aku rasa ok sebab rata-rata semua rate clown services di Lembah Klang ni pun bagi harga RM400 untuk pakej seperti di atas (aku survey 3 orang ja pun).

Cantik je decoration kan. Terima kasih kepada Cikgu Asiah dan kawan-kawan (cikgu Addin dan Zara) yang bersusah payah setup deko untuk majlis Addin dan Zara ni :

Kek Zara dan Addin pula aku order dengan kawan aku Miza Chia.
Aku minta kek simple ja (butter cake with icing) sebab aku tau budak-budak bukan kisah sangat dengan makan kek ni pun. 
Yang penting, kek dorang ni ada gambar.
Zara mau My Little Pony, Addin mau Upin Ipin versi Ultraman Ribut.

Dalam gambar di atas juga, ada sesi fun games yang dikendalikan oleh En. Awang.
Untuk gambar di sebelah bawah kiri, hadiah pertama En. Awang bagi RM50 kepada pemenang bertuah. Wah, banyak tu!!

Gambar sebelah bawah kanan - terima kasih kepada adikku Nurul yang banyak membantu :)

Cikgu sekolah SBC buat deko untuk party ni. Very much appreciate it!!

Aku mula2 mau buat party pack contains belon buih. Tapi tidak jumpa pula. So, aku bagi mamee dan choki choki ja la.

Dalam polisterin putih tu ada aiskrim.

Happy kid :)

Acara potong kek di'mc'kan oleh Awang the Clown

Terima kasih cikgu tolong kautkan aiskrim :) Boleh guna aiskrim kon atau cawan kertas. 
Aku sediakan juga topping oreo crumb dan crushed honey cornflakes bagi ada rasa krup krap.


Yang penting semua gembira! (Well, I hope so :))


Monday, December 8, 2014

Cuti Hujung Tahun 2014 (Indonesia - Taman Safari Cisarua, Puncak, Bogor) - 28 November 2014

Saja pilih negara jiran pula untuk travel yang penghabisan menutup tahun 2014.

Faktor pemilihan destinasi -

Murah

Mau kata murah sangat tu tidak la. 
Sebab penerbangan pergi balik untuk kami berempat saja pun sudah RM1500 dengan Malaysia Airlines. 
Kalau naik KLM dan Garuda, iya, bisa lebih murah.

Loyal pula pasal, tambah pula time kami beli tiket tu, kebetulan negara masih sedang berkabung lepas tragedi MH17, iya, begitulah. 
Walaupun setakat 2 jam dari Kuala Lumpur, aku suka dengar ayat "Selamat kembali ke tanahair" ketika penerbangan pulang.
Syahdu gitu. 

Selain daripada faktor loyal, kami saja pilih MAS sebab ada kekerapan flight yang banyak to and fro KUL dan CGK.
Pengajaran yang kami dapat dari tragedi tersadai di Rom ketika cuti Europe last summer, sentiasa pilih penerbangan yang banyak flight ke destinasi yang dituju.
Kalau ada masalah delayed dan sebagainya, just hop on the next flight. 
Tiada masalah stranded.

Dekat

Dekat. Memang dekat. 2 jam saja. Lebih dekat ke Jakarta daripada balik Labuan.
Haha. 
So, amatlah tidak heran jika Malaysia amat kebanjiran dengan orang dari seberang. 

Abang Edi dan anak-anak belum pernah sampai ke Tanah Jawa. 


Zara tidak pernah menjejakkan kaki ke Indonesia sama sekali.
Abang Edi dan Addin (termasuk Zara) tidak pernah sampai ke Tanah Jawa.
Iya, Indonesia itu memang pernah, tapi ke Bali saja ya. 
Tak sama dengan ke Jawa gitu.

Bali, untuk aku, walau panas, tapi mendamaikan.
Jakarta-Bandung-Puncak, waktu kami pegi minggu lepas adalah berangin tapi menyesakkan jiwa.
Padat, macet dan amat tidak sesuai dengan jiwa ragaku.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Post kali ini, adalah ringkasan travel kami berlibur ke sana.
Tiada keperluan untuk yang lebih detail.
Sebab ramai ja orang Malaysia pernah ke sana pun.
Dan telah banyak pengalaman orang atas dada internet mengenai percutian di sana.
Tiada knowledge gap yang perlu aku isi.
Kecuali untuk catatan bagi ingatan diri sendiri.  

But me, knowing myself, aku suka menceceh. Semua pun mau cerita.
Jadi, jangan heran kalau terpanjang juga. 


28 November 2014

Last time, aku pegi je Jakarta bersama team gegirl naik KLM gitu.
Si Faiz belanja :)


Kalau pilih KLM, hanya ada flight petang dari KUL ke Jakarta.
Sampai Jakarta saja, sudah malam. 
Lepas tu, KLM kan guna kapal besar. Jadi urusan di imigeresen ada sedikit macet.

Kalau naik MAS, hanya guna Boeing 737 ja. Passenger tidak seramai Boeing 777.
Jadi, tidak la ramai manusia berbaris mau melepasi imigresen.

Plan aku ialah: Jakarta - Puncak - Bandung - Jakarta.
Untuk urusan transport ke Puncak dan Bandung, aku booking dengan Pak Amin.
Recommended by Faiz.

Tapi untuk hari ini, kami dijemput oleh Pak Mulyadi.
Pak Amin lagi pusing gitu. Demam katanya.

Sampai airport Sukarnoe-Hatta jam 9 pagi.
Off we go to Puncak.  

Tujuan ke Puncak ialah untuk ke Taman Safari.
Aku rasa tidak adil kalau tiada acara suka-suka untuk Addin dan Zara.

Beli carrot 4 ikat untuk sedekah kepada binatang-binatang dalam Taman Safari. 
Ternyata tidak cukup ye setakat 4 ikat tu.
Dan sila hati-hati dengan jari anak-anak kita ketika bagi makan carrot tu.
Silap-silap kena ngap. 

Terasa macam dalam scene Lion King yang tiada lion.

Comelnya beruang matahari ni.

Tambang naik gajah - Rp10,000 untuk seorang.
Maksimum, 3 orang.
Murah kan.

Pekerja sedang bawa taik gajah yang besar.

Aku bergambar sama gajah ja la.

Dan malam ini kami bermalam di karavan Taman Safari.
Booking lewat telefon kena charge Rp 860,000.
p/s: Boleh call Safari Lodge di talian +62 251 8250000. 

Lebih murah kalau tempah thru agoda saja.
Tapi tarikh yang kami perlukan tidak available di Agoda.
So, terpaksa berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh Safari Lodge.
Yang penting ada.

Kelebihan bermalam di karavan:
- Pengalaman baru untuk kami
- Dapat beli tiket Taman Safari (regular dan terusan) dengan harga local yang lebih murah
- Tidur dalam suasana hutan

Kamar mandi karavan.
Bersih.
Ada air panas. (Tengok la gambar cermin yang berwap di atas bukti ada air panas). 
Tapi tiada hos untuk cebok.
Ada bidet sahaja.
Pandai-pandai la aim sasaran.
Sabun, syampu dan dental kit disediakan.
Handuk (towel) juga ada.

Sesuai untuk 5 orang. 
Ada 1 queen bed + 1 bunk bed.
Ada juga sofa tapi tiada dalam gambar.
Telefon, tv, kettle dan set minuman panas, dan peti ais juga disediakan. 

Pemandangan dari luar. 


Lain-lain:
- Sekarang aku tidak sure pula ada aircond atau tidak. Rasanya tiada, tapi sejuk ja. 
- Tidak banyak channel tv. Jadi kami tengok berita ja la. 
- Agak sempit. Tapi masih ada ruang untuk solat.
- Bersih. Ada ruang penambahbaikan kerana banyak wear and tear. 
- Servis baik. Saya suka. 

Malam tu kami makan di Restoran Caravan ja.
Makan pun macam lebih kurang ja iaitu nasi goreng ikan masin dan nasi timbel. 
Dekat ja dengan karavan kami.
Tapinya, kami ja yang makan di situ malam tu.
Aku kurang berselera sangat sebab sudah kenyang makan jagung rebus dan jagung bakar.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...