google analytic

Nuffnang

Thursday, May 21, 2009

Cuti-cuti Langkawi Part 3


Part 3 ni aku mau cerita pasal Holiday Villa Langkawi…

Location = strategic location… near to Teluk Baru (jeti island hopping), near to airport.. paling best dekat dengan Pantai Cenang.. jadi, senang carik makan…

Parking = guarded.. oleh kerana aku pegi time non-peak season, so senang la dapat parking… rasanya kalau time ada public holiday dan cuti sekolah, berebut park lot juga ni…

Breakfast = hmm… aku rasa la kan.. kalau mau dibandingkan dengan star rating hotel ni (kunun 4 star).. macam tidak kena ja… the food was, ok2 saja la… choices? So so… senang cerita.. a little bit disappointing..

Room = pasal aku request bilik yang paling murah (at RM195/night using government rate).. jadi aku dapat bilik superior with garden view.. garden view? Macam sarang nyamuk ada la aku rasa… corridor ke bilik tu mengingatkan aku kepada suasana di Hard Hotel Hotel Bali… aku dapat bilik atas tanah… tiada carpet (senang mau bersihkan dari pasir2, I guess).. time aku call hotel ni untuk booking bilik, aku request for a king size bed... tapi dengan selambanya orang reservation tu cakap.. "Tidak boleh"... amboi... hebat sangat la hotel dia ni aaa... murah sangat ka aku bayar ni... macam cikai ja rasanya aku ni... sebab kalau aku book hotel lain, macam tiada masalah ja.. kecuali kalau tiada bilik, then they give me a room with a conjoined two single bed..

Room service = hmm.. service yang mesti diarah dulu... boleh lepas aku balik dari island hopping, bilik aku masih belum dikemas.. dengan alasan, aku mesti hang dulu "Sila Kemaskan Bilik" then baru kena buat... kenapa di hotel lain yang supposed to be 4 star tidak macam ni aaa... heran la makcik..

Seterika a.k.a iron = tiada iron dan ironing board disediakan... kena pi satu bilik khas kalau mau iron baju... aku pigi holiday la ni.. bukan pigi kursus mau fikir bawa iron sendiri... buduhnya... lagi satu kelemahan nyata yang aku rasa tidak sesuai dengan rating 4 star tu kunun... kalau alas iron tu kena maintain pun tidak apa juga.. ni berabuk lagi ni... eeee... cantik lagi bilik iron asrama aku dulu... (aku pun sama, mau holiday pun fikir mau iron baju lagi... pasal aku mau cantek la... itu la pasal.. holiday tidak bermakna asal ado)...

Nescafe/tea = hanya diberikan paket kecil time first day check-in.. lepas tu mimpi la dorang mau refill... kalau mau, kena bayar... buduh...

Swimming pool = ok2 ja la... ada Jacuzzi... ada bar kunun...

Pantai = pantai tu dari jauh nampak cantik ja.. sekalinya bila datang dekat laut... masyaAllah, banyak sampah rupanya.. dorang ni tiada effort ka mau bersihkan pantai ni... maybe pantai tu public beach.. tapi kan ka depan hotel dorang.. so, tu kira imej dorang juga la...

Air = Pada tengahari hari ketiga kami duduk sana, abang edi tadah air mau jadi badak berendam dalam bath tub... sekalinya, air berkeladak yang keluar macam dalam cerita dark water.... ya ampun.... nasib baik kami semua sudah mandi pagi...

Kesimpulannya, aku pun tidak tau la siapa yang pandai bagi hotel ni rating 4 star... ka semua hotel di langkawi kalau 4 star memang standard macam ni.. aku pun tidak sure... kalau takat macam ni, 3 star pun cukup... selama aku duduk sana, aku rasa seperti tidak dihargai (adakah kerana aku Malaysian, ka pasal aku bayar guna government rate.. so kalau aku bayar beribu riban baru kena appreciate... i dunno)...

Tapi aku rasa ni mmg delima hotel services di Malaysia kerana ada service yang bodo2... ooo.. kecuali di Crowne Plaza Kuching which I find sooooooo good...

The only good thing about Holiday Villa Langkawi is – hotel ni juga merangkap Rumah Peranginan Kerajaan Persekutuan di Langkawi.. kalau book awal thru JPH, can get as low as RM55... if i only pay RM55, then i won't complain much... hehehe...

Tuesday, May 19, 2009

Cuti-Cuti Langkawi Part 2

16.05.2009 (Sabtu)

Lepas breakfast, kami bergerak sekali lagi ke Oriental Village untuk naik cable car bagi kedua kalinya. Kali ni cuaca ok. Tapi si Zizou masih lagi teringat cable car ni yang buat dia takut semalam. Hehehe.. sian anak mummy.

Sesampai ke Gunung Mat Cincang, kami pun pegi la sky bridge tu. Gayat juga la rasanya. Time tu aku macam teringin mau merangkak ja.. hahaha.. tapi memandangkan orang lain boleh buat, jadi kenapa tidak aku? Hehehe.. zizou pun seems alright. Siap boleh buat gaya ultraman lagi di jambatan tu. Tapi aku ajak abang edi cepat2 turun, pasal time tu jam 12 tengahari. Walaupun agak berangin dan hujan renyai2, namun harus diingat, kedudukan yang dekat dengan matahari boleh buat sunburn kalau berjemur lama2..

sempat buat gaya ultraman


Lepas turun dari cable car, pegi makan jap. Then pegi ke taman binatang yang ada arnab dan rusa di sebelah stesyen cable car tu. (Zizou takut dengan rusa... huhuhuhuh)

dengan arnab zizou berani la pasal arnab dalam reban


gaya ultraman lagi


Keluar dari Oriental Village, kami menghala ke Kilim untuk ke Galeria Perdana. Tiket untuk seorang dewasa pemegang Mykad ialah RM5 sahaja. Selama dalam Galeria Perdana, aku nampak lebih ramai pengunjung berbangsa cina daripada melayu.. hmm..

kepenatan di depan pintu masuk Galeria Perdana


Lepas dari Galeria Perdana, singgah jap di Kuah untuk beli cokelat lagi. Abang edi sempat menyinggah ke Al-Ikhsan. (Di KL kan belambak Al-Ikhsan ni abang edi...)

Then, menghala balik ke Pantai Cenang untuk melawat Underwater World. Abang edi malas mau masuk, tapi aku paksa juga.. si Zizou pun nda pandai kan behave pasal dia nampak anak orang putih memanjat dan berlari2... konon ada kawan la tu..

banyak fish...


Balik hotel. Mandi swimming pool.

Lepas maghrib, abang edi ajak pi Mentari Lounge di hotel tu untuk tengok game Man United lawan Arsenal. Kami redeem complimentary drink. Sambil tu abang edi order fries untuk alas perut. Abang edi ajak aku main pool satu frame. Tapi tak ble main sangat pasal Zizou kacau.. ehehehe... tidak sampai 10 minit game mula atau lebih tepat lagi, lepas habis fries tu, aku ajak Zizou masuk bilik.

Malam tu abang edi tapau nasi goreng ja pasal Zizou tidur awal (penat punya pasal)....


17.05.2009 (Ahad)

Lepas breakfast, siap2, check out hotel then terus pegi airport... flight departed at 11.45 am... bye2 langkawi...

Sesampai di LCCT, jumpa bapa di sana... bapa bagi si Zizou patung ultraman... zizou amatlah gembira... sekarang Zizou sudah ada 2 patung nomen...

Lepas lunch, baru balik rumah ambil premium teksi.. kena RM77.. cheh...

Monday, May 18, 2009

Cuti-cuti Langkawi Part 1

Cuti ke Langkawi untuk 4 hari 3 malam. Naik AirAsia... (Nda ku bekarih kan ke sana naik kereta.... ngalih tu lai.. baik tah guna flight ganya, sejam sampai... membawa anak damit lagi...) Pegi pada 14 Mei 2009 dan balik pada 17 Mei 2009.

Menginap di Holiday Villa Langkawi. Patut2 aku ble dapat rate murah kalau isi borang (sekurang2nya sebulan sebelum tarikh penginapan... tapi pasal aku tatau.. terpaksa la membayar agak mahal).. review mengenai hotel ni akan diberikan pada sesi blog akan datang...

Tujuan bercuti? Saja2.... abang edi kunun nak pi Redang... tapi aku rasa macam malas la nak pi redang dengan perut dah macam ni... macam la aku ada can nak snorkelling... elok pi Langkawi... Zizou pun ble enjoy2... tidak perlu drive jauh2..


14.05.2009 (Khamis)

Flight jam 11.25am. Abang edi suda call orang Airport Limo untuk fetch kitaorg dari rumah ke LCCT. Tambang dalam RM50++ cam tu. Sampai di LCCT, terus check in. Then pi breakfast makan di restoran Marrybrown.

Rupanya flight ada delay sket. Terbang jam 12.00 tengahari. The air flight was a breeze. Oleh kerana aku suda membook tiket beserta tempat duduk, jadi tak payah berebut masuk flight macam kambing lepas kandang.

Sesampai di Langkawi, abang edi terus menjalankan urusniaga menyewa kereta. Dapat la Nissan Sentra 1.6 auto untuk kadar RM220/3 hari. Aku rasa macam mahal ja. Aku ada suruh abang edi minta kurang lagi. Tapi dia malas. Dalam masa yang sama, abang edi juga book trip untuk island hopping. Kadar bayaran pada RM30/pax. Zizou? Free.. hehehehe...

Zizou yang bergembira sambil menunggu abang edi berurusniaga


Dari airport, abang edi terus isi minyak RM50. ¾ tangki full. Terus menghala ke Pantai Tengah. Rupanya dekat ja antara airport dengan hotel.

Sampai hotel, check in. Dapat la bilik garden view.

Pasal abang edi tidak cukup tidur semalam sebab tengok Man United punya game, kami semua take a nap beramai2... rehat dulu...

p/s: Almost semua percutian kami macam ni... lepas check-in, tidur dulu. Lepas tu baru jalan2...

Lepas bangun, hemat diri. Pi cari mamam. Kami mamam di Padang Maksirat. Then pegi Telaga Harbour pasal aku mau beli roti di The Loaf.

Bergambar di Telaga Harbour. my favorite pics.

beli roti di The Loaf.


Lepas tu pusing pegi Tanjung Rhu... tengok pantainya yang bersih. Then, head to Kuah untuk membeli coklat dan rokok duty free.

Pemandangan senja di Pantai Tanjung Thu.

Balik hotel.

Malam tapau nasi goreng dari restoran di Pantai Cenang.


15.05.2009 (Jumaat)

Pagi2, breakfast di cafe hotel. Lepas tu, ada van jemput untuk ke Teluk Baru. Lagi dekat dengan hotel, tidak sampai 5 minit suda sampai. Pegi ke Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah.

zizou yang tidak konpiden naik bot.


Di Pulau Beras Basah, ada monyet curik roti aku. Tegezut makcik.. pantai di pulau tu memang bersih yang amat. Lautnya pun best. Tapi aku malas mau mandi.. malas kan berbasah2 dan bersun burn.. huhuhuhu..

p/s: Semua tourist yang datang ke Pulau Beras Basah ni terpaksa la mencari sendiri tempat untuk melepak. ada yang bawa kain pareo, bawa towel, ada yang duduk bawah pokok, bawah pondok. Bukan ka elok kalau ada yang mengusahakan sewa kerusi malas berpayung tu. Macam di Phuket, orang di sana berniaga sewakan kerusi2 ni. tak silap pada harga 100Bhat macam tu. bukannya lama pun pakai kerusi tu. untung lagi ada la...

Monyet2 di 2 Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah jenis pantang nampak plastik, makanan dan minuman. Tapi monyet2 ni masih tidak seperti monyet di satu temple ni di Bali. orang pakai sunglass pun ble kena serang..

Habis island hopping trip, balik hotel. Sempat tapau nasi lemak 2 bungkus di jeti. Lepas mandi, makan... tidur lagi...

Petangnya, aku ajak abang edi pekena laksa dekat airport... nyaman jua...

Then kami menghala ke Burau Bay untuk pegi naik Cable Car. Cuaca berkabus. Kunun mau redah ja. Sekalinya, Zizou takut kerana bunyi angin yang makin kencang. Sempat naik hingga first station saja. Turun balik. Sesia ja usin aku RM35 membayar tiket. hehehe.. sian Zizou... tidak habis2 mengomel "Car... tatut (takut)... nangish.. malu..." hehehehe..

zizou yang ketakutan..


Balik hotel, kami pi try pantai depan hotel tu... ada kotor sikit la... cheh... terus pi swimming pool...

Malam, makan malam di Restoran Hj. Ramli. Order Siakap 3 rasa, Lala masak cili, Kangkung ikan masin dan sup kosong. Tade la sedap sangat. Sedap lagi masakan di Warung Pak Mydin di Equine tu.. huhuhuuh... tapi habis juga, lapar punya pasal... semua sekali for RM47++.

indah rupa dari rasa.




Wednesday, May 13, 2009

Bought a two doors

Ini adalah perbualan husband aku ngan 2 orang membernya yang tengah lunch sesama.
Abang edi: Syam, aku beli two doors semalam
Syam: Huh, ko beli sport car apa?
(Sorang lagi member nama Kamal pun mendengar dengan penuh minat)
Abang edi: Aku bukan beli sport car la, beli fridge baru 2 pintu..
Syam: Ler...

Abang edi bgtau aku cerita ni sambil gelak2 kerana berjaya mengenakan kawan2nya.
“Cheh, bertuah le I nak beli kereta 2 pintu time2 macam ni. You pun sama, beli fridge pun kecoh”... kataku.. huhuuhuh...

Peti sejuk baru tu dah sampai rumah semalam.. aku memandangnya dengan penuh minat dan puas hati. Beli cash dekat kedai letrik dekat rumah.
Toshiba, 390 Liter. Boleh la.. besar sangat pun buat apa. Rumah kecik ja.
Tinggi plak tu. Hahaha.. amat tak sesuai untuk aku anak beranak yang comel2 semua ni.
Bagus la pun.. tade la si Zizou senang nak mencapai fridge magnet dan Sales Report abang edi yang tersusun rapi di pintu fridge tu.

Aku dapat membayangkan storage liner ku akan tersusun rapi dalam ruangan freezer tu.
Petang ni baru aku mau menjalankan operasi pemindahan barang2.

Peti sejuk 1 pintu yang lama tu tidak akan ku lupa jasanya. Walaupun sekali sekala nak kena defrost (pernah sekali tu habis terdefrost aiskrim coklat dan mengeluarkan bau yang memualkan).. aku akan kenang jasamu. Baru 4 tahun berkhidmat.. huhuhu.. beli before kawin lagi (kunun nak kumpul harta)...

Lepas ni nak beli apa lagi? A new house maybe? Hehehe... insyaAllah.

Friday, May 8, 2009

Semangat Mummy Zizou

I’m still on a long way to meet my new baby... (lamanya...)

Tapi aku sudah berazam untuk menyusukan bakal adik Zizou secara ekslusif sekurang-kurangnya 6 bulan. InsyaAllah. (Exclusive means – no formula, no drinking water, no solid food, just breastmilk).

Dan dengan ini, berikut ialah perkara yang aku rasa aku mesti ada untuk mencapaikan cita-cita aku nan suci ni

1. Peti sejuk 2 pintu – penting juga ni. Pasal sekarang ni ada peti sejuk 1 pintu ja. Comel pula tu. Dekat freezer tu la mau simpan ikan la, ayam la, ais batu la, aiskrim la.. nanti ruang untuk simpan frozen EBM sikit ja. Lagipun, jangka hayat frozen EBM kalau simpan freezer 1 pintu ja tak lama, about 2 weeks ja. Kalau peti sejuk 2 pintu, at least ble simpan 2-3 months. Kalau ada deep freezer lagi bagus, ble simpan 6 months. Lagi satu, pintu sejuk 1 pintu kan kena selalu defrost. So, kalau sudah stock frozen EBM tetibe kena defrost, rugi la. Pasal, once susu yang beku dicairkan, mesti kena guna dalam tempoh 24 hours. Tidak boleh disejukbekukan semula.

2. Botol susu saiz kecik2 (4 - 5 oz) BPA

3. Storage liner – sebenarnya ada cara yang lebih murah iaitu menggunakan botol susu biasa dan bekas dadih. Tapi, kalau guna botol susu, penuh la ruang freezer aku nanti. Pastu, aku kurang yakin la guna bekas dadih. Storage liner pun tidak la mahal sangat. Boleh dapat RM30 for 100pcs. Lepas pakai, tak ble guna balik. Disposable la pendek kata untuk menjamin hygiene EBM tu. Tapi tgk la macamana. Ada orang kata guna bekas dadih selamat. Betul le tu kot. Tapi tidak boleh guna banyak kali. 4-5 kali ja. I'll think about it.

4. Bottle warmer – ni tujuan untuk diletakkan dekat nursery nanti. Pasal aku malas mau menyusahkan orang di nursery tu susah2 menunggu memanaskan susu sejuk guna air suam. (Takut nanti dorang rebus ja atas periuk berisi air mendidih, habis mati segala zat-zat EBM aku). Diharapkan, dengan adanya bottle warmer ni, orang di nursery tidak akan liat untuk melayan permintaan aku untuk bagi anak aku EBM. but for this item, yet to be confirmed. Kena tanya dorang dulu dorang ada ke tak bottle warmer ni, most important, tau ke tidak cara nak handle EBM.

5. Chiller – dulu pakai techni ice. Tapi rasanya dah tak ble pakai kot. Beli la baru.. huhuhuh..

Apa2 pun, aku sudah menyampaikan hasrat aku ni kepada abang edi tercinta. Dia memang menyokong ja. Dari time aku menyusu Zizou lagi. Memang tiada halangan. Dia memang amat bangga kerana aku dapat menyusukan Zizou. Malah, kalau ada kawannya yang baru menimang baby pun, abang edi akan nasihatkan kawannya (of course the father) untuk galakkan isteri dorang breastfeed.

Aku sudah ada 3 jenis pam. Pam manual (Avent Isis), Pam elektrik (Spectra 3) dan pam bateri (Pureen – ni yang abang edi beli mula2 time aku sedang berpantang, cam tak best ja, tapi terpaksa pakai.. huhuhuhuh)... bag untuk simpan pam dan chiller pun sudah ada. Tu kira pelaburan yang mesti digunakan dengan sebaik2nya.

Pastu, bila cakap kat abang edi mengenai cadangan beli peti sejuk baru tu, tanpa banyak bantahan, abang edi pun setuju saja.. hehehe.. dia kata tak yah tunggu nak beranak, dalam masa yang terdekat pun boleh. sekarang fikir mana mau tolak peti sejuk 1 pintu tu. Sayang abang edi.

Semangatnya aku. Mummy Zizou boleh!

p/s: Al-Fatihah kepada arwah ibu rakan ofis aku, En. Taib. Tadi pi lawat jenazah. Sempat juga sampai ke tempat kejadian sebelum arwah disembahyangkan. Hatiku berasa sayu. Dalam hatiku berdoa supaya Allah memanjangkan usia mama aku yang jauh di Labuan dan ibu mertuaku yang dekat di Petaling Jaya. Disampingkan memohon supaya dosa2ku diampunkan. Amin.

Wednesday, May 6, 2009

No man dan bibidup

My everyday routine is mainly – bangun pagi, hantar Zizou pi sekolah (taska), pegi opis, keje, balik dari opis, amik Zizou di sekolah, balik rumah, rehat.

Masak dinner? Kalau rajin. Kalau malas, minta abang edi tapau atau kami dine out ja (I always feel guilty for this – makanan luar yang tidak sihat, tidak dimasak dengan kasih saying, but then, mummy is tired bah).

Balik sekolah ja, Zizou akan minta buatkan susu dan makan finger biscuit. (Memang tidak cukup makan dan menyusu di taska agaknya).

Lepas tu Zizou akan minta aku bukak cerita Ultraman, kalau aku tanak, dia akan bawa aku bersilat macam Ultraman sambil mulutnya bising mengomel "No man, No man" (atau dalam bahasa jermannya – Ultraman).

But then, Ultraman di Astro Ceria hanya akan ada pada pukul 7 petang. Dan dalam masa yang sama, aku tamau ketinggalan tengok The Biggest Loser.

Alasan yang paling kukuh yang aku boleh berikan sebagai seorang adult kepada anaknya yang baru berumur 2 tahun - "No man rosak" or "No man sakit, dia kena makan ubat"

Dan yang kelakarnya... Zizou pun akan percaya kata-kata mummynya ini.. huhuhuhuh...

Lepas tu, bila daddynya pulang, dia akan bgtau "No man wosak".

Besoknya bila dah sampai taska pun, dia akan bgtau cikgunya "No man wosak". Cikgunya bagitau aku – Addin dan kawan2nya akan bersilat2 tiru gaya Ultraman, malah ada kawan dia siap bawa CD Ultraman. No wonder la Zizou di rumah sentiasa request aku bukak cite Ultraman. Dia ingat Ultraman tu sentiasa on ja di tv.

Hehehehe.. lucu mengenangkan anakku nan sorang ni.

I feel pity for Zizou. Matanya akan sentiasa bersinar2 kalau dapat tgk cerita Ultraman di tv. But aku dan abang edi sudah sepakat tidak akan belikan Zizou VCD Ultraman. Takut menjerat diri sendiri. Hehehe..

The other thing yang Zizou very fond of is – aircraft atau dalam bahasa si Zizou – bibidup. Aku pun heran mana dia dapat nama bibidup ni.

For this, i bought him a bibidup toy – besar juga. (beli di RnR Tapah time turun dari kursus di Cameron lantaran mummy sudah dilanda kerinduan yang amat kepada Zizou).

Zizou memang sayang gila dengan bibidup ni hinggakan kalau tidur pun mesti peluk bibidup.

Next time, kalau mummy nampak bibidup dalam bentuk softtoy, mummy belikan untuk Zizou. Harapan mummy and daddy, bila Zizou besar nanti, boleh jadi pilot! Hehehe.. Amin...

Tuesday, May 5, 2009

Transformasi yang basi

Sesapa yang tidak buta mengenai dunia hiburan yang ada di Malaysia sekarang mesti dapat mengagak tajuk blog aku ni pasal apa.

Tak lain dan tak bukan.. pasal AF7 ni la.. transformasi kunun...

Sebenarnya juga, aku rasa tidak adil untuk aku bercerita pasal AF7 di sini, pasal boleh dibilang pakai jari (sebelah tangan saja) kekerapan aku menonton AF7 ni. Simply say "Buhring dan buhsan"... seakan2 tiada aura yang dapat menarik aku untuk tengok AF7 ni – diarinya hatta konsertnya pun... adakah kerana hostnya? Adakah kerana stage yang malap2? Ka aku mmg sudah sampai tahap jelak?

Kalau mau dibandingkan dengan OIAM yang baru ja berlangsung finalenya jumaat lepas... ibarat langit dengan bumi.. Nampak sangat perbezaan.. kalau di AF, budak2 disuap dengan segala yang ada – cara nyanyian, cara phrasing, segala apa jadah la dalam masa seminggu... hasilnya – masih buruk dan tidak dapat menandingi penyanyi asal lagu2 tersebut.. yo yo oo ja kunun pitching macam ni, cara sebutan macam ni, emosi macam ni... (kalau AF yang dulu2 semua aku follow... sekarang ni kureng...)

selayaknya effort tersebut dilakukan untuk membaca Al-Quran... tajwid macamana, tarannum nya bagaimana, pernafasan macam mana, mana sesuai nak waqaf.. tafsirnya apa... pahala pun dapat... tapi biasa la... dulu pernah ada Akademi Quran ni... maybe pasal tidak ramai followers... jadi musimnya pun tidak la sebanyak AF ni..

Yang cita pasal OIAM ni pula.. aku pun bukan mau tengok sangat, pasal lelah dengan scenario siri reality yang berlambak2 ni especially yg pasal nyanyi2... tambah2 pasal ada Tomok (tp musim pertama dan kedua aku tidak follow pun)..... hahaha.. tp tu mula2 ja.. ada satu jumaat malam sabtu tu.. husband aku ni terbuka la channel 8TV... sekali tengok best le plak performance si Tomok ni... terus follow every week sampai la ke final... rasa2nya, memang patut la dia menang pun.. tu baru transformasi... dan rata2nya semua contestant pun agak berkualiti... they pick their own song, buat arrangement sendiri, make the songs as theirs... dan yang penting, syafinaz dan paul Moss tidak la memanja2kan dengan kritikan (or may i say pujian) yang tidak patut2...

Bila si Rubisa dan si Zizi terkeluar dari AF, pun aku tidak heran... pasal aku rasa semua Sabahan pigi sokong tu si Esther... hehehe..

Sepatutnya kan, ada channel tv di Malaysia ni buat reality series macam The Biggest Loser di Hallmark Channel tu.. lagi ada faedah... exercise and eat right – towards healthy life...

Thursday, April 30, 2009

Demam Cameron


Last Sunday, kena pi naik atas.. atas mana? Cameron Highland je.. apsal? Ada kursus ofis anjurkan..
Mula2, liat nya la mau pegi... tapi pasal aku mengenangkan mama aku cakap, "Kalau betian ni, jangan manja2kan diri tu sangat.. jangan malas2... selagi boleh buat, buat ja... itu semua latihan untuk baby dalam perut.. " (Betian dalam brunei means mengandung). Aku fikir2 pun, betul juga... kalau aku jenis banyak excuse, mesti nanti anak aku pun nanti macam tu juga, banyak cekadak.. kalau manja sangat, nanti anak pun macam tu juga... so, aku harap, kalau aku strong, dengan attitude Fikirkan Boleh! insyaAllah, adik baby akan macam tu juga.. hope so..

But before that, aku pi dulu jumpa doctor kesukaan aku.. Tanya dia dulu, adakah aku fit untuk naik ke Cameron? Bila check2 semua... dia kata ok... apa2 pun, dia akan standby dengan ubat mabuk+pening... aku ok ja.. abang edi pula yang muncung sebab terpaksa jadi bapa tunggal for 3 days 2 nights.. huhuh... sorry darling... sementara masih belum membuyung ni la mummy kena kumpul kursus sebanyak yang mungkin.. nanti bila perut sudah semakin membesar, sure mummy malas nak pi kursus dah...

Hasilnya?
  1. Aku selsema start hari Isnin tu – mungkin pasal perubahan cuaca + terjangkit ngan orang lain yang demam. Tapi, aku tidak boleh makan ubat sebarangan. Walaupun tidak sihat, tapi aku sempat bershopping ala kadar membeli roses, ubi keledek, kincam, jagung mutiara, teh strawberry, strawberry dan epal Cameron.
  2. Akibat selsema dan batuk, perjalanan balik dari Cameron ke Putrajaya amatlah menyeksakan. Hidung tersumbat menyukarkan aku membalancekan pressure dan menyebabkan sakit telinga yang amat. Badan ku lemah menjadi2.. sampai2 di putrajaya ja, abang edi terus suruh aku pi jumpa doctor as soon as possible... dapatlah ubat yang sesuai dan dapat MC satu hari. Huhuhuhuh... apa la nasib..
  3. Tapi tidak apa, abang edi cakap nanti kita ble naik Cameron lagi untuk cuti-cuti Malaysia.
Dan kesimpulannya, selsema dan batuk2 masih ada sampai sekarang.. huhuhuh.. kulit hidung pun sudah sampai tahap kering terkopek2.. sakit sikit ja, semua dugaan dari Allah untuk menyucikan hambaNya dari dosa-dosa kecil.. Alhamdulillah..

Wednesday, April 22, 2009

Family visit

Last Friday, mama, bapa dan Lina datang dari Labuan. Saja mau cuti2 di KL + melawat cucu nan baru sorang + anak sulung yang tercinta (aku la tu) + anak ke4 yang sedang study di UITM Shah Alam (si Nurul la tu)...

Sejak mama sampai sini, tiap2 malam, belum lagi kami makan di luar seperti selalu (aku kan malas masak)... jadi mama ja yang masak... yang paling seronok mesti la aku... pasal makan masakan mama yang tercinta... aku pun boring makan luar sebenarnya... walaupun aku kesian jua pasal mama kan memasak.. tapi deep in her heart (aku rasa la), she prefer to cook and dine in house daripada makan luar... bapa aku pun mesti suka... abang edi pun suka.. nda sudah2 memuji ja masakan mama... pandai husband aku ni... kadang2 pandai pula tu “wah.. ni special ni...”.. tau la wife nya ni jarang masak special2... ya la, aku masak special pun kalau kena komplen ja buat apa.. baik aku masak simple2 tapi dipuji melambung...

Untuk rekod, abang edi suka kalau aku masak sambal sardine, sambal ikan bilis, buat sambal belacan... hahahaha.. pasal dia kata special... tapi kalau aku masak kari, dia cakap biasa ja... macam tu, i leave it to the kedai2 yang berhampiran la.. hehehe...

Tapi bukan la every meal pun mama yang masak... sarapan selalu tapau nasi lemak... lepas tu lunch sabtu tu kami bawa dorang ke Restorang Rebung di Bangsar... ala, restoran yang Chef Ismail dan angkasawan negara, Dr. SMS punya tu... hari ahad pula, bawa dorang pigi Zoo Negara, pasal aku ada family day anjuran opis... lepas habis aktiviti, bawa dorang makan nasi ayam hailam di uptown damansara...

Zizou pun seronok.. ramai orang melayan.. bangun pagi senyum.. balik sekolah pun senyum.. kalau boleh malam pun mau tidur lambat.. kalau neneknya tertidur depan tv, dia tolong tepukkan.. hehehe.. petang2 atuk dan nenek bawa Zizou jalan2 pi jusco depan rumah... dah pandai pulak tu.. kalau lepas sekolah tanya sekolah macamana hari ni? Sambil menaikkan jari telunjuk yang sepatutnya thumb up “Besh...”.. ni mesti cikgu baru dia ajar ni.. hehe.. takpe la.. yang penting Zizou bahagia..

Tak bestnya... besok mama balik Labuan.. huhuhuhuh... rasa macam mau balik Labuan ja...

Kelab Kebajikan Opis Family Day - Zoo Negara

Date of event = 19 April 2009
Time of event = 8-12

Family day hari tu pun syok juga... abang edi dapat cabutan bertuah.. aku menang karaoke... zizou pula menang pertandingan joget budak2... hehehe.. (first competition yang zizou menang) Nurul dan bapa dapat hadiah bengkak2 di leher penangan ulat bulu.. (bawa family dari Labuan, kebetulan ada di KL)

lepas tu, dapat la berkenalan dengan keluarga2 colleague aku... kenal la isteri bos yang ni macam mana, sporting rupanya... bos yang ni, anak dia comel juga... bos yang ni, wife dia pandai menyanyi... husband akak yang ni, walaupun nampak cam pak aji... sporting gak bole main bola sepak..

lepas tu, ada colleague aku cakap, aku makin bulat sekarang, tambah2 pakai tshirt and seluar track ari tu.. huhuhuh.. aku pun, kerana mengenangkan keadaan diri sekarang, tiada la mau join sukaneka yang ada lari2 semua tu.. (you're pregnant.. jangan lupa wahai diriku)


berkaraoke dengan colleague


isi minyak dulu


lucky draw

Interview HLP

Tanak komen banyak...

The interview was pleasant (tetapi tidak bermakna I was doing great.. hehehe).. interviewernya 2 orang.. sorang PTD, sorang lagi PTM... dua2 bagus... tidak provoking.. tidak bagi soalan bodoh.. malah membantu.. masuk berdua.. pasal nak jimat masa.. partner aku tu bagus le plak... matilah aku... harap2 aku tak nampak bangang di situ.. but all and all, aku boleh keluar dari bilik temuduga dengan senyuman di muka... harap2 ada la rezeki adik baby ni... amin...

Thursday, April 16, 2009

Anak aku sudah besar!

Pagi ni macam biasa hantar Zizou ke sekolah (nursery)... sekalinya bila bawa Zizou ke sekolahnya tu, cikgunya boleh bagitau "Akak, hari ni Addin masuk sekolah yang depan tu"... aku pun membalas "La.. ye ke... semalam tak cakap"... cikgu dia "Hari ni ada baby baru masuk, Addin pun dah besar kan"...

Berkecai hati aku... satu pasal, cikgu si Zizou ni semalam nda bgtau hari ni Zizou start masuk sekolah depan.. dua, sekolah depan tu actually Tadika untuk 2 tahun ke atas... ye la, Zizou pun sudah 2 tahun lebey kan..

Time hantar Zizou ke sekolah depan tu... fikiran aku macam kacau... dan sedih.. pasal menghantar Zizou ke environment yang baru (all of sudden pulak tu)... macam ni la kot perasaan ibu bapa yang menghantar anak pi sekolah pada first day agaknya... patut la selalu ramai yang ambil cuti..

Ada cikgu sambut (of course, i dunno know her).. aku cakap lagi "Cikgu Addin ni semalam tak bgtau saya yg hari ni dia start sekolah sini".. cikgu dia "La ye ke... semalam lagi kitaorang dah bgtau tu suruh bgtau akak"... "Ye la"... sambil aku menghanded Zizou ke cikgu baru a.k.a strangers pasal Zizou tidak kenal... Zizou nangis... huhuhuhuhu...

Kesiannya aku nengok si Zizou... tapi nengok gaya cikgunya ni bagus orangnya.. pasal dia pujuk Zizou..

My top concerns – ni tadika... Zizou la kira paling junior sini for the time being... adakah dia akan dibuli? Can he cope with the environment? Tapi aku berfikiran positif, Zizou lagi suka kawan dengan budak yang lagi besar dari dia daripada kawan dengan budak sebaya..

Lepas tu, aku belum pernah berpeluang lagi round2 tengok sekolah baru dia ni.. di mana dia akan makan, dimandikan, tidur... makan macamana? Schedule dia macamana? Kalau time bermain tu, adakah dia akan berebut2 dengan kakak2 dan abang2 yang lagi besar daripada dia? Adakah cikgu dia akan biarkan ja? Independent la kunun... dia akan start belajar ABC, 123 ka? Siapa cikgu2 dia?

Petang ni aku mesti tengok...

Emosi aku bercampur baur, kalah kerabu mangga dan nasi campur dan Air Batu Campur... anak aku sudah besar!

Aku gembira sebab dia akan belajar lebih banyak perkara baru.. tapi sedih sekiranya dia akan lebih dibiarkan bersendirian hidup di tadika tu (berdikari la konon – malas betul aku term ni mau diajar untuk budak2)... terus aku terfikir mau cari maid... tapi tamau la maid dari Indon... maid orang Malaysia ada ka?

Nevermind... tunggu dan lihat...

Wednesday, April 15, 2009

Hutang Dunia

Seperti pagi-pagi yang lain, setiap kali aku on the way pegi ofis, aku selalunya dengar Sinar FM..

Pagi ni, dorang punya topic "Ada satu masaelah".... (masalah la tu sebenarnya .. tapi amik cara pakcik Hj. Bakhil bercakap dalam cerita Nujum Pak Belalang... dalam cerita ni, pakcik Hj. Bakhil bawa watak nujum bagi raja yang crook (si Sarif Dol)....)

Sepanjang aku drive tu, ada 2 orang call dorang si Krill, SY dan KE ni pasal hutang... kununnya, dorang ni susah betul mau menuntut hutang daripada kawan2 dorang... time meminjam tu nyo-o-o la gigi tu lebih lembut daripada gusi... time mau membayar balik (or shud i say – langsung tiada hati mau membayar pun kali, tau pinjam ja)... punya la banyak alas an.. lepas tu kalau berselisih di pasar malam... sikit pun tidak tegur... huhuhuhuh..

Biasa la... selalu macam ni... sejak aku pegang duit sendiri, Alhamdulillah, belum lagi aku berhutang dengan orang lain kecuali dengan bank (beli kereta), gomen (beli rumah) dan abang edi (kes malas pegi bank mau withdraw cash, jadi minta dengan husband ja la)... pasal aku mmg malas mau berhutang dan orang collect duit ni... even main kutu pun aku malas...

Tapi dengan abang edi lain cerita pula.. dia selalu tolong kawan bagi pinjam duit.. konon susah la, apa la... tp bila mau dapat balik tu... abang edi pula jadi tensyen.. ni la nasib jadi tukang pinjam duit.. patut la along-along semua tu sampai membunuh2... ya la.. orang yang meminjam duit ni pandai ja buat muka kesian.. tapi langsung tiada niat pun mau membayar... lari dari bayar hutang ada la..

Sudahnya, aku nasihat abang edi macam ni... "buat baik berpada-pada.. kalau kawan2 you yang buruk track record tu, jangan bagi pinjam duit lagi.. walau apa pun alasannya... mau buat macamana... daripada tolong orang yang tidak mau tolong kita, bagus kita belanja duit untuk family sendiri... bagi mak bapak duit ka, belikan Zizou baju dan toys ka... belanja I makan sedap2 ka..., lagi banyak faedah, keluarga pun sayang"...

p/s: sekiranya aku ada berhutang dengan kawan2 yang masih belum berbayar (most probably pasal aku terlupa).. tolong ingatkan...

Monday, April 13, 2009

Zizou dan Perut

Hari ni hari isnin...

Selalunya hari isnin ni hari boring yang amat.. pasal sesudah 2 hari cuti, tetiba hari ni keja balik..
Tapi bagi aku, hari ni best.. pasal insyaallah minggu ni akan jadi minggu yang best... pasal ‘beliau’ (in brunei means orang tua) aku datang dari Labuan.. bercuti 1 minggu.. yieha... syiok eh...

Lepas tu, Friday ni aku ada interview untuk dapatkan scholarship sambung belajar... harap2 kali ni ada rejeki... amin... kalau ada, ble la sambung study next year...

Yesterday, sepatutnya kami (aku, abang edi dan Zizou) ada sesi fotografi di Taman Botani.. tapi hujan daa.... sudahnya, bergambar bawah pondok ja... the next session akan ditetapkan kemudian, tapi kena buat pagi... pasal petang selalu hujan...

Untuk sesi bergambar tu ja, aku sudah beli 2 blouse baru... pasal byk baju2 aku sekarang sudah tidak sesuai dipakai lagi.. atau, kalau pakai pun, nampak la perut mummy yang sudah semakin mengembang...

Baru-baru ni, aku ada pinjam buku mengenai pregnancy dari perpustakaan ofis.. saja mau baca2... hehehe.. sambil2 tu tunjuk la Zizou gambar baby, gambar ibu mengandung... aku educate Zizou yang dalam perut ibu-ibu mengandung tu ada adik baby... (pasal Zizou ni ganas sangat, suka main terjah2 ke perut mummynya ni)...

So, since that day, Zizou selalu akan point ke perut mummy, pastu cakap “Baby”... kadang2 Zizou akan panggil “Helo adik baby” kunun bercakap dengan baby dalam perut... bagus lah... ingatkan sudah faham... sekalinya... Zizou ble tunjuk perut dia sendiri, pun cakap “Baby”... perut abang edi yang boroi tu pun Zizou akan point “Baby”...

Alamak... So, mummy kena explain lagi... “Yang ni perut.. tapi dalam perut mummy ada adik baby, dalam perut Zizou dan daddy tiada adik baby – tu perut saja”... pastu Zizou senyum2... faham ke tidak tu...

Yang bestnya, kadang2 Zizou akan tepuk2 perut mummy dengan manja sambil memanggil “Adik baby”... hehehe... tidak sabar pula rasanya bagaimana reaksi Zizou kalau perut mummy ni sudah semakin membesar lepas tu siap adik baby kick dari dalam pulak tuh... mesti Zizou excited...

Friday, April 10, 2009

Hari penuh emosi..

Badanku semakin mengembang... waistline semakin ntah ke mana menghilang.. bahagian punggung sudah semakin membesar... kain-kain baju kurung pun sudah semakin sempit.. kalau pakai baju kurung pun sure nampak perut yang semakin membuncit.. jeans pun sudah semakin ketat... tshirt pun sudah banyak tidak boleh dipakai lagi... huhuhuhu... seluar tracksuit pun makin mengecil juga... naya...

Alahan dan demam, Alhamdulillah... tidak seteruk time mengandungkan Zizou dulu... bleeding pun sudah tiada.. (last week masih ada on off tapi pasal mau balik kampung Labuan, aku gagahkan jua)..

Balik Labuan? Best nya.... kerja aku banyak tidur ja.. Zizou pun gembira pasal ramai orang yang melayan.. ada Acik Lina untuk tolong buat susu, pasang cerita kartun, tukar pampers... ada Acik Tasha untuk bawa Zizou jalan2 pi town, mandikan Zizou, belikan Zizou new toys.. ada Uncle Aqil untuk bawa Zizou jalan2 pegi pantai.. memang kiranya Zizou ni betul2 jadi center of attention... (nenek and atuk ada meeting di KK.. sigh)

Next time, mau balik Labuan dalam masa terdekat lagi la.. tapi kali ni mesti bawa abang edi.. nda larat la mau melayan Zizou dalam flight... pening kepalo!

Kan bagus kalau duduk di kampung ja...

Monolog dalaman..

Lamanya sudah tidak mengupdate...

Bz? Memang tidak akan pandai habis.. kena pula dengan bos2 yang suka buat kerja last minute tapi sesuka hati ja mau suruh unit aku ni buat kerja macam gila – mau cepat ja kunun.. sedangkan spek yang diberi selalu buat macam asal ada.

Aku ni pun, malas la kan... bila kita menegur, rasa macam tidak best la pula.. ya la, aku ni ikan bilis.. bos tu ikan tongkol.. (huhuhuhu, ikan tongkol? Ok la... ikan jaws la kunun... besar kan).. masalahnya, keperluan yang disenaraikan tu selalu tidak menggambarkan keperluan sebenar pengguna dan tidak mengira kesukaran company2 yang mau turut membidding tu untuk memberi quotation yang sebenar – pasal? No details given... semuanya main atas angin ja... cakap mulut boleh la.. kalau sudah on paper... hmm... fikir sendiri la... boleh ka orang mau read our mind?

Pastu bila part buat kontrak pun bertebiat... kontraktor pun sama.. payment mau cepat.. tapi bila buat kerja tu macam ****.. lepas tu mau gegar2 opis orang... *****.. aku tidak kasi penalty pun sudah cukup bagus la tu... bila part minta kerjasama tu berat ja, buat kerja cincai... yo-yo-oo ja declare company bagus, patut ada lawyer la.. mana2 la kau labu...



Thursday, March 26, 2009

Carta 4 terbaik!!!

FOUR NAMES THAT FRIENDS CALL YOU:
1. nadia
2. nad
3. nai
4. ya (mamaku panggil aku macam ni..)

FOUR MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:
1. 9.10
2. 29.8
3. 3.12
4. 10.3

FOUR THINGS YOU'VE DONE IN THE LAST 30 MINUTES:
1. makan lunch
2. tingu tv
3. switch on my notebook
4. baca blog

FOUR WAYS TO BE HAPPY:
1. anak dan suami yang gembira
2. simpan wang besar
3. belanja wang besar
4. belanja orang/giving people something

FOUR GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE:
1. roses :)
2. new 3G hp
3. wang besar
4. flight ticket pigi jalan2/balik labuan

FOUR OF YOUR FAVORITE HOBBIES:
1. sudoku
2. baca magazine
3. bersuka2 bersama abang edi dan zizou
4. shopping

FOUR PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION:
1. i'm not in the mood for any wavataion rite now
2. but if i can get a free travel package, why not? bali (again?)
3. sex in the city - manhattan, yeah
4. euro trip

FOUR FAVORITE DRINKS:
1. air sirap orang kawin
2. jus oren peel fresh
3. jus avokado
4. hot shokolat

FOUR THINGS ALWAYS FOUND IN YOUR BAG:
1. purse ku yg sudah berumur 5 tahun
2. henpon ku yg cumil
3. kunci keretaku yg cumil tp buruk sebab tidak dimaintain
4. dental floss

FOUR FAVORITE COLORS:
1. merah
2. pink
3. putih
4. hitam

TOP FOUR HANGOUTS:
1. rumah sendiri
2. alamandos
3. jusco
4. opis?

TOP FOUR U LOVE SO MUCH:
1. abang edi
2. zizou
3. mama+bapa+adik2+extended families
4. kengkawan

TOP FOUR "THINGS" SPECIAL TO YOU:
1. kereta aku yg huduh tp byk jasa
2. hadiah2 besday dari abang edi
3. minyak mustajab nona roguy warna pink
4. wang besar dan kecil+buku ASB+kad ATM dan yg sewaktu dengannya :)

TOP FOUR REASONS WHY YOU ANSWERED THIS SURVEY:
1. buhring mc di rumah ni macam palui2
2. aku malas kan buat keraja opis time mc ni.. dr suruh berehat kan..
3. saja2 sambil kan menunggu time tidur
4. minta puji juga ni... kunun mau bg urang baca... ada kan?

Friday, March 20, 2009

Pictorial Tag Answered

tag saja-saja..

I am

(kunun aku ni bz gilak kat opis + jaga anak + siap bawa pi shopping sensorang kat jusco lak.. *mmg betul pun)



I Really Wanted To Go To
(alang-alang round europe tu, singgah la sini sekali :)




My favorite place is
(takkan nak la jawab opis lak...mesti la rumah sendiri..pastu dalam rumah, paling suka la duk kat couch sambil tgk tv :)


My favorite things are
(memang mata duitan)



My favorite drink is
(jus avocado.. best)


My favorite food is
(char kuey teow.. slurp)
(rojak buah baik punya)


My favorite color is definitely

and



I live in





I was born in

(bukan la lahir di shipwreck tu)

I attended















My favorite story is

(erk.. storybook ka hapa? aku sekarang sudah lama nda baca buku cerita, byk tgk movie ja)

(apa2 ja cerita P. Ramlee)








These are my hobbies







And definitely wish for


(sapa yang nda mau kan?)

Monday, March 16, 2009

Instinct Zizou yang kuat

Lamanya sudah tidak mengupdate diari online ku ni...

Sebenarnya banyak benda yang mau di jot down.. tapi lantaran aku busy di office lately ni plus ada sikap suka bertangguh pasal benda memblogging ni tidak penting... until now, rileks sikit... ble la blog..

Last week, aku cuti panjang.. cuti maulidur rasul tambah dengan cuti sakit kerana ada benda yang merisaukan aku.. mummy zizou disahkan pregnant tapi ada kuar bleeding.. takutnya.... skg ni dah elok dah.. doctor bagi makan ubat kuatkan rahim..

Aku pun nda tau la apa punca sebenar aku bleeding tu.. adakah kerana aku terlalu lasak? Atau kerana si Zizou makin mengada asyik mau didukung nda pandai habis?

Memang tidak adil untuk membezakan experience aku pregnant sekarang dengan time aku pregnant si Zizou dulu... dulu rahim anak dara, sekarang sudah rahim anak sorang.. tambah lagi rahim ni pernah dikerat kerana melalui caesarean.

Jadi... kesimpulannya, aku just jangan banyak buat kerja sangat la... abang edi pun sudah nasihat, jgn dukung Zizou sgt... lepas tu, duduk saja diam2, biar abang edi buat semua kerja... huhuhuuh... dan abang edi juga orang yang tidak lupa untuk mengingatkan aku makan ubat... thanks abang edi...

Abang edi selalu pesan.. “Jaga anak kita dalam kandungan ni baik2”.. pernah sekali tu “Eva duduk dalam perut mummy elok2 tau”... tergezut aku.. memandai ja bagi nama Eva... huhuhuuh... (kami mengidam baby girl.. kalau dpt boy pun ok jugak... yang penting sihat dan sempurna sifat...)... i prefer nama Aisyah.. tapi abang edi plak tak berkenan.. cheh...

As for Zizou pulak... memang selalu menguji kesabaran aku... meragam, merengek, menangis.. sabar ja la mummy ni... sambil2 tu, kami selalu pesan pada Zizou “Zizou janganlah meragam2 macam ni... walau apa pun jadi, mummy dan daddy akan selalu sayang sama Zizou.. whatever it is, you are still our first child...”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...