Aku memang suka ja mau berdinner-dinner ni.
Aku rasa, since aku masuk alam pekerjaan ni (12 tahun sudah, oh no... tuanya aku), yang ni adalah kali kedua aku join dinner opis.
Macam kesian kan.
Zaman muda-muda dulu sibuk dengan anak.
Sekarang sudah tua baru mau join la.
Ini first time aku join dinner opis.
5 November 2015.
Lokasi: Palm Garden Putrajaya.
Tema retro.
Semua pakaian di atas adalah pakaian sedia ada.
Aku pakai square scarf warna coklat berpolkadot (beli online), turtle neck and long sleeve tshirt yang aku selalu pakai kalau berpergian ke negara sejuk (Uniqlo), seluar kembang warna kuning tanah (Uniqlo juga), pearl necklace datang dari Sabah tanahairku, belt kuning tahi baby (Charles & Keith), kasut merah mama aku beli untuk aku dan beg tangan merah Abang Edi bagi (Furla).
Jadi la, nampak juga retronya.
Dan aku terasa kelihatan lebih tinggi daripada biasa. :)
Untuk dinner yang bertema bollywood kali ni, aku mau all out sket.
Minta izin dengan Abang Edi dulu.
Mau mekap beria kunun, pakai bulu mata segala.
Pakai sari kunun.
Pakai henna kunun.
Abang Edi pun ok ja la.
Dia kesian dengan wife dia ni kot.
Orang mengandung mengidam mau kena mekap kan.
Lepas ada baby baru nanti, maknanya terpaksa la aku memerap lagi jadi ibu mithali tinggal di rumah.
No more dinner party suka ria segala until my baby wean off daripada menyusu.
Huhu.
Aku mulakan usaha untuk menjadi heroin bollywood dengan mencari pakaian yang sesuai.
Luckily, I have a best friend named Suba (Suba, sila jerit yeah!!) yang sudi meminjamkan pakaian dia yang cantik-cantik dan mengerlip untuk dinner aku tu.
Mula-mula, aku feeling-feeling mau pakai sari kunun.
But then. aku rasa macam renyah ja pakai sari.
Tambah pula dengan keadaan perut aku yang semakin membolat, blaus si Suba pun aku tidak muat, so, lupakan sajalah impian untuk pakai sari.
At last, Suba pinjamkan aku dua bajunya yang cantik dan muat untuk aku, 2 punjabi suit yang meriah, satu warna merah dan satu lagi warna hitam.
Balik rumah, tanya pendapat Abang Edi, dia pilihkan warna merah untuk aku.
Okey. Part baju, selesai.
Dan tidak dilupakan, Suba juga pinjamkan aku aksesorinya yang mengerlip dan padan untuk dipakai dengan kedua-dua punjabi suit tersebut.
Thanks Suba! Love ya!
Hari minggu sebelum dinner, aku cari lagi gelang-gelang yang sesuai digandingkan dengan baju punjabi merah aku.
Cari pun di area SS5 Kelana Jaya ja, sebab aku tau ada beberapa saloon dan kedai india di sana.
Malas le nak pegi Masjid India, Brickfields bagai.
Tapi kedai ni jual gelang mahai sangat.
Auntie tu cakap, gelang ni boleh pakai hingga ke anak cucu sebab materialnya metal kunun.
Aku mau cari yang murah-murah sebab pakai 1 malam ja.
Seronotnya tengok tangan.
Terbayang Shahrukh Khan dengan Kajol nyanyi lagu Mehndi Laga Ke Rakhna dari filem Dilwale Dulhania Le Jayenge
Lepas survey gelang, aku naik saloon atas buat henna.
Buat dua tangan ni RM20.
Cumanya, tukang yang buat inai aku tu bagitau, kalau hari Jumaat baru kan bermajlis, sure inai akan jadi pudar.
Aku ni semangat membara punya pasal, buat ja.
Pudar ka tidak ka, belakang kira.
You can get this mehndi service at Neythal Beauty, Jalan SS5A/9 Kelana Jaya.
Satu row dengan Restoran Subang Ria dan Restoran Jamal.
Hari khamis ketika lunch break, aku with my bos pegi kawasan Nilai Square pula untuk misi mencari gelang.
Kalau di Brickfields ada Little India, sini ada Little Chennai.
Tapi kurang meriah sikit la.
Landmark: Dekat dengan Klinik Kesihatan Nilai.
Jumpa kedai jual gelang.
Can get as low as RM6-7 macam tu.
Tapi material kaca la.
Apa ada hal.
Again, saya hanya pakai untuk 1 malam.
Sepertimana yang telah diduga, belum sampai jumaat pun inai aku sudah pudar.
So, lepas beli gelang warna hijau pada harga RM9.50 dan set lekat-lekat bling-bling untuk diletak di dahi pada harga RM11.50, aku pegi buat inai pula.
Inilah hasilnya inai fresh yang dibuat atas inai yang sudah pudar.
Aku kurang fancy inai yang baru ni sebab kerjanya agak cincai, the inai is a bit watery and the lukisan is not sharp.
For lukis semula, aku kena caj RM10.
I prefer the one that I get at Kelana Jaya.
Tibalah hari yang dinanti-nantikan.
My bos sewa serviced apartment di SOHO Suites, KLCC through Airbnb.
Aku tumpang kejap untuk acara mekap-mekap.
Less than 5 minutes drive to KL Convention Center, tempat kami dinner nanti.
Yang ni, aku bergambar dengan mekap artis yang tolong mekapkan aku untuk event hari tu.
Her name is Nancy.
Nancy ni bagus betul la.
Dia layan ja permintaan aku mau jadi hindustan, bershading-shading bagi hidung mancung, then pakaikan bulu mata.
Siap tolong kemaskan selendang dan pakaikan sticker di dahi aku lagi tu.
Terus aku punya feeling bollywood tu ke langit.
You can follow her at instagram: @nancykuching
Cak!!
Aksesori atas kepala aku tu actually rantai leher si Suba bagi pinjam.
Tapi sebab punjabi suit dia ni pun suda ada aksesori baek punya di bahagian leher, so aku transform la jadi hiasan kepala kunun.
Wah bulu mata.
Ni first time aku pakai bulu mata pelesu.
Full shot.
Orang lain yang normal pakai punjabi suit aras lutut kan.
Aku pakai aras buku lali. Haha.
Yang penting meletop!
Appetiser kitaorang malam tu.
Sedap sangat!!!
Harus la ada roti keras dan butter ni.
Main course. Pun sedap juga.
Dessert.
Apa ni, laddu kot.
Yang ni pun sedap. Tidak manis sangat.
Tunjukkan gelang dan inai di tangan.
Aku tidak pakai pun gelang baru aku tu kan.
Sebab gelang yang beli tu tenggelam kalau digandingkan dengan punjabi suit merah aku ni.
Sudahnya, pakai ja gelang yang si Suba pinjamkan.
Gelang baru tu jadi permainan si Zara ja.
Gambar selfie dalam toilet KLCC.
Tunjukkan baby bump itu.
Lagi gambar full body.
Lepas majlis terus balik rumah.
Sampai rumah jam 12.15 malam.
Addin dan Zara sudah tidur.
Jadi dorang tidak la dapat tengok kejelitaan mummy dorang ni secara first hand.
Haha.
Yang penting, besok kena hantar baju Suba ni pegi dry cleaning. :)
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment