google analytic

Nuffnang

Monday, May 16, 2016

Short getaway to Bali - Hard Rock Hotel Bali - 4 Days 3 Nights Stay Review

Setakat ini, hotel Hard Rock Hotel Bali telah di'dubbed' sebagai "The best hotel ever" by Addin dan Zara.
Tapi tidak dilupakan juga, dorang juga pernah beri gelaran yang sama kepada hotel yang lebih kurang best juga yang kami pernah stay contoh: Hong Kong Disney's Hollywood Hotel, Berjaya Tioman Resort, malahan Gold Coast Morib yang ntah hapa-hapa tu pun dorang suka juga. 
So, benchmark anak-anak aku senang ja, ada water activities, ada kartun, semua best. 

Aku pula - aku memang suka hotel ni. 
Walaupun aku tau ada banyak lagi hotel best gila di Bali ni, tapi hotel ni la yang berjaya mencuri hatiku sebab hotel ni
1) ada pool yang besar dan best untuk segenap lapisan masyarakat
2) ada live band di Center Stage
3) bagi free breakfast untuk family of 4 (2 adults and 2 kids)
4) berada di tengah-tengah area happening di Kuta
5) family friendly hotel - dorang boleh tolong jaga anak kita but with a fee. Ada kids club for the kids. Kalau rasa duit banyak dan mau beromantik husband and wife tanpa gangguan anak-anak, sila enroll anak-anak anda untuk aktiviti budak-budak yang disediakan

Tips:
Stay di Hard Rock Hotel (walau di mana pun hatta di Penang sekali pun) secara relatifnya memang mahal berbanding hotel lain sebab ni kira macam theme hotel kan.
Untuk dapatkan harga yang lebih kompetitif pada nilai yang lebih, digalakkan untuk buat reservation secara terus daripada laman web hotel itu sendiri contoh kalau di Bali kena la pegi url Hard Rock Hotel Bali.
Harga lebih murah daripada reserve melalui Booking.com atau Agoda.com.
Dan kalau ada promotion, bilik deluxe biasa-biasa yang kita booking tu berpeluang dinaiktaraf ke bilik premium. 

Tunggu giliran untuk check-in.

Bilik kami untuk 4 hari 3 malam di Bali.

Benda pertama yang mendapat perhatian si Addin. 
Bluetooth speaker.

Tengok la tu. 
Si Zara hanya berlari riang.

Dedicated welcome screen.
Home screen ni ada menu yang pelbagai - tengok movie, tengok tv, dengar radio, tengok live band, tengok bil semasa dll

Bilik ni ada 2 queen bed.
Seingat aku, dulu bilik kami ada day bed.
Sekarang tiada pula suda.

Kitaorg kena upgrade ke deluxe premium room.
Kalau di bilik premium ni, ada kena sediakan Nespresso Pod Coffee Machine. 
Tapi kopi yang diberikan ialah kopi Bali.
Air mineral diberikan percuma.

Sedap jua la. 

Bible dan arah kiblat diletakkan bersebelahan dalam laci dressing.

Selipar pantai dan bag cap Bali.
Kalau guna ni akan dicaj dalam room account.

Ni saja la selipar yang free.

Ada channel kartun.

Gobok terbuka.

Ada peti ais dan kelengkapan buat air panas.
Ni biasa la kan.

Ni pun ada juga. Siap boleh letak iphone pastu dengar lagu. 
Iphone lama bole la.

Toiletries yang disediakan. 

Bilik air yang besar.
Dorang sediakan 2 bath towel, 2 hair towel dan 2 face towel. 

Menjadi tempat berkubang Addin dan Zara setelah berjam berendam di kolam.

Kalau mau minta housekeeping kemaskan bilik, sila gantung benda alah ni.

Bilik tempat budak-budak dan remaja bersuka ria main game.

Overall, we loved our stay there.
Servis mereka baik. Walaupun kadang-kadang tu, aku perasan ada beberapa orang staff yang lebih mesra menegur mat salleh daripada Malaysian macam kami ni.
Which I don't mind, sebab kami ni bukan jenis bagi tips pun kan.

Dan apa yang paling aku suka ialah, pada hari kedua kami stay sana tu, orang housekeeping tu bagi 4 set towels dan 4 botol mineral tanpa diminta.
Mungkin lepas dorang kemas-kemas tu then baru dorang perasan yang ada 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak stay di bilik tu.
Very thoughtful.

Tapinya (ada juga tapi tu), aku perasan ada sedikit kekurangan berbanding dengan pengalaman pertama kami stay di hotel ni pada 2008 dulu. 
Aku rasa time tu hotel ni serba mewah. 
Room key diberi dalam bentuk backstage pass.Betul-betul macam rock star. Bawa balik buat harta sendiri pun adalah digalakkan. 
Sekarang macam hotel room key yang biasa. Kalau hilang kena bayar.
Dulu, mau cilok laundry bag pun tiada hal. Sekarang kena bayar.
Nasib baik servis mereka masih tip top macam dulu juga.

World economy really hits us kan.
Semua orang kena berjimat.  

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...