google analytic

Nuffnang

Friday, May 6, 2016

Short getaway to Bali - Cuti singkat untuk anak-anak (Hari kedua - 24 April 2016)

Hari kedua dan seterusnya di Bali.

24 April 2016

- Sepatutnya, masa day tour kami bermula pada jam 8.30 pagi. Tapi sebab Abang Edi cakap dia akan bangun lambat (tengok bola Manchester United punya pasal), maka kami tangguhkan sesi lawatan kami pada jam 12.30 tengahari.

Pagi ni aku breakfast dengan Zara dan Addin saja.

Tidak perlu rasa ragu-ragu dengan hidangan sarapan pagi di Hard Rock Hotel Bali ni. 
Makanan halal dan yang haram terpisah jauh dan tidak dimasak satu dapur.

Lepas breakfast, masa kami dihabiskan dengan aktiviti pool lagi.
Di sini, Addin sudah jumpa kawan dari Australia.
Dorang main bola tampar sama-sama kunun.

- Hari ni Pak Budhi yang bawa kami jalan-jalan. Kami request pada Pak Budhi bahawa kami hanya mau pegi 2 tempat. Tanah Lot dan Uluwatu untuk tengok Kecak Dance. Sebab 2 tempat ni la yang kami tidak sempat cover dulu pada tahun 2008. 

Mula-mula, Pak Budhi bawa kami lunch sini dulu, Rumah Makan Pondok Duo.
Memang sedap. 

Look at my plate. Aku ambil dendeng, sambal terung bilis, gulai otak, daun singkong dan sambal ijo.
Mabeles.
Bil kami untuk lunch ni Rp 138 ribu.
Kira macam murah la ni makan 4 orang. 
Memang banyak lauk pun kami ambil.
Addin ambil ayam 2 ketul.
Zara ambil rendang daging.
Abang Edi ambil ikan goreng.

Langsung ke Tanah Lot.
Air sedang pasang.
Memang silap la aku pakai seluar labuh ni.
Habis basah kaki seluar.

Dorang tiga beranak gigih mengharungi air laut yang sedang pasang untuk ke pura batu.
Nasib baik semua pakai selipar.
Kalau pakai kasut kan ke haru.

Walau matahari memancar terik, tapi angin bertiup kencang. 
Sempat lagi si Addin main layang-layang.
Tidak sia-sia aku beli layang-layang boleh lipat ni di Tokyo dulu.

Selonot betul mereka.

Sejam ja kami di Tanah Lot.
Cepat gerak kembali ke Avanza.
Ketiak saya sudah basah.

Satu jam membasahkan ketiak di Tanah Lot, kami terus ke Uluwatu pula.
Pak Budhi cakap tak bole lambat. Nanti the best seat akan kehabisan. 

Aku rasa ni ja gambar aku yang sorang-sorang.

Amboi senyum budak 2 orang ni.

Seawal jam 5 petang, kami sudah cop tempat.
Show starts at 6.

Matahari semakin melabuhkan tirainya.

Tiket masuk Uluwatu Temple ni Rp 100 ribu untuk kami 4 orang.
Tiket untuk tengok Kecak Dance ialah Rp 100 ribu untuk seorang.
Semua sekali, Rp 500 ribu. Mak oi.


Sita dan si Laksamana. 

Dewa Hanuman, watak paling menghiburkan sekali dalam persembahan Kecak Dance ni.

- Tapi sebenarnyakan, tidak adil untuk mengatakan watak Hanuman ni yang paling menghiburkan. Sebab, kami tidak tengok show ni sampai habis. 6.45 petang kami sudah meninggalkan Uluwatu untuk dinner di Jimbaran pula. Pak Budhi cakap kena keluar awal sebab kalau tidak nanti macet. Addin dan Zara cakap next time mesti tengok show tu sampai habis.

Pak Budhi bawa kami makan di sini.
Kononnya restoran ni menyediakan makanan paling halal berbanding restoran lain di Jimbaran (makanan halal tapi masih serve alkohol) dan tourist dari Arab selalu dibawa ke sini (siap ada shisha lagi). 

Dulu pegi sini bertiga, sekarang berempat sudah.
Eh sori.. berlima.. pasal ada sorang budak mengikut dalam perut :)
Yang penting budak berdua ni suka. 

Aku ambil lauk ikan kakap putih masak tiga rasa dan sotong seekor goreng tepung ja. Lain-lain iaitu nasi, sambal, sup, sayur dan buah-buahan potong sudah didatangkan pakej bersekali.
Bil kami Rp 435 ribu. 
Lebih murah daripada bil kami pada 2008. 
(Kali ni aku sudah terer pilih lauk. Belajar dari pengalaman.)

- Balik bilik rehat. Besok kami satu hari rehat di hotel ja. 


No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...