google analytic

Nuffnang

Sunday, May 15, 2016

Short getaway to Bali - Cuti singkat untuk anak-anak (Hari keempat- 26 April 2016)

26 April 2016

Hari last kami di Bali.

Aku bangun awal sebab mau packing segala.
Sepatutnya kami kena check out jam 12 tengahari.
Tapi semalam kami sudah minta untuk late checkout.
And today, kami boleh check-out at 1.30 petang.
Yieha.

Addin dan Zara masih lagi belum get over dengan keseronokan mandi pool di HRH Bali ni.
So, kami pegi sana lagi hari ni.
Tapi sebelum tu, kami kena bagi Addin dan Zara merasa ke pantai Kuta dulu.

Gilak panas. 
Matahari terik, pasir tu pun panas semacam. 

Tidak sampai 5 minit pun kami di sini.
Addin konon mau main layang-layang.
But no angin, so cannot talk more.
Jom balik hotel.
Nasib baik HRH Bali ni depan pantai Kuta ja.

On the way masuk pintu gate hotel, kena pose sini juga.

Berabis la dorang ni mandi kolam di kolam besar hari ni. 

Lepas habis session di kolam besar, kami sambung pula di kawasan kolam kecil.
Kolam kecil ni khas hanya untuk pengunjung yang duduk di bilik Premier Deluxe saja.
Kolam ni lebih kecil tapi orang yang guna pun tidak ramai.
Ada cabana kecil-kecil tanpa perlu extra bayaran.
Addin and Zara had last bonding time dengan kawan OZ dorang.

Lepas packing dan check out semua, kami dijemput oleh Pak Heri, the first supir yang jemput kami pada hari kami sampai di Bali.
Untuk lunch, Addin request untuk makan Nasi Padang juga.
Pak Heri bawa kami makan di gerai nasi padang dekat masjid dekat airport.
Sedap sangat. Murah pula tu.
4 orang makan Rp 108,000 sahaja.

Sampai di Airport ja, kami terus boarding.

Memang besar la airport Ngurah Rai baru ni.
Shopping pun best.
Sempat lagi aku menyambar satu Le Pliage Medium Long Handle Lompchamp tote baru.
Memang itu ja la brand handbag aku.
Tukar kaler ja setiap tahun.


Sementara menunggu departure, kami habiskan dulu balance Rupiah dengan makan ringan di restoran apa ntah lupa la namanya.
Si Addin ni bertuah betul, masa rilek-rilek di hotel tu tidak pula dia sibuk mau check ada kerja rumah ka tidak guna VLE Frog ni.
Sudah mau balik baru sibuk. Haih.
Nasib baik wifi di airport Ngurah Rai ni cemerlang. 

Macam biasa la, budak 2 orang ni mesti order ice chocolate dan Zara pula order banana smoothie.

Dan kentang goreng.

Nyam nyam sedap.

Ni gambar dalam bas menuju ke flight.
Hari tu sampai Bali ada aerobridge.
Hari ni kena naik bas pula.

Flight kami delay sejam.
Sebab ada masalah dari Jogjakarta kononnya.
Yang penting, semuanya selamat dan aman sejahtera.
Berakhirlah percutian 4 hari 3 malam kami ke Bali :) 


p/s: Aku kena buat satu master checklist untuk barang-barang yang perlu dibawa bercuti mengikut objektif percutian. Kalau ke destinasi berpantai, kena bawa topi, beach mat etc. Yang pegi Bali ni, tidak teringat pula untuk ikut checklist percutian ke Krabi. Sudahnya, kepanasan la di bawah sinaran terik mentari Bali. 

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...