google analytic

Nuffnang

Thursday, June 30, 2016

Cuti-cuti Boracay!! (Kisah hari kedua 29 Mei 2016)

1. Hari kami bermula dengan free breakfast di Maya's Filipino and Mexican Cuisine (restaurant adik beradik Jony's Beach Resort). Breakfast adalah menggunakan style hidang.

 Kami order fruits platter.

  
Dan pancakes. 

Pemandangan pantai dari Maya's.

2. Jam 9.30 pagi kami dijemput oleh Bebot ke bot untuk island tour yang terletak di Station 2.

 Ramainya la umat ikut island tour ni.
Patutlah murah.

3. Island Tour ni akan cover sesi 6 jam yang meliputi peralatan snorkeling, bersuka ria di Puka Beach, Crocodile Island (kena bayar extra PHP 25 per pax kalau mau terjun di sini), Crystal Cove (kena bayar extra PHP 200 per pax kalau mau masuk sini, Zara dapat half price sebab dia belum lepas had tinggi pengunjung) atau Cliff Jumping di Magic Island. Ada satu lagi island tu aku lupa apa namanya.

 Kami duduk di seat paling hujung belakang boat.
Sebelah kami ialah satu group dari China yang amatlah bising kecoh seluruh alam. 

4. Review island tour di Boracay:

First stop. Puka beach.  

 Boleh duduk di beach chair yang disediakan tapi kena order something.

 Jadi, untuk menghalalkan penggunaan kerusi pantai ni, kami order air kelapa yang mahal aku tidak ingat berapa harga. Gilos.
 
 Pasir di Puka Beach ada kasar sikit daripada pasir di White Beach Station 1. 

Kebanyakan bot di sini ada sayap. 
Menjadi playground untuk Addin dan Zara. 

 Aku ingat best sangat la di Crystal Cove ni. 
Tapi macam biasa-biasa ja aku rasa. 

Kalau anda datang untuk menikmati pemandangan batu karang dan hidupan laut berwarna warni di Boracay menerusi island tour ni, anda silap. Coral paling banyak pun di Crocodile Island. Itupun sikit. Sikit sangat. Ikan yang ada pun jenis ikan sendu ja. Tidak semeriah hidupan laut di pulau-pulau di Malaysia.

Seafood dan BBQ Lunch yang disediakan ialah: Nasi putih, air mineral, air ice lemon tea, sayur kangkung berbabi, suhun goreng berayam, ayam masak gulai lemak, sate babi, udang goreng garam simple, kicap masin (untuk cicah dengan sate babi agaknya) dan tembikai. Jadi kami hanya dapat makan nasi putih, udang goreng, kicap dan tembikai saja. Udang pun kena sukat. Setiap sorang hanya dapat 2 ekor udang saja. Kalau aku tau macam ni, bagus aku bawa bekal kari ayam Adabi dalam tin. Meriah sikit pinggan aku.

 
Kulit udang goreng, nasi putih dan tembikai.

Kalau boleh diulang masa, aku tidak akan ambil ni island tour by group walaupun murah dan ada makan free. Bagus aku charter satu private boat untuk island tour bagi tempoh masa 3 jam (harga ialah sekitar PHP 2000 hingga PHP 2500). Tidak perlu bersempit-sempit dengan tourist lain dan tidak buang masa. Memang ngam sangat la ambil private boat kalau ada jemaah yang lebih daripada 3 orang.

5. Lepas sesi island tour dan hemat diri, kami bergegas pula untuk Sunset Paraw Sailing yang dijadualkan pada jam 5.20 petang. Kami sampai di lokasi untuk paraw sailing pada jam 5.30 petang. (Kami lambat sebab esi island tour tadi habis jam 4.45 petang. Memang lambat sangat la tu). Semua paraw boat penuh dengan customer lain. At last, kami dapat naik paraw boat jam 6.00 petang. Time yang ngam-ngam untuk tengok sunset di Boracay.


 Pantai di Station 2 sebelah petang selalunya ada banyak rumpai seperti gambar di atas.

Ngam2 sunset. Ada hikmahnya terlewat sikit tu. Hehe.


 Selalunya paraw sunset ni ambil masa 20 minit.
Tu la budak2 ni bole baring2 lagi kunun.

 
Nice experience.
Lagi best dari island tour.

6. Oleh kerana kepenatan dan kelaparan lepas sesi island tour, kami semua tidak kesabaran mau makan. Aku kunun mau ke D'Talipapa for seafood dinner. Tapi lapar punya pasal, kami terjah ja ke Restoran True Indian Cuisine di Station 2.


Menu yang disediakan. Sori la imej tidak memuaskan.

 
Kami hanya order nasi beriani ayam, satu portion nasi putih dan Sri Lankan chicken curry.
Kari dan Abang Edi dan anak aku tidak dapat dipisahkan.
Bil kami makan di sini almost RM120 macam tu.
Mahal juga la. 

7. On the way balik hotel, kami singgah beli churros. Sedap yang amat!! Amat sesuai digandingkan dengan mango shake yang dibeli di Maya's.

 Kedai Churros ni ada di Station 2 on the way back to Station 1. 

 
3 biji churros ni harga PHP 128. 
Aku minta dorang jangan letak cinnamon. Churros ni cicah dengan coklat sos.
Sedap sangat!! 

That's all for our second day at Boracay.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...