google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 14, 2016

Kehilangan #2 - rumah kena pecah masuk

1. Kejadian pecah rumah kami ini berlaku pada Selasa minggu lepas. Di hari aku dan anak-anak bergembira sebab balik Labuan untuk sungkai (buka puasa) awal kunun. Sekalinya, aku dikejutkan oleh panggilan Abang Edi bahawa rumah kami dipecah masuk. (Abang Edi tinggal di KL).

2. I was like, "What??!!" Tak sangka sebab rumah aku yang tidak seberapa dan tidak sepatutnya dijadikan target untuk dipecah masuk itu akhirnya menjadi mangsa pencuri juga. After 4 years kami duduk di rumah itu. 

3. But seriously, memang rumah kami tidak seberapa. Walaupun mungkin orang lain nampak kami ni macam berduit la mengkali pasal suka travel sana sini, (percayalah, kami memang tidak banyak duit pun. travel pun bajet-bajet walaupun bukan secara backpack) rumah kami memang la teramat sederhana (we have budget for travel but not for rumah. rumah biar simple ja. huhu) . Set bilik tidur pun yang murahan beli masa zaman awal2 kawin dulu. Bukan tilam divan dan kabinet cantik custom made yang dipasang di dinding. Semuanya serba asal ada rumah la kata orang. 

4. Kerugian? Sebiji Macbook, jam besi Abang Edi (yang strap getah penyamun tu tidak mau), aku punya iphone charging cabel (kurang asam, aku belum pakai lagi tu, saja save dulu kot-kot charging cable yang kami sedang pakai sudah rosak), beberapa foreign currency note yang aku simpan buat koleksi, duit-duit RM1 yang Abang Edi simpan untuk belanja sekolah anak dan beg sekolah Addin (ni pun kurang asam. ada ka patut beg sekolah Addin pun kena kebas).

5. Geram juga sebab orang tu curi macbook kitaorang. Aku pun guna utilities Find My iPhone dan buat macbook tu in Lost Mode. Biar orang yang guna macbook tu terkulat-kulat mau crack. 


Innnalillahi wainnalilahi raajiuun

6. Yang geram lagi, aku tinggalkan rumah dalam keadaan kemas sebab aku mau balik kampung kan. Penyamun tu boleh sepahkan semua laci pakaian dan buku sekolah anak-anak. Dia mencari barang kemas la gamaknya. Aku bukan guna sangat barang kemas. Ada pun setakat seurat dua yang aku pakai di badan. 

7. Beg yang aku letak pakaian untuk didermakan pun kena punggah. Kurang asam. Bantal busuk di bilik tetamu pun jadi mangsa sepahan.

8. Ya ampun.. tidak pasal-pasal jadi kerja aku kena mengemas rumah. Kalau aku ada maid boleh la jadi mandur kan. Ni maid apa pun takdak. (Part ni aku tidak berapa mau redha).

9. Dalam masa yang sama, aku amat bersyukur kerana kami tiada di rumah ketika kejadian itu berlaku. Aku risaukan keselamatan kami anak beranak. Rasa ternoda kerana rumah yang menjadi tempat perlindungan kami telah dicabul keselamatannya oleh orang yang tidak dikenali dan berniat serta bertindak jahat dalam bulan ramadhan yang mulia ini. 

10. And now, I am thinking of looking for a contractor yang boleh pasang CCTV, alarm dan light sensor dan apa yang patut untuk meningkatkan keselamatan di rumah kami. Not because pasal kami ni berharta (jauh sekali) tapi sebab aku mau menghindari kejadian rumah kami dipecah masuk ketika kami dalam rumah. Nauzubillah.

11. Aku dan Abang Edi redha. Memang bukan rezeki kami. Harta hilang boleh diganti, yang penting nyawa kami selamat. 

12. Semoga keluarga kami, harta benda dan rumah kami dilindungi Allah dan dihindari daripada pandangan syaitan dan makhluk Allah yang jahat. Amin.

13. Moral: 

a) Aku ada terbaca dalam internet. Ada orang pesan: dia kata bersyukurlah bahawa pencuri tu mungkin ambil rezeki kita yang tidak berkat dan haram yang ada dalam simpanan kita secara kita sedar atau tidak sedar.

b) Mama aku pula cakap, kalau ikut kepercayaan orang cina, kejadian kecurian ni macam buang sial. 

c) Dugaan ramadan. Allah ingin menguji kita adakah kita menghayati makna ramadan yang utama which is tidak terlalu attach kepada benda-benda duniawi.

d) Dalam masa yang sama, perkara ini mengajar kami untuk meningkatkan tahap keselamatan rumah yang agak di take for granted sebab sebelum ni kami ada attitude yang kami rasa selamat-ini rumah aku-apahal orang nak masuk pula. Lepas peristiwa tu, kawasan rumah kami macam hari raya, lampu terang benderang menyuluhi kawasan halaman rumah. Biar la guna karen yang banyak pun, yang penting selamat.  

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...