google analytic

Nuffnang

Thursday, June 30, 2016

Cuti-cuti Boracay!! (Kisah hari ketiga 30 Mei 2016)

1. Hari ni kami hanya ada aktiviti parasailing dan free and easy.

 Mula-mula orang yang bawa bot tu tidak mau bawa aku sekali sebab aku pregnant. Aku bukan mau buat tu parasailing. Aku tunggu di bot ja. Sekalinya Abang Edi minta refund, terus dorang bagi green light untuk aku ikut dorang pula.

 Dari pantai kita stop di platform untuk parasailing dulu.

 Ready untuk terabang.

  
Sioknya la dorang 15 minit macam tu terabang dengan parasailing.
Aku juga boring2 tunggu di bot ja.

 
Tengok la si Zara yang gembira lepas sesi parasailing. 

3. Lepas sesi parasailing, cuaca amatlah panasnya. Tour guide kami tu beria kempen kami supaya buat helmet diving. Tapi sebab kami kurang berminat, jadinya kami berehat di bilik saja la.

  
Untuk mengelak panas, maka kita kena jalan bawah pokok. 

4. Untuk tengahari ni, kami habiskan semua stok makanan yang ada. Mee goreng segera, nasi impit, kari ayam dalam tin, serunding.

5. Tidur tengahari sekejap. Jam 4 petang macam tu, kami pegi melepak depan restoran Maya's. Kami sudah book beach chair dengan staff restoran tu masa kami pegi breakfast pagi tadi.

 Beg Hypergear kalis air yang aku redeem guna bonuslink point sebab point aku mau expired sudah.
Jimat RM80. 
Bonuslink punya redeem service pun excellent. 
Aku dapat beg ni dalam masa seminggu dari tarikh aku redeem.

  
Abang Edi melayan Addin buat sand castle.
Zara berlari-lari anak ke arah daddy dan abangnya. 

6. After bersunset di Willy's Rock, balik bilik untuk hemat diri. Punya la hancur hati aku bila Abang Edi bagitau henpon aku yang baru berumur 4 bulan masuk air!!!!! Waaa!!! (Post mengenai kisah sedih henpon aku di sini). Gambar kami di Willy's Rock pula banyak dalam kamera. Tapi gambar yang aku sudah transfer dari kamera ke macbook pun sudah jadi arwah sebab Macbook kami kena curi pula. Huhuhuhu..

7. Malam ni kami meneruskan hasrat aku yang semalam tu, seafood dinner di D'Talipapa. Ada pasar ikan di situ.

8. Kami beli seekor ikan belais pada harga PHP250 (harga asal tokey tu letak PHP500. Bengong. Kalau di Labuan sekilo dalam RM18 la paling mahal kali untuk ikan saiz besar macam tu). Ketam sekilo pula tokey tu letak harga PHP 950. Kami tawar hingga ke harga PHP 700. Tu pun aku masih rasa mahal lagi. Tapi boleh la, ketam tu masih hidup lagi dalam air masa kami beli tu. Nyampah. Tapi rela.

 Pilih pilih seafood segar

 Lobster. Tak mampu saya.

9. Lepas tu cari kedai yang boleh tolong masak lauk kami. Sekalinya, orang di kedai no 73 yang dicanang-canangkan oleh bloggers Malaysia tu cakap tukang masak dorang tiada. Dia suruh kami ke restoran lain di Station 1 pula konon. Aku mau orang masak lauk yang kami beli tadi tu. Bukan mau makan lauk restoran.

10. Then, dorang cadangkan kami ke restoran Sababi Paluto. Dorang bagi advise minta ja tukang masak sana tu supaya exclude everything yang berunsur babi, ayam dan daging lembu daripada masakan kami. Sebab dorang kata, kalau dorang ada guest muslim pun dorang akan ajak makan di situ. Ha ye la. Ikut ja la.

 Kari ketam kunun tapi macam masak lemak.
Heaven.

Kangkung goreng bawang putih.
 
  
Ikan belais goreng. Cicah dengan kicap perah limau berkasturi.

11. Tidak menyesal kami minta restoran ni masak lauk kami. Semua sedap. Bersih lagi tu restoran dorang. Orang-orangnya pun semua baik-baik. Ada satu restoran kami survey tu siap jeling-jeling aku lagi. Cheh. Tu kalau upah masak murah pun aku tidak mau. Belum masak sudah jeling, kalau masak mungkin diludahnya lauk kami.

12. Selesai makan, kami beli sedikit souvenir fridge magnet (boleh dapat 8 biji for PHP 100) dan tshirt untuk Addin dan Zara (2 helai for PHP 150).

13. Dari D'Talipapa kami ke D'Mall pula. Aku beli snack mangga kering jenama 7D pada harga PHP 80 sebungkus. Kalau di kedai luar boleh dapat PHP 70 sebungkus. Di airport, harganya jadi PHP 100 sebungkus. Gilos. (Di KL aku nampak mangga kering tu kena jual RM13 macam tu. Ok la. Ada la jimat sikit beli di Boracay).

14. Untuk malam terakhir kami di Boracay, kita raikan lagi dengan membeli churros semalam yang sedap tu. Cumanya, semalam beli 3 ketul ja. Berebut. Malam ni kami beli 6 ketul dengan harga PHP 188.

15. Kami juga sudah booking door to door transfer dari hotel kami ke airport Kalibo dengan tour guide kami dengan harga PHP 2200 (dapat sebiji van private untuk kami 4 orang ja).

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...