google analytic

Nuffnang

Monday, June 27, 2016

Cuti-cuti Boracay!! (Pendahuluan dan kisah hari pertama 28 Mei 2016)

Hello! Kamusta? (Means how are you? in tagalog. Derives from the Spanish Como esta?)

Pendahuluan

1 - Initially, tarikh perjalanan ke Boracay ni aku set in March 2016. Tapi kami mau bagi laluan untuk honeymoon kami ke Turki dulu. Boracay dikhaskan untuk cuti sekolah pertengahan tahun 2016. (p/s: Another perk of using staff coupon, kamu boleh tukar tarikh penerbangan sekali tanpa sebarang caj tambahan).

2. Tujuan ke Boracay? Sebab kami suka beach vacation dan aku mau try udara Filipinos. Adik-adik aku adalah peminat telenovela Filipina tegar. Ini serba sedikit memberi unsur galakan kepada aku untuk venture ke negara ASEAN yang berada di atas Borneo ni. Dan rata-rata blog yang aku baca, semua cakap beach di Boracay is to die for. OK. Mesti masuk dalam bucket list.

Hari Pertama - 28 Mei 2016 (Sabtu)

1. Untuk percutian kami kali ni, aku bawa 4 check-in luggage (1 beg untuk simpan pakaian termasuk rice cooker dan stok makan, 1 beg untuk simpan kelengkapan snorkelling dan topi, 1 beg untuk simpan pakaian, 1 kicking board yang besar sangat tidak boleh bawa masuk cabin). Malas bawa beg di tangan. Dan kali ni juga, kami try guna self-print tag dari rumah. (Semua fee untuk check-in luggage ni pun comes foc with the coupon.. hehe)


 Kicking board tu besar sangat maka terpaksa la check-in. 


 All luggages guna self-print tag. Alhamdulillah selamat sampai ke Boracay. 

2. Penerbangan dari klia2 ke Kalibo mengambil masa lebih kurang 4 jam. Flight kami delayed sejam sebab tetiba kapten kapal tidak dapat menyertai penerbangan so kena tunggu pilot lain. Pulak. Ada emergency mengkali.


3. Airport Kalibo amatlah kecilnya. Belum sempat masuk bangunan airport sudah bertaburan que untuk menyerahkan borang maklumat kesihatan kepada petugas bertanggungjawab. Borang maklumat kesihatan ni stewardess bagi dalam flight.


4. Ada satu soalan dalam kad kawalan kesihatan tu  "Adakah kamu ada mengunjungi klinik/hospital/premis kesihatan dalam masa 30 hari kebelakangan?" (Dalam English la.. takkan dalam BM pula.. hehe). Aku bagi tick Ya. So, aku pun kena tanya la kenapa letak Ya kan. Nampak sangat la menipu kalau letak tidak dalam keadaan pregnant ni. Sure la kena buat prenatal check up. Tapi tiada masalah pun. Lepas dengan jayanya ja.

5. Sebelum ke Boracay, aku banyak baca blog orang lain yang rekemen untuk ambil pakej transfer Kalibo-Boracay dengan menggunakan perkhidmatan Southwest Tours Boracay. Aku memula kunun berhasrat mau book secara online macam mahal sangat. Sebab ada tambahan 5% untuk web admin fee. Bayaran untuk seorang dewasa bagi perkhidmatan Door to Door termasuk Terminal dan Environmental Fees sudah PHP 761.25. Kalau untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak sudah PHP 2887.50. Mahal jugak la.

6. Sampai sana aku buat style koboi. Aku mau survey berapa harga yang dikenakan oleh Southwest Tours Boracay sekiranya kita buat tempahan secara walk in.

One way trip
1 orang dewasa (Door to Door) = PHP 600
1 orang kanak-kanak (Door to Door) = PHP 550

Return trip
1 orang dewasa (Door to Door) = PHP 1100 (Ada penjimatan PHP 100)
Untuk kanak-kanak aku tidak dapat find out sebab dorang busy sangat melayan customer lain

7. Dalam masa yang sama, ramai juga staff daripada tour agency yang lain yang approach kami. Dorang punya pakej lagi murah. Hanya PHP 400 untuk Door to Door services tapi guna van. Aku cakap aku tidak mau guna van. Aku mau naik bas atau kereta yang private untuk kami satu keluarga saja.

8. Bincang punya bincang, kami pun ambil satu van yang khas untuk kami 4 orang ja dengan bayaran PHP 1000. Bayaran untuk naik bot dari Caticlan ke Cagban Jetty Boracay, terminal dan environmental fees dan pengangkutan dari Cagban Jetty ke hotel kami kena urus sendiri. Kalau mau dorang urus pun boleh tapi kena tambah lagi PHP800 untuk kami 4 orang.

Suasana di pinggir jalan pekan Kalibo

On the way dari Kalibo ke Caticlan kita akan jumpa banyak sawah padi

Kebanyakan rumah dorang ni rumah kayu beratap nipah atau zink.
Kalau rumah batu pula, banyak yang tidak berplaster. Kalau berplaster, tiada cat.

Pemandangan biasa orang menunggang motosikal dengan tiada helmet dan bawa ramai-ramai macam ni. 

9. Setelah 1 jam setengah perjalanan dengan van dari Kalibo Airport ke Caticlan Jetty, aku beli pula tiket yang berkaitan untuk transfer kami dari Caticlan ke Cagban Jetty Boracay.

Dewasa 
Environmental Fee = PHP 75
Boat Ticket = PHP 25
Terminal Fare = PHP 100

Kanak-kanak
Environmental Fee = percuma
Boat Ticket = PHP 25
Terminal Fare = PHP 100

3 kaunter yang berasingan untuk bayar  environmental fee, boat ticket dan terminal fare.

10. Untuk kami 4 orang, jumlah bayaran hanya PHP 650 sahaja. Murah PHP 150 daripada yang dikenakan oleh tour agent yang sewakan kami van tadi tu.

 
Pandai-pandai la join the crowd untuk naik feri tu ye.

 Sebelum naik bot sila bagi tiket yang telah dibeli.
11. Perjalanan dari Caticlan ke Cagban hanya mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Pacik kelindan boat yang merenung nasib ketika matahari jatuh.

12. Kami sewa tricycle dari Cagban Jetty ke hotel kami Jony's Beach Resort dengan bayaran PHP 100 sahaja.

Agak besar juga tricyle ni. 
Untuk naik tricycle ni, kita cakap je dengan usher yang bertugas tu, I want the cheapest transport to Station 1.


 Masih dalam mode jakun naik tricycle. 

13. Perjalanan dari Caglaban Jetty ke hotel kami di  Jony's Beach Resort, Station 1 mengambil masa lebih kurang 15 minit. Rasa macam lama sangat. Sudahlah berabuk.

Hotel yang kami duduk, Jony's Beach Resort bagi welcome drink - jus mangga yang sedap!!
Patutnya ada 4 gelas tapi 1 gelas dah terpecahkan oleh si Zara. Huhu.


 Lepas urusan hemat diri dan solat maghrib, kami jalan-jalan jap di pantai Station 1 yang amatlah dekat dengan hotel kitaorg.


 Menikmati suasana sunset di Station 1, White Beach, Boracay. Dekat ja dengan Willy's Rock.

14. Lepas layan sunset maka kena la layan pula perut yang lapar. Untuk menjimatkan perbelanjaan, aku decide untuk selit juga sesi masak sendiri dalam bilik hotel.


Extension wire jangan dilupa.
Periuk nasi ni masuk kali kedua berkhidmat untuk kisah travel kami.
Aku bawa 3 bungkus beras yang telah disukat 2 pot siap-siap masuk dalam plastik.


  Lauk kami telur dadar dan ikan masin yang aku sudah masak siap-siap di KL (confirm sedap), kari ayam Adabi (sedap) dan Tuna Tomato Chilli Ayam Brand (tak sedap).

15. Tadi time jalan-jalan tepi pantai tengok sunset, kami perasan yang hotel kami dekat ja dengan Restoran Boracay Toilet. Aku pernah nampak 'kegilaan' restoran ni dalam instagram. Addin dan Zara pun mau try kunun. Abang Edi ok ja.

 Excited sungguh si Addin. 

 Kami order dessert dan drinks ja. 
Sebelah kiri atas ialah Halo-halo lumpia with yam ice-cream.
Sebelah kanan atas ialah teh ais.
Sebelah tengah bawah ialah Banana lumpia with choc syrup.
Perbelanjaan kami di sini ialah lebih kurang PHP 450.00 gitu.
Mahai.

 Tapi kemahalan makanan itu diselitkan dengan perhiasan mengarut di restoran ni. 

 Anda boleh suka hati men'vandalisme'kan dinding di ruangan tangga naik ke atas restoran ini. 

 Semua orang dapat kerusi duduk bentuk mangkuk jamban yang fancy. 

 Ambil gambar dengan props yang disediakan adalah FOC.

16. Lepas sesi di Boracay Toilet, kami jalan-jalan ke Station 2. Objektifnya untuk mencari pakej island tour,  parasailing dan sunset paraw sailing di Boracay. Aktiviti lain aku tidak berminat. Kami survey 3 booth yang berlainan. Rata-rata dorang ni menawarkan:

Island Tour (group with lunch, 6 hours) - PHP 800 per pax (ada yang bagi setengah harga untuk budak-budak, ada yang tidak bagi diskaun langsung)
Parasailing - PHP 1300 (yang ni memang tiada diskaun untuk budak-budak)
Sunset paraw sailing - PHP 300


Ni harga pakej yang disediakan oleh pihak hotel. Ada mahal sikit di situ.

17. Kami bersepakat untuk ambil pakej dengan Eagle's Eye Travel and Tours. Sebab 1) Brother nama Bebot yang deal dengan kami tu kelihatan jujur, transparent dengan kami dan kelakar 2) Harga yang dorang tawarkan paling murah. 

18. Untuk ketiga-tiga aktiviti kami dapat the best deal untuk kami sekeluarga.

Island Tour (group with lunch, 6 hours) - PHP 700 per pax x 2 dewasa + half price untuk budak-budak = PHP 2100
Parasailing - PHP 1200 per pax x 3 pax = PHP 3600
Sunset paraw sailing - PHP 200 per pax x 3 pax (untuk Zara free) = PHP 600

19. Hati banyak suka sebab dapat pakej dengan harga yang just right. Kena tidur awal sebab penat seharian travel dari KL ke Boracay.

 Ambil gambar dengan istana pasir ni kena charge PHP 50.
Gilos.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...