google analytic

Nuffnang

Friday, June 2, 2017

Cuti-cuti Melbourne Spring 2017 - Itinerary cuti-cuti Melbourne 31 Mac - 8 April 2017

Helo!!

Rasa bosan pula update cerita travel kami ke Melbourne guna konsep day by day ni.
Sebab perkara tu sudah lama berlalu (awal bulan April tu, sekarang sudah awal bulan Jun), jadi banyak benda yang aku sudah lupa.
Konsep travelog day by day ni aku rasa paling sesuai untuk dibuat kalau semua post dikarang sebaik balik ke tanahair.

Jadikan, aku rasa better la aku up cerita pasal Melbourne ni guna konsep macam aku up pasal cerita travel aku ke Perth tu.
Ringkas-ringkas ja. Yang penting semua tips yang aku rasa perlu untuk share tu dapat disampaikan dalam blog ni.

**Cerita pasal hari pertama, kedua dan ketiga aku sudah up tapi aku set to draft semula. Sori ye. Hehe.

So inilah itinerary kami yang aku rancang sebelum kami ke sana.
Dan pada hari-hari tertentu aku bagitau juga realiti yang berlaku yang tidak mengikut plan asal.
(Banyak yang aku plan tidak jadi sebab aku overlook factor daylight saving time yang berubah pada 2 April 2017. Masa jadi bertambah pantas).


Malam pertama, 31 Mac 2017 (Travelling day)

  • Naik flight AirasiaX dari klia2 ke Melbourne Tullamarine Airport jam 10.30 malam. Flight no. D7214. Full flight!! 

Emir berperasaan neutral for his first long haul flight. 
Zara bekerjasama memberi pose ayu. 
Addin bosan disuruh posing untuk ketikan gambar yang ke-10 kalinya. 

Sinar jingga di ufuk timur


Hari pertama, 1 April 2017

  • Stay di Airbnb (area Carlton, dekat dengan Queen Victoria Market) - akan explain di post tentang penginapan
  • Free and easy

Kami pegi jalan kaki dari Carlton ke area Flinder Street sebab mau tengok keadaan sunset di Yarra River.

Jalan-jalan di area Federation Square

Ambil angin petang berlatar belakang Yarra River

Churros for supper

Hari ke-2, 2 April 2017 
(Daylight saving time ended, clocks were turned backward 1 hour. So, start today, beza masa local dan Malaysia adalah 2 jam instead of 3 jam) 

  • Free and easy 

Pegi Queen Victoria Market beli souvenir
Free and easy - Bawa anak beriadah di Flagstaff Garden
Beli baju sejuk Emir untuk ke Philip Island dan Great Ocean Road roadtrip


Morning Melbourne!

Riadah di Flagstaff Garden.


Hari ke-3, 3 April 2017


 Roadtrip map day 1: Semua tempat dapat pegi tapi tak ikut time seperti yang dirancangkan. 
  • Ambil kereta sewa di East Coast Rental
  • Pegi Puffing Billy
  • Pegi Philip Island
  • Makan tengahari di Panny's Chocolate Factory -- harem... tak sempat makan tengahari
  • Pegi The Nobbies -- tak sempat juga 
  • Pegi Penguin Parade
  • Check in Seahorse Motel (the best motel, very value for money) - akan explain di post tentang penginapan

Kami patut gerak ke Puffing Billy jam 10 pagi untuk kejar train jam 11.10 pagi dari Belgrave. 
Tapi kami gerak jam 11.30 pagi. Habis rosak program.


Ready for roadtrip

Juntaikan kaki di Puffing Billy train

Penguin sini macam kucing. Suka lepak bawah kereta. 


Hari ke-4, 4 April 2017


Roadtrip map day 2: Tidak mengikut seperti yang dirancangkan. Huhuu..

  • Pegi Great Ocean Road naik feri, dari Sorento ke Queenscliff (Searoad Ferry)
  • Singgah bandar-bandar di sepanjang coastal road - Geelong, Torquay, Anglesea, Aireys Inlet (Split Point Lighthouse), Lorne ** tidak sempat singgah pun sebab kami gerak dari Philip Island jam 1.30 petang begitu
  • Check in Big4 Apollo Bay Pisces Holiday Park (I love this holiday park) - akan explain di post tentang penginapan


Kami lambat gerak dari Philip Island sebab hari ni baru kami berpeluang pegi The Nobbies dan makan kari di Panny's
So, kirim salam la mau singgah di Geelong, Torquay, Anglesea, Aireys Inlet (Split Point Lighthouse), Lorne
Next time kalau pegi Melbourne lagi kena singgah Split Point Lighthouse di Aireys Inlet sebab aku baca review pegi sana masuk free kunun
Dan kena singgah Lorne juga sebab ada playground park yang besar - best betul tengok dari dalam kereta


Di The Nobbies.

Coastal road. 


Hari ke-5, 5 April 2017


Roadtrip map day 3: Sama macam semalam. Tidak mengikut seperti yang dirancangkan. Huhuu lagi. 

  • Pegi Great Ocean Road. 
  • Singgah 12 Apostles, Loch Ard Gorge, London Bridge, Port Campbell, Ballarat dan balik ke Melbourne
  • Menginap di airbnb di Mackenzie Street - akan explain di post tentang penginapan

Hari ni Emir not feeling well. Lemah ja Emir. Aku bagi dia ubat demam. 
Kami hanya sempat singgah 12 Apostles dan Loch Ard Gorge ja. 
Terus balik Melbourne.

Di Loch Ard Gorge.

Hari ke-6, 6 April 2017

  • Free and easy

Kami pegi Hosier Lane tengok orang conteng dinding, Brighton Beach, State Library of Victoria


Orang menconteng in action.

Panas lit lit bak hang.

Aku paksa dorang baca buku.


Hari ke-7, 7 April 2017

  • Free and easy

Pegi Queen Victoria Market dan piknik di Flagstaff Garden


On the way to QVM.

Piknik.


Hari ke-8, 8 April 2017 (Travelling day)

  • Balik Malaysia naik flight D7 213 jam 9.35 pagi. 

Yeay!! Nasib baik dapat optiontown. Boleh la berehat lebih selesa dalam flight. 


While waiting for flight departure. 

Kami dapat 2 extra seat. 

10 comments:

  1. hi. dari aiport to hotel, awak naik apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fitriyah, kami naik Skybus dan teksi. Tapi better naik teksi je. You can read our experience at my new entry post http://jijuzera.blogspot.my/2017/07/cuti-cuti-melbourne-victoria-australia.html

      Delete
  2. Hi..
    Mo tanya bah..puan naik train dr penginapan ke brighton beach?ambi masa brapa lama tu ah mo smpai sana beach?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lady Lydia

      Lama juga mau naik train tu.. ada juga dalam 30-40 minit begitu rasanya. Lepas tu kena jalan kaki lagi dalam 10 minit begitu

      Delete
  3. nak tanya untuk travel by car kanak-kanak wajib pakai baby seat ke? perkhidmatan kereta sewa memang dh siapkan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ayaya,

      wajib guna baby seat di Australia. company sewa kereta boleh sediakan kalau kita nak sewa. kalau bawa babyseat sendiri dari Malaysia pun boleh.

      Delete
  4. Salam,
    Kalau bawak makanan dr malaysia mcm tin stuff dan instance noodle, custom dia org rampas tak, nak pegi ogos ni, dah biasa bawak makanan sblm ini ke jepun dan europe, risau juga dgr australia ni strict. Tqsm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,
      Dorang akan buang sekiranya packaging tak cantik dan ada unsur-unsur yang tak best contoh beras ada bubuk, bukan commercial packed etc. Sebaik-baiknya, bawa makanan yang commercial packed dan boleh difahami ingredients nya dalam bahasa inggeris dan yang paling penting sekali kena declare. sebab kalau tak declare, nanti kena denda bayar mahal. kalau dah declare, walau kena buang sekalipun tapi at least tak kena denda. jangan risau, kat sana banyak halal dan senang cari asian food.

      Delete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...