google analytic

Nuffnang

Wednesday, June 14, 2017

Cuti-cuti Melbourne Spring 2017 - Penginapan kami di Philip Island

Di Philip Island, kami menginap di Seahorse Motel di kawasan Cowes.
Cowes ni adalah dalam 15 minit gitu dari Penguin Parade dan The Nobbies.
Di kawasan Cowes ni senang cari restoran dan supermarket.
Recommended neighborhood.

Alkisahnya, kami sampai di Seahorse Motel ni pun macam jam 5 petang begitu.
Sebaik check in ja terus drive ke Penguin Parade.
Stay sini pun 1 malam ja. So, kami tidak stay lama sini.
Rasa rugi pula sebab stay sekejap ja di sana.
Sudah la murah, lebih kurang RM500++ ja untuk satu malam for a room yang muat untuk a family of 4.

Okeh, kenapa aku pilih motel ni?
i) Sebab rate motel ni boleh tahan murah berbanding dengan hotel/motel lain di Philip Island.
ii) Walaupun murah, rating di booking.com dan agoda amatlah berbintang-bintang. No need to stay at a hotel yang mahal kalau boleh dapat motel with a good price and a very good review.
iii) Kereta boleh parking depan bilik.
iv) Ada playground. Faktor yang penting untuk family yang ada anak-anak yang sedang membesar.

The verdict?
i) Kami suka sangat! Kami sampai-sampai ja, Addin dan Zara teruja nampak playground. Aku dan Abang Edi buka pintu bilik ja, teruja nampak kelengkapan yang disediakan.
ii) Ada 1 bilik. Dalam bilik ada queen bed, di ruang tamu ada 2 single bed.
iii) Ada 2 tv, satu dalam bilik, satu di ruang tamu.
iv) Ada dapur, peti ais, meja makan.
v) Di bahagian belakang ada yard yang disediakan meja dan kerusi piknik.
vi) Orang yang menyambut kami di receptionist pun peramah yang amat. Aku ja nda berapa paham accent aussie orang tu. Sudah la ia becakap laju. Hoho.
vii) Bilik air besar betul. Laju lagi tu air showernya.
viii) Mau bbq, mandi kolam, bawa anak main playground - yeah, you can have it.
ix) Tidak silap aku ada wifi.

Senang cerita, siok la sini.
Kereta sewa kami parking depan bilik.

Pemandangan bilik motel kami dari luar.
Kelihatan meja makan dan dapur di situ.

Pemandangan bilik motel kami dari luar. 
Kelihatan 2 single bed dan meja makan. 
Sofa pun ada.

Dapur. Ada peti ais.
Tidak silap aku, rice cooker pun ada.

Bilik air yang besar. Siap ada bangku lagi.

Backyard yang lengkap dengan meja piknik.

Bedroom. Nampak ka tu meja piknik di luar? (Nampak samar2 di sebalik langsir)

Dalam bilik ada tv tergantung. 
Di luar pun ada satu tv lagi terletak atas meja.

Aku bejalan ke playground. 

Kolam renang.

The highlight of the motel - playground! 

Emir dan daddy pun mau pigi playground juga.


Melompat la kamu sepuas hati di sana Addin. 

Budak Zara ni yang tidak menyempat. 
Bangun tidur ja terus pegi playground dalam keadaan gelap2 dan sejuk2.
Gambar ni diambil lepas dia sudah wangi dan kami sudah mau check out.

Main pondok-pondok kunun.

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...