Wah... hari ni rajin betul aku update blog.
Hari ni ada free sikit sebab aku cuti kerana terpaksa jaga Emir yang kena demam campak.
Addin dan Zara pun sudah habis cuti sekolah.
So, I can have this notebook all to myself.
Sambung cerita pasal penginapan semasa kami road trip ke Great Ocean Road pula.
Selama road trip 2 hari kami di Great Ocean Road, kami stay 1 malam di Apollo Bay.
Sengaja aku pilih Apollo Bay untuk tempat kami berehat selepas lama drive dari Philip Island.
Kiranya, Apollo Bay ni tengah-tengah antara road trip kami iaitu Philip Island - Apollo Bay - Great Ocean Road attractions - dan kembali ke Melbourne.
Kenapa aku pilih Big4 Pisces Holiday Park di Apollo Bay?
i) Aku tertarik dengan konsep caravan park ni. Walaupun kami tidak bawa karavan, tapi kami boleh sewa motel yang lebih selesa.
ii) Review pun bagus. Harga pun boleh tahan.
iii) Berdasarkan review, kononnya park ni dekat dengan pantai. Well, kebanyakan accomodation di Apollo Bay memang dekat dengan pantai pun.
iv) Dan juga dekat dengan town. So, untuk drive ke town for dinner is tidak memenatkan.
v) Park ni pun ada playground! 1000 markah di situ. Playground dorang lagi best dari motel di Philip Island. Addin dan Zara tidak puas hati pasal kena stay sini 1 malam ja.
Review
i) Best. Untuk first timer seperti kami, caravan park ni memang siok environmentnya. It's like a kampung. Karavan parking di lot yang disewa, karavan dorang dapat bekalan air dan elektrik. Orang yang tiada karavan boleh sewa motel. Ada juga kemudahan bbq, shared bathroom, laundry, bilik tv and wifi.
ii) Kami sewa motel yang ada spa bath muat untuk 6 orang dan ada view laut. Kalau aku buat booking awal sikit, kami boleh booking motel yang muat untuk 5 orang yang lebih murah.
iii) Harga motel or lodge bergantung kepada facilities dan bed yang disediakan. Yang paling murah ialah basic lodge yang tidak facing laut. Abang Edi mau seaview so kena la ambil yang mahal sikit.
iv) Bilik kami macam rumah kecil yang ada ruang tamu, dapur, 2 bilik tidur dan bath tub with jacuzzi.
v) Rice cooker pun ada untuk pemakan nasi tegar.
vi) Kereta boleh parking sebelah rumah.
Signage masuk park.
Dalam park ni, tidak boleh drive laju-laju.
Aku depan reception.
Kami sampai ja, terus Addin dan Zara pegi playground dan make friends.
Memang gembira betul dorang sini sebab playground ni ada flying fox.
Anak-anak orang putih ni pun peramah semuanya.
Rumah kami untuk satu malam di Apollo Bay.
Rumah kami dekat dengan swimming pool.
Ruang tamu.
Best kan. Kalau aku ada rumah macam ni pun siok.
Kawasan dapur.
Aku sedang tunjuk bilik air.
Bilik ni muat untuk 4 orang.
Sebab kami hanya berempat (minus Emir), maka dorang hanya make the bed for 2.
Bilik air dan tandas asing.
Kalau mau cuci bontot kena pegi bilik air.
Bath tub tu ada jacuzzi.
Master bedroom.
Microwave dan peti ais wajib ada.
Kitchen utensils.
Dapur masak dan oven.
Periuks. Kalau mau masak sendiri, memang lengkap la.
Peralatan dapur.
Peraturan yang mesti dipatuhi.
Aku kagum pasal ada rice cooker.
Pemandangan awal pagi.
Besok paginya, kami bangun awal sebab aku mau pegi pantai.
Budak-budak ni bangun awal sebab mau main playground kunun.
Aku tidak bagi sebab orang lain belum bangun.
Still too early.
7 pagi di pantai Apollo Bay.
Kami mau check out suda.
Abang Edi dan Zara belakon main giant chess kunun.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment