2 malam pertama di airbnb - Apartment 1 bilik di area Carlton. Carlton ni kira outskirt sikit ja dari Melbourne. Berdepan dengan ibis Melbourne Hotel and Apartments. Dekat sangat dengan Queen Victoria Market.
1 malam di motel - Seahorse Motel di Cowes, Philip Island. We love this motel very much. Paling berbaloi.
1 malam di caravan park - Big4 Apollo Bay Pisces Holiday Park, Apollo Bay, Great Ocean Road. Sini pun aku suka juga. New experience.
3 malam terakhir di airbnb - Apartment 2 bilik di Mackenzie Street, Melbourne. Berdepan dengan petrol station 7E, Space Hotel dan State Library of Victoria.
So, berikut ialah review bergambar untuk accomodation di atas.
2 malam pertama di Melbourne - Airbnb - Apartment 1 bilik di area Carlton (sipi-sipi Melbourne City)
Kenapa aku pilih airbnb ni?
i) Harganya kompetitif - semua harga accomodation mahal sebab duit RM jatuh.
ii) Cancellation policy - Flexible. Rating di airbnb pun bagus.
iii) Dekat dengan Queen Victoria Market dan tram stop.
iv) Boleh smoking - bukan senang mau dapat airbnb yang allow smoking walaupun banyak airbnb yang ada balkoni.
v) Guna dapur gas - I don't like guna dapur induction. I tak reti. Tapi sudahnya, I tak masak sangat pun. Takat masak maggi ja.
vi) Ada wifi.
Review:
i) Host airbnb ni bertimbang rasa. Masa check-in sebenar is jam 2 petang. Aku cakap aku bawa baby. Kalau dia bagi kami simpan beg ja dulu pun ok. So, kami boleh jalan-jalan di city tanpa bawa beg kan. Syukur Alhamdulillah, Allah lembutkan hati tuan rumah ni untuk bagi kami masuk jam 12 tengahari as long the cleaner selesai bersihkan rumah. Kami tidak perlu tunggu sampai jam 2 untuk masuk rumah.
ii) Rumah selesa. Keselamatan terjamin.
iii) Lokasi terbaik. Jarak dengan QVM 5 minit ja. Kalau mau pegi Swanston Street pun lebih kurang 10 minit jalan kaki sampai.
iv) Tiada makanan free disediakan. Gula, teh, kopi ada. Sabun basuh baju ada.
v) Host ni tidak bagi review sama aku di airbnb. Kureng asem. Busy kot.
vi) Kami tiada jumpa pun host airbnb ni. Ada tejumpa cleaner ja. Host dan cleaner orang putih.
vii) Rumah ni ada periuk nasi elektrik.
viii) Sebab rumah ni depan ibis Hotel dan Apartments maka senang dapat teksi.
ix) Kalau mau solat jumaat pun senang. Sebab apartment ni dekat dengan dewan yang dorang convert jadi tempat solat jumaat. Dewan tu dekat dengan Zen Apartment dan QVM.
Gambar pertama masuk airbnb. Ruang tamu merangkap ruang makan dan ruang tidur (sebab ada sofabed).
Bilik mandi + tandas + laundry room (ada washing machine dan dryer tersorok dalam kabinet).
Dapur
Pemandangan dari dalam rumah menghadap Zen Apartment.
Di luar tu ada balkoni. Siap ada meja lagi so Abang Edi boleh besigup.
Kelihatan sinki (bawah tu ada dishwasher), oven, toaster dan kettle.
Study desk kunun. Dalam almari sebelah kiri tu ada vakum.
Pemandangan dapur dan pintu utama.
Bilik tidur utama yang ada kabinet bercermin penuh.
Queen bed dalam master bedroom.
Tingkap besar tu ada pemandangan Zen Apartment.
Kenapa aku pilih airbnb ni?
i) Harganya kompetitif - harga airbnb yang kami stay di 2 malam pertama di atas tu lebih murah tapi logik la yang ni ada lebih mahal sedikit sebab dalam kawasan Melbourne city dan 2 bilik.
ii) Rating di airbnb bagus walaupun cancellation policy ialah strict.
iii) Pemandangan cantik. High level. Ni Abang Edi yang pilih sebab dia mau view.
iv) Boleh smoking - bukan senang mau dapat airbnb yang allow smoking walaupun banyak airbnb yang ada balkoni.
v) Guna dapur gas - I don't like guna dapur induction.
vi) Ada wifi.
Review:
i) Rumah selesa. Keselamatan terjamin.
ii) Lokasi terbaik. Jarak dengan Swanston Street pun lebih kurang 5 minit jalan kaki sampai.
iii) Tiada makanan free disediakan. Gula, teh, kopi ada. Sabun basuh baju ada.
iv) Host rumah ni ialah orang Singapore tidak silap aku. Cleaner orang asian. Aku pernah jumpa cleaner ja. Tidak pernah jumpa host.
v) Aku tidak pernah communicate dengan host airbnb ni. Dia ada wakil orang putih (co-host) yang tolong manage rumahnya.
vi) Host dan co-host tidak bagi review sama aku di airbnb. Kureng asem. Busy kot.
vii) Rumah owner orang asian. Tapi tiada rice cooker. Pelik.
viii) Ramai asian yang stay sini. Tingkat bawah ada satu convenience store yang jual banyak barang dari asia. Mau cari maggi dari Malaysia pun senang. Cashier yang keja sana tu keja part time, baru habis study di RMIT asal dari Malaysia.
ix) Berdepan dengan 7E petrol station. Kami beli myki card sana. Dapat teksi pagi buta pun senang. Sebab ada beberapa teksi selalu park sana.
x) Di airbnb ni la first time aku guna dishwasher. Siok rupanya guna dishwasher. Susun pinggan mangkuk cawan, masukkan sabun, then tinggal. Selesai sesi mencuci, tau2 kering suda semua dishes yang kotor tadi.
Unfortunately, tidak banyak gambar yang kami ambil di apartment ni.
View yang cantik di waktu malam.
Pemandangan ruang tamu yang bersepah.
Emir yang hanya berpampers atas queen bed di master bedroom.
That's all.
Post seterusnya ialah review aku tentang accomodation kami di Philip Island dan Apollo Bay.
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment