google analytic

Nuffnang

Monday, July 16, 2012

Perhentian Besar (pictures)

Sambungan dari entry sebelum ni.
Entry ni tunjuk gambar ja.

Semua gambar diambil dengan Samsung Galaxy Note aku.
Gambar-gambar underwater yang diambil guna kamera RM30 semua tidak clear. Buat koleksi tatapan sendiri bole la :)


 On the way to Perhentian from Jeti Kuala Besut
Tidak pakai life jacket.. Gembira sambil risau.. Hohohoh


  1 queen + 1 single bed. Cukup untuk kami anak beranak


 Posing depan chalet. 
Ada kerusi, side table, tali ampaian, penyapu, paip air dan tong sampah disediakan.


 Aku dan Zara berposing di pantai waktu pagi. 
Time ni Abang Edi dan Addin masih tidur.


 Zara enjoy main pasir


 
Pemandangan pantai di Abdul's Chalet di tengahari



 Utlraman di jeti Perhentian


 Pemandangan pantai Tuna Bay resort


 Aktiviti wajib waktu petang
  
 
 Bersukaan dengan float panjang yang didermakan oleh seorang minah salleh yang baik hati.. Dia bagi free ja pasal kununnya besok dia mau check-out suda.. Aku terima dengan hati yang terbuka.. Sedangkan baru terfikir mau beli sendiri :)


 
 Peace no war

 Ikan-ikan yang berebut makan roti tu

 Di Coral Garden


 Ramainya umat.. Semua mau mengejar turtle di Turtle Point

 

 Lama menunggu kami bersnorkel, Zara sempat menyusu atas bot..


 Men on the boat

Back to chalet. Addin dan Zara sempat main air lepas sesi snorkeling.



 First night dinner - Lobster sambal, kailan ikan masin dan telur dadar


 2nd night dinner.. Sebelah kiri ada sotong masak sambal. 
Abang Edi sedang mencedok sup nelayan. Sedap.


 Mau dinner pun sibuk tengok youtube lagi.. Free wireless connection lah katakan..

 Zara ni banyak makan dan main.. habis bersepah lantai dengan nasi dibuatnya.. Nasib baik staff chalet ni baik-baik..



Keropok Lekor Bukit Tok Beng.
Ni la pandangan dari tempat mengorder keropok... punya la ramai orang.. ada yang siap datang berombongan naik bas lagi..

Punya la lama mau kena tunggu nombor kena panggil.. sedap punya pasal, bole ja..


Perhentian Besar (trip details)

Pegi Perhentian Island!!

Details:
  • Travel to East Coast
    • Bertolak dari KL ke Jeti Kuala Besut pada 5.30 pagi 12/07/2012
    • Dengan bantuan maps yang diberikan oleh kawan Abang Edi, kami selamat sampai lebih kurang jam 1.30 tengahari. 
    • Perjalanan tidaklah boring sangat. Addin layan iPad, Zara layan iPhone, aku tukang tengok map
  • Bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian
    • Beli tiket feri di Jeti Kuala Besut - RM70 return fare for adult, RM40 untuk si Addin, dan FOC untuk Zara.
    • Beli dengan MD Travel - kami tidak kena suruh pakai life jacket. Aku tengok bot orang lain semua pakai life jacket. Risau juga kalau jadi apa-apa, sudah la tidak pandai berenang. Nasib baik cuaca ok.
    • Kereta parking di rumah orang - RM30 untuk 3 hari.
    • Kami satu bot dengan 4 orang remaja lelaki, a young lady yang nampak grunge tapi sebenarnya peramah dan sepasang couple dari Jepun.
    • Addin dan Zara seronok naik bot - cicit nelayan la katakan.
  • Menginap di Abdul's Chalet.
    • Pro - dekat dengan jeti, pantai putih dan bersih, well maintained, ada wireless di cafe, good digi and maxis coverage
    • Cons - Banyak semut. Tapi aku rasa ni adalah masalah sejagat di Perhentian. Nama pun pulau. Tidak boleh salahkan pihak hotel. Semut-semut tu datang sebab si Zara makan roti coklat sambil bersiar-siar dan melompat-lompat dalam bilik.
    • Kami booking bilik family room, garden view (sea view sudah penuh bah... huhuh)
      • Bilik no 15 - masih boleh nampak pantai dari bilik 
      • 1 queen bed + 1 single bed = kami satukan jadi satu king bed yang besar supaya muat 4 orang
      • ada aircond dan kipas
      • bilik air yang besar - ada water heater
      • tiada tv
      • ada penyapu disediakan - untuk sapu pasir
      • ada paip air di tangga - boleh basuh kaki sebelum naik bilik
      • 3 clean towels provided - tapi tiada sabun dan syampu
      • tiada tanda kiblat - tapi boleh tanya pihak chalet. Kiblat menghadap pantai pukul 1. sejadah pun tiada. tapi mungkin boleh pinjam dari pihak chalet. aku guna kain bersih ja untuk alas sembahyang. 
    • Ramai western yang menginap di Abdul's Chalet.
      • dorang suka berjemur dan mandi laut especially at noon. kami pula masuk laut di awal pagi dan lewat petang ja pasal takut sunburnt (tapi kena juga sunburnt.. hehe) 
      • Ada juga seorang dua Malaysian chinese
      • Sepanjang 2 malam kami duduk sana, ada satu family melayu (malam pertama) yang check out pada keesokkan harinya.
      • Jiran kami
        • Malam pertama - a couple entah dari mana - kami balas senyum ja
        • Malam kedua - a family with 2 young boys from Sweden. Amat peramah.
        • Jiran selang dua pintu - a family with 2 young boys from Norway. Juga amat peramah.  
    • Snorkelling
      • kami book dengan Abdul's Chalet RM35 per adult untuk 3 point - Turtle point, Shark point dan Coral Garden
      • life jacket RM8 per day, snorkeling gear RM8 per day 
      • aku dan abang Edi tidak pandai swimming. tapi lepas pakai snorkeling gear tu boleh punya swim. maybe pasal kami dapat control pernafasan. 
      • Managed to see 1 turtle, banyak ikan cantik-cantik, tapi tiada shark pasal kami tidak pegi pun, ada ombak besar
      • jellyfish pun banyak.. hohoho..
      • aku tengok bot orang lain ada roti. driver bot kami tidak bagi. nasib baik aku bawa roti aku sendiri untuk bagi ikan makan. 
      • ambil gambar pakai kamera boleh masuk dalam air yang beli di S&J Sunway Pyramid for RM29.90. (di Abdul's Chalet pun ada kamera underwater yang disposable dijual pada RM55)
    Lepas 2 malam di Perhentian, kami turun ke Kuala Terengganu.
    • Stay di Grand Continental
      • Ada wireless internet
      • newspaper kena request baru dapat
    •  Beli kain batik di Pasar Payang dan butik Hungga depan hotel
    •  Beli keropok lekor di Kg Bukit Tok Beng. Satu jam baris. Siap ada nombor. Nasib baik sedap. 

    Pictures in next entry.

    Friday, June 29, 2012

    More tips on HLP

    Salam kejayaan!

    Dulu aku ada cakap mo bagi more tips kan.
    Sekarang ni pun musim penjawat awam memohon HLP.
    Jadi ngam la kali kalau aku kasi post ni.
    Mana tau nanti aku mau apply for PHD pula, bole a refer balik ni entry :)
    InsyaAllah.

    Know your main interest of study:
    Kalau masih terkial-kial mencari mau buat topik pasal apa, mungkin boleh tanya diri sendiri - saya ni terer tang mana? Skill apa yang saya ada? Kalau mau buat topik research pasal ni, data collection tu buat macamana? Study setting (mungkin di jabatan atau kementerian sendiri) dan informant tu (mungkin colleagues sendiri) saya target di mana dan siapa? Apa-apa la yang patut..

    p/s: walaupun anda berniat mau buat coursework ja nanti, tapi wajib sediakan proposal kan. So kena fikir juga semua-semua di atas tu.

    Buat research:
    Baca jurnal yang berkaitan dengan topik atau area yang anda berminat untuk buat coursework atau research tu. Pastikan artikel jurnal yang dibaca tu adalah yang latest (dalam 5 tahun ke belakang. Sekarang tahun 2012 - cari la paper aorund 2007 hingga 2012). Cari artikel di INTAN pun ok. Cara cari artikel senang ja. Guna Google Scholar. Baca dan download la artikel yang free. Kalau mau download artikel tapi artikel tu berbayar, mungkin anda boleh dapat free dengan minta tolong dengan member anda yang sedang belajar, kot2 universiti dorang ada subscribe jurnal tu.


    http://scholar.google.com.my

    p/s: Boleh juga try cari bahan rujukan di academic search engine yang dilanggan oleh jabatan/kementerian masing-masing. Aku yakin - JPA, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia - mesti ada!

    Tujuan buat preliminary research ni
    - Supaya anda boleh jadi 'pakar' ketika sesi interview nanti. Hasil pembacaan, anda boleh tau metod dan teknik terkini yang digunakan, masalah apa yang belum solve lagi, nama-nama yang paling pakar dalam topik yang anda ingin buat research tu (contoh dalam Knowledge Management, orang selalu refer to Nonaka, dalam Information System, antara pakar yang selalu disebut-sebut ialah Delone dan McLean etc)

    - Knowledge yang dapat ketika buat research tu, boleh dijadikan rujukan untuk proposal anda sendiri.  - Boleh dapat clear picture tentang idea proposal yang kunun mau diselesaikan. Mana la tau rupanya suda ada research yang sudah solve problem yang kununnya anda mau buat tu..  (kebetulan interviewer pun sudah tau pasal tu. Lepas tu dia tanya, "Kenapa nak buat pasal ni sedangkan benda ni dah lama solve?" Kan ke haru dan malu diri sendiri. Huhu..)

    So nanti tiada la jawapan menyerah tengkuk - "Saya tak tahu. Tu pasal la saya nak buat master ni" (omong sama cermin). Huhu..

    Kenali universiti dan bakal supervisor anda
    Antara soalan wajib ialah - kenapa mau buat master kat Universiti tu? Selain daripada memberi jawapan kemanusiaan seperti - rumah saya dekat (kalau dalam negara), saya nak mencabar diri saya dengan stay di negara orang (kalau oversea).. anda harus bagi reason yang lebih kencang seperti

    - course tu memang sesuai dengan proposal saya


    - universiti tu banyak buat research berkaitan main interest saya

    - fakulti tu ada research group yang sesuai dengan interest saya

    - "Saya sudah hubungi lecturer yang sama main interest dengan saya. Dan lecturer tu dah menyatakan persetujuan untuk menjadi penyelia sekiranya saya dapat HLP ni. Lecturer itu which is a Profesor juga ada menyatakan bahawa masalah yang dicadangkan dalam proposal saya ni adalah menarik, tengah in (relevant) dan mustahak (signifikan)" - aiseh..

    How to know the right universiti - bleh check website mengenai U dan fakulti tu. Lepas tu cek juga senarai pengajar. Baca portfolio dorang. Lebih bagus sekiranya berhubung dengan dorang (be it by emails or telephone or even better, meet them face to face at the Uni or conference).

    Make a killer proposal 

    Hohoho... Seems heavy.
    Saya juga dulu macam blur-blur tang buat proposal ni.
    Saya nak cadangkan blog Dr. Othman Talib ni drotspss.blogspot.com
    He is so nice - tidak lokek berkongsi ilmu tentang cara menulis tesis dengan mudah, cepat dan berkualiti.
    Kalau anda juga tidak lokek masa dan wang, boleh sertai bengkel yang dianjurkan oleh Dr OT. Or you can just email him. Mengikut pengalaman saya, dia akan reply. InsyaAllah. 



      http://drotspss.blogspot.com

    Lepas tu, gunalah Research Framework yang disediakan oleh Dr OT (RFOT).
    RFOT tu macam blueprint yang describe everything tentang isi penting yang anda tulis dalam proposal.
    Jadi anda boleh lampirkan sekali RFOT anda dalam proposal yang sudah dibinding. Make it as first page. Ala-ala abstrak tapi dalam bentuk diagram. That would be nice.
    Dengan sekali imbas, anda dan interviewer anda boleh tahu apa yang proposal anda ingin ceritakan.

    Tidak dilupakan, ambil tahu mengenai persekitaran anda.
    Banyakkan membaca dan analyze apa yang berlaku sekarang. Tanya What, Why, When, Who dan How.
    Isu ekonomi, sosial, etc

    Last but not least, niat kena betul.
    Niat untuk memajukan diri sendiri dan memanfaatkan ilmu yang diperolehi dengan menyumbang kembali kepada rakyat.
    Sebab kalau niat tu tak betul, mungkin boleh dihidu oleh interviewer.
    Dan mungkin akan senang di'provoke' ketika sesi temuduga.
    Lepas tu, berdoa banyak-banyak dan tawakkal :)

    Wallahualam.

    Ini saja tips yang teringat setakat ini. Semua tips di atas tidak pernah saya buat kerana saya tidak tahu mengenainya sebelum saya masuk interview. Tapi saya rasa tips di atas ada advantage kerana ada pegawai lain buat dan dapat HLP. Selain tu, saya rasa tips di atas dapat membantu anda dalam menyiapkan diri anda sebelum pergi interview.

    p/s: Jangan marah saya pula kalau tak dapat HLP. Saya minta maaf siap-siap. Sesungguhnya yang khilaf itu adalah daripada saya. Kejayaan anda, rezeki dan ilmu adalah daripada Allah juga.

    Cheers. And good luck!

    Wednesday, June 27, 2012

    Tade tajuk

    Salam

    Wow.. it's been ages (kunun, sedangkan baru sebulan lebih tidak update)..

    Too many reasons.
    • Tiada mood - mungkin sebab di atas pemergian arwah bapa. Just not comfortable to blurt out my sad emotion to the world.
    • Saya ada banyak cara untuk menggunakan masa - tesis (warrrrrggghhhh...), online shopping, hal rumah
    • Soul searching - reading others' experiences, ilmiah thingy. 

    InsyaAllah.
    Akan update hal rumah - niat kerana sharing is caring. 

    Thursday, May 3, 2012

    Bapa

    Hari ni genap 11 hari pemergian bapa.

    Bapa sudah lama sakit.
    Seingat aku, sejak aku sekolah rendah lagi, bapa ada kencing manis.
    Aku ingat ni sebab dari kecil lagi kami adik beradik dilatih makan sayur pahit.
    Dan untuk protein pula, selalunya mama masak rebus, stim dan salai. 
    Kuantiti gula yang dibenarkan ialah satu sudu makan untuk seteko teh.
    Di rumah juga tiada milo. Tiada sirap ros atau oren. Kalau mau minum segala benda manis ni, aku hanya dapat rasa kalau disajikan di rumah orang.
    Semua minuman mesti tawar.

    Selain itu juga, bapa ada gout.
    Kalau bapa datang ke KL, dan kami naik LRT, aku akan berusaha mencari seat supaya bapa boleh duduk. 

    Sejak 3-4 tahun lepas, bapa disahkan ada penyakit jantung pula.
    Suatu perkara yang sebenarnya boleh dijangka sebab orang cakap penyakit-penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung adalah adik beradik.
    They come in package.
    Tambahan pula bapa kepada bapa (atau nini laki - datuk in brunei slang) juga berpenyakit.
    Penyakit keturunan. 2 orang bapa saudara sudah meninggal dunia kerana penyakit. Dua orang abang bapa yang lain masih ada, Alhamdulillah. Seorang daripada mereka pernah melalui pembedahan pintasan jantung.

    Seingat aku, sejak 5-6 tahun lepas bapa sudah kelihatan semakin kurus.
    Aku pernah bergurau, aku cakap bapa diet. Tapi bapa cakap dia kurus sebab dia sakit. 
    Sejak 2010, bapa selalu penat. Lebih banyak berehat, tidak larat jalan jauh.

    Hujung tahun lepas, bapa dimasukkan ke hospital sebab bapa tiba-tiba pitam.
    Jantung bapa lemah.
    Keadaan diburukkan apabila doktor cakap kaki bapa perlu dipotong kerana salur darah di kaki bapa tersumbat. Menyebabkan kedua-dua kaki bapa kehitam-hitaman.
    Terdapat sedikit luka dan ada jangkitan.

    Kaki bapa dipotong. Tapi doktor selalu mengingatkan mama supaya bersedia kerana risiko pembedahan bapa yang agak tinggi. Sebab bapa ada lemah jantung.
    Aku tidak balik ke Labuan sebab rumah masih dalam renovation.
    Kadang-kadang, kami akan buat video call dan video chat.

    Aku sempat melawat bapa pada bulan Mac. Masa tu bapa sudah dibenarkan pulang ke rumah.
    Sebelum kami balik, bapa beli water heater untuk dipasang di bilik air.
    Kononnya, supaya anak-anak aku tidak kesejukan kalau mandi. 
    Walaupun kaki bapa masih dibalut, tapi bapa masih boleh memandu.
    Pernah satu kali bapa keluar ketika aku tidur petang kerana Addin dan Zara berebut bangku kecil.
    Bapa keluar semata-mata untuk membelikan cucu-cucunya 2 buah kerusi kecil supaya mereka tidak berebut.
    Sebelum kami masuk boarding di airport untuk pulang kembali ke KL, bapa menangis.

    Hujung bulan Mac, bapa dan mama ada datang ke KL sebab mau tengok rumah aku.
    Tapi bapa dan mama terpaksa pulang ke Labuan lebih awal daripada yang dirancang sebab luka kaki bapa ada jangkitan.

    Balik ke Labuan, bapa dimasukkan ke wad lagi. Kali ni doktor cakap kaki bapa terpaksa dipotong hingga bawah lutut.
    Lepas pembedahan, bapa semakin sihat. Muka bapa semakin cerah dan ceria.
    Bapa sudah berangan-angan untuk bersiar-siar dengan mama walau berkaki palsu.
    Bapa selalu sms aku tanya pasal Addin dan Zara. 
    Tapi mama cakap bapa selalu penat.

    And then, pada jam 2.30 pagi, 23 April 2012, mama call untuk beritahu yang doktor dan nurses sedang berusaha untuk bagi bapa CPR.  Tidak lama kemudian, sejam lepas tu, mama bagitau yang bapa sudah meninggal dunia.

    Hasrat untuk ambil flight pagi dari LCCT ke Labuan tidak berjaya sebab flight full.
    Terpaksa ambil first flight ke Kota Kinabalu, lepas tu ambil teksi ke Menumbok. Dari Menumbok, naik bot laju ke Labuan.

    Manusia merancang, tapi Allah yang menentukan.
    Kami tidak sempat memeluk bapa buat kali terakhir sebab mama mau mempercepatkan urusan pengebumian bapa.
    Dengan bantuan teknologi, kami sempat buat video call untuk menatap wajah bapa sebelum bapa disembahyangkan. Alhamdulillah, walaupun time tu kami dalam perjalanan, di tengah kampung, nasib baik ada 3G.

    Aku stay di Labuan 8 hari untuk bantu mama uruskan tahlil bapa.
    Selain tu, aku mau pastikan mama tidak sunyi. Walaupun sebenarnya ramai sedara-mara di sekeliling mama, tapi aku rasa kehadiran mereka tidak sama dengan kehadiran anak-anak dan cucu-cucunya.

    Aku sedih sebab tidak dapat memeluk bapa untuk kali terakhir.
    Tapi aku kena redha.
    Aku harap bapa redha dengan aku sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.
    He was a good father.
    Banyak kenangan manis aku sama bapa. 
    Aku kena doakan bapa banyak-banyak. Semoga roh bapa sentiasa dicucuri rahmat dan tenang di sampingNya.

    Sekarang aku kena pastikan yang aku kena sentiasa peluk mama selagi berpeluang.
    Sentiasa melayan abang Edi, Addin dan Zara sebaik-baiknya.
    Sentiasa menyokong adik-adik aku - Tasha, Jakir, Nurul dan Lina.
    Aku belajar yang aku tidak boleh menahan diri aku (hold back myself), ego, bersikap acuh tak acuh (take for granted) kepada orang yang aku sayang.
    Tidak mau menyesal lagi.

    p/s: Semua SMS bapa aku simpan. Feel seolah-olah bapa sedang berbual sama aku.

    Wednesday, April 18, 2012

    Kebegukan

    Kesiannya la anak bujang aku sorang ni..
    Kami perasan hari ahad baru-baru ni, leher si Addin sebelah kanan bengkak..
    Patut la, time dinner malam rabu yang lepas si Addin tiba-tiba ja cakap dia tidak sihat..
    Panas badan.. Coolfever pula tiada stok di rumah.. Bagi ubat demam ja la..
    Jadinya, aku dan abang Edi bawa Addin dan Zara pegi beli aiskrim..

    Rupanya dia demam tu sebab mau kena beguk..
    So, mengikut petua orang lama, aku sapukan nila campur cuka ke leher Addin yang bengkak.
    Si Addin ni punya la main 'starring', dia cakap dia sihat ja..
    Aku pun nampak dia macam sihat sebab aktif semacam ja..

     Leher warna biru

    Cumanya, Addin tidak dapat pergi sekolah sebab beguk ni penyakit viral, boleh berjangkit..
    Suka la budak sorang ni sebab dia boleh rehat-rehat di rumah, tengok katun di channel 613.

    Walaupun dia cuti (cikgu dia advise supaya kasi cuti si Addin satu minggu), but still aku dan abang Edi kasi make sure dia tidak lupa pelajaran..
    Tiap-tiap petang sebelum ambil Zara di nursery, aku singgah sekolah Addin dulu untuk ambil homework.
    Besok paginya, kami return homework tu, dan ambil homework baru..
    Kalau tidak buat semua homework tu, nanti si Addin ketinggalan pula..
    Selain tu, aku dan Abang Edi bagi Addin latih tubi - simple algebra for kindergarten..
    Suruh dia baca English books..

    Aku la yang boring :(
    Tidak dapat pegi UKM.. Kena jadi penunggu di rumah...
    Nasib la aku tidak payah masuk opis sekarang..
    Syukur.. tidak la pening-pening mana aku mau port anak aku ni..

    Biasa la, bila duduk rumah ni, motivasi mau buat research tu macam ada kacau sikit..
    Contohnya, berblogging :p
    Nasib juga aku ada jumpa supervisor last week..
    Ada la motivasi tambahan untuk 2 minggu sebelum next appointment :)

    Monday, April 9, 2012

    Setelah sebulan

    Sebulan lebih tidak update blog.
    Banyak cerita, tapi males. Huhuh..

    Lepas masuk rumah baru, macam-macam lagi yang dibuat.

    Pasang autogate - Abang Edi amatlah typical guy. Malas mau mensurvey. Aku bagi 3-4 contact autogate supplier. Dia call 3 orang saja. Lepas tu dia terus panggil supplier yang dia berkenan without consulting me. But the autogate turned out fine. Ada sekali tu tiang gate kami pecah di bahagian bawah sebab wrought iron gate kami berat dan bracket yang orang autogate tu pasang kecil ja. Abang Edi komplen belah pagi. Sebelum maghrib orang autogate tu datang buat kerja sampai 8 malam. Dorang tampal balik bahagian yang pecah tu dan tukar kepada bracket yang lebih besar. Good after sales service.   

    Fencing, pintu lubang sampah dan polycarbonate awning - Lepas 3 minggu masuk rumah baru la kerja-kerja grill semua ni siap. Akhirnya aku boleh buang sampah dengan aman tanpa perlu menunggu lori sampah datang. Sebab kalau main letak ja di luar rumah nanti kucing datang cakar-cakar plastik sampah. Bila sudah ada pintu lubang sampah ni baru la aku rasa macam lengkap. Time orang grill tu pasang semua ni aku dan Zara ja yang ada di rumah sebab Zara tidak sihat. Pagi besoknya Abang Edi sendiri call orang grill tu untuk serah cek. Sesungguhnya Abang Edi tidak termakan dengan 'hasutan' aku untuk membiarkan orang grill tu terhegeh-hegeh tuntut payment dari kami sebagaimana dia buat kami buat macam orang bodo sebab menunggu dia siapkan kerja even after 75% deposit was paid.

    Rasa tidak puas hati ni aku ada luahkan kepada bapa aku melalui telefon.
    Aku tidak puas hati sebab Abang Edi boleh bersikap lenient dengan kontraktor wrought iron yang buat taik sama kami tu. Pada pendapat aku, taik mesti dibalas taik.

    Bapa aku cakap, Abang Edi tidak buat sebagaimana hasutan aku sebab dia tidak mau meletakkan diri dia satu league dengan peniaga Melayu yang tidak pandai jaga customer dan tidak serius in doing business.
    Dan bapa juga cakap, walaupun Abang Edi tidak mention statement ni, tapi bapa rasa Abang Edi ini mengamalkan sikap "Biar la orang buat taik sama kita, jangan kita buat taik sama orang".

    Bila bapa cakap macam tu, baru la aku tersedar sendiri. Jangan biarkan busuk perangai orang menghitamkan hati kita.

    Wireless transmitter for Astro decoder - Mana la mau dapat benda ni? Kan bagus kalau ada. TV lama kami yang di 1st floor tu macam hidup segan mati tak mau ja sebab aerial tv analog kami tu tidak cukup terer untuk dapatkan coverage yang bagus. Kalau di rumah lama dulu quite ok sebab ada color. Sekarang ni kalau ada clear audio with gambar hitam putih berbintik bintik with slight noise pun sudah cukup baik.

    Timber decking, pergola dan rumput cantek - Abang Edi sedang survey untuk buat decking dan pergola di halaman tepi rumah kami. Aku tidak melibatkan diri sangat sebab aku sekarang busy dengan tesis aku.. (Woooohoooooooo).. Tapi aku sudah buat spec - rumput yang tidak perlu maintenance, no water feature dan mesti guna timber.

     Halaman tepi sebelum ada pintu lubang sampah. Ingat mau tanam rumput sini. With some herbs - pandan, serai, cili padi, kunyit, limau kasturi dan apa-apa yang patut.

    Belakang tu mau buat pergola dan decking untuk lepak-lepak. 





    Bunga apa la ni... tapi aku suka :)

    Tesis aku - Sebelum ni aku opt for using case study as my research method. Tetapi disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, supervisor aku advise untuk guna systematic review. Have to somehow rombak serba sedikit research question dan literature review aku. I am running out of time.. huhuhuhu....

    Balik kampung - Last 3 weeks ada balik kampung time cuti sekolah. Saja bawa Addin dan Zara yang sudah lama bising mau naik flight (macam naik bas saja) ke Labuan plus mau lawat bapa aku yang kurang sihat lately. Balik naik MAS sebab aku rasa macam tidak terdaya ja mau handle budak 2 orang tu naik AirAsia sorang-sorang. Dengan berjalan jauh di LCCT dan naik tangga untuk masuk kapal terbang lagi. Kalau di KLIA, kami boleh selamba berjalan ke gate lepas tu guna aerobridge ja. Balik Labuan pun banyak stay di rumah ja sebab wabak HFMD sedang menular di Labuan. Beli kain ela untuk raya 2012 siap-siap :)

    Sekarang ni aku rasa macam mau breakaway ja. Tapi tiada masa sebab kena siapkan tesis.. Huhuhuh...
    Si Addin sudah bising mau ke Genting la, PetroSains la, Hong Kong la, New York la... (macam dekat ja...)
    InsyaAllah, will bring the kids to Upin Ipin the Musical. Dan kalau masa mengizinkan, aku mau bawa dorang ke Kidzania.

    Monday, March 5, 2012

    Finally

    Akhirnya, siap juga rumah kami selepas 4 bulan setengah berenovasi. Setelah menghadapi macam-macam jenis karenah manusia dan keralatan diri sendiri, at last!! Alhamdulillah.

    Dulu, time mula-mula start renovation, aku ada terfikir untuk blog every phase of renovation process kami. Dalam masa yang sama, aku juga mau share pengalaman aku berurusan dengan supplier dan kontraktor yang cemerlang untuk direkemen. Oleh kerana masa tidak mengizinkan, ditambah pula dengan moment yang meluat untuk diingat adalah lebih banyak daripada moment yang berbaloi untuk dikenang, membuatkan aku malas mau blog pasal renovation rumah aku dengan kerap.

    Apa-apa pun, setelah baru seminggu bermalam di rumah sendiri, aku mau blog pasal yang indah-indah sahaja. Yang buruk-buruk tu later.. itupun kalau aku masih ingat dan simpan dalam hati :(


    Front view


     
    The only kitchen. Dry and wet. Rupa sebelum pasang kabinet.


     Rupa dapur lepas pasang kabinet.


     My favorite area of the house. 
    Armchair berwarna purple dengan hiasan ala-ala kristal swarovski. 
    Lampu dengan kesan LED berwarna biru - bought at Houses of Lighting, Puchong. 
    Langsir kawin purple dan grey - tempah dari Lentera Creative Home, Taman Equine

     
    Kawasan tangga (tapi tak cantek - blame the contractor)
    Love this area sebab ada Kufi Art Ayat Kursi - tempah dari Pandurama Art Gallery. 
    Lampu dinding dengan 3 mentol LED - beli di Houses of Lighting, Puchong




       

    Kawasan ruang makan.
    Meja makan 4 kerusi lama tapi diberi sentuhan baru dengan lapik meja yang dibeli di Giant.
    Kipas warna putih berlampu jenama Rubine.
    Kufi Art Asmaul Husna dari Pandurama Art Gallery.
    InsyaAllah kalau ada rezeki akan pasang wallpaper di dinding tu supaya Kufi Art itu akan lebih timbul dan menyerlah.


    All in all, thank you Allah!

    Friday, February 24, 2012

    Pesanan

    saya copy and paste

    Pesanan dari Shamrulismawi Abah BlackPearl, ayah kepada Allahyarham Faris Nur Daniel buat semua ibu bapa...Buat kawan-kawan semua.... Antara perkara yang kita boleh jadikan pengajaran dari kisah Allahyarham Faris Nur Daniel...
    Mengalir air mata aku tengok gambar arwah semasa di NICU dan ketika arwah dikebumikan. Arwah berumur 6 tahun. Sebaya dengan Addin. Didiagnosis kanser darah dan meninggal dunia dalam masa yang singkat. Tidak dapat bayangkan kalau anak aku dalam keadaan begitu. Tidak tertanggung rasanya kesedihan itu kalau jadi kepada aku. Takziah kepada keluarga arwah.

    1. Bila anak merengek bangun malam, janganlah marah dia. Jangan merungut kenapalah kena bangun malam.. mengantuk.. etc... That might be the last night that he/she does that.
    Si Addin jenis tidur mati. Si Zara suka merengek da gundah waktu malam sebab badan dia gatal-gatal. Kalau aku mood macam hampes, memang kena marah la si Zara.. berdosanya aku... Bertekad untuk sabar melayani karenahnya. 

    2. Bila anak mintak mainan atau sesuatu kalau mampu, kita cubalah berikan. That might be the last night that he/she ask for something.
    Tidak dapat dinafikan, Addin dan Zara suka buat permintaan kalau ke mana-mana. Sometimes, Addin asks for hadiah. Aku pun tidak mau kedekut sangat. Tapi aku buat sistem - kalau belajar pandai, tolong mummy, jadi budak baik etc, baru dapat hadiah. 

    3. Bila anak nak susu, berikan dgn penuh kasih sayang... That might be the last day that he/she drinks it. Sama ada susu ibu atau susu formula, dua dua sama je. Pemberian dari ibu/ayah kpd anak.
    Addin sekarang minum fresh milk Dutch Lady. Zara masih menyusu badan. Setiap pagi sebelum subuh, Zara akan request susu formula pasal susu badan tidak cukup rasanya.

    4. Bila anak buas dan nakal, sabarlah. That might be the last day that we can see him/her being active.
    Part yang ni memang mencabar. Addin dan Zara amatlah aktif. Mama aku cakap itu normal. Kalau yang diam-diam tu yang tidak normal. Bersyukurlah dorang aktif sebab maknanya dorang sihat. Kalau jatuh sakit, kesian ja tengok dorang diam-diam. 

    5. Bila suapkan anak makan, suaplah dgn penuh kasih sayang... That might be the last food that he/she eats.
    Addin suka kalau aku dan Abang Edi kasi suap. Zara suka kalau dapat suap sendiri tapi bersepahlah. 

    Bottom line is...... Hargailah masa anda bersama anak-anak...Kita tak tau bila kita atau dia yang akan "pergi" dulu.
    True. Aku bersyukur sebab Allah masih meminjamkan Addin dan Zara kepada kami. Budak 2 orang yang amat adorable itu menjadikan perkahwinan kami lebih ceria. Semoga mereka panjang umur, sihat walafiat, jadi anak soleh dan solehah, cerdik, aktif dan membesar untuk menjadi umat Islam yang bermanfaat. Amin.

    Wednesday, February 22, 2012

    Maafkan Kamu

    Lama sudah lagu ni berkumandang di radio.
    Tapi aku baru fell in love dengan lagu ni semalam.
    Mungkin sebab lately ni aku banyak drive di awal pagi dalam tempoh yang lama (lebih satu setengah jam bagi satu perjalanan) membuatkan aku khusyuk dengar setiap lagu yang diputar oleh penyampai radio.




    Lirik lagu ni dalam maksudnya.
    Mengikut pemahaman aku yang kurang ilmu pasal kesusasteraan dan penulisan lirik ni:

    Sudah menjadi adat dan resam dunia, kebanyakan manusia sering buat silap especially ketika berusia masih hijau.

    Dan ramai juga manusia yang suka menegur kesilapan itu.
    Kadang-kadang, cara mereka agak 'mengencang' (kencang atau kasar). Selalunya disokong dengan dalil-dalil yang dorang sendiri pun tidak faham secara mendalam. Atau kalau dorang faham pun, dorang suka putar belit supaya mereka mendapat advantage.
    Orang yang hobinya suka menegur tu juga suka menghukum orang tanpa usul periksa serta mengkritik tanpa memberi cadangan penambahbaikan.

    Ini menyebabkan orang yang menjadi mangsa teguran pun jadi bingung, tidak tahu cara untuk membaiki diri sendiri.
    Bila budak tu sudah semakin matang, banyak makan garam, dia pun sedar.
    Mana satu yang patut dihindar, mana satu yang patut dijadikan teladan.
    Orang yang suka mengencang tu sebenarnya patut dikasihani. Sebab dorang ni kurang kasih sayang.
    Tu pasal la cari perhatian dengan cara macam tu supaya orang fikir dorang bagus.
    Tapi budak yang dah jadi bapak budak tu maafkan saja la.
    Tapi dia malas mau jumpa manusia-manusia yang perasan bagus tu.
    Mungkin pasal bapa budak tu meluat dan menyampah.

    Dalam masa yang sama, bapa budak tu sedar bahawa kita kena jadi manusia yang baik.
    Yang tidak jumud, yang berfikir sebelum bersuara.
    Yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi.
    Barulah hidup ente selamat.

    Wah... ntah hapa2 la review aku ni. Lirik si Malique ni pun memang puitis banget.
    Tak tercapai akalku.

    Salute to Malique - lagu ini berada di kelas yang tinggi dan tersendiri. Layak jadi masterpiece Juara Lagu :)

    Monday, February 13, 2012

    Lawak ke der?

    Abang Edi suka layan Raja Lawak. Aku pun follow ja.
    Maharaja Lawak pun kami layan. Sebab tu la Abang Edi suruh subscribe pakej Mustika sebab ada Astro Warna. Alang-alang kami subscribe Astro Beyond sebab kalau masuk pakej Mustika ada jimat sket.

    Maharaja Lawak Mega pun kami layan.
    Jadi bila ada Lawak Ke Der? di Istana Budaya baru-baru ni, aku dan Abang Edi agak excited.
    Tambah pula ada Jozan.. huu.. duet Johan dan Zizan memang menjadi, ada chemistry. Saling menyokong.

    Tapi yang tidak bestnya, show dorang ni ada sebelah malam dan weekend saja.
    Dilema betul la bila memikirkan mana mau hantar si Addin dan Zara.
    Nasib baik juga, kebetulan adik aku si Nurul bagitau yang dia dapat kerja di AirAsia. (Yeay.. kudos to her!)
    Jadi, aku import dia awal sikit supaya dia boleh look after my kids. Tiket dia datang KL aku sponsor la :P



    Tercapai la juga hasrat tengok show dorang ni. Tempat duduk pun dapat tepi pasal lambat beli tiket :( 

     Bulan 4 nanti ada Upin Ipin di Istana Budaya. Mau bawa la Addin dan Zara :)


    Hasil dapatan aku:

    1. Nabil jadi hos. Mantap. Cuma aku kurang berkenan sebab dia suka gelak dengan lawaknya sendiri. Abang Edi pula terpakai betul sama si Nabil ni.

    2. Boboi - pada aku dan Abang Edi, agak sedikit tenggelam. Punch line memang banyak tapi terasa kurang sengatnya. First babak dorang bawa watak Boboi dan Gegirl. Aku memang kurang gemar Harun Salim Bachik berlakon ala-ala Najwa Muka Buku. Aku rasa dia lebih kelakar bila dia berlakon jadi Puteri Gunung Ledang dan Orang Minyak.

    3. Jozan - terbaek dari ladang. Dorang bawa watak Ah Ceng dan Mail Lambung dari zaman sekolah dan berjanji untuk berjumpa pada 10 tahun selepasnya. Kelakar.

    4. Harith Iskander - aku agak skeptikal dengan kemampuan mamat sorang ni. Sebelum masuk panggung, aku cakap sama Abang Edi, jangan la si Harith ni tidak kelakar, rugi ja duit tiket. Sebab aku memang tidak pernah terpakai lawak dia di tv. Mau kata lawak dia urban sangat, aku rasa aku ni bukanlah kampung pun. Huhuh... Nasib baik persembahan Harith tidak menghampakan. Stand up comedy yang hebat. Persepsi aku terhadap Harith Iskander berubah ke arah lebih baik :)

    5. Lepas show, aku dan Abang Edi terus menuju ke Bangsar for supper. Lapar betul pasal tidak dinner. Habis show jam 11.45 malam. Penat gelak pun ada. Mengantuk pun ada. Tiada intermission. Show 3 jam straight.

    6. Penuh juga panggung semalam. Ada la ternampak artis. Ada Neelofa (memang cun habis), ada Sharifah Shahirah.

    7. Berdasarkan daripada skala gelak, aku rasa penonton wanita mengatasi penonton lelaki semalam. Ada minah belakang aku gelak siap hentak kaki ke lantai. Terus aku rasa bergegar kerusi.

    8. All in all, tiket yang ditaja oleh Abang Edi (sebab aku sudah sponsor tiket AirAsia Nurul) adalah berbaloi-baloi.

    Thursday, February 9, 2012

    Every cloud has a silver lining

    Atau dalam bahasa melayunya "Setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya"

    Aku sebenarnya sudah sampai tahap bosan dengan karenah orang bisnes berbangsa melayu yang berurusan dengan kami berkaitan hal renovation ni.
    Paling bosan tahap mega dengan kontraktor grill.

    Sepatutnya pasang wrought iron grill dan fencing last Friday. Tapi tidak datang pun. OK.
    Pagi Sabtu kami call, kunun datang kejap lagi. Tapi tiada pun. OK.
    Waktu lunch kami call (hari yang sama), kunun lepas lunch akan datang.
    At last dorang datang juga tapi dengan corak wrought iron yang salah.

    Alamak aiiii... geramnya lah aku.. memang tahap furious sudah ni.
    Aku tidak kisah. Aku kata boleh la pasang tapi kena free la. Bukan aku order yang tu.
    Abang Edi pula kata tidak boleh sebab dia tidak berkenan dengan corak tu.
    Kami order kod 0233, dorang bagi yang kod 0223. (Nasib baik aku ambil gambar corak yang kami pilih tu).
    Maknanya, untuk buat yang baru, kami kena tunggu lagi seminggu lebih (tapi kalau ikut standard lembab mamat grill tu, aku rasa boleh jadi 3 minggu).
    Kununnya, dorang lambat sebab mesin dia rosak. Then, kenapa tiada courtesy untuk bagitau pasal benda tu lebih awal?
    Dorang ni lembab bukan alang-alang. Sudah lambat lebih dari 3 minggu.
    Yang naya kami juga sebab kena bayar double (rumah sendiri dan rumah sewa).

    Abang Edi ni pun tidak sudah-sudah mengeluarkan kenyataan "Saya ni nak tolong orang kita bang"
    Enough with that sentiment. Orang kita selalu mau tolong bisnes orang melayu, tapi melayu yang ditolong tu selalu tidak pandai jaga market dan buat pening customer ja.
    Yang paling "best", Abang Edi boleh bayar lebih daripada deposit (dia sendiri menggatal mau bayar kunun mau kasi senang urusan bisnesman melayu ni).
    Aku cakap mau kensel. Tapi Abang Edi kata mustahil sebab kalau dah bayar, susah mau dapat balik bayaran.
    Aku jadi puzzled. Sekarang ni aku kena peduli ka kesusahan orang lain bila orang lain tu tidak peduli pun pasal kebajikan aku?
    Adakah aku kena sampai ke tahap pergi ke tribunal pengguna sebab dapat servis lembab macam ni?
    Sabar saja la. Merungut di blog saja la.
    Aku masih boleh sabar sebab kedai dorang ni dekat ja. Bila-bila boleh buat spot check.
    Dan kalau kami call pun dorang pick up ja. Maknanya, tiada la mau lari kan. Masih ada sense of responsibility.   

    Semua orang di sekeliling aku yang tau cerita ni mesti akan keluar statement "Kenapa tak amik orang cina je?".
    Aku rasa statement tu boleh disamakan dengan "Kenapa tiada penyakit cari penyakit?".

    Ni semua kerana niat murni - mau tolong bangsa sendiri.
    Apa-apa pun, aku dan Abang Edi masih positif, memang ramai bisnesman melayu yang servis tiptop.
    Cuma bukan rezeki kami ja la terjumpa dorang-dorang ni. Dan yang servis tip-top ni sure la banyak job. Maka yang bisnesman melayu yang hampeh ni la yang memburukkan nama-nama rakan seperjuangan melayu dorang yang lain.
    Dan bukan semua bisnesman cina boleh percaya pun, ada juga yang hampeh.Cumanya, komplen tentang dorang ni tidak banyak sebab servis dorang kebanyakkannya bagus. Sebab dorang ni selalu pandang jauh ke depan untuk survival bisnes dorang.

    Pengajaran paling penting - jangan bayar more than half of total bill selagi belum dapat keseluruhan barang dan servis.
    Part yang ni Abang Edi lemah, dia suka bayar habis sebelum dapat barang, aku pun tidak sure pasal apa.
    Sebab dia percaya sama peniaga lain? Adakah dengan cara itu, Abang Edi berharap supaya karma would treat him nice dan pada masa akan datang, customer dia akan treat dia dengan baik?
    Most probably. What comes around goes around.
    Dan aku selalu percaya, kebaikan hati Abang Edi pun akan dapat balasan  rezeki yang baik.
    Cuma tidak sure saja dalam bentuk macamana.

    Cabaran-cabaran macam ni la yang mematangkan kami.
    Yang penting, what doesn't kill you makes you stronger.

    Aku suka dengan statement adik aku si Nurul, "Mungkin memang sudah destiny kamu masuk rumah tu lambat. Mesti ada hikmahnya, cuma kamu yang tidak tau. Kalau kamu masuk awal, mungkin ada perkara lain yang tidak best jadi".

    I second that. Tiba-tiba teringat cerita mereka yang terselamat dari nahas September 11.
    Kunun ada ja halangan yang bikin dorang lambat sampai ke WTC.
    Rupanya hurdles tu la yang memanjangkan nyawa mereka.

    SubhanAllah.
    Apa-apa pun, bersyukurlah sudah ada rumah sendiri siap renovation lagi tu.
    Peace.

    p/s: Rumah sudah siap nanti barulah aku upload gambar. Sekarang tiada mood :p

    Wednesday, February 1, 2012

    Masih di sini

    Mesti follower blog aku ni (poyonya statement) fikir aku sudah bersenang lenang di rumah baru aku kan.. huhuhuh...
    Tapi sebenarnya aku masih bersiaran dari rumah banglo nan setingkat tapi disewa ini.

    Apa-apa pun, aku bersyukur kerana owner baru rumah ni masih belum settle tukar nama.
    Oleh itu, kami masih boleh menumpang teduh di rumah ni.
    Rumah sendiri yang diharapkan siap last 2 fridays nampaknya hanya janji kosong merangkap angan tak sudah bak lagu abang JayJay.

    InsyaAllah, kalau ada rezeki, mudah-mudahan, dapat la masuk rumah kami tu hujung minggu yang panjang ni (ada cuti Thaipusam, followed by Maulidur Rasul.. mana aku mau simpan si Addin and Zara while kami cuci rumah dan pindahkan barang.. pengsan..)

    Itupun provided kalau mamat grill yang lidut (lembab) dapat pasang semua wrought iron grill di tingkat bawah rumah. Kronologi penempahan grill dan main gate
    • Grill metal biasa warna putih jalur-jalur sudah siap dipasang. Tapi kualiti pemasangan amatlah boleh diperdebatkan. 
    • Kebengangan aku dan Abang Edi menjadi amat nyata sebab start order pada 29 Januari 2012. Konon ble siap dalam masa 2 minggu, tapi harem. Setelah lebih sebulan pun baru 30% daripada keseluruhan order sudah diselesaikan. Yang menyebabkan tahap kebengangan aku menjadi-jadi ialah bila Abang Edi sudah bayar almost 85% daripada keseluruhan payment. Malas mau cakap banyak. Mamat grill tu (ya... sudah terang lagi bersuluh, mamat itu adalah melayu) cakap ble pasang main gate, fencing, sliding goor grill minggu ni. Minggu ni bila? Aku cakap Ahad pun still consider minggu ni juga. Aku suruh pasang by Friday pasal Saturday sudah mau masuk rumah.
    Pemasangan grill yang lengkap  (at least grill satu rumah dulu, main gate lambat sikit pun tidak apa) amatlah mustahak sebab
    • Kami sudah set dengan pihak astro untuk pindahkan decoder hari Sabtu tu. Pemindahan decoder adalah free sebab sudah termaktub dalam kontrak Astro kalau pasang Astro Beyond, waranti adalah untuk selama mana pemakaian Astro tersebut - maknanya, kalau grill belum pasang, kena la tunda pasal sabtu malam tu ada game penting kunun mengikut Abang Edi.. huhuh
    • Sudah set dengan orang aircond. Orang aircond tamau pasang aircond selagi tiada grill pasal takut kena pecah.
    • Kalau sudah ada grill, rasa selamat untuk pindahkan barang sedikit demi sedikit.
    Sekurang-kurangnya, masalah tiles sudah selesai. Aku hampir membuat tuduhan yang kawan abang Edi tu tipu kami. Time raya cina tu, semua panggilan kami manjang tidak dilayan. Mau kata raya pun mustahil sebab dia bukan ada darah cina walau sekelumit pun (memandangkan tuan punya genetik yang gelap dan penuh bulu-buluan). Tapi Abang Edi masih menyimpan harapan. Alhamdulillah, semalam lori ambil balik tiles datang untuk pick-up semua tiles yang disalah hantar tu (almost 50 over cartons... gilak!!!)

    Semalam, pasang toilet pun ada masalah. Bocor ja. Syukur juga sebab kawan Abang Edi selaku orang sales jual toilet (kawan jugak!!) menunjukkan rasa tanggungjawab yang tinggi. Sanggup datang untuk sama-sama mencari jalan penyelesaian. Selidik punya selidik, rupanya kontraktor kami yang 'bagus' tu pegi buang hos tangki toilet tu. Ceh, kurang asam.

    Besarnya cabaran renovate rumah. Nantilah.. bila rumah tu sudah siap betul-betul, kalau aku rajin, aku buat satu entry khas pengajaran dan pengalaman yang kami dapat selama renovation tu supaya boleh dijadikan tips untuk orang yang membaca.

    Projek renovation overdue selama lebih 2 bulan. Walaupun banyak yang kurang manis berlaku, tapi aku rasa sure ada hikmah di sebalik semua ni. Sekurang-kurangnya, tempoh 4 bulan ni jadi learning curve untuk aku dan Abang Edi. Alhamdulillah.

    Projek seterusnya - kabinet dapur dan langsir :)

    Friday, January 13, 2012

    Good news

    Hari ni stay rumah ja, tidak pegi UKM.
    Sebab pagi buta kena pi LCCT untuk hantar si Lina, then pukul 11.30 ada appointment dengan dentist aku.
    Hajat di hati mau pegi UKM sebab jam 10 pagi ada sesi Ustaz Don di library UKM.
    Tiada rezeki la.

    Macam biasa, lepas hantar Addin and Zara ke tadika+nursery, kami buat site visit.
    Pagi tadi,  3 orang buat rendering di porch area.
    3 orang lagi tengah mengecat.
    Semalam ada isu, Abang Edi tidak puas hati dengan cat warna putih pilihan aku.
    Dia cakap tu bukan putih, tapi biru. Nama cat tu pun "Lavender White". Wakakakaka..
    So, for corrective action, bahagian atas ja guna Lavender White, bahagian bawah guna cat putih biasa.
    Tidak tau la apa nama glemer warna putih biasa tu.

    Kisah tiles yang tersalah hantar? Hari Isnin ni baru dorang hantar yang betul.
    Wiring belum siap. Tapi rumah jiran terpaksa "berpanas" sekejap sebab kerja-kerja pemindahan wayar utama terpaksa dibuat di rumah aku.
    Tadi, kontraktor aku cakap Jumaat depan InsyaAllah rumah kitaorg siap so boleh CNY di rumah baru.
    Macam la aku celebrate kan..
    With condition, tiles untuk tangga, porch dan concrete top dihantar by next Monday.
    Kalau tidak, janji hanya jadi kata-kata kosong.. blame on my husband's friend yang ntah hapa2.


    Apa-apa pun, aku sudah pasang nazar kalau rumah aku siap before Februari.
    Alhamdulillah.

    Lama sudah tidak cerita pasal braces aku kan.
    Baru-baru ni, aku cabut lagi 2 batang gigi.
    Tadi dentist aku tukarkan wayar, sekarang ni ada double wire di bahagian gigi bawah aku.
    Ngilu juga.

    Friday, January 6, 2012

    Baucer Buku 1 Malaysia RM200

    Tadi pegi Pusat Pengurusan Siswazah UKM untuk ambil baucar buku RM200.
    Nda sangka pula kami yang dapat scholarship JPA ni pun layak dapat baucar ni.
    Tapi sudah orang mau kasi, ambil ja la bah :)
    Syukurlah kerajaan mau bagi.

     Ada 4 keping baucar RM50. Siap ada no. siri lagi.


    Baucar ni valid sampai 31 Mac 2012 ja dan boleh ditebus di mana-mana kedai buku dalam Malaysia yang terlibat. Kedai mana pun aku tidak sure tapi aku rasa kalau setakat MPH tu mungkin boleh.
    Dan baucar ni boleh digunakan untuk membeli bahan akademik, jurnal, peralatan pembelajaran etc.

    Cumanya, kebanyakkan buku yang diperlukan untuk research aku tiada di Malaysia ni.
    Banyak yang kena beli online dari oversea.
    Pandai-pandai la aku cari nanti.
    Kalau tidak digunakan, burn la pula.
    Sia-sia ja.

    Kan bagus kalau boleh diguna untuk beli iPad2.
    Ngam lagi hari ni Apple Store ada buat sales :)

    Thursday, January 5, 2012

    Masterchef Malaysia


    Waktu mula-mula iklan pasal ujibakat Masterchef Malaysia disiarkan di Astro Ria, aku excited.
    Abang Edi adalah la juga bergurau suruh aku join sebab dia tengok aku ni gila tengok rancangan masakan - Masterchef US, Masterchef Australia, Junior MasterChef, Top Chef, Giada, Barefoot Contessa, Hell's Kitchen, Ketuk-ketuk Ramadan, Resipi Istana, etc.
    Tapi menonton hanya tinggal menonton sebab aku ni memang tiada bakat jadi MasterChef pun. Masak nasi manual pun tidak pass (terer masak guna electric rice cooker ja) inikan pula mau memasak untuk orang. Huhuhuhu..

    Dan memanglah amat tidak sangka aku akan menjadi pengikut setia Masterchef Malaysia ni.
    Di awal episod, aku rasa macam boring, kemungkinan besar sebab tidak kenal juri dan peserta yang terlibat.
    Tapi, semakin banyak episod disiarkan, jadi semakin siok la pula.. betul la kata orang, tak kenal maka tak cinta.


    The juries
    Sekarang ni aku rasa, Papa Jo, Chef Zubir dan Chef Riz telah menjadi selebriti TV yang sejati.
     
    Mungkin kalau dorang-dorang ni berjalan di shopping complex, senang-senang ja menjadi serbuan peminat Masterchef Malaysia.
    Walaupun reputasi Chef Riz agak sedikit terguris kerana kontroversi penipuan resume dan menyebabkan ramai orang jadi meluat, aku rasa peminat dia pun ramai juga yang boleh pejam mata ja memaafkan kegopohan Chef Riz tu.
    Personally, aku suka dengan Papa Jo sebab dia cool. Chef Zubir aku suka tang bila dia cakap slang utara.
    Aku suka juga bila Adam Liaw dijemput jadi Juri Jemputan. Tapi kalau dalam MasterChef Australia, favorite aku si Callum :)


    The contestant
    Daripada ramai-ramai peserta Masterchef, jujurnya, aku sokong peserta dari Sabah iaitu Wahidan, Terrence dan Saiful (memang saya bias, siapa yang mau sokong orang Sabah kalau bukan anak negeri sendiri... hehehe)
    Dan aku jadi super excited kalau dorang-dorang ni masak masakan asli dari Sabah contoh Wahidan pernah masak Hinava dan cuba mengolah masakan asal yang menggunakan tuhau (sejenis tumbuhan yang aku rasa orang Sabah ja guna untuk dijadikan sambal atau sayuran dalam masakan) dan digantikan dengan bunga kantan.
    Dorang tiga ni diketuai oleh si Terrence sudah buka restoran di KK. Nama restoran ialah Seven Seas. InsyaAllah, kalau aku ke KK, aku mau merasa makan di restoran dorang ni :) 

    Kadang-kadang masakan si Imelda pun aku suka juga sebab dia banyak memasak masakan orang Sarawak. Kesian juga sebab ramai yang kutuk dia dalam FB. Macamana la orang yang mengutuk tu mau minta maaf sama si Imelda ni kan?


    The episode
    Aku suka semua episod Chef Selebriti.
    The most memorable = First cabaran berkumpulan apabila kumpulan biru yang diketuai Terrence menang cabaran di Kuang, Selangor. Aku suka sebab walaupun si Terrence tu Kristian tapi dia bagi si Wahidan yang beragama Islam untuk lead baca doa sebelum dorang memulakan kerja-kerja memasak. Totally budaya orang Sabah yang amat menitikberatkan toleransi beragama dan kaum. 
    The most ntah hapa-hapa = Cabaran berkumpulan masak tengah panas walaupun berkhemah untuk acara dinner ball yang diadakan dalam dapur Masterchef dan dihadiri oleh staff Hong Leong. Duh... Tau la dorang tu penaja kan tapi macam ntah hapa-hapa ja.


    Masakan membangkitkan selera
    Hinava by Wahidan
    Umai by Imelda
    Ketam Bulan Purnama by Terrence
    Roti Canai by Flying Chef (Chef Jemputan)
    Chicken Wing (apa nama ntah) by Chef Ringo (Chef Selebriti)
    Rendang Beef Wellington by Chef Norman (Chef Selebriti)


    The finalist
    Semalam, dua finalist sudah diketahui iaitu Ezani dan Wahidan.

    Ezani = Seorang dentist. Masih muda, ex-student STF tidak silap. Memang ada skill dan dikenali sebab terer buat dessert. Cabaran buat cream puff macam teda-teda ja dia hadapi :). Amat cool. Pernah menang cabaran cipta rasa dan menyertai cabaran chef selebriti. Plating dia selalu cantik dan kemas.

    Wahidan = Seorang pekebun. Boleh dikatakan sebagai underdog sebab mula-mula tu amatlah low profile dan astro tidak banyak tunjuk muka dia. Walaupun macam tu, dia semakin menyerlah di akhir-akhir rancangan dan banyak mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam MasterClass. Amat kreatif dan suka mencabar diri sendiri.

    Sudah terang lagi bersuluh, aku memang sokong Wahidan :)
    Semoga beliau dapat jadi juara MasterChef Malaysia yang pertama.

    p/s: Kalau rumah baru nanti sudah siap, dapur sudah cantik, aku mau bawa anak-anak aku tolong di dapur untuk memasak. Seronok pula tengok budak lelaki muda-muda macam si Zamir dan Daniel pandai masak. Budak-budak di Junior Masterchef tu pun really an eye opener.

    Tuesday, December 27, 2011

    Cerita renovation lagi

    Masih belum siap... mau tensyen pun macam tidak guna. Malas aku.

    Mula-mula pekerja ada 6 orang, then tinggal 4, sekarang ni tinggal sorang!
    Kontraktor tambah 2 orang lagi, tp budak 2 orang ni tidak pandai buat tiles, jadinya ada sorang ja yang buat.
    Aku pun tidak faham la apa sebenarnya yang berlaku between Project Manager dengan pihak pekerja ni.
    Pekerja kontrak tu memang bagus hasil kerja dorang dan boleh cakap agak cepat. Tapi entah la...

    Yang sedihnya, tiles sampai lambat. Tapi ada 3 karton tiles 2 x 2 kaki untuk living dan dining area pecah dari atas lori lagi.
    Abang Edi contact kawannya, tapi kawannya tu pegi Bandung.
    Bila kawannya balik Malaysia, dia check, kunun tiada report pun pasal tiles pecah.
    Aik... apa mau heran, nda kan la lorry driver tu mau mengaku dia kasi pecah tiles. Mana tau kalau buat report tidak pasal-pasal gaji dia pula kena potong.

    Yang paling best, semalam Abang Edi report tiles ada yang tidak cukup dan tidak dihantar.
    Ceritanya, kami memang ada tukar tiles supaya tiles untuk toilet wall bagi sama jenis dengan tiles kena pasang di kitchen.
    Dan kununnya, oleh kerana tiles di porch warna putih stok tidak cukup, jadi kami settle for warna coklat ja.
    Rupanya, lepas kontraktor pasang tiles di wall toilet, tiles tu tidak cukup.
    Then tiles putih yg dilaporkan tidak cukup mula-mula tu kena hantar banyak pula,tiles warna coklat pula tidak kena hantar.
    Menyampahnya la aku.
    Memang 'bagus' sangat sebab aku find out time bayar tu Abang Edi tidak check pun model tiles yang kena hantar sebab dia beranggapan yang kawan dia akan buat excellent job, dan tiada orang pun yang mau check samada model yang kena hantar betul dan cukup time delivery.

    Make me thinking... perlukah aku jadi police untuk inspect semua aspect of details?
    Adakah aku sorang saja yang amat detail time check quotation, time buat order supaya order tidak salah?
    Aku rasa kalau buat order, walaupun ada nama kod model yang tidak faham segala, mesti aku akan tanya satu-satu supaya tidak salah.
    Orang lain memang akan jadi menyampah, tapi what the heck, kan aku bayar.
    Kalau tidak check thoroughly, jadi macam ni la :(

    Sekarang ni, kalau menyesal pun macam tiada guna.
    Bapa aku cakap kenapa tidak hire kontraktor cina, aku cakap pasal mau tolong melayu.
    Tapi bila tolong melayu, jadi macam ni la pula.
    Nasib nasib.

    Monday, December 19, 2011

    Apa cerita daaaa..

    Ya ampun... sudah lebih sebulan tidak update blog ni. Kalau rumah sendiri, mau bersawang-sawang la gamaknya..
    Apa cerita diri sendiri? Busy sangat ka?
    Ada la busy sikit plus aku tidak teringat langsung mau berblogging.. Dunno why..
    Hari ni setelah berjalan-jalan di dunia maya untuk buat research sikit pasal kipas dan menjengah blog orang, baru la teringat yang aku pun ada blog sendiri. Hape la...

    Dalam sebulan yang lepas, cerita saya ialah:

    • Renovation rumah
      • Kunun mau masuk rumah baru awal bulan 12 kan, tade nye... aku masih 'bersiaran' dari rumah banglo lot sewa aku ni..
      • Pre-packing sikit-sikit (sebenarnya sikit sangat).. Malas betul mau packing ni.
      • Kenapa la rumah tu masih belum siap? Sekarang dalam fasa pasang tiles. Dulu pekerja indon ada 6 orang, sekarang tinggal 4 orang ja. Yang 2 orang lagi tu kunun balik negeri pasal apa ntah (ntah betul ka tidak). Plaster ceiling dan cornice sudah 85% siap. Wiring 70% siap. 
      • Aku pun tidak sure dapat masuk sambut new year di rumah baru ka tidak ni. Pengsan.. Selagi rumah ni belum siap, selagi tu la aku dan abang Edi akan sibuk melilau cari barang untuk rumah baru kami. Setakat ni:
        • Lampu downlight, set dining table, coffee table - done
        • Lampu candelier kristal berjela-jela dan pendant lamp untuk letak di porch - belum ada yang menepati citarasa. 
        • Kipas angin - aku mau jenama Panasonic atau KDK, tapi abang Edi mau yang ada lampu which is bukan berbangsa Panasonic dan KDK. 
        • Waterheater with rain shower - done
        • Kitchen cabinet - baru survey CSL
        • Gril dan main gate - baru survey dengan satu bengkel. Mau cari at least 2 quotation lagi. 
      • Semoga rumah aku cepat siap. Amin.
    •  Tesis
      • Baru lepas buat seminar ala-ala proposal defense last week
      • Ada la dapat komen sikit. Jadi kena buat penambahbaikan.
      • Sekarang ni, kena siapkan writing untuk Research Methodology
    • Keluarga dari Labuan datang cuti-cuti KL
      • Semua ada kecuali Nurul dan husband si Tasha sebab dorang kerja.
      • Macam biasa, bawa shopping pegi Sogo, KLCC, Jalan TAR. Kalau boring dan penat, aku bawa pi Jusco depan rumah dan Alamanda ja. 
      • Sempat juga bawa Addin dan Zara sekali ke Muzium Negara sebab ada pameran Upin Ipin.
    • Birthday celebration Addin dan Zara di nursery
      • Addin birthday bulan 12. So, celebrate sekali dengan birthday Zara di sekolah dorang.
      • Bunjut jajan untuk kawan-kawan dorang adalah coklat Hershey Kisses, Daim dan sumi jeli buah-buahan.
      • Kek adalah kek coklat dari King's Bakery.
      • Hadiah untuk budak dua orang ni ialah pistol Nerf dan patung Minnie Mouse dari Toys'R'Us (thanks to my brother, Jakir, sebab ada bagi sponsor RM50 for their birthday gifts).
    Itu ja la pun.
    Nothing interesting.
    Sungguh tiada mood. Mungkin pasal rumah kami tu belum siap.
    Huhuhuh...

    Thursday, November 17, 2011

    Jewel in the Palace

    Ni tajuk cerita korea yang sedang ditayangkan di TV AlHijrah jam 3.30 setiap Isnin hingga Khamis.
    Setakat ni, sudah 35 episod yang telah disiarkan. InsyaAllah ada 19 episod lagi (kalau refer di wiki, ada 54 episod keseluruhannya).

    Sebelum ni pun pernah keluar di 8TV pada tahun 2004. Tapi time tu, cerita ni dorang alih bahasa pegi bahasa Mandarin. Boleh kata, setiap malam aku akan usahakan untuk tengok, sampai mau dinner dating sama Abang Edi pun kena tunggu cerita ni habis dulu jam 9.30 malam. Bayangkan ja la. Jam 9.30 malam baru mau pegi dinner, lewatnya la sudah.. tu pasal la sebelum kawin aku mengalami tembamsyen sebab suka makan malam lewat tapi tidur awal.

    Tapi, tahun 2004 tu pun, bukan la selalu aku dapat tengok pun, banyak juga yang aku tertinggal. Bila sudah keluar di TV AlHijrah ni, punya la aku suka sebab cerita ni memang layan habis. Yang ralatnya, aku sedar tentang kewujudannya di TV AlHijrah bila sudah masuk episod yang belas-belas. Jadinya, ketinggalanlah aku untuk tengok si Janggeum zaman budak-budak.

    Walaupun sekarang tidak masuk opis, tapi kena buat writing dan reading. Kadang-kadang, aku ada urusan di luar. So, most of the time pun, susah mau tercongok depan tv jam 3.30 petang tengok cerita ni. Nasib baik ada Astro Beyond PVR. Hehehehe..

    Aku set ja Record Series Link, so setiap episod Jewel in the Palace akan dirakam. Tapi kena rakam juga rancangan lepas siri Jewel in the Palace tu, sebab cerita ni mesti terlajak sampai pukul 4.40 petang. Bila-bila masa ada free time, boleh la aku play. Yang bestnya bila ada Astro Beyond PVR ni, time iklan ja, boleh fast forward.. Serunutnya..

    Yang serunutnya lagi, bila sudah tengok cerita ni - sebab heroin cerita ni iaitu Janggeum ialah seorang wanita yang bijak, gigih, pandai masak, dan amatlah bersopannya - aku pun kadang-kadang berusaha juga untuk bersopan santun dan rajin memasak. Bila siang bawang, daging, ayam dan ikan tu, boleh terngiang-ngiang pula lagu tema ala-ala opera Korea dalam kepala otak aku. Hoohohoh.. tapi part bijak dan gigih tu tidak pula aku ikut.. Huuhuhuhuuh..


    Ni la lagu Onara yang selalu "mengiringi" aku (terngiang-ngiang dalam kepala otak) time aku siang ikan, siang ayam, potong bawang, sayur semua la... perasan macam Wanita Istana Korea.. wahahaha..

    Lepas tu, aku terperasan pula anak saudara aku iaitu si Hana (anak si Tasha) yang muka macam anak cino sehabis boleh tu ada iras-iras macam muka si Janggeum tu. Mudah-mudahan si Hana cantik dan baik macam si Janggeum. :)

    Kesimpulannya, aku memang suka cerita ni sebab cerita ni pasal Janggeum yang baik, lurus dan bijak. Walaupun selalu dianiaya, tapi rezeki menyebelahi dia sampai boleh jadi Tabib Diraja. Aku memang amat gembira bila cerita ni ditayangkan semula. Ni saja la satu-satunya cerita Korea yang aku dapat layan setakat ni. Dulu pun suka juga layan Winter Sonata. Tapi kalau kena tayang balik tu cerita, malas la aku mau tengok rasanya.. huhuhu..

    Tuesday, November 8, 2011

    Cerita renovation - concrete work

    Ada sekali tu, aku cerita pasal ada harapan kena conned dengan arkitek.
    Alhamdulillah, kami tidak kena conned pun rupanya.
    Tapi urusan permohonan kebenaran renovate rumah tu memang la lembab, kununnya arkitek kami tu bagitau pasal kena buat amendment. So memang ambil masa sikit.
    Yang herannya, bila call PBT, dorang bole cakap tiada permohonan regarding renovation rumah aku dibuat. Tapi bila call arkitek dia bagitau sudah hantar application.
    Aku pun tidak tau la mana yang betul. Yang penting, sudah dapat kebenaran. Boleh buat renovation dengan aman.

    Renovation rumah ni pun kena buat cepat.
    Sebab rumah yang kami sewa ni sekarang sudah dibeli oleh orang lain. Kemungkinan besar dalam bulan November ni, urusan pindah nama selesai. Dan pembeli rumah pun sudah bagitau kami yan dorang mau renovate rumah sewa kami ni dalam bulan November.
    Matilah. Mana mau tinggal? Semoga Allah memudahkan segala urusan kami.
    Kontraktor pun sudah bagi tarikh, InsyaAllah awal bulan Disember kami sudah boleh pindah masuk rumah baru. Yang penting bahagian dalam kena settled dulu. Bahagian luar boleh touch up kemudian.


    Second week of renovation

    Mesin bancuh simen


    Tiang porch dan tiang ruang tamu yang diextend

    Bahagian dapur yang baru mau pasang konkrit

    Forth week of renovation
    Baru mau simenkan tangga

    pasang dinding di ruang tamu extended

    kawasan dapur belakang


    Sekarang ni, urusan renovation sudah mencapai 50 peratus siap (rasa-rasanya la..) sebab kerja-kerja konkrit boleh kata hampir siap.
    Kontraktor aku dan indon yang buat rumah tu cakap buat kerja konkrit ni makan masa yang lama. Kena tunggu kukuh baru boleh proceed kerja lain.
    Yang tak bestnya, sekarang musim monsun. Boleh kata, hari-hari mesti hujan. Kalau hujan, kerja konkrit kena stop. Best la indon-indon tu. Boleh rileks banyak.
    Mau kata tensyen pun, ada juga. Sebab mau kena siapkan renovation cepat. Tapi tensyen lebih-lebih pun, tiada guna pasal hujan bukan kerja manusia. Tu kerja alam. Rezeki Tuhan mau bagi. Mudah-mudahan ada rahmat di sebalik hujan semua ni.

    Setiap pagi aku dan Abang Edi melawat kawasan.
    Alhamdulillah, kami tengok indon-indon ni pun macam ok la jugak.. komen lebih pun tiada guna pasal kami langsung tidak pandai menilai kerja construction ni..
    Kontraktor yang kami lantik pun hari-hari lawat site..
    Kalau hari Sabtu, kami bawa la sekali si Addin dan Zara tengok rumah. Tapi Addin takut pasal banyak paku bersepah, dia lebih rela melepak dalam kereta sambil main game henpon Abang Edi. Cakap mau jadi arkitek.. Huhuhuhu..
    Tiap-tiap petang lepas jemput Addin dan Zara dari taska pun aku bawa dorang round tengok rumah.
    Nasib baik la rumah ni dekat ja dengan rumah sewa kami. Senang mau monitor.

    Duit pun sudah banyak keluar... (Huhuhuhuh..)
    Sudah beli pintu depan dan set dapur Fotile percuma kitchen sink Sorento..
    Sudah pilih set tandas Johnson Suisse dan tiles di Niro.
    Bila la mau selesai ni..

    Mudah-mudahan rumah aku cepat siap.
    Mudah-mudahan Allah berikan rahmat ke atas keluarga kami dan rumah itu.
    Mudah-mudahan Allah jauhkan keburukan dari menimpa keluarga kami dan rumah itu.

    Friday, November 4, 2011

    Conversation with Addin

    Kisah 1
    Addin datang angin senggugut... asyik marah ja sebab disakat oleh Abang Edi..

    Aku: Addin.. mari sini... try kira 1,2,3 sampai 10.. lebih tu tarik nafas..
    Addin: 1,2,3,..... 10... (tarik nafas)
    Aku: Ok tak? Jangan marah-marah ok.. kalau Addin rasa macam mau marah.. kira 1 sampai 10 then tarik nafas.. Budak-budak tak elok marah-marah.. tak hensem..
    Addin: Kalau Addin tak dengar cakap mami, mami marah kan..
    Aku: Eh.. marah la.. jadi Addin mesti selalu dengar cakap mami..
    Addin.. Mami pun kira la sampai 10 lepas tu tarik nafas.. jangan la marah-marah Addin.. tak baik..
    Aku: (Uik.. aku pulak terkena)


    Kisah 2

    Jam sudah menunjukkan pukul 12.45 pagi.. Aku masih menulis untuk thesis. Addin pula layan tv tengok Disney Junior..

    Aku: Addin, pegi la tidur..
    Addin: Takpe.. Addin teman Mami...
    Aku: Tak payah teman.. Mami buat work ni.. Addin tidur, besok nak pegi sekolah.. Budak-budak tak boleh lambat tidur..
    Addin: Kalau Addin dah besar macam Mami baru boleh tidur lambat ke?
    Aku: (Kenapa la suka tanya soalan macam ni?)

    Kisah 3
    Abang Edi perasan ada kesan gigitan pada dada si Addin.

    Abang Edi: Siapa gigit Addin ni?
    Addin: A**r yang gigit Addin..
    Aku: Kenapa A**r gigit Addin? Sakit tak?
    Addin: Takpe, takpe.. Addin tak sakit..
    Aku: Kenapa dia gigit? Addin buat dia ke?
    Addin: Tak, A**r buat A**an.. Jadi Addin pukul la A**r.. Lepas tu A**r gigit Addin..
    Aku: Macam tu punya kes pun ada.. Lain kali bagitau la cikgu.. Jangan pukul kawan..
    Addin: Takpe, takpe.. Addin tak sakit pun..

    Happy 2nd birthday Zara!

    25 Oktober yang lepas, hari jadi tahun ke 2 si Zara a.k.a Adik baby...
    Guess we can't call her Adik Baby anymore - pasal sudah lebih haul..
    Kalau budak 2 tahun, tidak boleh lagi guna infant fare untuk naik flight..
    Naik MAS kena children fare, naik AirAsia guna adult Fare..
    Sudah layak untuk dapat seat sendiri..
    Maknanya kalau kami naik Flight 737-300 atau Airbus A320, Abang Edi kena duduk seat asing la :)

    Kalau time si Abang Addin dulu, sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-2, kami pegi cuti-cuti Bali..
    Tapi time si Zara ni tiada pula.. sori Adik Baby :(
    Mami dengan Dadi banyak duit mau guna ni hujung tahun..
    Kalau ada rezeki kita pegi cuti-cuti yang mega ok :)

    Untuk menyambut besday si Zara, aku belanja family makan di TGIF Alamanda.
    Ngam2 baru dapat gaji Oktober kan.. memang sudah menjadi kelaziman, kalau aku gaji ja, mesti belanja family makan besar di luar..
    sebab hari2 biasa pun Abang Edi yang keluar duit untuk belanja makan :)





    Selain tu, aku kunun mau support the only fully halal TGIF restaurant in Malaysia - TGIF Alamanda
    Plus, TGIF kan kids friendly - ada free kids meal with every order of Adult Course Meal..
    So, kalau anak-anak aku bising pun, aku bole buat bolayan ja kalau ada orang jeling-jeling..

    Then aku pun ada la bgtau yang kami mau celebrate si Zara..
    Waiter tu cakap boleh dapat free sundae.. sampai ke sudah habis makan pun free sundae tidak pandai muncul..
    Malas la aku mau remind dorang, bukan la hadap sangat pun.. macam ja kebaruan makan di TGIF..
    Bukannya tipu pun bagitau anak aku besday - pasal makan tidak boleh tipu, haram jadinya..
    Chilis lagi sedap..

    Hasrat di hati lepas dinner di TGIF Alamanda, boleh singgah terus ke GSC.. tapi tiada pula movie yang seronot untuk dilayan oleh si Addin n Zara.. Boring..
    Oleh itu, aktiviti dihabiskan dengan beli half dozen Big Apple Donut dan melayan Addin dan Zara main di indoor playground dekat Parkson..

    "Happy birthday Adik Baby! Mummy loves you!"


    Milestone Nur Zara

    • Sudah pandai cakap sikit-sikit.. Addin dulu umur 2 tahun pun masih belum panggil aku mami.. Adik aku si Nurul yang susah-susah mengajar si Addin becakap. Si Zara punya main cepat, setakat buat sentence guna 3-4 patah perkataan pun boleh suda.. tapi masih pelat.. Apa-apa pun, impressed juga aku..
    • Suka pilih baju.. yang pening tu, kalau mau tidur, Zara suka pakai baju lama abangnya. Kalau keluar, tidak suka pakai gaun. Mau pakai pants ja. Seluar pun pilih. Suka pakai tight jeans, tidak suka pakai jeans biasa.
    • Amat suka makan coklat dan kek.
    • Sudah kurang tembam sebab suka main-main time makan. Nasi lebih banyak jatuh ke lantai daripada masuk mulut. Suka makan lobak merah, kubis bunga dan petola :)
    • Masih mahu menyusu badan.. Hmm... part ni aku kena wean..
    • Amat terer buat sepah tanpa bantuan sesiapa..
    • Suka mengacau di dapur..main asyak-asyak (masak-masak) katanya..
    • Suka nyanyi lagu ABC, Happy birthday to you, Enjit-enjit semut. Dan amat suka tgk vcd nursery rhyme sambil menari ikut kartun..

    Conversation with Zara

    Dalam perjalanan menuju ke Shah Alam
    Zara: Mami.. kite nak pi ne (mana)?
    Aku: Kita pegi rumah kawan dadi..
    Zara: Nak pi Shah Alam?
    Aku: (Uit mana dia tau? Terer jugak) Haah.. pi Shah Alam..
    Zara: Nak amil Na.. (Auntie Lina)
    Aku: (Wah.. tau pula dia mana si Lina ni tinggal..)

    Di rumah..
    Zara: Mami... Nengok ni.. (sambil tunjuk tangan yang berconteng dengan kaler magik)
    Aku: Kenapa ni? Siapa buat?
    Zara: Lala (Zara) buat.. (dengan bangganya)
    Aku: Hm... (tiada mood mau marah).. main la.. jangan conteng rumah ok..
    Zara: Ok bah... (tegezut aku si Zara pandai guna perkataan Bah... hahaha)

    Dalam perjalanan menuju ke rumah dari Taska
    Zara: Nak tai shoe!!!! Nak tai shoe!! (sambil menjerit)
    Aku: Tak payah pakai shoe.. kita nak balik rumah ni..
    Zara: Nak tai shoe!! (menjerit lagi)
    Aku: Jangan bising-bising.. Mami driving ni...
    Zara: Bit (cubit) mami nti (nanti)..
    Aku: Aik.. mau cubit mami?

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...