google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 21, 2011

Kan bagus kalau semua orang macam ni

Dipetik daripada Utusan Malaysia,  Ruangan Forum, 14 Jun 2011

 

Terima kasih Khairul, Azman dan syabas Balai Polis Seri Kembangan


PADA 9 Jun 2011, saya ke Balai Polis Seri Kembangan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak polis. Ketika itu sudah hampir pukul dua pagi.
Sebuah kereta peronda polis dengan dua orang pegawai iaitu Khairul dan Azman di dalamnya menemani saya ke Puncak Jalil. Tujuannya adalah untuk memastikan keselamatan saya tidak terancam apabila menguruskan satu masalah keluarga.
Kenderaan polis itu dipandu dengan perlahan atas permintaan saya disebabkan keuzuran kereta dan usia yang meningkat. Saya juga tidak biasa dengan kawasan itu.
Dua orang penghuni di sebuah rumah dihubungi melalui telefon untuk keluar dari rumah. Dengan kebijaksanaan dua orang pegawai polis itu, kemusykilan itu dapat diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.
Jam ketika itu menunjukkan hampir pukul empat pagi.
Namun begitu, dua orang pegawai polis itu sanggup menghabiskan masa yang agak lama untuk berbincang dan memberi nasihat serta tunjuk ajar yang berguna kepada saya untuk tindakan susulan kelak.
Mungkin disebabkan terlalu terharu dengan jasa baik dua orang pegawai polis itu, tiba-tiba saya menghulurkan RM40 kepada mereka, RM20 untuk setiap seorang, untuk 'minum kopi' kononnya.
Di luar sangkaan saya, kedua-dua pegawai polis itu menolak dengan serius. Selepas beberapa kali menghulurkan wang tersebut, Khairul pun menghalakan jari telunjuknya ke atas sambil berkata bahawa beliau berkhidmat untuk Maha Kuasa di atas.
Pemberian berupa wang secara ikhlas itu telah ditolak bulat-bulat oleh Khairul dan Azman.
Sebagai seorang bekas pendidik, saya berasa amat malu ke atas perbuatan saya itu. Terbukti ada sesuatu nilai murni yang tidak ada pada diri saya.
Terima kasih Khairul dan Azman.
Maafkan saya dan syabas kepada Balai Polis Seri Kembangan yang mendapat perkhidmatan kedua-dua pegawai polis yang berhemah tinggi itu. Ramai lagi insan kerdil yang perlu belajar daripada kamu berdua. Moga-moga banyak pahala yang akan disusuli kelak.



Aku amat terharu baca entry ni. Sampai terkeluar la juga air mata aku (nda tipu.. aku memang senang emosi kalau baca pasal orang baik macam ni). I am deeply touched because the entry shows that honesty and integrity still exist!

Frankly speaking, semakin aku membesar dan meningkat umur, semakin la aku ni jadi cynical dan prejudice. Aku rasa bukan aku ja - orang lain pun macam tu. Aku rasa mesti ramai di kalangan orang kita ni ada negative thinking. Contoh: politician gila kuasa, penguatkuasa makan suap, penjawat awam kerja lembab, korporat cekik darah, agensi sekian-sekian bagi servis teruk, dan lain-lain.

Jadinya, bila aku baca entry tu, semakin terbuka la hati aku untuk menjadi less cynical, less prejudice. Kagum bah bila baca yang pegawai polis tu tidak ambil tu duit walaupun penulis tu mungkin mau bagi dengan ikhlas atas dasar berterima kasih. Tambah lagi bila pengirim tu tulis yang pegawai polis tu boleh buat hand gesture yang dorang ni buat kerja semata-mata kerana Allah Yang Esa, terus aku jadi insaf.

Kan bagus kalau semua orang di dunia ni berintegriti tinggi - especially di negara aku sendiri, tidak kiralah orang tu pemimpin rakyat, penjawat awam, pekerja swasta hatta orang perseorangan sekalipun, tidak kira apa bangsa. Kalau semua ada nilai murni tu, maka amanlah dunia.

Semoga sesiapa ja yang baca tulisan En. Hsu Kon Poh tu juga akan mendapat pengajaran daripada ceritanya. Amin.

p/s: Harus-haruslah En. Khairul dan En. Azman tu dapat APC tahun depan. Syabas dari saya juga! Sudahlah balai polis tu dekat dengan rumah aku, terus aku rasa selamat :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...