google analytic

Nuffnang

Monday, June 13, 2011

Unclaimed Moneys

Lanjutan dari kisah aku mau tutup akaun simpanan yang telah tidak aktif sejak tahun 2003.

Lepas melayari laman web Akauntan Negara Malaysia, aku try call Registrar of Unclaimed Moneys.

Aku pun bagitau cerita aku. Then, pegawai tu minta nombor ic aku. Lepas check, pegawai yang attend phone call aku tu bagitau yang nama aku masih belum ada dalam list want yang tidak dituntut lagi.

Tahukah anda terdapat kira-kira RM1.5 billion wang yang tidak dituntut terdapat dalam rekod Registrar of Unclaimed Moneys, dan jutaan ringgit bertambah setiap tahun? (Nampaknya nama aku masih belum ada dalam statistik dorang lagi ni)

Jadi, dia advise aku supaya call lagi dorang dalam masa 2 bulan. Kemungkinan besar, pada masa tu, list terbaru sudah dikeluarkan oleh bank berkenaan beserta dengan wang yang tidak dituntut. Kalau nama aku sudah ada dalam list, aku hanya perlu isi borang UMA-7, bagi salinan ic, buku bank akaun yang mahu ditutup dan salinan muka depan akaun bank yang masih aktif. So, pihak Registrar of Unclaimed Moneys boleh transfer wang yang aku tuntut tu ke akaun aku yang lain secara EFT (Electronic Fund Transfer).

Dan yang paling bagusnya, aku tidak perlu pun ke pejabat tu. Aku boleh ja download borang UMA-7 tu dari laman web ANM. Borang dan semua dokumen sokongan tu aku boleh hantar dengan menggunakan pos sahaja. Pegawai tu siap pesan, untuk memastikan dokumen yang aku hantar selamat sampai ke tangan dorang, maka bolehlah diposkan dengan menggunakan perkhidmatan pos laju atau pos ekspress.

It's a relief. Nasib baik aku ikut nasihat Abang Edi supaya call dulu. Kalau hari tu aku buta-buta ja ke Menara Maybank, mesti aku jadi palui-palui sebab aku memang sah tidak akan dapat duit aku pun hari tu.

Pengajarannya di sini ialah sentiasa pastikan akaun bank anda aktif. Kalau memang tidak mau guna pun akaun tu, might as well tutup sahaja.

Kononnya boleh saja check samada nama kita ada atau tidak dalam rekod secara online yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan swasta http://www.umaca.my.
Tapi aku prefer untuk bertanya kepada Registrar of Unclaimed Moneys tu sendiri. Rasa lebih yakin.

2 comments:

  1. hurmmm nampaknya aku pon kn recall balik akaun2 (mcm byk usin saja) aku..zaman2 biasiswa dulu kan kena buka akaun bank mcm bsn buku biru, buku kuning..
    aku x sure plak perwira affin bank tu wujud lg ke x

    ReplyDelete
  2. Shayna,

    as long as u still have all the buku, mmg senang ja kerja tu.. kalau tiada buku, kena ada surat pengesahan from the bank pula.. usin baitu :)

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...