google analytic

Nuffnang

Friday, June 3, 2011

Rezeki

I am so ..... (I don't know how to put the right words..)

Adalah lumrah kebanyakan manusia kadang-kadang jeles dengan pencapaian materialistik orang lain.

Aku jarang (amat jarang) untuk jeles dengan benda-benda seperti kasut, handbag, baju, kereta, mekap, henpon etc - I don't blame myself. Aku hanya fikir sesiapa yang mampu pakai barangan yang jauh mahal dan berjenama daripada yang aku pakai, itu rezeki mereka. Mereka mampu pakai. Dan aku hanya pakai apa yang aku mampu beli tanpa menyakitkan poket dan simpanan aku.

Selayaknya sebagai orang yang makan gaji tanpa sebarang komisyen, maka aku tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan. Mungkin juga kerana taste aku yang tidak tinggi - again, kerana aku sedar diri aku hanyalah seorang marhain dan kebanyakan.

Malah Abang Edi juga pernah hairan dengan taste dream car aku yang sekadar - sebuah Mini Cooper warna kuning. Bukan Merc, BMW, Ferrari bagai. Pasal aku rasa itu yang paling realistik plus, Mini Cooper adalah comel, secomel kereta Kelisa Kuning yang aku trade-in dulu. Huhu.

Aku jeles dengan orang yang ada rumah besar dan cantik. Rumah aku pun besar, tapi ini rumah orang, aku sewa ja.. haha..

Aku jeles dengan orang yang pergi percutian ke Eropah - tidak kisah la samada secara mewah atau backpacking. Terutamanya kalau pergi bersama family. Bukan bersama rakan-rakan. Aku rasa pergi bersama suami dan anak-anak adalah lebih fun.

Kadang-kadang aku pandai jeles kalau tengok stroller anak orang lain yang fancy-fancy. Anak aku pakai stroller Mydear ja.. hehe.. tapi Abang Edi mematikan semangat jelesku dengan buat statement "Bagus duit tu simpan dalam akaun anak".

Aku sedar, kesemua pencapaian yang orang lain dapat tu tidak mungkin dorang dapat capai tanpa kesusahan dan masalah mereka sendiri. Lazimnya, besar rumah, maka besarlah pinjaman. Besar pinjaman, maka besarlah installment. Orang itu mungkin mampu bayar installment yang tinggi tiap-tiap bulan, aku pula mungkin akan tercungap-cungap untuk membayarnya. Bak kata pepatah "Besar periuk, besarlah keraknya".

So, adalah lebih besar jeles aku kepada orang-orang yang hidup bersederhana tapi tetap bahagia. Tanpa rumah besar, kereta mahal, baju berjenama - dorang tetap nampak happy bersama dengan anak-anak yang sihat dan baik akhlaknya.. They are blessed!

Itulah namanya rezeki - tapi orang-orang yang alpa macam aku ni selalu lupa dan take for granted..


Oleh itu, wahai diriku... (dan kepada aundience yang sudi baca ni)
Berbelanjalah ikut kemampuan. Jangan jadi hamba duit. Sedar diri. Simpan duit untuk masa depan. Beringat semasa senang.
Tapi tidak perlu jadi kedekut. Selalu memberi. Mama aku cakap, kalau kita menderma atau berkongsi barang seringgit atau seratus dua tidak akan menjadikan kita lebih miskin.  Tangan yang memberi kan lebih baik dari tangan yang menerima.
Tapi janganlah terlalu over memberi sangat. Anak di rumah juga perlu dilunaskan keperluannya.
Yang penting, niat dan cara itu Lillahi Taala.

Bak kata Syawal (P. Ramlee) dalam Ahmad Albab "Jangan buat sombong, takbur.. Ingat pada Allah, insyaAllah hidup ente selamat... Rezeki datang dari Tuhan. Bukan dari bapak.." (bapa aku tiada kena mengena sama bapa mertua si Syawal dalam Ahmad Albab)

p/s: Mudah-mudahan aku akan jadi orang yang lebih memberi.

2 comments:

  1. yaaa sokong. ukur baju kat badan sendiri bila spending dan beringat utk masa depan.

    ReplyDelete
  2. ya betul peribahasa tu..

    "Ukur baju di badan sendiri"

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...