google analytic

Nuffnang

Tuesday, June 14, 2011

Kuku kaki dan tanganku

Tadi aku pigi buat manicure and pedicure.
Inilah first time aku buat dua benda alah ni.

Tentiba ja hari ni aku terasa rajin. Opss... setakat drive pegi kedai lepas tu bagi orang buat dan bayar tu sebenarnya bukanlah rajin. The right words are : terbuka hati. 

Sebelum ni pun memang sudah lama berniat mau buat manicure and pedicure, tapi sebab aku rasa cam mahal ja, terus aku batalkan niat sebab rasa macam membazir.
Tapi lately ni, hasrat untuk membelai tangan dan kaki ni bagai melonjak-lonjak.
Especially kerana tumit kaki ku yang sudah pecah-pecah. Erkk....
Mau buat sendiri, tidak tau cara la pula.

So, tadi pun aku rajin la mensurvery 2 kedai nail spa dekat area rumah.
Selepas buat price comparison, aku pun pegi la kedai satu ni.

Rebs Nail Bar & Body Spa (pic ehsan nendoroiz.com)



Oleh kerana aku first time datang sana, aku ambil la first trial package, manicure + pedicure @ RM50 only. Normal price is RM68.
Murah la kali kan.
Hantam saja la.

Siok la juga bila dilayan ni.
Oleh kerana aku tidak buat colouring, so kuku aku kena kasi shining ja.
Berkilat sudah kuku kaki dan tangan aku ni.
Cantik terbentuk (kunun... time aku datang tu, kuku aku memang sudah aku potong pendek, sudah la kuku aku memang jenis ciput ja, jadi tidak la nampak terbentuk sangat pun..)
Siap bau wangi lagi, bau apa ni aaa.. bau strawberry mungkin.
Tumit aku pun licin sudah.. tidak la rasa awkward kalau pakai open toe and open heel shoe lagi :P

As for my first experience, aku rasa ok ja.
Mau kata berbaloi pun aku tidak sure, sebab aku belum experience nail treatment di kedai lain.
Tapi aku rasa servis di kedai tadi tu ok.
The ambiance is good, interior design pun cantik ala-ala english style, siap pasang dvd lagi.
Magazine spreads yang disediakan pun ok.
Owner kedai tu pun peramah.
Bila membayar tadi, aku kena bagi RM5 voucher lagi. Suruh datang lagi la tu. :)
InsyaAllah kalau ada rezeki lagi, aku datang.

p/s: Sekarang ni tangan aku bau bawang putih sudah sebab aku sediakan bahan-bahan marinade grilled lamb untuk dinner malam nanti. Di rumah pun tiada plastic glove yang boleh diguna untuk menggaulkan lamb dan bahan marinade tu, so guna ja la tangan anugerah Tuhan ni  :)

No comments:

Post a Comment

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...