Mula-mau terfikir mau naik ke Genting.. tapi rasa macam sudah banyak kali ke sana.. bahan hiburan untuk budak umur Addin dan Zara pun agak terhad..
Jadi, datanglah pula idea untuk turun ke PD.. tidaklah jauh sangat dari KL..
Kali ni, kami decide untuk menginap satu malam di Legend International Water House
Ni dapat idea dari abang ipar aku yang pernah menginap di Legend Water Chalets.. kira adik-beradik la dua tempat peranginan ni.. tengok gambar dan baca review pun macam ok ja..
Harga pun boleh tahan, sebab ada promotion kalau book secara online..
Pakai government staff rate pun belum tentu dapat harga murah macam promotion rate tu..
tapi kena pergi hari Jumaat.. kalau mau tunggu Sabtu, alamat tiada la room rate yang mampu disewa..
Yang seronoknya hotel ni, sebab ada chalets atas laut..
tapi tiada private beach.. So, kalau mau bercanda di pasiran pantai, memang tidak ngam la pegi hotel ni..
unless kalau mau drive sendiri pergi ke pantai berhampiran..
Lepas tu, every room di Legend International Water House ada private swimming pool dalam hotel room..
itu yang bikin excited terlebih mau pegi sana..
kami sewa bilik Garden Pool Villa.. di LIWH, bilik yang paling murah ialah Deluxe Pool Villa, tapi ada 1 king bed ja.. antara semua bilik di LIWH ni yang ada 2 king bed, bilik Garden Pool Villa ni la yang paling murah.. tapi bilik aku bukan menghadap garden.. bilik kami menghadap tembok yang penuh dengan fauna yang menjalar :)
masuk-masuk bilik ja terus tengok swimming pool..
Si Addin yang teruja sebab ada Disney Channel.. ada 12 channel Astro yang disediakan..
tengok tv sambil duduk di atas katil yang luas
Zara yang sudah tidak sabar mau masuk swimming pool sambil melihat Abang Edi yang berendam.. pintu ni berat, budak-budak tidak dapat tolak pintu ni tanpa bantuan orang dewasa.. bagus juga.. risau juga aku kalau anak-anak aku tiba-tiba melompat masuk swimming pool tengah malam..
Private pool ni amat sesuai untuk orang-orang yang suka swimming tapi mau privacy.. Dengan kedalaman 4 kaki dan keluasan lebih kurang 20'x7'.. gila sejuk airnya.. agak kurang seronok sebab ruang yang agak gelap dan tertutup.. totally not children friendly pool.. kalau datang honeymoon sini sesuai la..
melayan anak-anak di "river bank" sahaja.. seb baik ada tangga..
siap ada pantry..
quite generous...
Oleh kerana private swimming pool dalam bilik tidak mesra young children, jadi kami bawa Addin dan Zara ke kids pool untuk kepuasan mereka yang maksimum.. mau berendam dalam bilik pun tiada bath tub (pasal sudah ada swimming pool agaknya?).. dari pemerhatian aku, swimming pool untuk kanak-kanak ja yang meriah.. adult swimming pool agak lengang sebab semua orang berendam di bilik ja agaknya..
Water chalets area
Abang Edi mengambil 'oksigen' berdekatan dengan area water chalets..
Kids playground pun ada :)
Kids playground ni berada di tengah-tengah kawasan garden villa.. garden villa ada 2 tingkat.. next time, kalau mau stay di Garden Pool Villa LIWH, boleh la request untuk dapat tingkat atas.. sebab villa tingkat atas lebih luas berbanding yang villa tingkat bawah... dan private swimming pool villa tingkat atas open air, jadi tidak la rasa macam rimas dan terkurung.. kekurangannya mungkin satu, kena naik tangga :)
bersiar-siar menghirup udara petang di garden
pokok kelapa pendek..
pagi keesokkan harinya, sebelum pegi breakfast di tower building.. aku tidak ambil gambar breakfast food sebab tiada yang luar biasa pun.. breakfast spreadnya biasa-biasa ja..
untuk orang yang malas, penat atau tidak larat berjalan ke bilik masing-masing, boleh minta tolong hotel staff untuk hantar guna buggy ni.. ada juga bilik di bangunan hotel, tapi sebab kami mau merasa kelainan dan harga yang lebih murah, tu pasal ambil garden villa..
sebelum balik, Addin request mau jadi "driver" lagi.. layan ja la..
Testimonial:- Sebenarnya aku ada high expectation dengan LIWH ni, tapi bila tidak mencapai piawai expectation aku tu, macam rasa kecewa pun ada..
- Masa check-in yang pantas dan diuruskan oleh check-in staff yang kurang mesra.. (kami pun sampai lebih kurang jam 4.30 petang.. lambat sudah tu)
- Walaupun aku ambil bilik yang paling murah, tapi aku rasa macam aku terlebih bayar.. Bayaran satu malam tu aku rasa kebanyakkannya adalah untuk private pool maintenance.
- Ada private pool dalam bilik pun tapi anak-anak aku tidak dapat fully utilize it.. dan nampaknya private pool tu tidaklah dapat menarik minat aku untuk berendam lama-lama.. rasa macam tidak heran pun ada.. tapi sekurang-kurangnya dapat la juga aku merasa swimming pool sebumbung dengan bilik sendiri ni :)
- Di luar pintu private pool dalam bilik tidak disediakan door mat untuk menyerap air di kaki yang basah.. heran juga aku.. bukan itu common sense ka?
- Aku baca dari review orang kononnya hotel akan charge for additional request of towels, bottled water dan coffee+tea yang 3 in 1 tu.. jadinya aku bawa la bekal siap-siap maggi in my mug, biskut, milo dan coffee 3 in 1 untuk kegunaan kami..
- Breakfast spread pun boleh la... betul ka hotel ni 5 star? Aku ingat kalau hotel 5 star kurang-kurang pun kena ada yogurt waktu breakfast tu? huhuhuh..
- Abang Edi suka dengan hotel ni sebab
- ada 2 katil king bed size
- area bilik yang luas
- tidak kedekut towel
- boleh smoking depan private pool.. huhuh..
- rekabentuk dalaman yang menarik
- Overall, aku bagi 3 dari 5 bintang..
No comments:
Post a Comment
Feel free to comment