google analytic

Nuffnang

Friday, March 13, 2015

Pengalaman hujan salji di Tokyo

Aku memang sudah sedia maklum yang aku akan mengunjungi bumi Tokyo dalam musim sejuk.
Tapi aku sama sekali tidak berharap dapat jumpa salji.

Sebab aku tau salji tu umpama hujan.
Kalau ada, adalah. Kalau tiada, tiada la.
Semuanya dengan izin Allah. 
Kalau dapat jumpa salji, itu adalah bonus.

Tapi, salji yang indah tu rupanya datang menyambut aku setibanya aku sampai di Tokyo.
Rasa bertuah pula.
Cumanya, mungkin sebab itu adalah hari pertama, badan aku masih adjusting dengan rasa sejuk winter, aku tiada hasrat mau bermanja-manja dengan salji.
Not on my first day in Tokyo.
Tired, confused, puzzled, lost, segalanya la. 
Potong stim. 

Dan setiap hari kami dinasihatkan untuk menjaga kesihatan.
Pakai jaket tebal. 
"Don't catch a cold" - pesan training coordinator kami. 

Dalam minggu kedua di Tokyo, aku sudah risik-risik laman web Jabatan Meteorologi Jepun.
Mengikut ramalan mereka, kemungkinan besar akan ada salji pada pagi Jumaat.
Dan pada hari Khamis sebelum tu pun, training coordinator kami bagitau "Tomorrow there will be snow in the morning. Please enjoy it."

Keesokan paginya, aku semangat bangun awal.
Kelas pun start lambat, jam 10 pagi.
Selalunya jam 9 pagi sudah start.
So, ada la masa untuk bersuka ria menikmati keindahan alam.

Pemandangan dari bilik aku. 

Lepas breakfast, terus pi main snow kunun.
Aku selamba ja pakai pakaian rasmi aku ke dewan makan.
Hanya sweater, tshirt basahan dan track bottom menutupi badan.
Pakai kasut pun tiada stokin.
Selalu pakai selipar ja ke dewan makan.

Belakang tu participant JICA yang aku tidak tau dari negara mana. 
Dorang siap main slide lagi. 

Muka belum mandi setulus salju yang memutih.

Pokok togel.

Another pokok togel.

Taman di JICA.

Siapa la yang bertuah buat snowman ni. Haha. 

Snowflakes = emping salji

Contrast between white snowflakes and my pink jacket. 

Video taken while we were waiting for our bus.
Aku fikir kawan aku ni tengah ambil gambar.
Rupanya dia buat video lak.
The footloose moves were totally unplanned. Haha.

Training coordinator kami, Mine-san bagitau, snow is something uncommon in Tokyo.
Jarang-jarang dapat. 
Jadi aku pun cakap la, maknanya kami ni bertuah la kan.
Sampai sini just for 2 weeks, dapat la pula merasa snow.

Mine-san tambah lagi, last year winter pun camtu gak.
Kebetulan snow turun bila training dorang dah sampai ke penghujung.
Ramai JICA participants yang enjoy on the first day of snow.
Lepas tu, tak sangka pula snow melarat dan menjadi lebih teruk on the following days.
Menyebabkan participants yang mulanya gembira tak hengat ni menjadi berduka sebab flight dorang terpaksa reschedule because of the snow misshapen thing. 

Terus aku jadi tidak berapa enjoy.
Huhu. Kalau lebat sangat snow pun susah la mau berjalan kan.
Sudah la petang Jumaat tu kami boleh habis kelas awal.
Jam 3 sudah selesai. Selalunya jam 4.30 pm baru habis kelas.

Nasib baik snow tu sekejap sampai tengahari ja. 
Menjelang petang, semua snow jadi cair :)

And, there is another snowfall on the next Thursday.
Tapi lebih kepada hujan + snow.
Tapi kami semua sudah tidak heran sebab semua tengah sibuk menguruskan presentation masing-masing.

Gembira. Semoga pengalaman salji di Tokyo bukan yang terakhir. 
Untuk aku yang berdarah iklim tropika ini.
Alhamdulillah.  

Nota:
Winter holiday kami di Korea totally lebih sejuk daripada pengalaman winter aku di Tokyo.
Di Korea, suhu biasanya bawah 0 darjah celcius. Di Tokyo pula selalunya dalam kadar single digit darjah celcius.
Di Korea, tanpa heatpad/warmer, tangan dan kaki jadi kebas dan kaku. Di Tokyo, heatpad yang aku bawa aku buat jadi souvenir pada kawan aku dari Brazil yang tertanya-tanya heatpad/warmer tu apa. 

4 comments:

  1. assalamualaikum, bestnya salji :) ingin nak pergi sana :)

    ReplyDelete
  2. Wsalam Annisa :) Saya doakan awak pun akan sampai Tokyo satu hari nanti. Amin :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...
    waaaa.... g jica tokyo... untonglah.
    course apa?

    Saya pun baru balik tapi JICA Okinawa...
    winter juga... tapi winter versi suhu aircond jer... tak der salji... sub tropikal katanya...

    Tapi ketibaan kami d sambut oleh sikembang sakura.... hihihi... alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Wsalam nhhas.

    Kursus kami tu tentang ICT policy berdasarkan standardization. Tap tak lama, 2 minggu je dapat rasa winter tu.
    Ada sesetengah pokok sakura pun dah mula keluar bunga. Tapi tak banyak dan lupa pula nak amik gambar.

    ReplyDelete

Feel free to comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...