Tujuan ke Hong Kong untuk cuti sekolah bulan Mac is mainly for the kids.
Out of 4 hari 3 malam trip kami, 2 hari dan 2 malam dihabiskan di Hong Kong Disneyland saja.
Dan trip kali ni juga disertai oleh Mama, Jakir, Nurul dan Lina.
Initially, trip ni juga akan disertai oleh Tasha, husband dan anak-anaknya, Hana dan Eryna.
Tapi rezeki tidak menyebelahi Tasha sebab kebetulan keluarga sebelah suaminya pun ada agenda besar.
Thanks to mama sebab sponsor hotel untuk kami semua.
Love you to the moon and back Mama/Nenek Labuan!
Hari pertama - Ahad, 15 Mac 2015
Perjalanan bermula seawal jam 3.30 pagi.
Family van airport limo menjemput kami untuk ke klia2.
Tambang van = RM180++
Flight kami berlepas dari klia2 ke Hong Kong International Airport pada jam 6.25 pagi.
Tiket kami 4 beranak guna staff coupon tahun 2014 husband si Tasha.
Tiket Mama, Jakir, Nurul dan Lina pula guna staff coupon untuk tahun 2015 si Nurul.
Very affordable - hanya perlu bayar untuk airport tax, insurance, seat and meal.
Airport HK ni dibina atas pulau buatan manusia.
Bila tengok pemandangan ni, rasa macam tengok airport Kota Kinabalu pula.
Bukti sudah sampai pintu masuk Hong Kong
Addin ni pantang tengok anything with animation on screen.
While waiting for us berurusniaga.
Oleh kerana kami sampai dalam lebih kurang jam 12 tengahari macam tu, check-in pula jam 2, jadi bilik masih belum ready.
Yang tidak sedap:
Mau order macam takut-takut ja kami.
Sebab dorang ni garang semacam.
Bila mau repeat order tu, server dia boleh tanya "One more aa?!! Is that all?!!"
Kertas order pun main baling-baling saja.
Nasi putih tu pun, bila letak atas meja, siap ada bunyi 'tuk' yang kuat.
Tapi aku rasa dorang punya style memang macam tu.
Bukti sudah sampai pintu masuk Hong Kong
Lepas ambil luggage dan keluar daripada arrival, kami singgah di kaunter China Travel Service atau CTS untuk beli tiket Disneyland pada kadar yang lebih murah daripada di kaunter Disneyland.
Kami beli tiket Disneyland untuk 2 hari.
Di CTS, harga tiket dewasa pada HKD639 (berbanding kadar biasa HKD680) dan harga tiket kanak-kanak pada HKD459 (berbanding kadar biasa HKD480).
Lepas tu kami pegi beli tourist simcard pula.
Aku beli yang unlimited data plan pada harga HKD100.
Nurul beli yang pakej HKD69 untuk 1.5 GB data.
Kita hanya perlu cakap mau guna pakej yang mana dan henpon jenis apa.
Orang kedai tu akan tolong masukkan simcard baru dan buat setting apa yang patut.
Aku menyesal dengan pertimbangan aku yang beli pada kadar HKD100 untuk unlimited data tu.
Sebab, satu lebih mahal.
Dua, tujuan aku beli unlimited data tu supaya henpon aku ble jadi hotspot untuk henpon Abang Edi dan ipad si Addin.
Sekalinya, Abang Edi kasi on ja dia punya data roaming. Dia tidak perlu ehsan hotspot henpon aku.
Addin dan Zara pula hanya guna ipad ketika di bilik hotel.
Dan free wifi di hotel amatlah terbaik.
Maka dorang pun tidak perlu ehsan hotspot henpon aku.
Sigh!
Addin ni pantang tengok anything with animation on screen.
While waiting for us berurusniaga.
Seterusnya, pergi ke hentian teksi untuk ke kawasan Tsim Sha Tsui.
Kami ambil 2 urban teksi (warna merah) - ngam-ngam 4 orang satu teksi.
Kos tambang dengan naik bas atau teksi memang lebih murah (walaupun lepas darab 4 kepala).
Tapi atas dasar convenient, dengan bawa budak-budak, beg pun besar-besar, maka naik teksi adalah lebih mudah.
Kos lebih kurang HKD285 - HKD300 untuk perjalanan yang mengambil masa lebih kurang setengah jam ke hotel kami untuk malam pertama di Hong Kong, The Salisbury YMCA of Hong Kong.
Review untuk The Salisbury YMCA of Hong Kong.
Review untuk The Salisbury YMCA of Hong Kong.
Pintu masuk The Salisbury - YMCA of Hong Kong
Oleh kerana kami sampai dalam lebih kurang jam 12 tengahari macam tu, check-in pula jam 2, jadi bilik masih belum ready.
Kami simpan beg di concierge dan teruskan perjalanan untuk lunch di Islamic Centre Canteen, Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Cetre dengan menaiki teksi juga.
Rancangan makan tengahari ni aku memang sudah pasang niat dari awal lagi, semata-mata mau rasa dim sum halal.
Hiasan tiles yang cantek di Masjid Ammar.
Non-muslim pun boleh ja datang ke masjid ni sebab ada kantin.
Dapat review yang baik daripada Tripadvisor dan bukti Rasa Halal Oriental sudah pernah sampai di Islamic Centre Canteen.
Bil makanan tengahari kami di sini: Lebih kurang HKD410 (RM200 macam tu la).
Yang sedap:
Nasi goreng: Portion besar - ngam untuk 4 orang makan sebab kami repeat order - altogether 2 pinggan
Crispy skin fried chicken: Lambat dapat (mungkin sebab bila order baru dorang goreng). Half bird. Besar. Memang sedap sangat. Menjadi idaman si Addin yang punya la picky eater hanya makan nasi putih dan ayam goreng tu saja.
Nasi putih: Ini pun dapat lambat. Tatau apsal. Aku ingat besar portionnya macam nasi goreng tu. Rupanya seciput mangkuk kecil sahaja. Tapi ok la. Sebab si Addin sorang ja yang makan.
Dim sum: Time kami datang tu banyak yang sudah sold out. Tapi dim sum yang 2 kali diorder ialah dim sum kaki ayam masak kicap. Addin yang pemilih pun boleh makan.
Mau order macam takut-takut ja kami.
Sebab dorang ni garang semacam.
Bila mau repeat order tu, server dia boleh tanya "One more aa?!! Is that all?!!"
Kertas order pun main baling-baling saja.
Nasi putih tu pun, bila letak atas meja, siap ada bunyi 'tuk' yang kuat.
Tapi aku rasa dorang punya style memang macam tu.
Selesai solat jamak di Masjid Ammar, kami sempat beli roti dan bun daripada macik ni.
Mereka amatlah peramah.
Tahap sopan santun dan peramah dorang ni memang jauh beza dengan tahap layanan server di Islamic Canteen tu.
Penggunaan english mereka boleh kata bagus.
Syukurlah juga sebab si Jakir pun boleh cakap kantonis sikit-sikit, so komunikasi kami jadi lebih meriah.
Yang bestnya lagi, aku ni tanya dorang macamana mau jalan ke bus stop terdekat untuk naik bas ke The Peak.
Aku punya target tu ke Peak Tram Lower Terminus.
Konon dari sana boleh la kami beli tiket untuk naik ke The Peak guna tram.
Macik ni pun dengan baik hatinya bawa kami ke bus stop yang berkenaan.
Adalah lebih kurang 5 minit ja jalan kaki.
Sesi pengajaran cara naik bas no. 15.
Rupanya lepas naik bas, barulah aku sedar yang bas nombor 15 yang kami naik tu menuju terus ke The Peak.
Tambang bas ialah HKD 9.80 macam tu untuk seorang dewasa.
Half price untuk kanak-kanak.
Mula-mula aku rasa kecewa juga sebab tidak berpeluang untuk naik tram pergi ke The Peak.
Tapi bila fikir semula, untung jugak la sebab banyak dapat jimat tu.
Dan tidak buang masa sebab tidak perlu berbaris panjang dan bersesak-sesak di Peak Tram Lower Terminus.
Aku yang pasrah naik bas dan bukan naik tram.
Naik bas ni serupa macam drive di Genting.
Jalan cerun naik bukit.
Target pegi The Peak ni:
- Beli souvenir di Hard Rock Cafe.
- Beli souvenir Hong Kong di kedai souvenir. Aku baca dari blog dan forum, kononnya souvenir di sini ni sudah harga fix tapi murah jika dibandingkan dengan harga di Ladies Market. Tidak perlu tawar menawar. Ngam la dengan aku yang tidak suka tawar menawar ni dan tiada hati untuk ke pasar malam Ladies Market tu.
Di The Peak ni ada pesta muda mudi persatuan kadet bersatu dan rakan sebaya.
Main bagpipe semua. Havoc!
Staff di kedai HRC di The Peak ni excited tengok baju HRC Addin dengan gambar Skiddley yang aku beli di Tokyo.
Di HRC Hong Kong The Peak ni ada patung Skiddley dan kawan-kawan ja.
Tshirtnya tiada.
Acara mencari souvenir.
Lepas beli souvenir, kunun mau naik ke Sky Terrace untuk tengok pemandangan Hong Kong.
Tapi sebab cuaca berkabus maka kami batalkan saja la niat itu.
Rasa rugi juga la sebab tidak merasa ke Sky Terrace.
Namun begitu, penjimatan wang dapat dicapai sekali lagi.
Gambar sini pun jadi la.
Okeh untuk turun pula, kena naik benda tram ni.
Barisan punya la main panjang.
Que belapis.
Dari tempat kami baris tu boleh nampak ketibaan tram.
Tiket sehala untuk turun bawah.
The tram is coming.
Kena ada kemahiran berebut yang tinggi untuk dapat tempat duduk.
Sesudah sampai di Lower Terminus.
Seramai-ramai manusia yang menunggu di atas, ramai lagi manusia di bawah ni.
Berlapis que untuk tunggu naik tram.
Barisan panjang untuk beli tiket tram.
Berbaris sampai luar ni ha..
Then, plan seterusnya ialah untuk naik feri balik ke Tsim Sha Tsui dari Central Pier.
Kami tanya teksi, dorang mau tekan sampai HKD100 satu teksi. Tidak mau pakai meter.
Gila apa.
So, sebab tadi sudah berpengalaman naik bas, maka sekali lagi kami ambil bas no. 15C.
Bus stop ni dekat ja dengan pintu keluar dari Peak Tram tu.
Murah ja tiket naik bas ke Central Pier.
Hilang akal kalau naik teksi.
Time kami naik tu, bas ni masih kosong.
Bas tu tunggu sekejap, next batch orang yang keluar peak tram terus memenuhkan bas.
Sempat ambil gambar di stesyen bas Central Pier.
Kabus.
Ramai betul orang naik feri ni.
Dorang sempat posing.
Approaching.
Abang ni memang suka selfie :)
Ada busking di Tsim Sha Tsui Star Ferry.
Nurul dan Lina boleh nyanyi sama dorang lagi.
Aku pun tidak tau la lagu apa tu.
Nurul dan Zara
Deretan kedai yang sibuk. Hari ahad pun happening.
Zara yang sudah penat.
Sempat singgah ambil gambar di 1881 Heritage.
Salisbury Road yang sibuk.
Dari 1881 Heritage ke YMCA Hong Kong kena ikut jalan bawah tanah.
Budak dua orang yang terpegun tengok pacik main erhu.
Walaupun makanan halal is just around the corner, tapi sebab kelaparan dan kepenatan punya pasal, kami hanya lepak dalam bilik dan makan maggi cup serta roti halal yang dibeli di Masjid Ammar tadi.
Cicah dengan milo 3-in-1.
Lepas settled in, unpack barang, hemat diri, dan tengok tempias persembahan lampu (nampak cahaya lampur tepi-tepi ja dari tingkap hotel) pada jam 8 dari bilik hotel sahaja, kami keluar sekejap jalan-jalan.
Mula-mula pegi Sogo dekat Sheraton mau tengok harga Longchamp Le Plieage.
Lepas convert, mahai daripada yang aku biasa beli la pula.
Apa barang. Memang lagi murah la kalau beli di Paris atau di Heathrow kan.
Then kami menghala ke Ocean Terminal dekat area Star Ferry kunun mau cari seluar untuk Zara.
Kali ni kami ambil jalan ikut tepi laut.
Girls generation.
Untuk malam ni, Nurul, Lina dan Addin tidak join.
Dorang stay di hotel ja. Mengantuk punya pasal.
Kami gerak dari rumah kan jam 3.30 pagi.
Zara ni kategori budak terer sebab masih cergas walaupun belum sempat untuk short nap.
Meriah semacam.
Rupanya, dorang masih merayakan perayaan tahun baru cina.
So, ada lunar display.
Misi pencarian seluar panjang untuk Zara tidak berjaya.
Semua benda di Ocean Terminal tu mahai.
Luxury goods ja yang ada.
Tujuan aku datang ke Hong Kong ni bukannya untuk shopping.
So, kami pun patah balik ke YMCA Hotel untuk tutup hari kami yang pertama di HK.
Terima kasih sudi kongsi pengalaman...
ReplyDeleteGiliran kami pulak ke sana Oktober nanti.... Insya Allah!
Salam alixal
DeleteThx sudi singgah.. Have a nice trip soon!
As salam. Saya nak tanya Masa naik ke The Peak singgah tak Madame Tussaud (tak tau betul tak eja ni). Kalau naik bus ke The Peak kat mana kita boleh beli tiket utk Madame Tussaud and sky Terrace?
ReplyDeleteSalam Adriza
DeleteMasa saya naik ke The Peak ari tu, kitaorg tak singgah ke Madame Tussaud. Kalau naik bus, boleh je untuk beli tiket di kaunter 2 attractions tu. Beli online lebih awal pun boleh. Lebih jimat :)
Assalam...ada gbr bilik tak? Masih mcari2 accomodation utk trip bulan 3 nnti...
ReplyDeleteSalam Felia
DeleteMinta maaf sebab blog saya ni tak reader friendly.. nanti saya letakkan link berkaitan hotel review dalam post yang ni.... kitaorg stay di YMCA Salisbury HK http://jijuzera.blogspot.my/2015/03/the-salisbury-ymca-of-hong-kong.html dan Disney Hollywood hotel http://jijuzera.blogspot.my/2015/03/disneys-hollywood-hotel-room-review.html
Enjoy your HKG march trip Felia!
assalamualaikum.. nak tanya kalau rm1100 untuk tiket flight pergi balik hongkong 2dewasa 1 kanak2..ok x harga nya..hehe
ReplyDeleteWsalam maryam, ok sgt dah tu.. Kira murah le tu.. Beli je :)
ReplyDeletetq mummy..hehehe
ReplyDeleteHai Mommy Zizou & Zara seru banget liburanya. Aku bookmark buat kalo nanti liburan lagi ke HK sama anak hehe
ReplyDeleteMungkin info penginapan ini http://ceritanggita.blogspot.co.id/2016/11/penginapan-di-hong-kong-homy-inn-tsim.html
yang aku tulis bisa bermanfaat juga, buat yang sedang cari hostel dekat stasiun MTR tsim sha shui
salam kenal ya
Terima kasih kerana sudi baca blog saya Miss Anggita :)
Delete