Last weekend, kitaorg pegi check-in hotel.
Tujuannya: menghadiri jemputan kahwin saudara Abang Edi di Segamat.
So, terlanjur berjalan jauh, apa kata singgah di Port Dickson dulu.
Sementelah Zara pun tidak pernah sampai PD.
Addin pernah, but it was when he's just 4 months old.
Itu pun pegi piknik ja.
Buat booking 2 minggu sebelum tarikh kejadian.
Kena booking awal sebab aku mau guna kelebihan sebagai government servant yang boleh dapat government rate.
Alhamdulillah, the rate was far cheaper than the published rate.
Tapi sebelum tu, kena drive lama.
Mula-mula dari Seri Kembangan kena pegi Alor Gajah dulu untuk jemput makcik Abang Edi.
Then ke Segamat untuk kenduri. Lepas tu ke Alor Gajah semula.
Last stop baru la Thistle PD.
Jam 5.30 petang baru dapat check-in.
Rugi 2 jam setengah di situ. Waktu check-in ialah 3 petang.
Kami diberi bilik Deluxe Seaview room dengan katil queen bed.
Kalau berempat memang la tidak muat katil ni.
Ada 4 biji bantal atas katil dan 2 batal tambahan dalam wardrobe.
Mewah bantal.
Nasib baik ada day bed yang cukup besar untuk seorang dewasa.
Tapi tiada selimut.
So, maybe ble bawa selimut sendiri.
Wardrobe lengkap dengan 2 extra pillows, safe box, cloth iron, bath robe dan house sandal.
Kartun bola kampung di situ.
Ada Disney Channel juga.
Ruang menonton dan meja solek/tulis.
Free wifi yang disediakan memang terbaek.
Tiada had untuk bilangan device yang boleh disambungkan ke wifi.
Ada 4 complimentary botol mineral.
Ke dua? Aku pun tidak sure.
Di kertas hijau tu cakap 2, tapi atas meja ada 4.
Abang Edi berlakon merenung nasib di balkoni.
View from the room.
Purposely minta bilik yang ada bath tub.
Tapi stopper kurang memberi impak maksima.
Tekanan air juga kurang memberangsangkan.
Tapi kami ok ja.
Bilik air ni memang luas.
Lengkap dengan bath amenities.
Sampai ja bilik, Addin dan Zara sudah tidak kesabaran mau terjun ke kolam renang.
Abang Edi shortnap dulu untuk recharge tenaga setelah hampir 6 jam memandu.
Ada meja pool untuk rekreasi yang tidak keluar peluh.
Ada bilik permainan untuk kanak-kanak.
Syukurlah cuaca baik petang ni.
Dapat la bersuka ria di kolam renang.
Kolam renang di Thistle PD ni besar.
Sesuai untuk aktiviti keluarga.
Kolam yang disediakan sesuai untuk baby, kanak-kanak, dewasa yang tidak cukup tinggi dan tidak pandai berenang macam aku dan dewasa yang pandai berenang.
Kami banyak berkubang di kolam dengan kedalaman 1 meter.
Addin dan Zara suka sebab bagi dorang - tidak terlalu cetek dan tidak terlalu dalam.
Just nice.
Tapi still kena prop dengan float supaya dorang tidak lemas.
Waterslide di kolam kanak-kanak besar sikit
Waterslides di kolam kanak-kanak kecil
Gembira sungguh main waterslide
Aku pergi pantai di Thistle ni sorang-sorang sebab tiada siapa mau join aku.
Sempat ambil gambar menjelang sunset.
Suka ambil gambar dahan dan ranting pokok
Thistle PD. Pandangan dari arah pantai
Walkway to the beach
Jumpa lubang semut
Malam tu kami makan malam di Restoran Nasreen Songkhla Seafood.
5 - 10 minit dari Thistle PD.
Orang memang ramai.
Tapi aku puas hati dengan masakan dorang - kembung masam manis, ketam masak kari, sup cendawan dan pulut mangga.
Lepas dinner, sambung aktiviti di Thistle PD dengan riadah kecil-kecilan.
Main lego.
Main bola.
Dapat kawan baru.
Budak lain main bola, Addin jadi spiderman.
Masa untuk tidur.
Besok paginya, kami breakfast jam 8 pagi.
Pakej bilik kami termasuk dengan sarapan untuk 2 orang dewasa.
Kadar bayaran sarapan untuk kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun adalah RM22.
So, aku just bayar untuk Addin ja. Lepas tu dia boleh makan semangkuk cereal ja. Cheh.
Pilihan makanan memuaskan - nasi minya, kuetiow, egg station, roti jala, porridge, waffle, kuih melayu, cereals, fruit cuts, breads, yogurt - terbaek!
Tapi aku tidak ambil gambar.
Lepas makan, kami sempat buang peluh main sport dengan Wii.
Aku main tennis best of 5 konon.
Abang Edi dan Addin main boling dan baseball.
Movie room pun ada.
Then more swimming sampai jam 11 pagi.
Sebab 12 tengahari sudah kena check-out.
Lepas check-out, kami sempat buat sand art :)
Sandart paper ni free sehelai untuk seorang kanak-kanak untuk sehari.
So kalau duduk seminggu, seorang budak boleh dapat 7 helai :)
Good bye Thistle!
Addin dan Zara panggil hotel ni Hotel King Thistle.
Dorang ingat teringat watak dalam cerita kartun Ben and Holly.
- Kami suka. Berbaloi dengan rate yang kami bayar!
- Totally a family concept resort. Swimming pool yang besar, ada pool slides, banyak aktiviti untuk kanak-kanak dan dewasa.
- Layanan yang mesra daripada kakitangan hotel. They treat us like family.
- Breakfast spread yang pelbagai dan sedap.
- Wajib datang lagi. Dekat pun dekat.
Sempat singgah Pantai Teluk Kemang.
hi sis...swimming pool dekat sini kena pakai swimming suit ke?
ReplyDeleteHi MummyGojez,
DeleteSeingat saya macam kena le, kecuali kalau nak temankan anak-anak mandi kat kolam budak-budak
Salam sis.Nak tahu mcm mana nak dptkan cheap price for gov servant ya?Takpernah buat lagi huhu tq.
ReplyDelete